Kerana Janji
Bab 68
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
103

Bacaan






Faliq duduk di balkoni kondominium milik Zahwan di 1Borneo Hypermall. Sungguh selesa kondo ni. Susun atur simple dan menarik. Dia duduk termenung melihat bintang-bintang yang berkelipan. Aliaa sudah masuk ke bilik, keletihan berjalan satu bandaraya Kota Kinabalu. Lagi letih bila melayan Si Faliq, yang suka menyakat. Bila teringat, dia senyum sendiri. Dia menunggu Adil, nak turun ke bawah katanya. Nak lepak di kolam renang. Sebenarnya, ada sesuatu yang Adil mahu bincang dengannya. Tidak lama kemudian, Adil muncul. Mereka mula melangkah. Tinggal lah Aliaa yang sedang lena diulit mimpi.

Tiada orang di kolam renang itu, hanya mereka berdua saja. Adil duduk di kerusi menghadap kolam renang. Faliq pula berdiri di tepi kolam. Melihat ke dalam air.

" Tutt..tuttt.." Handphone nya berbunyi. Dia mengeluarkan handphone dari poket seluar. Tertera nama Angah di skrin handphone. Berkerut seribu dahinya. Kenapa pula Asnida call,bisiknya.

" Assalammualaikum.."

" Hmm.. Waalaikumsalam.. Alang dekat mana sekarang?" Tanya Asnida dengan suara marah ditalian.

" Bercuti. Kenapa?!" Jawab Faliq perlahan.

" Iyalah bercuti dekat mana? Sabah?" tanyanya lagi.

" Iya Angah..!"

" Dengan Aliaa kan?!"

" Iya.."

" Kan Angah dah cakap, jangan rapat dengan dia lagi. Alang ni tak faham ke.. Angah tak suka lah.." makin kuat suaranya marah.

" Kenapa Angah ni. Tiba-tiba call nak marah-marah.. Apa masalah Angah ni.." suara Faliq mendatar saja. Dia jalan jauh dari Adil. Tak nak Adil dengar.

" Memang Angah marah. Selagi Alang masih dengan Aliaa, selagi tu Angah tak suka..!!" Asnida marah dan marah.

" Yang suka Aliaa adalah Alang, dan yang nak kahwin dengan Aliaa pun adalah Alang. Bukan Angah.. Angah suka atau tak. Terpulang lah.." kata Faliq tegas.

" Angah tak nak dia masuk dalam keluarga kita. Kalau Alang masih lagi dengan Aliaa, Angah tak ada pilihan. Jangan salahkan Angah kalau sesuatu terjadi pada Aliaa. Ingat Alang!! Angah boleh buat apa je untuk hapuskan Aliaa dan Adil.. Sebelum terjadi apa-apa, lebih baik Alang tinggalkan Aliaa.. Ini amaran akhir dari Angah.."

" Astagfirullah al azim. Mengucap banyak-banyak Angah. Kenapa sampai macam ni sekali Angah benci Aliaa. Aliaa tak salah apa-apa.."
Faliq menyapu muka dengan tapak tangan. Mengeluh sendiri.

" Salah atau tak itu belakang kira. Kalau Angah dah cakap Angah tak suka, jadi, sampai mati pun Angah tak suka. Ingat Alang.. Ingat ni..!!"

Talian terus dimatikan. Faliq mengucap panjang. Handphone dimasukkan semula ke dalam poket. Bingung dan bingung. Kenapa Asnida terlalu membenci Aliaa dan Adil. Aliaa tak salah kenapa harus dihukum macam ni.
Faliq mula rasa tak sedap hati. Dia tahu sikap kakaknya itu, panas baran dan pendendam. Apa yang dia cakap, dia akan buat. Dia memang berani dan sikit pun tak pernah rasa takut. Dia sanggup lakukan apa saja untuk penuhi kehendak hatinya. Walaupun melibatkan orang lain. Yang penting dia puashati. Apa harus dia lakukan? Sanggup Asnida mahu musnahkan kebahagiaan adik sendiri. Bila nafsu menguasai diri. Buruk baik tidak lagi difikir, haram halal tidak lagi dipeduli. Yang difikir, kepuasan hati. Hasutan syaitan bermaharajalela, segala perlakukan jahat sudah semakin membara.

Baru saja Faliq mahu melangkah ke arah Adil. Handphone berbunyi lagi. Dia memberhentikan langkah dan menjawab panggilan. Nombor tidak dikenali.

"Haiii youuu...!! Mana you pergi? Lama i tak jumpa you. Ash kata you bercuti. Kenapa tak info i. Kenapa tak ajak i.." suara gedik si Elly dihujung talian. Faliq menggaru kepala. Banyak betul soalannya.

" Ada apa awak call ni. Maaflah saya busy.."
Jawab Faliq. Malas.

"Faliq.. sekejab lah. Ish!! You tak rindu i ke?!"

" Apa awak merepek ni.."

" I tak merepeklah. I betul-betul rindu dekat you. Tiap malam i mimpi kan you. I nak jumpa you tapi you tak ada.." katanya lagi. Suaranya merengek.

"Daripada awak mimpikan saya, lebih baik awak mimpikan mak dan ayah awak. Kan lebih baik tu.."balas Faliq.

" Alaa sweetnya. Mama dan Papa setiap hari i jumpa. You tu yang susah sangat nak jumpa tu yang setiap malam i mimpi. I rindu you sangat-sangat.." Aduhai.. letihnya Faliq. Ini mesti kerja Angah. Bisiknya dalam hati.

" Esok you balik kan. I jemput you dekat airport ya. Lepas tu kita pergi makan, i belanja you. You cakap je nak makan apa. Okey sayang.." Nak muntah Faliq dengar. Masalah betul ni. Aduhai.

" Tak apa, saya boleh balik sendiri, tak payah menyusahkan diri.  Terima kasih banyak-banyak.."

" Eh!! Mana ada menyusahkan. Untuk you tak ada istilah menyusahkan tau. I ambil you ye.. Tunggu i tau. Bye darling..!! muah!"

"Eh!! Tak..." Talian dimatikan serta merta. Tak sempat Faliq nak cakap. Faliq mengetuk kepala. Tak satu persatu masalah datang. Asnida buat hal dan sekarang Elly pula. Macam mana kalau Adil tahu. Mati Faliq. Mengeluh panjang. Menoleh kearah Adil yang sedang duduk termenung ke dalam kolam renang itu. Lalu, dia melangkah perlahan menghampiri Adil. Adil menoleh padanya. Senyum.

" Jauh kau menung bro.." tanya Faliq. Duduk di kerusi kayu di hadapan Adil. Adil senyum.

" Aku risau lah dengan Aliaa.."

" Risau kenapa?!"

" Iyalah, hujung bulan ni aku nak pergi dah. Risau keadaan dia, kesihatan dia. Rasa berat pula hati ni nak tinggalkan dia.." Adil mengadu.

"Insha Allah. Janganlah risau. Selagi aku ada, aku akan jaga dia.." kata Faliq yakin.

" Iya bro.. Tu aku tahu tapi tak sama kut, aku abang dia. Risau tu lain lah.."

" Aku faham perasaan kau. Sabar banyak-banyak. Rajin-rajinlah kau call dia nanti. Kau jelah satu-satunya darah daging dia. Tempat dia mengadu, tempat dia meluah. Kau lebih faham dia dan dia sangat perlukan kau. Tak bermakna bila kau jauh kau abaikan dia. Selalu call tanya khabar, percayalah dia akan rasa dekat dengan kau walaupun jauh.." nasihat Faliq. Adil mengangguk perlahan. Memahami setiap nasihat dari sahabatnya.

" Hmm.. Ni aku nak tanya kau sesuatu. Aku rasa benda ni sangat penting. Dan, ni salah satu buat aku risau..." Adil memulakan cerita. Tepat pandang wajah Faliq.

" Tanya apa? Macam serius je ni.." Adil senyum.

" Sebelum ni kau ada girlfriend?!" Tanya Adil serius.

" Hahahaha.. Kau ni tak ada soalan lain ke nak tanya.." Faliq gelak. Kelakar. Adil langsung tak senyum. Muka serius.

" Mana ada bro. Kau tahu aku kan macam mana.." jawab Faliq.

" Kau tak tipu aku?! Iyalah, manalah aku tahu kan. Kadang orang ni sanggup menipu nak dapatkan sesuatu.. Betul kan?!" Sinis sekali. Terkedu Faliq mendengar. Telan liur dia.

" Iya aku tak tipu bro. Demi Allah. Aku memang tak pernah ada girlfriend. Memang aku akui, aku banyak kawan perempuan. Tapi kawan je, memang tak lebih dari tu.. " kata Faliq jujur.

" Aku harap apa yang kau cakap ni jujur dari hati kaulah ya. Aku tak nak, hari kemudian, akan timbul masalah.."

" Masalah? Masalah macam mana? Aku tak faham.."

" Masalah lah bro. Kut-kut bila adik aku dah terima kau, kang datang pula orang ketiga mengaku ex girlfriend kau ke apa ke. Dah adik aku jadi mangsa pula. Aku tak nak macam tu bro.." terang Adil. Kali ni memang dia tegas cakap. Senyum sikit pun tak.

" Insha Allah jangan risau. Aku memang tak pernah pun bercinta bagai sebelum ni. Sejak jumpa adik kaulah aku jadi angau macam ni. Aliaa tu orang pertama buat aku jatuh hati. Kalau kau tak percaya, kau boleh tanya mama. Dia yang tahu segala-galanya. Kau tahu kan, aku rapat dengan mama. Semua aku cerita dekat mama termasuk pasal Aliaa.. Demi Allah, aku memang tak pernah bercinta.. Percayalah bro.." Faliq terus-terang penuh keyakinan. Nak betul-betul bagi Adil yakin dan percaya padanya.

" Baguslah kalau macam tu. Aliaa tu satu-satunya adik aku, amanah dari Allah, amanah dari arwah ibu ayah aku. Andai kau lakukan sesuatu pada dia, aku akan cari kau sampai lubang cacing. Sahabat tak sahabat.  Faham kan.." Tegas dan tegas. Memang Adil sengaja cakap begitu. Biar Faliq fikir dan tak ambil kesempatan atas Aliaa. Walaupun mereka bersahabat.

" Iya aku faham. Aku sayang Aliaa lebih dari nyawa aku.." Kata Faliq perlahan.


" Maaflah Liq. Aku memang kena bertegas bab ni. Dia perempuan, kalau lelaki aku tak kisah sangat. ."

" Tak apa bro. Aku faham. Aku pun ada kakak ada adik perempuan. Siapa lagi nak pertahankan mereka kalau tak kita.. " Adil senyum.

" Aliaa kena ugut.."

" Ha?? Kena ugut? Kena ugut sebab apa? Sejak bila? Siapa?" Bertubi-tubi soalan Faliq. Faliq memang sangat terkejut.

" Tak tahu siapa, Aliaa tak cakap dan aku tak pasti sejak bila. Tapi yang pasti orang tu minta Aliaa jauhi kau.." jelas Adil. Faliq terdiam. Memikir sesuatu. Memang terkejut.

" Orang tu cakap, kalau Aliaa masih bersama kau. Dia akan buat Aliaa menderita seumur hidup.." sambung Adil lagi.

" Allahuakhbar!! Kau tak try call orang tu?!"

" Ada tapi tak dapat. Tukar-tukar nombor.."

" Ini kes berat ni. Aliaa tak cakap aku pun.." kata Faliq.

" Dia serba salah nak cakap. Dia takut. Orang tu pesan, kalau sampai kau tahu. Dia akan buat lebih teruk lagi pada Aliaa.. Tu yang aku tanya kau tadi. Aku risau beb, sangat. Buat masa ni aku minta kau buat biasa je dulu. Jangan bertindak apa-apa. Teruk adik aku kang.. " Faliq mendiamkan diri.

" Tapi siapa punya kerja bro. Aku tak pernah bercinta, ex semua mana ada. Kenapa... Ish!! Peliklah.." Faliq mengeluh dalam.

" Tu aku tak tahu. Dan kalau boleh, lepas ni kau tak payah kerap sangat jumpa Aliaa ya. Aku risau sangat keadaan dia. Aku rasa Aliaa diperhati, sampai kau ke Sabah ni pun dia tahu.." Faliq menekup muka dengan tangan.
Macam mana dia nak hadapi ni semua. Kalau tak jumpa Aliaa sehari pun dah macam kena rasuk hantu. Apa dia harus buat. Adil minta dia tak jumpa Aliaa. Aduh.. Masak Faliq masak..!! Siapa orang tu? Kenapa kejam sangat? Pening dia fikir. Kemungkinan besar, Aliaa tak terima aku sebab ugutan ini kut, bisiknya didalam hati. Aduhaiii..Tiba-tiba dia teringat amaran dari Asnida sebentar tadi.

" Kerja Angah ke? Sebab yang tahu aku ke Sabah hanya mama je. Mesti mama beritahu dia. Dan, Angah memang tak suka Aliaa. Tadi pun Angah bagi amaran lagi. Tapi kenapa Angah sanggup nak runtuhkan kebahagiaan aku. Tak kan Angah sanggup tengok aku menderita kerana perbuatan dia. Aku adik dia kut. Mungkin amaran yang dia bagi tu hanya kerana marah je. Tapi kalau betul ni semua kerja Angah. Ya Allah!! Sampainya hati Angah.. Ish!! Tak mungkin.. Tak mungkin..!! Tapi siapa punya kerja ni. Elly?? Aku tahu Elly memang ada hati pada aku, tapi aku tak layan. Mungkin dia sakit hati dan ugut Aliaa. Kemungkinan juga. Arhhh!! Kenapa ini terjadi. Ya Allah..!!! Lindungilah Aliaa, Lindungi perhubungan kami.." kata hati kecil Faliq.

Dalam perhubungan akan sentiasa diduga dan diuji. Bersabarlah dan bertabahlah Faliq. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku