Kerana Janji
Bab 76
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
100

Bacaan






Sepanjang perjalanan, dia memikirkan mengenai kata-kata Asnida tadi. Kerisauan melanda dalam diri. Semakin dia fikir semakin rasa tertekan. Singgah sebentar di masjid, menunaikan kewajiban dan mengadu pada yang Maha Besar. Tiada siapa yang dapat membantu kecuali hanya padaNya yang satu. Memohon diberi petunjuk dan dipermudahkan segala urusan. Minta diberi kekuatan dan ditabahkan hati untuk hadapi segala dugaan dan ujian. Hanya padaNya.

Setengah jam kemudian, Adil memulakan pemanduan. Dia bercadang mahu terus ke office Faliq, mahu berjumpa dengan Faliq. Mahu bincang sesuatu dengan Faliq. Dia nekad, dia tiada pilihan. Dia terpaksa juga lakukan walaupun berat hati tapi kerana adiknya. Dia terpaksa. Demi keselamatan Aliaa. Andai dia tinggal di KL bersama Aliaa, dia tidak kisah sebab ada dengan Aliaa dan boleh pantau Aliaa tapi kerana dia jauh dan Aliaa sendirian di KL, itu yang buat dia runsing. Takut dan risau teramat. Fikirannya jadi buntu, tak dapat nak fikir. Tiada pilihan. Sahabat yang amat dia sayangi, yang dia harapkan, yang dia percayai kini seperti musuh baginya, bukan kerana sikap sahabat tapi kerana saudara kandung sahabat punyai hati yang kejam. Sungguh kejam. Baginya, merosakkan hubungan orang itu memang sesuatu yang kejam. Dirinya sendiri pun pernah terkena dengan Asnida, inikan pula Aliaa yang tak tahu apa-apa. Menjadi mangsa.

Sampai di office Faliq, dia disuruh masuk ke dalam bilik Faliq. Dengan langkah longlai dan berdoa diberi kekuatan untuk terus-terang pada Faliq. Dia mengetuk pintu perlahan. Lalu memulas tombol pintu, pintu dikuak. Tersenyum Faliq menyambut kedatangannya. Dia membalas senyuman.

" Masuk.. Masuk.. Sila.. sila.." Faliq berdiri, jemputnya duduk di hadapan. Adil hanya senyum. Mengikut arahan.

" Kau dari mana ni? Tak ada hujan tak ada ribut ni, tiba-tiba kau datang, ni mesti ada hal ni kan.." Teka Faliq. Masih senyum. Ceria.

"Aku hantar Aliaa ke airport terus jumpa kawan dan terus ke sinilah. Kau busy ke ni? Sorry lah bro, memang mengejut datang ni.." jawab Adil. Muka bersalah bila tengok diatas meja Faliq bersepah dengan pelan dan lukisan.

" Tak apa lah.." balas Faliq. Sambil tangan mengemas dan mengulung kertas diatas meja. Lalu disusun ditepi. Menyandarkan badan di kerusi memandang tepat wajah Adil.

" Hmm.. memang aku ada hal penting nak jumpa kau ni bro. Penting sangat.." Adil senyum tawar. Macam mana dia nak mulakan. Perasaan bersalah mula menyelubungi diri. Tapi nak tak nak kena juga cakap.

" Penting sangat?? Wow!! Takut aku dengar ni bro.." Faliq dah mula gelisah, tak sedap hati, tak selesa duduk, hati berdebar-debar. Adil senyum. Dia sendiri pun berdebar-debar untuk bercakap.

" Kau sahabat aku bro, aku percaya dekat kau, jujur cakap aku memang harapkan sesuatu dari kau, aku anggap kau pun dah macam family aku juga. Lagi-lagi kau rapat dengan adik aku, baik dengan adik aku.. Tapi..." luahan tersekat sebentar. Menundukkan pandangan ke meja. Tak sanggup nak pandang wajah Faliq sebenarnya.

" Tapi apa bro..?!" Semakin laju hati Faliq. Tak berkelip mata pandang wajah Adil. Tak sabar nak tunggu dari mulut Adil.

" Apapun sebelum aku nak cakap ni, kita masih sahabat kan..?!"tanya Adil. Risau teramat. Risau hubungan persahabatan yang terbina akan terputus kerana perkara ni.

" Aku tak ada kawan dan sahabat selain kau dan Wan bro. Apa yang kau nak cakap ni. Berdebar aku ni Dil.." Faliq menyapu muka dengan tapak tangan. Tiba-tiba aircond yang tadinya sejuk terus menjadi panas dirasainya.
Adil mengangguk.

" Aku minta maaf Faliq.. Aku minta maaf sangat-sangat. Aku harap lepas ni kau tak payah jumpa Aliaa lagi untuk selamanya.." Adil menyusun ayat.

" Ha??? Kenapa sampai macam ni bro. Apa salah aku.." Faliq amat terkejut. Bagai terhenti jantungnya. Tepat memandang ke dalam anak mata Adil. Adil mengalihkan pandangan, tak sanggup berlawan mata.

" Janganlah macam ni. Aku sayang adik kau Dil, aku sayang dia sangat. Ish..!! Tak mungkin.. tak mungkin..!! Kau gurau je kan ni.. Ke kau sengaja nak kenakan aku kan bro..." Faliq berdiri, mundar mandir.

"Aku tak bergurau, Liq. Aku serius.." kata Adil lembut.

" Tapi kenapa? Apa salah aku? Aku ada sakitkan hati Aliaa ke? Aku ada buat salah yang mungkin aku tak perasan ? Aku buat apa Dil.. Cakaplah Dil, kenapa? Aku janji aku akan betulkan smua tu.. "

" Tak Aliq.. Kau tak buat salah apa-apa pun.."

" Tapi kenapa tiba-tiba kau.. Ya Allah!! Aliaa dah ada orang lain ke atau kau dah ada calon untuk Aliaa?! Ha Adil.."

" Tak Liq... Bukan sebab tu !!"

" Habis tu?? Please lah. Jangan macam ni. Aku sayang Aliaa bro, aku tak boleh tanpa dia.. Kau tahu kan.. " Faliq duduk dengan rasa sangat kecewa dan hampa. Dia menekup wajahnya dengan tangan.

" Maafkan aku, Liq. Aku tak boleh jawab semua tu sekarang. Satu hari nanti kau akan tahu sendiri. Maafkan aku. Kalau kau betul sayang Aliaa, kau lepaskanlah dia dari dalam hidup kau. Lupakan dia.." kata Adil lagi. Lembut. Muka Adil sayu.

" Lupakan?? Tak bro, tak semudah itu..."

" Aliq.. Kau kena lupakan Aliaa, demi keselamatan Aliaa. Tolonglah. Kali ni aku merayu pada kau. Lupa kan Aliaa.. Tinggalkan Aliaa.. Aku tak nak bermusuhan dengan kau Liq. Kau sahabat aku.."

" Cakaplah Dil. Apa masalah semua ni. Kenapa tiba-tiba kau berubah macam ni. Sebab ugutan tu ke.?!" Teka Faliq lagi.

" Maafkan aku.. Aku tak boleh nak cakap kenapa? Kau akan tahu juga nanti. Maafkan aku. Aku cuma minta tu je, tolonglah. Jangan jumpa Aliaa lagi mulai dari hari ni dan sampai bila-bila. Lupakan Aliaa.. Maafkan aku sahabat. Maafkan aku. Aku terpaksa.. "

" Bro.. janganlah macam ni. Jangan buat aku macam ni, sampai hati kau, Dil.. Aku sayang adik kau. Ya Allah..!! Kenapa semua ini terjadi. Aku bole jadi gila macam ni.."

" Aliq.. Kau ingat tak, aku pernah tanya kau tempoh hari pasal ni. Kau ingat apa jawapan kau. Kau redha kan. Aku minta maaf sahabat. Aku terpaksa. Aku tak boleh bagi cakap , kau akan tahu sendiri nanti. Demi keselamatan adik aku. Aliaa pun tak tahu pasal ni, nanti aku akan info dia benda yang sama juga. Aku minta maaf sahabat, aku minta maaf. Aku tak ada pilihan. Aku harap sangat kau faham keadaan ni. Aku minta maaf. Harap kau halalkan segala yang kau dah beri pada adik aku dan terima kasih. Aku tak mampu balas jasa baik kau selama ni. Aku lakukan semua ni bukan kehendak aku tapi kerana terpaksa Liq, terpaksa. Aku minta maaf.. Aku minta maaf sahabat. Okeylah... Aku minta diri dulu. Jaga diri kau baik-baik . Assalammualaikum.. " Bertubi-tubi kemaafan dari Adil. Sungguh sayu sekali. Adil menepuk bahu Faliq. Faliq terdiam tak bersuara. Tak tahu apa lagi harus dikatakan. Rasa kecewa, hampa, sedih  semua ada. Adil melangkah keluar dari bilik Faliq. Tiada sepatah kata pun dari Faliq. Sebelum menutup pintu bilik, Adil menoleh pada Faliq. Faliq masih lagi berdiri bersandar di dinding. Memandang sayu Adil. Adil senyum tawar. Faliq mengangguk perlahan. Lalu, Adil tutup pintu rapat dan terus berlalu meninggalkan Faliq yang dalam kekecewaan. Adil menarik nafas dalam. Betapa bersalahnya dia. Pasti ada hikmah yang tersembunyi. Maafkan aku sahabat, maafkan aku..cetus hatinya.

Faliq masih lagi berdiri kaku. Fikirannya terhenti seketika. Macam tidak percaya semua ini akan berlaku.

" Astagfirullah Al Azim..  Ya Allah..!! Berikan aku kekuatan.. Aku sayang Aliaa..!" Faliq memejamkan mata rapat serapat-rapatnya. Lalu dibuka perlahan. Dan duduk bersandar di kerusi pula. Dia berfikir lagi. Kenapa tiba-tiba Adil berubah macam ni. Keselamatan Aliaa? Terpaksa?  Mesti kerana ugutan tu. Tapi kenapa Adil tak cerita padanya. Seperti dia sembunyikan sesuatu. Macam-macam yang dia fikir. Apa yang dia harus lakukan. Entahlah. Dia sendiri pun buntu.

" Aliaa.. aku sayang kau Aliaa...!!" Direnung potret Aliaa. Hatinya tak tenang. Perasaan kecewa menyelubungi hati. Dipaksa melupakan dan meninggalkan. Sungguh berat dirasainya.

" Mesti ada sebab kenapa Adil buat macam ni. Tapi apa sebabnya. Aduhaii.. Kalau aku tanya Aliaa pun, belum tentu Aliaa nak cakap. Tak apa aku akan cari jawapannya sendiri. Sabar Faliq.. Sabar..!! Jangan give up!! Semua ini akan terungkai juga. Sabar wahai diri.. !!" Kata Faliq sendiri.

Tanpa membuang masa, Faliq terus mengambil kunci kereta di dalam laci dan terus keluar. Mencari kelibat Nizam, Nizam sedang sibuk potostat.

" Nizam.. saya nak keluar. Nanti tolong paskan pelan atas meja saya tu dekat Nora ya. Apa-apa suruh Nora call saya.."

" Okey...!! "

Dengan pantas Faliq terus berlalu. Sebenarnya dia sendiri pun tak tahu ke mana arah tujuannya. Buntu. Hilang punca. Tak tahu apa nak buat. Nak balik rumah, entah lah. Tak ada mood. Bercelaru fikiran. Dan akhirnya, dia ambil keputusan balik rumahnya sendiri. Dia perlu menyendiri. Tidak mahu diganggu. Biarlah bawa hati yang kecewa. Bawa diri jauh dari semua. Mencari kekuatan diri. Masih belum dapat terima hakikat. Ish!! Betapa berat dugaan dirasainya. Redha dimulut tak sama dengan redha dihati. Perlu mencari diri sendiri. Perlu lebih dekatkan diri pada Allah. Hanya pada Allah tempat meluah, tempat mengadu. Hanya Allah memahami hati perasaannya. Hanya Allah tempat dia memohon pertolongan dan petunjuk. Ya Allah..!! Ampunkan dosa-dosa aku..!!

Doa dan terus berdoa... 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku