Kerana Janji
Bab 73
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
99

Bacaan






Dari malam tadi Faliq call dan whatsapp aku tapi aku langsung tak balas dan tak jawab panggilannya. Bila abang tak izinkan aku berhubung dengan Faliq buat masa ni, aku terus whatsapp dia malam tadi.

" Faliq..
Saya minta maaf,
buat masa ni kita tak boleh jumpa atau tak boleh berhubung.
Abang tak izinkan.
Demi keselamatan saya.
Maafkan saya..
Salam"

Whatsapp akhir dari aku.

"Tapi kenapa, Aliaa?
Apa salah saya? "

Bertubi-tubi whatsapp darinya. Aku mampu untuk baca je.

Maafkan aku. Aku terpaksa. Aku tak nak cakap apa-apa. Biar abang yang jelaskan semuanya dan setahu aku, abang dah info Faliq hal sebenar semasa di KK. Tapi bab kemalangan tu belum kut.

" Saya call abang awak tapi dia tak jawab.
Janganlah buat saya macam ni, Aliaa.."

Lagi dan lagi whatsapp.

Sedih! Aku tak boleh buat apa-apa. Aku kena ikut cakap abang. Dan, aku pun tak nak cakap siapa sebenarnya yang ugut tu. Entahlah, serba salah. Serabut kepala macam ni. Ingat lepas balik dari Sabah, hati boleh tenang fikiran boleh tenang tapi lain pula jadinya. Semakin tertekan aku. Tak habis-habis dugaan. Baru nak rasa kebahagiaan dengan teman mesra, sudahnya kena berpisah sekejab. Sekejab pun rasa sesak nafas. Kalau terus berpisah? Macamana? Menangis dalam hati jelah. Pendam sendiri, nak luah tak dapat. Takut.. Bertabahlah wahai Aliaa..

Aku duduk termenung memandang kosong pada laptop. Tak ada mood nak buat kerja. Pagi tadi abang hantar aku ke office, nanti lunch pun abang suruh tunggu dia. Abang betul-betul pantau aku, tak bagi aku jumpa Faliq walau sekejab. Aku dikawal betul oleh abang. Abang takut terjadi apa-apa dekat aku. Abang cakap, kalau orang tu berani nak langgar aku bermakna dia bole buat lebih dari itu. Abang nak tengok, bila aku tak jumpa dan berhubung dengan Faliq. Ada tak orang tu berani ugut lagi. Aku dan Faliq jadi mangsa keadaanlah ni. Aduhai..

"Tit..tit...." whatsapp masuk. Dengan malas aku capai handphone. Nombor lain pula tapi kali ini dia tak ugut, dia bagi gambar. Gambar seorang perempuan bersama Faliq dalam kereta. Faliq memandu dan perempuan disebelahnya. Gambar selfie konon. Aku amati betul-betul wajah perempuan ini. Oh ya!! Ini perempuan yang bersama kakak Faliq tempoh hari. Elly. Baru aku ingat. Nampak dalam gambar ni macam mesra je. Tapi aku confius, whatsapp ugutan semua ni dari kakak Faliq sendiri atau dari Elly. Atau kedua-duanya sekali. Hmm.. Tak tahu nak rasa kecewa ke, sedih ke marah ke. Entahlah.. Sebenarnya dah rasa macam berserah jelah. Ada jodoh, adalah, tak ada jodoh, biarlah. Pasrah..!

Aku menghabiskan kerja yang terbengkalai. Kalau boleh malas nak fikir. Aku tarik nafas dalam-dalam, hembuskan perlahan-lahan. Senyum dan okey. Aku okey!! Kataku perlahan.  Handphone ku masukkan ke dalam laci. Tak nak ada gangguan. Jam dah menunjukkan tepat 11.45pagi. Habiskan sikit je lagi kerja ni dan kemudian nak turun lunch. Perut dah berkeroncong dah. Masing-masing sibuk dengan tugasan akhir. Esok tengahari nak berangkat ke Terengganu. Excited sebenarnya. Lama dah tak outstation ramai-ramai dengan mereka. Entah kenapa entah, Dato' minta kami pergi. Memeriahkan majlis katanya. Biasalah kami kan orang penting yang memang meriah. Hihi..
Tengah layan lagu, sambil-sambil menyanyi. Pintu bilik aku diketuk. Siapa lagi kalau tak si Naim. Terus je serbu.

" Uit.. Abang Adil cari kau.." kata Naim. Tak lama abang muncul dari belakang Naim. Tersengeh je abang. Dua-dua masuk dan duduk di hadapan ku.

"Naim suruh masuk.." kata abang. Aku mengangguk.

" Kau dari mana? Dah siap kerja?" Tanyaku pada Naim.

" Belum. Relax kejab ni. Tadi keluar nak kacau Nina tengok Abang Naim datang, aku ajak dia masuk.. " jelas Naim.

" Okeylah. Nak photostat ni, banyak pula tu..
Okey bang..  gerak dulu ek..! " terus Naim keluar. Aku terus fokus pada laptop, sikit je lagi nak siap. Abang perhatikan je.

" Awalnya abang sampai.." kataku.

"Saja.." jawab abang ringkas.

Okey! Siap pun akhirnya. Lega. Aku mengeliatkan badan, berbunyi tulang berlaga. Aku mengeluarkan handphone. Menunjukkan gambar yang Elly hantar tadi kepada abang.

Abang mengambil dari tanganku. Dihayati gambar itu. Pandang kepadaku dan kemudian pandang gambar itu semula.

" Adik kenal perempuan ni?!" Tanya abang.

" Elly. Kawan kakak Faliq. Pernah terjumpa tempoh hari masa lunch dengan Faliq.."jawabku jujur. Abang memikirkan sesuatu.

" Oh ya..!! Baru abang ingat, semalam abang ada terserempak dengan Ash, perempuan ni ada gak.."

" Ash?! Siapa tu?!"Tanyaku lagi.

" Ash tu kakak Faliq lah. Nama betul Asnida.."
Terang abang. Ooooo baru ku tahu. Perempuan ala-ala artis gitu.

" Ash cakap. Elly ni bakal tunang Faliq. Pilihan keluarga katanya.."

" Ha?! Bakal tunang?! Pilihan keluarga?! Ish tak mungkinlah.." terkejut aku dengar. Tak mungkin.. Tak mungkin.. Hatiku terus berdebar-debar. Kalau betul apa yang abang cakapkan ni. Maknanya.. Huh!!

" Entahlah dik. Tapi apapun kita tak boleh percaya sangat, kena tanya Faliq sendiri. Abang kenal sangat Ash tu macam mana. Jadi abang pun tak nak percaya benda ni. So, relax ye.." Abang senyum. Abang faham perasaan aku.

"Abang kenal Ash ni? Hmm.. Adik ingat, masa first time abang jumpa Faliq, Faliq ada cakap, dia adik ex girlfriend abang kan. Jadi, Ash ni ke ex abang?!" Tanyaku ingin sangat tahu. Abang senyum dan mengangguk.

" Abang tak pernah cerita dekat adik pun. Kenapa abang putus dengan dia?! Ceritalah adik pun nak tahu juga.." aku excited nak tahu. Fokus pandang muka abang. Abang relax je.

"Cerita lamalah buat apa nak ungkit.." jawab abang.

" Bukan nak ungkit tapi adik pun nak tahu kenapa abang putus dengan dia. Ke abang ada buat sesuatu dekat dia tak?!" Tekaku.

" Amboiii mulut...!! Tak ada insurans dah ke?? Jahat sangat ke abang awak ni sampai nak buat macam tu.." Abang marah. Aku sengeh je.

" Janganlah marah. Orang tanya kut.."

" Dah sudah. Tak payah tanya lagi. Abang taknak ungkit cerita lama. Dah jom..!! Abang lapar dah ni.." arah abang. Aku mencebik muka. Lalu terus bangun.

"Uitt Aliaa.. Amboii cepat je jalan tu, nak dating ke..?!" Tegur Kak Intan dari belakang. Entah bila masa dia muncul pun aku tak tahu.

"Iya kak.. Nak dating dengan abang saya ni.."

" Laa.. abang kau ke?! Akak ingat Encik Faliq tadi.. Sorry ya abang..!!" Aduhai.. lawak tengok reaksi Kak Intan. Abang pun gelak kecil.

" Korang ni dah macam pakwe makwe dah akak tengok. Mahunya jelous pula Encik Faliq tu kang Aliaa.." sambung Kak Intan.

" Memanglah, ni boyfriend saya dunia akhirat ni. Kan abang.. Hahaha.. Tak ada maknanya nak jelous-jelous bagai Kak oiii.. Okey lah kak, kami nak gerak dulu. Lapar gila ni..." kataku.

" Ha..  Iyalah.. sila.. sila.."

" Jom sekali lunch.."pelawa abang.

" Tak apalah abang. Terima kasih banyak-banyak. Dah janji dengan diaorang, kalau akak pergi dengan korang kang merajuk pula tu si Naim tu. Bukan boleh dia tu, kuat sentap.." sempat lagi Kak Intan mengata Naim. Aku dan abang gelak je dan terus berlalu keluar.

Sampai di lobi, mata aku meliar juga mencari kelibat Faliq. Rasa rindu pula dengan dia. Entahlah kan. Rasa hati ini lain pula. Dalam keadaan macam ni barulah nak rasa rindu bagai. Hmm.. Aku melangkah longlai menuju ke kereta mengekori abang. Baru je nak naik kereta. Terdengar suara Faliq memanggilku.

" Aliaa..!!" Aku memandangnya sayu. Kami bertentangan mata. Wajah dia pun sayu je. Aku terpaku tak tahu nak cakap apa. Abang menghampiri aku. Faliq masih pandang aku, aku menggeleng padanya.

" Maaf Liq. Aku terpaksa. Tolong jangan jumpa Aliaa buat masa ni, buat sementara ni. Tolonglah..!!" Kata abang padanya.

" Tapi kenapa Dil. Kau tak info aku apa-apa pun, tiba-tiba je kau... Janganlah macam ni?! Apa salah aku. Okey! Aku minta maaf kalau aku ada buat salah.." Sedihnya. Rasa macam nak nangis je.

"Kau tak salah apa-apa. Tapi tolonglah. Demi keselamatan Aliaa. Aliaa terancam sekarang ni.."

"Terancam?! Apa maksud kau?! Ugutan tu ke?!"

"Nanti ada masa aku cerita dekat kau okey!. Cuma sekarang ni aku minta kau tolong jauhkan diri dari Aliaa. Aku harap kau faham situasi ni."

" Tapi Dil. Aku..."

"Maafkan aku.. " Abang terus potong cakap Faliq. Abang suruh aku masuk dalam kereta. Aku hanya turuti je.


Aku pandang wajah Faliq. Sedih tengok wajah dia. Sayu, pilu. Kusut jadinya. Terasa nak jatuh airmata ini. Tapi aku masih mampu kawal, tapi dalam hati hanya Allah yang Maha Mengetahui. Abang menghidupkan enjin dan terus memandu laju. Faliq masih lagi berdiri. Ku lihat dicermin sisi. Aku pejamkan mata. Menarik nafas. Maafkan aku Faliq.. Aku mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Sedih sangat. Aku perasan, abang menoleh padaku.

" Maafkan abang dik. Abang terpaksa.." Aku hanya mampu untuk senyum je. Apa lagi aku harus lakukan. Hati aku dah mula terbuka untuk Faliq, tapi.. Hmm.. Entahlah.. Redha jelah..



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku