Kerana Janji
Bab 74
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
103

Bacaan






Abang dah menunggu aku dekat luar rumah, dah siap buka pagar pun. Aku agak kelam kabut sikit, tiba-tiba abang bagitahu dia kena hantar aku ke airport awal. Sebab nak terus balik JB, ada hal penting katanya. Dengan pakaian tak kemas lagi, selamatlah semua kertas kerja aku dah settlekan malam tadi. Niat abang nak jumpa Faliq untuk bincang pun terpaksa dibatalkan. Aku nak naik teksi je ke airport tapi abang berkeras juga nak hantar. Sama je kut, nanti balik dari Terengganu kena juga naik teksi dari airport. Hai lah abang, risau betul dengan keselamatan aku. Aku okey je kut. Tak boleh nak cakap apalah, ikut jelah. Aku tutup pintu dan kunci. Beg abang dah angkut masuk dalam bonet. Aku terus dalam kereta. Abang berdegil juga nak guna kereta aku. Terpulanglah. Kelam kabut je abang ni.

" Dah sampai sana nanti, jangan lupa call abang. Kalau orang tu ada call, whatsapp atau apa je tolong info abang, jangan diam je.. Faham?!" Pesan abang, aku mengangguk perlahan.

" Ingat!! Jangan jawab atau balas panggilan dan whatsapp dari Faliq. Faham?!" Aku mengangguk lagi. Aku ikut je arahan abang, malas nak bersuara. Ada je salahnya. Sejak jumpa Faliq tengahari semalam, abang asyik nak marah je. Lagi-lagi kalau aku cakap pasal Faliq. Tak tahu kenapa. Abang macam ada sembunyikan sesuatu dari aku. Tapi bila aku tanya, abang marah balik. Abang tak pernah jadi pelik macam ni. Kalau pun risau keselamatan aku tapi tak kan sampai sebut nama Faliq pun tak boleh. Sebelum ni, dia je cerita pasal Faliq. Sikit-sikit Faliq. Tapi sekarang, Faliq dah macam musuh je. Kenapa ini terjadi? Apa yang berlaku sebenarnya. Kasihan teman mesra aku dan kasihan juga aku. Aku rasa kes ugutan tu mungkin ada kena mengena dengan abang kut. Ya!! Asnida. Asnida tak suka aku, nak aku berpisah dengan Faliq. Sebab abang pernah jadi girlfriend dia dan dia masih sakit hati dan dendam kut. Ishh!! Tak mungkinlah. Tak kan seorang kakak sanggup tengok adiknya kecewa. Mestilah nak tengok adiknya bahagia. Betul tak?! Tapi entahlah.. Aku meneka je. Dahlah, malas nak fikir. Bagus jugalah aku outstation ni, sekurang-kurangnya boleh lupakan benda ni sekejab. Jadilah..

" Abang.. boleh adik tanya tak?!" Tanyaku memecahkan kesunyian.

" Tanya apa?!"

" Abang ada sembunyikan sesuatu dari adik ke ?!"

" Sembunyikan sesuatu?? Eh! Mana ada sembunyi apa-apa.."

" Habis kenapa abang marah sangat bila adik cakap pasal Faliq. Sebelum ni abang okey je, abang cakap abang restukan hubungan kami. Tapi sekarang ni. Hmm.. Macam ada yang tak kena je.." jelasku, rasa tak puashati.

" Abang cuma risau keselamatan adik. Bila adik rapat dengan Faliq, ada je orang tu whatsapp ugut, call semua kan.." kata abang. Aku diam je. Tapi hati aku kuat menyatakan abang ada sembunyikan sesuatu.

" Jaga diri baik-baik tau. Kalau ada apa-apa terus call abang. Handphone tu jangan tinggal-tinggalkan. Sentiasa bawa je ye.." pesan abang lagi. Aku dah macam budak tujuh tahun je abang buat. Banyak betul pesanannya.

" Tit..titt.." whatsapp masuk. Alamak, macam mana aku boleh lupa nak silent kan ni. Aku buat biasa je. Abang menoleh. Aku baca whatsapp seperti biasa. Dari Faliq. Dup..dap..dup..dap dah jantung aku ni.

" Aliaa.. Saya rindu awak..."

Aku baca cepat-cepat dan terus delete. Kalau abang tahu, mati aku.

" Siapa? Faliq??" tanya abang. Tegas. Berkerut dahinya.

" Bukanlah..Ni Naim. Tanya dah sampai ke belum.." Aduhai.. terpaksa menipu abang. Abang dah warning, kalu sampai aku layan Faliq. Abang suruh aku tukar nombor telefon. Ish!! Tak nak aku. Nombor ni dah berkurun kut aku guna, nak tukar pula. Semata-mata sebab layan whatsapp Faliq. Merepek jelah abang ni.
Sungguh aku tak faham. Pening nak fikir. Fikir abang ni tiba-tiba jadi pelik. Fikir Faliq, fikir diri sendiri.. Arh!!! Banyaknya nak fikir. Sabar..!! Kalau aku buat tak tahu dan tak amil port lagi bagus agaknya. Tapi mana boleh, mereka ni penting dalam hidup aku. Tak kan aku nak buat selamba je. Tapi.. tapi.. entahlah.
Serba salah sebenarnya. Antara abang dan Faliq. Dua-dua aku sayang, dua-dua bermakna dalam hidup aku.

Sampai di KLIA, abang memberhentikan kereta di bahu jalan je lobi pelepasan. Abang nak cepat. Tak apalah, aku pun faham. Abang terus keluarkan beg pakaian aku dari dalam bonet dan menghampiriku yang tercegat berdiri.

" Jaga diri baik-baik. Ingat semua pesanan abang. Kalau adik sayang abang, adik kena ikut cakap abang. Okey?!" Aku mengangguk je tanda faham. Kemudian, aku bersalaman dengan abang, cium tangan abang.

" Abang hati-hati memandu. Jaga kereta adik baik-baik tau.." pesanku pula. Abang senyum. Aku terus berjalan masuk ke bangunan yang mulai sesak dengan orang ramai. Aku menoleh ke belakang. Abang masih memerhati aku. Aku teruskan berjalan dan mencari kerusi kosong di ruang menunggu. Aku mengambil kerusi paling hujung. Duduk dan letak beg pakaian di tepi. Handphone ku keluarkan dari poket. Lama lagi, lebih kurang ada dua jam lagi nak berlepas. Naim, Kak Intan, Nina dan Mira pun tak sampai lagi. Tunggu jelah. Dato' dan Erisya malam ni baru bertolak. Kami yang kena pergi awal sebab nak standby apa yang patut. Dato' dan Erisya naik kereta je, bestlah ada pemandu. Kami nak bawa kereta, tapi masing-masing malas nak memandu. Lagi-lagi aku, memang tak lah nak memandu jauh-jauh macam tu kecuali kalau terdesak. Boss naik kereta, pekerja naik flight. Hehe.. Bertuah punya pekerja.

Sedang berkhayal, memandang sekeliling. Melihat pelbagai ragam orang. Masing-masing mahu cepat, ada yang berjalan, ada yang berlari anak, ada yang berlari kelam kabut. Ini mesti kes terlewat ni. Hampir-hampir mahu langgar orang. Aku gelakkan. Terhibur tengok orang. Sekumpulan anak muda, berpakaian sedondon semua. Mungkin pekerja sini kut, berjalan sambil berbual, bergurau, gelak tawa. Happy je tengok mereka. Aku pun join senyum. Dalam gelak tawa mereka, tiada siapa tahu apa yang mereka hadapi. Mungkin pahit mungkin juga manis. Bila jumpa kawan-kawan segala kepahitan dapat dilupakan sementara, dan segala kemanisan akan diceritakan kepada kawan-kawan untuk kongsi kebahagiaan. Itulah kehidupan, yang pahit kita simpan dan pendam yang manis kita kongsi bersama semua.

"Tit..titt.." Terhenti lamunanku. Whatsapp masuk. Aku senyum.

" Aliaa..
Awak dah naik flight ke?!
Saya nak jumpa awak tapi abang awak tak bagi. Puas saya pujuk dia.
Dia tetap tegas.
 Nanti saya slow talk dengan dia.
Saya tak tahu kenapa tiba-tiba dia berubah fikiran macam ni. Boleh gila saya jadinya.
Jaga diri baik-baik sayang.
Apapun terjadi, saya tetap sayang awak.
Saya tetap akan usahakan.
Saya sayang awak sangat Aliaa.
Saya tak boleh tanpa awak.
Saya rindu awak.."

Sebaknya. Entahlah.. Aku sendiri pun tak tahu kenapa tiba-tiba abang berubah fikiran. Maafkan aku Faliq. Aku pun rindu kau, aku pun sayang kau. Tapi tak mampu lakukan apa-apa. Hanya mampu berdoa. Aku menarik nafas dalam.

" Tut..tutt.. tut..tutt..." Berbunyi pula handphone ni. Aku mengeluh bila tengok nombor ni. Nak jawab ke tak ni. Jawab jelah, lagipun aku tengah bosan ni.

" Haiiiii Aliaa..!! You sihat ke?!" Aku berkerut. Dah siapa pula ni. Suara gedik je.

" Assalammualaikum.. Siapa ni?!"

" Hmm.. Waalaikumsalam.. You tak kenal i ke?  Apalah you ni, orang glamour macam i ni pun you boleh tak kenal. I lah.. Elly.." Perasannya perempuan ni. Nak muntah hijau aku rasa.Hmm..

" Maaflah ye, saya tak ada masa nak kenal orang-orang glamour ni.  Saya orang biasa-biasa je.."Saja aku merendah diri.

" Bagusnya you ni. Sedar diri. I suka kawan dengan orang yang sedar diri ni tau. Jadi, you pun kenalah sedar diri yang you tu tak layak untuk Faliq. So,lebih baik you undurkan diri ye.." Amboi ayat. Aku senyum.

" Sekurang-kurangnya saya sedar diri dari awak yang tak sedar diri. Saya rasa yang tak layak dengan Faliq adalah awak kut. Sebab Faliq cakap dekat saya, awak yang tergedik-gedik dengan dia. Kan..!" Aku pun melayan je. Hahaa..

" Kurang ajar mulut you kan. You ingat you boleh ke hidup dengan Faliq. Jangan haraplah Aliaa. Jangan mimpilah. Ash tak kan biarkan you terus bersama Faliq. Lebih baik you pergi jauh-jauh dari Faliq okey. Sebab i akan bertunang dengan dia tak lama lagi.." Tahu marah perempuan ni.

" Oh yeke?! Tapi untuk pengetahuan awak ye makcik, Faliq tak boleh hidup tanpa saya tau. Kalau saya pergi jauh ke kutub utara sekali pun dia pasti akan cari. Sebab cinta kami cinta ke syurga.. Okey!! Assalammualaikum.." Aku senyum dan gelak sendiri. Makin membakarlah hati Elly. Aku ni pun, dah orang tu macam tu aku pergi layan. Nak buat macam mana, padanlah muka. Ingat aku takut dengan ugutan tu. Kalau tak kerana abang, dah lama dah aku bagi penampar dekat muka mereka ni. Biar berbekas muka dengan tapak tangan aku, boleh ganti bluser dekat pipi tu. Manusia yang perangai macam hantu ni patut kena ajar sebiji biar sedar sikit diri tu. Dah tua tapi perangai. Ish!! Geram betul. Aku merungut sendiri. Aku tak takut pun. Jangan ingat aku diam-diam akan diam terus. Tunggulah. Sampai masa nanti akan meletop juga. Memang akan terkejut semua. Aku tunggu je masa tu. Tunggu..!!
Sabar Aliaa.. Sabar..!!!



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku