Kerana Janji
Bab 71
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
100

Bacaan






Handphone dicampak diatas meja, selamat tak masuk dalam pinggan Elly. Muka bengis merah padam seperti naga kelaparan. Turun naik nafasnya. Marah. Tersangat marah. Kalaulah ada Aliaa didepan mata, mahu saja dicekik-cekik leher Aliaa sampai hujung nyawa. Sakitnya hati. Hilang moodnya nak makan. Elly berkerut memandang kawannya itu. Pelik dia. Tiba-tiba mood bertukar. Tadi elok saja bergurau. Tak faham Elly dengan sikap kawannya itu.

" You ni dah kenapa.. Kalau dah taknak handphone ni, bagi je i.. " kata Elly yang mulut penuh berisi pasta. Berselera betul dia makan. Asnida menjeling pada Elly. Duduk bersandar di kerusi. Makanannya langsung tidak disentuh.

" Ash.. i peliklah tengok you ni. Dengan status janda sekarang, you asyik nak marah je. Ada je tak kena. Bukan ke you cakap, kalau you dah janda nanti, hidup you akan tenang. Tapi i tengok bukan makin tenang tapi makin meroyan.." Memang tak sayang mulut betul Elly ni. Makin berkerut seribu dahi Asnida.

" You jangan nak banyak bunyi pula ye. Kang tak pasal-pasal you balik jalan kaki. Nak?! " Elly tersengeh. Sambung makan.

" Kalau iya pun, makanlah dulu. Nanti dah habis makan, sambung balik marah.." perli Elly.
Asnida hanya membisu. Tapi dalam hati penuh dengan kemarahan. Dalam fikiran mencari idea mahu menghapuskan Aliaa.

" Eh! I nak tanya ni. Hari tu you cakap, Faliq tak ada girlfriend. Tapi masa i jemput dia semalam, dia cakap Aliaa girlfriend dia. Sedih tau. I betul-betul dah jatuh hati dekat adik you tu. You tak boleh tolong i ke you.." Kata Elly minta simpati. Buat muka kasihan.

" Sebab tulah i marah. I tak suka Aliaa tu. I memang nak pisahkan dia dengan adik i. Sampai bila-bila pun i tak akan terima Aliaa dalam family i. I akan hapuskan Aliaa..." Jelas Asnida. Agak terkejut Elly.

" You nak pisahkan Aliaa dengan Faliq? Nak hapuskan Aliaa? You nak bunuh Aliaa? Serius?" Elly membeliakkan mata. Sangat terkejut. Asnida mengangguk. Senyum sinis.

" Wow..wow!! Biar betul you ni. I rasa dah macam drama melayu tiap-tiap petang je. Tapi kenapa you... Story mory lah dekat i.." Elly mahu tahu.

" I pernah story dekat you kut. Ingat Adil tak? " Elly mengangguk.

" Ha.. Ex boyfriend you.? Betul??!" Asnida pula mengangguk perlahan.

" Ooooooooo... Tak kisahlah apapun story mory you tu. Yang i fikir sekarang, i nak Faliq. You.. please lah pujuk adik you tu untuk terima i. I tak boleh hidup tanpa Faliq. Tiap malam i mimpi Faliq. Sebab tu pagi-pagi i mengantuk kat butik.  Oh sweetnyaaaaaa kalau Faliq jadi boyfriend i .." Elly senyum sendiri. Buat muka mengada-ngada. Asnida senyum sinis. Dia dapat satu idea. Hatinya semakin yakin untuk pisahkan Aliaa dan Faliq.

" Yess!!" Tiba-tiba terpacul dari mulut Asnida. Elly berkerut pula tengok Asnida.

" Tadi marah kemain, sekarang senyum pula. Ish!! Tak fahamlah dengan kawan i ni. Sewel agaknya.." kata Elly selamba.

" Hey!! Suka-suka cakap i sewel. You nak adik i ke tak nak. Kang i berubah fikiran baru padan muka. Baru tahu you sewel atau i yang sewel.." marah Asnida.

" Nak.. nak.. nak..!! Sorry.. Hehe.."  Elly mohon maaf pada Asnida. Asnida hanya minum saja. Makanan didepan mata disuruhnya Elly habiskan. Mati-mati Elly taknak. Kenyang sudah katanya. Setelah bil makanan dibayar, mereka berdua jalan keluar dari restoran.
Dua wanita yang agak glamour berpakaian, jalan beriringan. Mereka menuju ke kereta Asnida. Asnida memperlahankan langkah. Dia memerhatikan seseorang yang segak  berpakaian tshirt dan berseluar jeans melintas jalan. Tidak syak lagi. Terpegun sebentar. Mata tidak berkedip memandang, Elly pelik melihat Asnida yang senyum kambing.

" Sorry.. You ni Adil kan?! Adil Hafiz?! " Terus sahaja Asnida tegur. Adil memberhentikan langkah.

" Iya saya.." Jawab Adil dengan senyuman. Elly terpaku seperti nampak hantu didepan mata.

" You tak kenal i ?!" Tanya Asnida.

" Sorry. Siapa ya?! " Adil bertanya semula. Cuba mengingati .

" Asnida?!" Teka Adil. Senyum lebar Asnida.

" Ash lah ni. Haii.. Hmm.. you apa khabar? Makin segak you.." puji Asnida. Elly mulalah tergedik-gedik.


"Alhamdulilah, saya masih macam dulu. Awak apa khabar? Dari mana ni ?" Tanya Adil. Peramah.

" Sihat. Dari lunch nak balik butik. Tak sangka dapat jumpa you. Lama sangat tak jumpa.." Mata Asnida tak berkelip renung mata Adil, sampai Adil rasa serba salah pula.

" Yup.." jawabnya ringkas.

" Lupa pula. Ni kenalkan bakal adik ipar i, Elly. Pilihan family.."Sengaja Asnida. Senyum. Adil agak terkejut. Tapi dia dapat kawal. Dan tunjuk reaksi biasa.

" Hai.. " Elly menghulurkan tangan untuk bersalaman. Tapi ditolak sopan oleh Adil. Merah juga merah Elly. Malu kut.

" Okeylah. Saya ada hal sikit. Saya minta diri dulu.." pinta Adil. Dia tidak mahu lama-lama berbual dengan Asnida. Rasa lain pula hatinya.

"Oh! Okey.. Maybe next time boleh jumpa lagi.. "

" Insha Allah. Saya jalan dulu ya, Assalammualaikum.." Dengan senyuman Adil pun terus melangkah.

Mereka berdua memandang Adil hingga hilang dari pandangan. Lalu terus masuk ke dalam kereta. Asnida masih lagi tersenyum. Masih tidak percaya dapat terserempak dengan Adil. Bekas kekasih. Entah kenapa, dia rasa happy pula. Happy ada sebab.

" Hmm.. Senyum sorang-sorang pula. Kalau iya pun bukalah aircond tu, i panaslah. Cair makeup i.." perli Elly. Asnida terus menghidupkan enjin kereta dan masih lagi termenung ke hadapan.

" You tau tak siapa tadi?!" Elly menggeleng. Pelik juga dia, sepatutnya dia yang tanya Asnida.

" Itulah Adil. Ex boyfriend i. Abang kepada Aliaa. Sahabat kepada adik i, Faliq.." katanya satu persatu. Ada nada geram suaranya. Senyum sinis sendiri.

" Oh ya!! Tapi kenapa dia hensem sangat you.. Lagi hensem dia dari Faliq.."

" Eee.. !! You ni gilalah. Pantang nampak lelaki hensem.. Pelik betul perangai.." Asnida menjeling pada Elly.

" Memang betul kut. I jujur apa.."

" Dia memang hensem pun sebab tu i terpikat dekat dia dulu.." Asnida mengingati kembali kenangan itu.

" Tapi kenapa you cakap dekat dia, i ni bakal isteri adik you . Wah!! Bestnya.. Happynya i.." teka Elly.

"Sebab  i nak  pisahkan Aliaa dan Faliq.  Dan you sebagai watak utama. Okey?!"

" Tapi i taknak lah terlibat dengan dendam you ni. Tak pasal-pasal i yang kena.." Elly menolak.

" Jadi sekarang ni you taknak Faliq lah. Kalau taknak tak apa. Senang kerja i.."

" Mana boleh taknak. Naklah. Tapi i kena buat apa,!" Asnida senyum pada Elly. Dia yakin plan nya akan berjaya. Dia akan terus lakukan. Fokusnya pada Adil. Asnida tahu, Adil terlalu sayang adiknya. Dia tak akan biarkan orang sakiti adiknya. Biar.. biar Adil dan Faliq putus sahabat. Dia tak kisah pun, yang dia fikir. Aliaa dan Faliq kena berpisah. Tapi biar Adil sendiri yang pisahkan mereka. Yes!! Nekadnya Asnida.

Dia mahu akan mulakan dari sekarang. Lagi cepat Aliaa dan Faliq berpisah lebih cepat hatinya tenang. Dia tak akan berdiam selagi melihat kebahagiaan Aliaa. Kebahagiaan Aliaa seolah-olah mengejek dirinya sendiri. Dia tak akan berdiam, tak akan!!. Dia yakin, bahagia adiknya bukan bersama Aliaa. Semakin membara dendamnya. Dan, Elly adalah watak utama. Dia gunakan Elly untuk kepentingan dirinya sendiri.  Bijak, sungguh bijak sekali Asnida. Dia adalah pengarah sebuah drama ciptaannya. Drama antara Aliaa dan Faliq. Elly menjadi pelakon utama. Sikit pun tiada perasaan bersalah dan takut. Selagi tidak melihat kehancuran hubungan Aliaa dan Faliq, selagi itu dia tak akan puas. Walaupun melibatkan kebahagiaan adik kandung sendiri. Sampai hatinya. Mahu menghancurkan kebahagiaan darah daging sendiri.

Adil menyorok di sebalik tiang. Tidak mahu Asnida nampak kelibatnya. Apabila kereta Asnida sudah berlalu baru dia berjalan menuju ke keretanya. Entah kenapa hatinya terus berdebar-debar. Masih fikir apa yang dikatakan Asnida sebentar tadi. Adil menghidupkan enjin kereta.

" Bakal adik ipar? Pilihan keluarga? Maknanya bakal isteri Faliq. Tak mungkinlah. Tapi ishh!! Aku kena tanya Faliq ni. Aku tak nak sampai adik aku kecewa lagi. Cukuplah Wan dah kecewakan dia. Maafkan abang dik..."

Adil mengeluh sendiri. Sedih dengan nasib adiknya. Kebahagiaan tak berpihak padanya. Baru mahu kecapi kebahagiaan tapi dugaan silih berganti datang. "Bersabarlah sayang.. Kebahagiaan akan jadi milik adik juga nanti..." kata Faliq sendiri. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku