Kerana Janji
Bab 70
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
109

Bacaan






Lalalalalalaaa.. Aku menyanyi-nyanyi sendiri. Semangat nak masuk office hari ni. Dah lama cuti, rindu dekat Naim, Kak Intan, Mira, Nina dan semualah. Confirm lah bertubi-tubi soalannya nanti. Tapi tak apa, cenderamata untuk mereka pun aku dah sediakan. Tak adalah banyak soalan dan persoalan mereka nanti. Awal lagi ni, baru jam 7.40pagi. Tak apalah,aku dah excited sangat nak jumpa mereka. Tak sabar nak bergosip dengan Naim. Pastinya Naim kena tahu apa yang terjadi. Mesti kena tahu. Aku menuju ke dapur. Abang dah sediakan sarapan. Mihun goreng dan roti bakar. Aku cuma teguk air suam je. Kemudian terus melangkah ke pintu. Abang tak muncul, dalam bilik kut. Tekaku. Aku menyarungkan kasut kerjaku dan terus ke kreta. Menghidupkan enjin, meletak beg kertas berisi cenderamata di belakang seat. Aku berjalan pula ke pintu pagar, siap-siap buka pagar.
Kembali semula ke pintu rumah.

"Abang.. Adik pergi kerja dulu ya. Bye.!!" Jeritku kuat. Tak tahu abang dekat mana entah. Harap dia dengarlah.

"Awalnya. Laa.. Tak breakfast dulu ke dik..?!" Tiba-tiba muncul abang dari dapur. Berjalan ke arahku.

" Abang breakfast sorang je ya. Adik nak cepat ni.. " Aku salam dan cium tangan abang dan terus masuk dalam kereta. Abang menggeleng kepala. Aku senyum.

Perjalanan ke office lancar je, masih awal kut. Taklah sesak lagi. Seperti biasa, sampai di bangunan office aku parking kereta, jalan ke lobi, naik lift dan tingg !!! Sampai tingkat 11. Oh betapa rindunya office ku ini. Aku gelak kecil. Melangkah je masuk dalam office, semua dah ada. Sedang berbual kosong di sudut rehat. Semua mata tertumpu ke arah ku. Aku senyum lebar.

" Selamat kembali Cik Aliaa.. Amboii..!! Berseri-seri wajah dia.. Hehe.." Aduhai.. awal-awal dah kena perli dengan Mira. Aku gelak jelah. Salam dengan mereka semua. Rindu dengan gelak tawa mereka.

" Kan.. Macam orang balik honeymoon je kan.. Atau kau cuti lama-lama ni kau kahwin ek.." Pula dah Kak Intan ni. Makin besar gelak aku.

" Merepeklah akak ni. Kalau saya kahwin tak adanya cuti 2,3 minggu kak. Mahu 2,3 bulan terus.." kataku bergurau.

" Habis tu kau cuti lama-lama ni kau kemana? Hilang tiba-tiba. Tak ada sorang pun tahu. Mr. Arkitek kau tu pun tiap hari datang cari kau hari tu. Kasihan akak tengok dia.." cerita Kak Intan. Yang lain mengiyakan. Aku senyum je lah.

" Nah ni..!! Untuk semua.." Aku menghulurkan cenderamata itu pada mereka.

" Wah!! Cantiknya.. Ooooo.. bercuti ke Sabah rupanya. Patutlah lama.. Terima kasih Cik Aliaa.." kata Nina. Membelek-belek keronsang mutiaranya. Aku senyum. Tu je aku mampu buat. Senyum dan senyum.

" Dah muncul dah kau beb. Aku ingat tak nak masuk office lagi dah.." Naim pula perli. Bengang dengan aku. Hehe..

" Eh! Kenapa awal semua sampai ni. Saya ingat saya paling awal."tanyaku pada mereka.

" Jam9.00 pagi ni ada meeting. Sebab tu semua sampai awal. Bagus jugalah kau datang hari ni. Join sekali meeting. Tapi bukan esok ke patutnya kau masuk office?" Jelas Kak Intan.

" Laa iyake! Aduhai.. Tahu masuk esok je. Meeting apa Kak?" Masuk office terus meeting. Huhu..

" Meeting perasmian cawangan dekat Terengganu tu lah. Hujung minggu ni. Ha! Lusalah kan.. Dato' cakap, semua kena pergi. Wajib pergi. Termasuk kau juga Aliaa.." jelas Naim pula. Aku mengagguk.

" Eh! Lupa pula.. Ni untuk sahabat setia aku. Special untuk kau beb.." aku memberikan kotak leper yang berbalut kertas hadiah. Naim mencapai sambil mulut tetap membebel. Aku minta izin masuk ke bilik. Naim mengekori. Aku tahu dia nak tanya macam-macam. Rindunya dekat bilik ni. Aku dduk di kerusi empuk itu. Menyandarkan badan. Naim pandang tepat kearahku.

"Kau ke Sabah cari Zahwan kan?!" Teka Naim. Aku gelak je. Aku ada info dia di Sabah tempoh hari tapi tak cakap perkara sebenar.

" Beb.. aku serius kut.." Dia pandang aku tak berkelip. Lawak.

" Aku tak cari dia pun lah.. Sebenarnya..." aku mula bercerita dari A to Z. Semua aku cerita, tak ada yang sembunyi pun. Dia mendengar dengan tekun. Naim senyum dan angguk-angguk kepala. Memahami.

" Syukur alhamdulilah. Akhirnya kau lepaskan dia juga. Lega aku dengar. Peluang besar untuk Mr. Arkitek kan.." kata Naim.

" Hohohoo.. bab tu aku tak berani nak cakap. Cuma kalau ada jodoh, adalah.. "

" Ish!! Kau. Apa kurangnya dia. Rupa ada, kerjaya ada, agama ada, baik pun baik. Rasanya semua ada dekat dia. Apa lagi yang kau nak. Kau hilang hari tu, tiap hari call aku, tanya kau. Datang sini, sampai jumpa Dato' tau. Punyalah risau dekat kau.." jelas Naim.

" Jumpa Dato'?!" Terkejut aku. Sampai macam tu sekali Faliq risau aku.

" Ha laa!! Tu yang Dato' cakap, kau pergi bercuti. Cuma tak tahu kemana.." Terharunya aku. Aduhaiii Faliq. Jujur cakap, aku memang tak tahu langsung. Aku terdiam sekejab. Mendengar setiap nasihat Naim.

" Aku tahu dia baik. Jujur cakap beb. Aku pun rasa sayang jugalah dekat dia. Sayang kawan dan lebih sikit kut tapi kadang-kadang aku rasa memang patut aku bagi dia peluang. Tapi aku tak boleh terima dia. Memang tak boleh. Tak boleh beb..." terlepas cakap juga aku akhirnya. Tak bole nak tipu diri dan tak boleh tipu Naim ni.

" Kenapa tak boleh. Kalau dah sayang. Kenapa tak boleh. Ke kau ada rahsia kan sesuatu? Lebih baik kau info, jangan nak pendam sangat.." teka Naim. Naim memang memahamk aku. Tapi aku tetap tegas, tak boleh info apa-apa.

" Aku tak boleh nak cakap. Ada sebab kenapa. Benda ni melibatkan masa depan aku dan masa depan dia. Maafkan aku. Aku tak boleh nak cerita. Bila sampai masa nanti, kau akan tahu juga. Sorry beb..." aku mencebikkan muka mohon Naim memahami.

" Okey aku faham. Apapun, aku akan doakan kau dan Faliq akan bersatu suatu hari nanti dan bahagia. Cepatlah kau kahwin Aliaa, senang hati aku.." kata Naim. Aku gelak.

" Kenapa?! Selagi aku tak kahwin kau susah hati ke beb.." tanyaku.

" Iyalah.. Kau tu kawan aku, sahabat aku. Berapa lama aku kenal kau. Kalau kau dah kahwin, terlepas lah tanggungjawab aku bagi kau nasihat. Kau ni dahlah degil. Selama dengan Zahwan, berapa punya lama, sia-sia je. Tak kan dengan Faliq pun kau nak jadi macam tu. Kalau umur makin muda tak apa. Ni umur dah tua, kahwin pun tak. Selamat kau kecil, orang tengok pun macam tak cukup umur.." Naim membebel macam mak nenek. Aku gelak kuat. Memang tak kering gusi. Rindu nak dengar dia membebel. Hahaha.. Alahai Naim.. Sebab tulah aku sayang kau sahabat..

Tidak lama kemudian, kami masuk ke bilik mesyuarat. Semua ada. Bermulalah episod kerja yang melambak. Memang telah ku duga.
Meeting berjalan dengan lancar. Lusa kami kena berangkat ke Terengganu. Naik flight lagi. Sampai sana nanti, ada yang menjemput. Baru je masuk kerja, kena pergi outstation pula. Rindu dekat office pun tak habis lagi. Nak tolak tak boleh, sebab Erisya nak sangat aku pergi. Tak apalah. Ikutkan jelah anak manja Dato' ni. Kalau dia nak sangat aku ikut, pastinya akulah yang akan berkepit dengan dia 24jam nanti. Confirmlah shopping pun aku kena ikut juga. Awal-awal Erisya dah cakap, nak shopping barang kahwin sikit di Teregganu nanti. Hmm.. Sabarlah wahai Aliaa..

" Yuhuu!!
Tiba-tiba rasa rindulah.."

Aku terima whatsapp dari teman mesra. Automatik aku tersenyum lebar. Ku baca.

 " Saya rasa ngantuk.." balasku sengaja.

" Mengantuk? Baru masuk office dah ngantuk?!"

" Meeting. Lusa saya outstation ke Terengganu.." aku memberitahu Faliq.

" Ha?! Berapa lama?!"

" Sebulan.." Hehe.. Sengaja nak menyakat dia. Jahatkan. Tipu sunat.

" Aduhai... Matilah saya!"

" Kenapa mati?!"

" Mati tak dapat jumpa awak.."

" Kalau mati, tanam je.."

" Huhu.. Sampainya hati.."

" Dah mati kan, nak buat macam mana. Tanam jelah. Betul tak?!"

" Okey lah tak mati. Sedih je lah.."

"Haahahahaa.." aku gelak.

" Okeylah sayangku..
Saya nak ke side ni,
kerja elok-elok,
jaga diri baik-baik.
Aku rindu kamu,
Aku sayang kamu,
Aku cinta kamu..
Muahh Aliaa.."

Aku senyum lagi. Lalu ku letak handphone diatas meja semula. Fokus pada meeting. Entah apalah yang mereka bincangkan tadi. Aku busy menghadap whatsapp Faliq sampai hilang fokus. Hehe.. Tak apa, nanti boleh tanya mereka. Idea !!

Lebih kurang sejam dibilik mesyuarat. Setelah semua setuju dan kata sepakat dah dibuat kami semua bersurai. Seronoknya. Aku terus menuju ke bilikku. Duduk dan menyandarkan badan. Buku nota ku ambil. Check tugasan yang aku perlu buat. Boleh tahan juga busy,  bermula miggu depan. Minggu depan majlis perkahwinan Erisya. Jadi, Erisya minta aku ambil alih tugasnya sementara dia cuti kahwin dan honeymoon. Lama juga tu hampir sebulan. Aku setuju je. Tak ada pilihan.

Baru saja mahu mengambil fail. Handphone ku berbunyi. Private number. Eh! Ni bukan orang yag ugut tu ke, bisik Aliaa dalam hati. Tanpa buang masa aku pun menjawab panggilan.

" Hey  Aliaa.. kau tak faham bahasa ke?! Kan aku dah cakap, jauhi Faliq. Jangan dekati dia lagi." Tiba- tiba call dan marah. Aku dah rasa pelik.

" Hmm. Macam ni lah ye makcik. Kalau awak nak kami tak bersama lagi. Lebih elok rasanya awak call Faliq sendiri dan minta dia yang jauhi saya. Sebab selama ni, bukan saya yang cari dia tapi dia yang cari saya. Awak faham?!" Kataku tegas.

" Kau yang terhegeh-hegeh pada Faliq. Kau ingat aku tak tahu. Kau gunakan adik aku untuk kebahagiaan kau semata-mata.."

" Sukahati makcik lah. Cakaplah apa-apapun. Okeylah. Buang masa saya je layan makcik. Bye!! " kataku.

" Nanti Aliaa.. Kau jangan cabar aku, kau akan terima padahnya nanti. Kau tunggu!!!" Aku terus mematikan talian. Aku termenung seketika. Padahnya?? Aku mengeluh. Dalam beraniku ada juga ketakutan. Semoga Allah lindungi aku.

Macam mana aku nak terima Faliq dalam hidup aku kalau ini yang terjadi. Siapa manusia kejam ni sebenarnya. Kenapa tak habis-habis lagi. Aku baru nak buka hati untuk Faliq tapi jadi takut pula. Ish!! Kalau macam ini gayanya. Lebih baik aku hidup sorang-sorang tanpa ada lelaki dalam hidup. Ada je masalahnya. Tak kahwin pun tak apalah. Sedihnya..!




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku