Kerana Janji
Bab 75
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
111

Bacaan






Sakitnya hati Elly, niat call Aliaa mahu menyakiti hati Aliaa tapi dia pula yang disakiti. Turun naik nafasnya menahan marah. Geram betul dia. Sumpah seranah dalam hati. Membebel-bebel mulutnya. Dia berjalan laju ke arah Asnida yang sedang duduk melayan aiskrim. Tenang saja sambil menunggu seseorang. Elly duduk di hadapan Asnida.

" Apasal membebel you ni?!" Tanya Asnida. Pelik.

" Sakit hati lah dengan dia tu. I call dia, konon nak bagi warning lah dekat dia, biar dia sakit hati. Tapi dia pula yang sakitkan hati i.. Geramnya. Kalau dia ada depan mata i, dah lama i cekik-cekik dia sampai putus nyawa.." mengadu pada Asnida.

" Hahaha.. Nak kenakan orang tapi sendiri yang kena. Siapa yang you nak kenakan tu.." Asnida gelak.

" Siapa lagi. Aliaa lah.." jawabnya.

" You call Aliaa?!" Terbeliak mata Asnida.

" Ha laa.."

" Sengal lah you ni. Kan i dah cakap, jangan bertindak apa-apa selagi i tak beri arahan. Yang you memandai ni kenapa?  Bengonglah.."
Marah Asnida. Elly terdiam.

" Mana i tahu. Dah you yang cakap buat Aliaa sakit hati. So, i pun try lah.." Lurus bendul betul Elly ni. Tak pasal-pasal kena marah.

" Memanglah i suruh you sakitkan hati dia tapi i cakap tunggu arahan i bukan suka-suka nak call, nak warning dia. You ingat Aliaa tu macam you ke. Senggal betul lah minah ni. Ishh!!" Hilang mood terus Asnida.

" Salah ke?! I cuma cakap apa yang you pernah cakap je.." Elly masih tak puashati.

" Lain kali jangan nak memandai. Habis plan i macam ni. Aliaa tu berani bukan penakut macam you. Sebab tu i nak pancing abang dia sekarang ni tau tak.. Susah betul lah you ni.." Marah lagi.

" Oooo macam tu ke.. Baru i tahu. Kenapa tak bagitahu awal-awal.." Elly garu kepala. Rasa bersalah. Asnida menggeleng-gelengkan kepala melihat kawannya itu. Nak disepak saja rasa mukanya.

" Nanti jangan nak menyampuk apa-apa. Tolong diam je. Sampai you buka mulut. I cili mulut you. Faham?!" Asnida marah lagi. Elly hanya mengangguk perlahan. Terus menyuapkan aiskrim Baskin Robin ke dalam mulutnya.

Asnida melihat jam ditangan. Mengeluh sendiri. Orang yang ditunggu-tunggu tak sampai lagi. Dia menghabiskan baki aiskrimnya. Handphone dikeluarkan. Mencari-cari nombor untuk dihubunginya.

"Assalammualaikum.. Sorry lambat.." Muncul Adil berdiri di hadapan mereka.

" Eh! Haiii.. Waalaikumsalam.. duduk lah.." pelawa Elly. Mulalah menggedik. Asnida senyum sinis. Datang pun,kata hatinya.

" Ada apa nak jumpa saya ni.." tanya Adil. Serius. Dia dah tahu sebenarnya tapi buat-buat tak tahu.

" I rasa you dah tahu kut kenapa i nak jumpa you.."

" Cakap jelah Ash, saya tak ada masa."

" Relax lah Adil.."

" Ha.. Betul tu. Relax lah. You nak aiskrim tak?! I orderkan untuk you ya hensem.."Adil langsung tak layan sikit pun pada Elly. Elly bangun dan ke kaunter.

" Saya tak ada masa nak relax. Saya banyak lagi kerja.."

" Adil.. you tahu kan. I tak suka adik. Tolong pisahkan dia dengan adik i. Sampai bila-bila pun i tak kan terima dia. Dah banyak kali i cakap dekat dia tapi dia still dengan adik i. So, i tak ada pilihan. I terpaksa libatkan you.. Sorry..!" Asnida senyum sinis lagi.

" Faliq sangat cintakan Aliaa. Faliq yang mencari Aliaa. Bukan Aliaa.."
Kata Adil.

"Tak kisahlah siapa cari siapa. Yang i nak, mereka berpisah. Bila i cakap i tak suka bermakna sampai bila-bila pun i tak suka.."

" Apa salah mereka sampai awak nak pisahkan mereka?!"

" Memang mereka tak salah tapi yang salah adalah you. Adik you adalah penyebab."

" Saya?! Apa saya dah buat Ash? Saya restukan hubungan mereka. Faliq tu sahabat saya.."

" Sebab you dah buat i malu, you dah buat hidup i hancur, you musnahkan kebahagiaan i. I tak kan biarkan Aliaa bahagia. I akan pastikan Aliaa terima nasib sama seperti i. You tinggalkan i sebab Aliaa.."

"Ya Allah..!! Cerita lama kut. Awak pun dah berumahtangga kan. Apa lagi yang awak nak. Awak tak kasihan ke dekat mereka. Mereka baru nak rasa bahagia Ash. Berilah peluang pada mereka.."

"Beri peluang?! Hey Adil.. You ada beri i peluang tak dulu? You terus tinggalkan i kan. Sampai i dipaksa nikah dengan Lokman.." Adil mengeluh.

" Saya tak minta semua tu berlaku Ash. Awak yang buat keputusan sendiri tanpa mama dan papa awak tahu pun. Saya ada tanggungjawab waktu tu." Jelas Adil. Adil tak nak mengungkit kisah lama. Baginya yang berlaku, biarlah berlaku. Tapi Asnida memang tak faham.

" I tak kira. I nak you pisahkan mereka. Apapun terjadi. Kalau tak, tahulah apa i akan buat dekat adik you. You kenal i kan?! I boleh buat apa je yang i nak. Tak akan ada siapa boleh halang.." Asnida tetap berdegil.

"Kalau awak benci saya pun, cukuplah hanya benci saya seorang. Janganlah melibatkan adik-adik kita. Mereka nak bahagia Ash. Sanggup ke awak tengok adik awak sendiri terseksa menderita sebab perbuatan awak?!"

" I yakin Faliq tak akan menderita. Sebab i dah sediakan calon untuk dia. Dan dia pun tahu. Faliq tak kan boleh cakap apa-apa.." Asnida terlalu yakin. Datang Elly dengan membawa dulang berisi Aiskrim. Lalu diletakkan di hadapan Adil dan dihadapan dia.

" You.. silalah makan. Sedap tau ni. Rugi tau tak makan. I belanja you.." kata Elly. Senyum mengada. Adil pandang sekilas je. Menyandarkan badan di kerusi. Elly terus menyuap aiskrim masuk ke mulut.

" Ingat Adil.. i boleh buat apa saja untuk hapuskan Aliaa jika dia masih bersama Faliq. Ini baru permulaan. Kalau you sayang adik you, jauhkan dia dari adik i. Ingat Adil..!! " Amaran demi amaran dari Asnida.

" Macam ni lah Ash. Elok awak cakap sendiri dengan Faliq. Kalau saya cakap pun tapi dia still cari Aliaa. Macam mana? Faliq tu sahabat saya.." Adil serba salah. Tak sampai hati dia mahu pisahkan Aliaa dan Faliq. Terlalu berat dirasainya.

" Sahabat tak sahabat. I tak peduli. Yang i tahu mereka kena berpisah. Itu je. Habis cerita. Dan, i tak nak Faliq tahu benda ni, jangan sampai Faliq tahu. Kalau sampai dia tahu, i akan hapuskan Aliaa dengan kejam. Jangan ingat i tak berani okey..!!"

" Kenapa kejam sangat hati awak ni Ash.." Adil mengeluh dalam hati.

" Memang i kejam. I kejam sebab you, Adil. Sebab you.." Adil menggeleng. Terlalu kuat dendam Asnida pada Adil.

" Negara kita undang-undang, awak tak kan terlepas Ash.."

" Hahaha. You ingat i takut?? Silaplah Adil. Sikit pun i tak takut. Kalau you nak libatkan polis, silakan. Tapi sebelum you  tengok i kena tangkap, you akan tengok mayat Aliaa dulu. Nak ke?!" Asnida ketawa kuat. Mengejek Adil.

" Bunuh jelah saya kalau itu boleh buat awak bahagia dan puashati. Jangan libatkan adik saya.." Adil merayu lagi.

" Okey lah.. I gerak dulu. Apapun, terima kasih luangkan masa dengan i. So, i harap you faham semua okey. Selagi Aliaa masih dengan Faliq, i akan terus ganggu dia.. So, cepat sikit pisahkan mereka ya..  Bye!! " Asnida senyum sinis pada Adil. Adil hanya pandang saja. Wajahnya betul-betul kebingungan.

" Eh!! Ash..!! Kejablah. I nak makanlah. Dia ni kan.. suka sangat buat i macam ni tau. Langsung tak kasihan kan i. Matilah esok kalau dah jadi kakak ipar i. Nasib.. Nasib..
Oh ya hensem. Sampaikan salam i dekat Aliaa ya. Jemput lah datang ke majlis pertunangan i dengan Faliq bulan depan. Bawa Aliaa sekali tau. Datang tau jangan tak datang.. ok bye hensem..!!" Semlat lagi Elly mahu menipu. Hmm.. Elly terus berlari mengejar Asnida yang dah jauh berjalan meninggalkannya.

Adil menekup muka. Mengucap panjang. Menarik nafas dalam. Merenung aiskrim dihadapannya dengan pandangan kosong. Apa yang harus dia lakukan. Macamana dia nak pisahkan Aliaa dan Faliq. Tak sanggup dan tak sampai hati nak pisahkan mereka. Faliq terlalu sayang Aliaa, terlalu cinta Aliaa. Dan dia pun tahu, Aliaa pun rasa yang sama juga. Antara sahabat dan adik kandung. Dua-dua dia sayang. Dua-dua sangat bermakna dalam hidupnya. Adil buntu. Bingung. Tekanan. Serba salah. Semua ada. Dia bangun dari kerusi, berjalan lemah menuju ke keretanya. Fikirannya serabut. Handphone berbunyi. Cepat-cepat dia keluarkan dari poket seluar. Nama "Adik" tertera di skrin handphone.

" Abang.. adik nak naik flight dah ni.."

" Okey..!! Nanti sampai info abang ya. Jaga diri baik-baik ya.."

" Okey abang. Hati-hati memandu. Bye..!!" Talian dimatikan. Tersenyum dia mendengar suara ceria Aliaa.


Iya.. Aliaa memang seorang yang ceria. Dia lebih ceria semenjak bertemu Faliq. Faliq yang hiburkan hati Aliaa, Faliq yang buat Aliaa bertambah happy dan Faliq juga buat Aliaa bahagia. Sama seperti Faliq. Kerana Aliaa dia happy dan bertambah ceria. Selepas ini masih dapatkah dia melihat keceriaan Aliaa dan Faliq? Masih adakah lagi senyuman dan gelak tawa mereka? Atau hanya airmata yang menyelubungi hidup mereka. Sedihnya..

 Adil masuk dalam kereta. Enjin dihidupkan. Dia menyandarkan badan di seat. Termenung memandang ke hadapan. Masih berfikir.

" Ya Allah.. Apa aku nak buat ni? Aku tak sanggup nak tengok adik kecewa lagi. Aku tak sampai hati nak pisahkan mereka. Faliq terlalu sayang adik, adik pun sama. Mana mungkin aku nak pisahkan mereka. Ya Allah.. Bantulah aku, berikanlah aku petunjuk. Aku buntu, aku bingung. Aku tak tahu nak buat apa? Aku rasa sangat bersalah pada adik pada Faliq... Astagfirullah Al Azim.." keluh Adil sendiri. Dia rasa perkara ini sangat berat untuk dia hadapi. Kenapa dia kena hadapi. Kenapa terlalu kejam Asnida sampai sanggup buat macam ni pada dua hati yang tidak berdosa. Peristiwa lama menjadi kesan mendalam dalam hidupnya kini hingga sanggup memisahkan dua hati yang mahu kecapi kebahagiaan. Kerana dendam kesumat di hati. Insan yang tidak bersalah menjadi mangsa keadaan.

Maafkan abang, adik!!
Maafkan aku, Faliq!!
Kerana kakak kau memaksa aku lakukan begini. Demi keselamatan adik aku. Aku terpaksa. Maafkan aku wahai sahabat. Maafkan aku..!!



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku