Kerana Janji
Bab 66
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
94

Bacaan






Aku bangun pagi ni dengan hati yang ceria. Tenang fikiran. Kes semalam aku dah buang dah dalam kamus hidupku. Tak nak dah simpan-simpan dalam hati, pendam-pendam perasaan. Buang semua. Semalam punya kes, habis semalam. Hari ni, aku nak mulakan hidup yang baru. Semangat baru. Okey siap!! Aku senyum sendiri di cermin. Puashati dengan penampilan yang simple ni. Ku tutup semua tingkap, lampu dan pintu. Sedih nak tinggalkan rumah Abang Man ni. Seronok sangat tinggal kat sini. Aku mengangkat bagasi menuruni anak tangga. Berat juga bagasi ni.

" Kalau tak larat, mintalah tolong siapa-siapa angkatkan. Bak sini.." Bila masa pula si Faliq ni kat belakang aku. Bagus jugalah.

" Bolehlah. Nak turun tangga je ni.."aku jual mahal. Berlagak kuat konon.

"Memanglah boleh tapi merah padam muka angkat kan.. Dah macam udang terbakar dah.." Faliq megambil bagasiku. Sempat lagi menyakat. Biarlah.

" Abang dan Wan mana?!" Tanyaku. Tak nampak kelibat mereka.

" Tak pasti. Rasanya dekat dapur kut. Jom sarapan.. Saya buat breakfast tadi tau.." katanya sambil meletakkan bagasiku di tepi pintu utama.

" Awak buat breakfast?! Hahahaa.." Aku gelak. Macam tak percaya je.

" Iyalah. Tak percaya? Nanti tanya abang awak.. Dah jom, gelak pula dia.." aku mengekorinya. Semua dah ada depan meja makan. Berbual rancak. Kak Wati sedang menuang air ke dalam cawan. Tersenyum melihat aku dan Faliq. Yang lain pun sama.
Aku duduk di sebelah Kak Wati. Banyak juga makanan atas meja. Mee goreng, nasi goreng, roti telur dan roti bakar. Aku ambil pinggan, isi mee goreng, nasi goreng sikit-sikit.

" Ini semua Abang Adil yang masak, akak turun tengok semua dah terhidang. " kata Kak Wati berbisik pada aku. Yang lain berbual rancak.

" Abang memang rajin masak pun kak, kalau balik KL, dia yang masak, adik makan je.. Hihii.." balasku jujur. Kami berbual.

" Mana yang kata Faliq buat sarapan tu ek.." perliku. Pandang Faliq yang duduk di hadapanku.

" Ni ha.. roti bakar planta..." jawabnya.

" Roti bakar je ke, hahahaa.. Ini budak sekolah pun reti buat.." aku gelak.

" Kira okeylah tu, sedap tau!! Nah rasa, special roti bakar ni, airtangan saya. Confirm termimpi-mimpi nanti.." terus dia ambil sekeping dan letak didalam pinggan aku.

" Ceh..!! Ni kira kena paksa makan ke apa ni?!"

" Yupp!! kena makan. Rugi tak makan.."Faliq tersengeh. Zahwan senyum je tengok gelagat kami. Kami meneruskan makan dan terus berbual. Seronok suasana pagi ni. Meriah dengan kekecohan kami. Gelak tawa, usik-mengusik. Itu kerja Faliq lah apa lagi. Sesekali aku dan Zahwan berpandangan mata, aku buat biasa je. Aku layan dia sama seperti aku layan Faliq juga. Tak kurang tak lebih. Dua-dua kawan aku. Dua-dua sahabat abang. Aku hormati mereka. Apa yang lepas biarkan berlalu. Hidup perlu diteruskan.

Selesai breakfast dan selesai kemas dapur. Aku terus turun menuju ke taman kecil Kak Wati. Nak jumpa bunga-bunga yang cantik dulu sebelum balik. Bunga-bunga kembang mekar. Haruman mawar menusuk ke hidung. Nyamannya. Terapi pagi. Tenang je tengok pelbagai warna bunga-bunga ni. Kalau boleh nak je aku bawa ke KL bunga-bunga ni. Aduhaiii cantik sangat. Jam sudah menunjukkan 8.50pagi. Sekejab lagi nak gerak ke KK, awal pula mereka nak gerak. Kata Zahwan tengok laut dan pantai waktu pagi lebih cantik. Aku okey je. Sambil layan bunga-bunga ni aku menyanyi-nyanyi.

Handphone ku berbunyi, ku keluarkan dari poket seluar. Nombor ni lagi, apa lagi dia nak kali ni. Nak jawab malas, tapi tak jawab nanti asyik call je. Jawab je lah.

" Assalammualaikum wbt.."

" Mana kau simpan Faliq?" Aku terkejut. Pelik.

" Jawab salam tak, call orang nak marah-marah..."

" Sukahati akulah. Mana kau simpan Faliq?" Perempuan itu ulang lagi soalan. Nada kasar. Meroyan kali.

" Siapa pula yang simpan Faliq. Main tuduh-tuduh je.." kataku.

" Kau jangan ingat aku tak tahu ye. Kau bawa dia ke Sabah. Mana dia?!"

" Dah tahu tanya pula. Peliklah awak ni.."

" Kau jangan banyak bunyilah perempuan. Mana Faliq?!" Makin marah dia.

"Dengar sini ye Makcik.. Untuk pengetahuan awak, saya tak bawa dia pun, dia yang cari saya. Kalau awak nak cakap dengan dia, awak call lah dia sendiri. Kenapa tanya saya pula. Buang masalah layan makcik-makcik ni. Okeylah byee!!!"

" Oiii perempuan!! Kurang ajar..!!" Aku terus matikan talian. Aku gelak kecil. Lama-lama aku pun boleh jadi gila layan perempuan gila meroyan ni. Hmm.. siapalah perempuan ni ek. Nak sangat aku tahu. Kasihan betul. Kekasih Faliq kut. Ish!! Tapi Faliq cakap dia tak pernah bercinta. Abang pun cakap benda yang sama. Oo mungkin secret admire dia kut. Tapi entahlah. Apa-apa jelah. Aku pun bukan kekasih Faliq. Jadi, buat apa aku nak takut dengan makcik meroyan ni. Aku sambung layan bunga lagi best.

" Laaa.. dekat sini rupanya.. Oh Dik.!!" Abang menjerit panggil aku. Aku menoleh dan jalan ke arah abang. Sengeh jelah.

" Jom.. nak gerak dah ni.." kami terus jalan bersama.

" Abang.. perempuan tu call adik tadi.."

" Dia ugut apa lagi?!"Tanya abang.

" Kali ni dia tak ugut. Tapi dia marah-marah. Cari Faliq. Lepas tu dia tuduh, kata adik simpan Faliq. Dia tahu kita kat sini.."terangku.

" Dia tahu kita kat Sabah ni?!" Abang tanya lagi. Terkejut. Aku mengangguk.

" Pelik juga. Tapi tak apalah, nanti abang info Faliq. Kalau perempuan tu ada whatsapp atau message ugut lagi, jangan delete ya. Bukti tu.. Kalau boleh setiap kali dia call, rakam perbualan. Senang nak detect.." Aku mengangguk je. Mereka yang lain sedang menunggu aku, beg-beg dah masuk dalam bonet. Zahwan, Abang Man dan Kak Wati sedang berbual. Tapi Faliq aku tak nampak pula. Kami menghampiri mereka. Senyum.

" Dah.. Jom, kita gerak sekarang.." kata Zahwan sebaik kami sampai.

" Jom-jom juga. Mana si Faliq ni. Dia pula hilang.." Aku gelak kecil.

" Bukan dia ke taman ke tadi.." Jawab Kak Wati.

" Sorang jumpa sorang hilang.." Abang merungut. Kami gelak. Aku bersalam dengan Abang Man dan Kak Wati. Alahaiii sedihnya nak tinggalkan mereka. Lagi sedih nak tinggalkan Gunung Kinabalu. Pasti akan aku rindu kau gunung. Dan, pasti aku akan kembali lagi.
Aku dan abang masuk je dalam kereta mewah milik Zahwan. Kami duduk di seat belakang. Tidak lama kemudian, baru muncul muka Faliq. Tersengeh-sengeh macam kerang busuk. Zahwan memulakan pemanduan. Aku melambaikan tangan pada Abang Man dan Kak Wati. Sayu je wajah mereka. Satu pengalaman yang sangat berharga tinggal beberapa hari di Kundasang ni. Seronok dan sedih. Segalanya berlaku tanpa diduga. Tapi yang penting, aku betul-betul rasa tenang selama berada di Kundasang ni. Tenang setenangnya. Alhamdulilah..

Aku memandang Gunung Kinabalu nun disana sepanjang perjalanan. Senyum padanya. Seperti gunung itu memahami hati aku. Melihatmu ku rasa tenang dan aman. Mendamaikan hati. Terima kasih menemaniku disetiap pagi. Terima kasih segalanya. Selamat tinggal Gunung Kinabalu. Jumpa lagi lain kali. Aku senyum ceria. Mereka bertiga berborak rancak. Bercerita mengenai pekerjaan masing-masing.  Takkan aku nak menyampuk pula kut. So, aku keluarkan handphone dan layan game lah. Super Mario. Hehe..

Sedang mereka rancak berborak. Handphone Faliq berbunyi perlahan. Abang dan Zahwan senyap sekejab beri Faliq menjawab panggilan.

" Waalaikumsalam Ma.. Esok Alang balik KL. Kenapa ma?!" Mama Faliq call. Rindu dekat anak bujanglah tu kut. Hehe.. Aku senyum. Seronoknya ada mama kan. Risau je mana kita pergi. Aku juga tak ada orang yang risau. Eh! Adalah. Abang kan risau, Faliq pun risau. Kalau tak, tak kan sanggup cari aku sampai borneo ni kan. Sayang korang..

" Kenapa Angah cari Alang. Dia tak ada pula call. Tak apalah ma, nanti Alang call Angah.."
Abang menoleh padaku. Berkerut. Seperti memikirkan sesuatu. Aku buat selamba je. Terus layan game. Gelak sorang-sorang kalau game over.

" Iya Ma.. Insha Allah. Waalaikumsalam.. "
Faliq mematikan talian dan menyimpan handphone ke dalam poketnya semula. Diam sebentar.

" Korang.. Mama aku kirim salam.."

" Waalaikumsalam.. " kami jawab serentak.

" Mama kau sihat?. Lama sangat tak jumpa.." tanya abang.

"Alhamdulilah sihat walafiat. Dia pun selalu tanya kau..."

" Alamak iya ke..!! Insha Allah ada masa nanti aku nak juga melawat mereka.. "

" Ha tulah. Ada dia jemput kau dan Aliaa dinner kat rumah. Tapi tulah nak kau tak busy tu entah bilanya.. Nak bawa Aliaa sorang kang, orang tu tak nak. Segan konon.." Amboii.. perli aku nampak. Sabar jelah.

" Mestilah segan. Saya ni kan pemalu.."

" Pemalulah saaangat!!" Abang gelak.

" Kalau tak ada apa-apa halangan, sebelum aku ke Sudan nanti aku try ambil masa sikit jumpa mereka. Tapi aku tak janji tau. Tahu-tahu jelah kerja aku ni.." terang abang.

"Okey set!! Jangan lupa bawa si pemalu tu sekali. Mama pun nak jumpa sangat bakal menantu dia.." selamba je Faliq ni. Aku menjeling padanya.

" Aik!!! Lebih nampak...!!" Faliq gelak kuat. Zahwan hanya tersenyum mendengar perbualan kami.

" Bila kau pergi Sudan Dil? Berapa lama? " tanya Zahwan pada abang. Baru dia bersuara.

" Hujung bulan ni. Berapa lama tak pasti. Kalau kerja siap cepat baliklah cepat. Cepat-cepat pun ambil masa tiga, empat bulan juga bro. Kalau tak ada problem lah projek sana.." Terang abang.

" Biasalah tu. Dulu aku pun macam tu juga. Setahun sampai dua, tiga kali outstation. Letih..!! Sekarang ni aku lepak office jelah.. "
Cerita Zahwan lagi.

Seronoknya mereka berborak. Mata aku dah mula mengantuk dah ni. Makan banyak sangat pagi tadi. Lepas tu, kena aircond sejuk pula kereta Zahwan ni. Layan game pun , asyik game over je. Tak hebat langsung. Aduhai.. aku menyandarkan kepala dekat tingkap kereta. Pejam mata. Layan ngantuk. Lambat pula rasanya nak sampai KK. Tak sabar nak tengok laut pula. Hai lah laut. Tunggu aku ya..!!



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku