Kerana Janji
Bab 72
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
108

Bacaan






Selepas maghrib, aku terus bersiap-siap nak keluar dengan abang. Abang kata tadi, dia bosan jadi dia nak ajak aku shopping. Wah!! Tersangatlah happy. Bolehlah pau abang sehelai dua baju. Lagi pula, duit dah banyak habis sebab bercuti. Ambil peluanglah ni. Lusa abang dah balik JB, macam biasa. Bila dia nak balik JB, mesti ajak aku shopping barang dapur. Bertuah kan aku jadi adik abang. Hehe.. Abang baik, tak kedekut. Kalau aku tak ada duit, cakap je kat abang. Confirm dia bagi. Kadang-kadang tak minta pun, tengok-tengok dalam akaun bank dah ada duit. Siapa lagi yang bagi kalau tak abang. Tapi biasa kalau duit yang abang bagi, aku tak guna pun. Aku simpan untuk masa depan. Mana tahu suatu hari nanti kesesakkan duit, bolehlah guna. Aku tunggu abang dekat luar, duduk di kerusi. Angin sejuk membelai wajahku. Hari seperti nak hujan, bintang pun tak ada.

Sedang khayal sendiri, handphone di hadapanku berbunyi. Missed call je. Dan kemudian, whatsapp pula masuk. Aku capai dan lihat whatsapp. Tak lain tak bukan, si Faliq lah siapa lagi. Main missed call pula dia. Tak ada kerjalah kut.

" Yuhuuu orang di sana buat apa?!"

Memang sah tak ada kerja dah ni.

" Tidur..!" Balasku ringkas.

" Aik!! Tidur pun boleh balas whatsapp ek?!
Atau mimpi saya.
Tak pun rindu saya ekkkk..!!"

Aku senyum.

" Dalam lena saya,
 kalau tiba-tiba muncul awak,
memang confirm langsung tak dapat tidur. Hilang mood nak tidur tau,
nak pejam mata pun takut.."

" Hahahaa..
Amboi macam tu sekali.
Macam mimpi hantu pula dah.."

"Tahu tak apa.
Bila mimpi awak,
serupa mimpi hantu raya..
Menakutkan..." aku gelak.

" Ha baguslah tu.
Biar saya masuk dalam badan awak,
sentiasa ada bersama awak 24jam,
ada dalam diri awak.
Baru tahu.. Nak..nak?!"

Hahaha.. aku gelak lagi. Ada je idea dia ni. Baru nak kenakan dia, dah aku balik yang terkena. Hai lah Faliq. Tak pernah tak buat aku happy. Macam manalah hati aku tak cair lama-lama kalau macam ni. Sentiasa buat aku happy.

" Happy nya adik abang ni kan..." perli abang tiba-tiba, terkejut aku. Tersipu malu aku depan abang.

" Dah jom..!"

"Abang naik kereta adik ek.."

" Okey..!" Aku memberi kunci kereta pada abang. Lalu berjalan ke pagar. Pintu pagar ku buka luas, bila kereta dah keluar ku tutup semula. Kan best kalau pintu pagar ni automatik tutup dan buka. Senang kerja aku. Aku terus masuk dalam kereta.

" Dik.. berapa hari adik ke Terengganu?!" Tanya abang.

" Tiga hari je kut.." jawabku ringkas. Abang mengangguk perlahan.

" Hati-hati ye.. Orang tu ada call lagi tak?!"

" Ada. Pagi tadi.."

" Dia cakap apa?!"

" Benda yang sama. Call, marah-marah.. "

" Abang risaulah dik. Adik tak nak buat report polis ke?!"

" Tak payahlah bang . Setakat ugut telefon je kut,.." kataku. Malas nak panjangkan cerita.

" Tapi setiap hari kut, abang risau keselamatan adik.." kata abang. Aku faham perasaan abang. Siapa yang tidak risau bila adik diugut macam tu. Hmm.. Sabar.. Sabar..!!

Aku tahu siapa orang tu. Mungkin orang tu yang terlepas cakap atau memang dia nak aku tahu. Tapi tak tahu kakak Faliq yang mana. Setahu aku kakak Faliq ada dua orang je. Bila aku ingat balik, iya kakaknya yang pernah terjumpa sewaktu kami makan di Mid Valley tempoh hari. Dia pernah bagi warning dekat aku. Aku ingat lagi. Tapi aku tak nak bagitahu abang. Aku tak nak Abang dan Faliq bergaduh pula. Biarlah. Bagi aku selagi ugutan itu tak mengancam nyawa aku, aku diamkan jelah dan anggap benda biasa.

Aku menoleh pada abang, muka abang risau sangat. Sepanjang perjalanan kami, abang diam je. Abang seperti memikirkan sesuatu. Macam serabut pula aku tengok abang ni.  Fikir pasal akulah tu. Serba salah pula aku jadinya.
Aku biarkan je. Nantilah sampai rumah baru tanya. Kami hanya pergi Giant je akhirnya.  Entah kenapa aku rasa tak sedap hati pula. Berdebar-debar je hati ni. Mana supermarket yang kami nampak, itu yang kami singgah. Tak jauh pun dari rumah. Aku cuba buang segala perasaan itu. Relax. Kami beli barang dapur, tak banyak pun. Yang penting je. Lagipun masih banyak lagi barang dekat rumah.

Setelah membayar di kaunter, kami berjalan dan menuju ke kereta. Malam itu tak ramai orang. Jadi taklah sesak. Macam biasa sambil berjalan pun kami berbual dan gelak. Kalau orang nampak kami, mesti mereka ingat kami pasangan kekasih tapi sebenarnya adik beradik je pun. Hehe.. Sampai di kereta, aku dan abang berpandangan. Abang pandang sekeliling. Mencari sesuatu. Airmuka abang memang berubah. Ada terselit kertas putih di viper kereta bertulisan warna merah. Aku terdiam. Abang ambil baca kertas itu, kemudian diberi pada aku.

" Tinggalkan Faliq.. Kalau tak nak nyawa kau tergadai!!" Aku tercengang. Pandang abang, dan senyum tawar. Aku tolong abang masukkan barang dalam bonet kereta. Kemudian, aku tolak troli ke tempatnya di seberang jalan dan kembali ke kereta. Semasa aku melintas jalan, aku tak tahu dari arah mana sebuah kereta menuju ke arahku dengan laju sekali tanpa menghidupkan lampu . Aku hanya mampu pandang sekilas je pada kereta tu.

" Adikkkkkk..!!" Aku dengar abang jerit kuat panggil aku. Dan, tiba-tiba aku rasa ada seseorang menolakku ke tepi dengan kuat sekali. 

Aduh..!! Aku tersungkur di bahu jalan. Selamat kepala aku tak terhantuk dekat kat tiang lampu, hanya terkena bahu sikit. Lengan aku luka. Aku menggosok-gosok bahu. Aku macam mamai je, blur-blur jadinya. Abang ternerpa ke arahku. Cemas.

"Ya Allah..!! Adik okey tak?! "

" Okey..!!" Aku kuatkan semangat tersenyum pada abang. Kaki aku terseliuh sikit. Aku bangun berdiri dibantu abang.

" Cik okey?!" Datang seorang lelaki dan bertanya.

" Alhamdulilah okey!!.  Terima kasih bang.. Terima kasih banyak-banyak. Kalau abang tak tolong tadi, saya tak tahu apa akan jadi dengan adik saya ni.. terima kasih.!!".Aku tercengang lagi. Abang berbual sekejab dengan orang itu. Kepala aku rasa berat je, entah apa yang mereka bualkan pun aku tak tahu.

" Dari tadi saya nampak kereta tu kat hujung sana. Apapun, hati-hati je, sekarang ni macam-macam kejadian.." nasihat lelaki itu. Lingkungan umur lebih kurang abang kut. Abang hanya mengangguk dan bersalaman dengannya. Dan, berlalu pergi.

" Adik okey tak ni?! Kita pergi hospital ya.."

" Tak naklah. Sikit je ni.."

" Hmm.. Dah masuk dalam kereta.." aku ikut arahan abang. Kertas putih tadi, aku masih genggam lagi. Lalu ku masukan ke dalam beg. Bahu aku jadi lenguh sangat, macam nak putus je rasanya. Luka di lengan ku tengok. Tergaris je, tapi pedih. Ni kalau kena air, mahu menjerit aku ni. Abang pandang aku.

" Kita buat report polis ya, makin menjadi-jadilah. Abang risau.. Mula-mula dia ugut melalui handphone, lepas tu bagi kertas macam tu, dan ni nak langgar pula. Ishh!! Melampau lah.."

" Abang.. kita balik ya. Kepala adik sakitlah. Nanti kita bincang.." aku mengelak, padahal pening terkejut je kut. Aku tahu fikiran abang bercelaru sekarang ni. Aku tak nak abang tahu angkara siapa. Seeloknya aku diamkan je dulu.

Aku menurunkan sedikit seat kerusi. Memejam mata. Tapi tak boleh nak lelap. Aku sendiri pun risau sebenarnya. Hmm.. Entahlah. Macam-macam dugaan. Abang tak henti-henti tanya aku okey atau tak. Aku senyum je. Kasihan abang. Terharu aku dengan abang.

Sampai saja dirumah, abang terus tutup pagar. Risau sangat dia. Dia suruh aku masuk, semua barang dia yang angkat dan susun dekat dapur. Aku duduk disofa. Aku nak tolong tapi abang tak bagi. Aku tengok tv jelah. Macam raja pula dah. Tak lama abang datang dengan bawa dua cawan air. Abang buatkan nescafe untuk aku. Wah!! Sihat terus aku rasa. Hehe.. Aku menghirup air nescafe yang suam-suam tu. Sedap!!

" Abang tak sedap hatilah dik.."

" Tak ada apalah. Janganlah risau.."

" Senang je adik cakap jangan risau. Awak tu adik abang, perempuan pula tu, tinggal sorang. Kalau lelaki abang tak kisah sangat. Ugut-mengugut ni dah kira kes berat tau tak.." jelas abang. Aku faham perasaan abang.

" Abang rasa dia perhatikan adik kut. Kalau tak, tak kan kita pergi Giant pun dia ikut. Betul tak?!" Teka abang.

" Entahlah bang. Mungkin kut.." jawabku acuh tak acuh. Malas nak fikir sebenarnya. Makin sakit kepala kang. Malas nak ambil port. Pening.. pening.!!

" Start esok, adik guna kereta abang, abang guna kereta adik ya.."

" Laaa.. Dah kenapa pula nak kena tukar kereta. Tak nak lah adik, kereta abang tu dah lah mahal, kalau rosak macam mana. Matilah adik nak betulkan.. Adik taknak, taknak. Biar je adik naik kereta adik je. Lagipun mana standard, Mr. Engineer naik pesona buruk. Kan..kan..kan.." aku sengeh, perli abang.

" Aduiii..!! Sakitlah..." Abang ketuk kepala aku.

" Abang serius, dia main-main pula. Kereta rosak boleh betulkan, keselamatan adik nyawa adik boleh ganti ke?!. Sekurang-kurangnya, bila adik guna kereta abang. Orang tu tak kenal kereta.." marah abang.

" Dah abang cakap orang tu perhatikan adik kut, mesti dia akan tahu juga. Sama juga kan.."

" Tak payah banyak bunyi. Dengar je cakap abang. Faham?!" Tegas abang.

" Iyalah.. iyalah.. " Tak ada pilihan. Ikut jelah. Tak ikut cakap kang, kena ketuk kepala. Dah lah pening. Terus jadi baik. Huhu..

" Dik.. Abang nak tanya. Jujur ya.." Nak tanya apa pula abang ni. Mesti nak tanya pasal aku dan Faliq kut. Aku mengangguk, mata tertumpu pada tv.

" Adik dengan Faliq macam mana?!" Betul tak tekaan aku. Aku senyum dan gelak. Berjaya meneka. Abang berkerut tengok aku gelak. Aku terus diam.

" Kenapa abang tanya?!"

" Kes ugut ni melibatkan nyawa adik. Melibatkan Faliq juga. Abang risau sangat keselamatan adik. Abang rasa, buat masa ni. Adik tak payah jumpa Faliq, tak payah kerap hubungi dia. Bukan abang nak pisahkan korang, tak. Cuma.. abang risau. Dan, mungkin orang tu nampak korang bahagia tu yang dia makin sakit hati.. Adik faham kan maksud abang.. Abang sayang adik tau..!!" Aku diam seribu bahasa. Aku faham sangat perasaan abang. Aku pandang abang, aku pegang tangan abang. Aku senyum dan mengangguk.

" Tak apa abang. Adik faham. Abang buat yang terbaik untuk adik.."kataku. Tapi dalam hati. Huwaaaa!!!

" Abang bukan nak pisahkan adik dengan dia. Abang tahu dia baik, abang restukan hubungan korang. Tapi dalam keadaan macam ni, abang terpaksa. Hujung bulan ni abang pergi dah. Faliq dah tak boleh dekat dengan adik sekarang, macam-macam lagi orang tu buat nanti. Abang risau sangat. Abang minta maaf.." terang abang. Aku hanya mampu tersenyum saja. Apa lagi yang harus aku lakukan. Antara abang dan Faliq. Abang segalanya.

Huwaa!! Sedihnya. Baru hati nak berputik sayang Faliq, nak naik level dari teman mesra ke teman sehati sejiwa. Dah kena berpisah sekejab pula. Teringat whatsapp dari Faliq kelmarin.

" Untuk kecapi kebahagiaan kena lalui segala kepahitan. Kebahagiaan pasti milikmu..."

Betul lah apa Faliq cakap. Nak bahagia bukan mudah. Nak senang bukan senang. Kena terima segala rintangan. Pasti bahagia akan jadi milikku. Allah bagi ujian diatas kemampuan hambanya. Allah tahu aku kuat, Allah tahu aku mampu hadapi. Iya.. aku kena kuat. Aku kena banyak berdoa.

Faliq.. kita kena berpisah sementara.
 Kerana terpaksa dan dipaksa..
Maafkan aku..




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku