Kerana Janji
Bab 77
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
106

Bacaan






Hati aku tak tenang, berdebar-debar je sejak siang tadi. Tak tahu kenapa. Nak kata aku tak happy, aku rasa tak ada apa yang buat aku sedih. Iya ke?! Tipulah kalau tak sedih bila terpaksa berpisah dari teman mesra. Hati menangis tiada siapa tahu. Bila hati dah mula sayang, bahagia mula berbunga dan tiba-tiba terpaksa terrkecewa, ia sesuatu yang tak boleh nak digambarkan macam mana. Ish!! Sedih.. Macam mana dengan Faliq? Tak jumpa aku seminggu pun dah macam orang mati bini. Sanggup cari aku dekat Sabah, ni pula kena berpisah untuk selamanya. Bukan macam mati bini lagi dah, mahunya dia jerut leher sendiri.
 Aku??  Baru tenangkan hati, lupakan kekecewaan lama. Pula dah kena kecewa lagi dengan manusia tak berhati perut. Kurang asam!! Itu je yang mampu aku cakapkan. Sanggup hancurkan kebahagiaan kami. Kebahagiaan adik kandung dia sendiri pula tu. Kasihan abang terpaksa ikut cakap kerana sayang aku, fikir keselamatan aku. Tapi itu perempuan memang kejam. Tunggulah aku balik dari Terengganu ni. Nak je aku tembak dia bertubi-tubi. Geram.!!

Petang tadi, abang call aku. Abang cerita semua pada aku. Pada mulanya abang tak nak info siapa manusia kejam yang ugut aku tu, tapi aku tanya dan terus tanya walaupun sebenarnya aku dah tahu. Barulah abang info aku siapa sebenarnya. Nanti bila abang balik KL lagi abang akan cerita segalanya. Dan, yang paling sedih bila abang minta aku lupakan Faliq untuk selamanya. Apa perlu aku katakan. Hanya terdiam seribu bahasa. Tak mampu nak buat apa-apa. Nak pertahankan pun, entahlah. Sebab ianya melibatkan keselamatan aku. Abang cakap Asnida tu boleh buat apa je dia nak. Abang sendiri pun pernah terkena tapi terkena apa, itu aku tak pasti pula. Tunggu abang balik baru abang cerita. Abang memang risau sangat keadaan aku, tiap jam dia call. Tak tenang hatinya. Kasihan abang. Kasihan juga Faliq dan kasihan juga aku. Huwaaa!!!

" Aliaa..
Apa sebenarnya yang berlaku?
Abang awak seperti rahsiakan sesuatu dari saya, mesti awak tahu kan. Mesti ada kaitan dengan ugutan tu kan?! Ceritalah..  "

Whatsapp dari Faliq sebentar tadi. Aku tak boleh nak cerita, abang larang. Aku tak balas langsung. Dia call pun aku tak jawab.

" Please Aliaa..!! Tolonglah cakap sesuatu, tolong balas whatsapp, tolonglah jawab panggilan saya. Saya tak sanggup berpisah dengan awak. Saya sayang awak Aliaa.. "

Lagi whatsapp yang boleh buat airmata aku jatuh ni. Tapi masih boleh kawal. Aku termenung dan termenung.

" Maafkan saya..!!
Awak akan tahu sendiri nanti, saya tak berani nak cakap apa-apa. Jangan salahkan abang dengan tindakkan dia ini. Abang buat semua ni ada sebab. Kami terpaksa. Maafkan saya dan maafkan abang. Hanya mampu berdoa je.
Saya harap awak faham keadaan kami. Jaga diri baik-baik ya.

Saya sayang awak juga Faliq..
Assalammualaikum.."

Itu je yang mampu aku katakan padanya. Dan ayat akhir itu jugalah ayat pertama aku ucapkan selama perkenalan kami. Ayat ada makna. Lahir dari dalam hati aku. Iya.. Aku tak boleh tipu diri aku sendiri. Aku sayang Faliq.
Tapi.. entahlah. Ini pula jadinya. Aduhai hati, bertabahlah.. bersabarlah.. !!

Kak Intan dah lama berdengkur. Kepenatan katanya tadi. Sejak siang tadi ada je ceritanya, penat aku melayan. Nasiblah dapat sebilik dengannya. Pekakkan telinga je lah. Jenis aku pula, lebih suka berdiam dan menyendiri je. Layankan je lah. Mata aku masih tak mengantuk lagi. Tak boleh nak lelap mata. Jam sudah menunjukkan tepat 10.40malam. Sunyi sepi. Aku bangun dari katil, dan menuju ke balkoni. Aku rapatkan semula pintu sliding. Aku duduk dikerusi. Angin sejuk menyapa tubuhku. Aku memeluk tubuh. Merenung nun jauh ke sana. Aku pun tak tahu apa yang aku renungkan. Kosong. Lamunan ku terhenti apabila handphone berbunyi. Bosan betul dengan nombor ni. Mengeluh aku sendiri.

" Apa kau dah buat dengan Faliq?!" Suara Asnida keras dihujung talian.

" Buat apa lagi."

" Mana kau simpan dia?" Main tuduh-tuduh je perempuan ni. Menyirap je.

"Simpan apanya. Pelik lah dia ni."

" Kau jangan cari pasal dengan aku ya. Sampai aku tahu kau dengan dia, nahas kau Aliaa." tak habis-habis nak mengugut.

" Sukahati awaklah. Dari saya layan makcik meroyan ni lebih baik saya tidur.. bye!!"

"Kurang ajar kau..." aku senyum dan terus matikan talian. Call orang marah-marah, ugut-ugut bagai. Buang masa je layan. Lainlah kalau call ajak shopping ke, ajak makan ke, kan lagi berfaedah namanya. Kenyang pun kenyang. Pelik betul sikap manusia macam ni.

Handphone berbunyi lagi. Terus aku capai handphone di atas meja. Abang pula call.

" Adik dah tidur ke?!" Terus abang tanya.

" Belum. Tak dapat tidur.."

" Asnida tahu adik dekat Terengganu.." kata abang. Lembut je suara abang.

" Ha?! Macam mana dia tahu.." Berkerut aku. Aku rasa dia ada spy kut.

" Entahlah. Adik hati-hati ye.."

" Dia baru call, dia tanya Faliq. Mana adik tahu.."

" Iya.. dia pun call abang juga. Dia cakap Faliq tak balik lagi dari siang. Mama dia risau katanya.."

" Padan muka dia. Siapa suruh jahat sangat. Lepas tu call nak marah-marah. Sakit hati betul lah.."

" Sabarlah.. Faliq ada call?!"

" Ada, call dan whatsapp tapi adik tak jawab. Abang, kita tak boleh berdiam macam ni. Kena lawan. Bila kita diam, makin dia naik belang tahu tak. Adik tak takut pun dengan semua ugutan dia.." Kalau ikutkan aku sendiri ni. Aku nak je menghadap Asnida tu. Nak bagi penampar dekat dia. Lepas lari laju-laju. Betul-betul sakit hati. Menyusahkan hidup aku je. Huhu..

" Adik tak kenal Asnida tu. Abang jauh dik, kalau dia buat sesuatu dekat adik macam mana. Lain lah kalau abang ada kat KL. Sabar dulu ya.."

" Tapi bang.. kenapa adik dan Faliq yang jadi mangsa. Ish!! Entahlah.." Itu sebenarnya yang buat aku sedih. Sampai hati Asnida tu.

" Abang minta maaf dik, semua ini berpunca dari abang.."

" Tak apalah bang. Dah ditentukan macam ni. Redha jelah.."

" Jaga diri baik-baik ya.." Pesan abang.

Hmm.. Tak boleh buat apa. Nak tak nak, redha jelah. Aku terfikir mengenai Faliq. Mana Faliq pergi? Faliq tak pernah balik rumah lewat. Tadi dia last whatsapp aku dalam jam 10.00 malam. Sekarang dah 11.20malam. Aku tahu Faliq bukan jenis yang suka merayap tapi dalam keadaan macam ni. Mungkin dia dalam tekanan kut . Aduhaii Faliq.. Janganlah buat sesuatu yang tidak baik. Risau pula aku. Tapi tak mungkinlah. Faliq bukan macam tu. Faliq ada agama. Insha Allah, selagi ada iman di dada, Allah sentiasa bersama. Itu yang selalu dituturkan. Aku senyum. Oh..!! Teman mesra. Sungguh.. aku rindu kamu..!!

Aku mengambil semula handphone. Aku nak call Faliq tapi bila ingat pesanan abang. Terpaksa batalkan niat. Tapi aku nak tahu mana dia pergi. Aku risau. Kalau aku call mesti dia jawab. Dua hati pula dah. Nak call ke tak nak ni. Aku garu kepala yang tak gatal. Arhh!! Kenapa semuanya kena berhati-hati. Kenapa hidup terpaksa dalam ketakutan dengan manusia yang kejam. Perlu ke?! Semoga Faliq dalam keadaan baik-baik je.

" Faliq.. Awak ok kan?!
Awak kena kuatkan semangat, apa yang berlaku mesti ada hikmah. Saya tak nak awak lakukan sesuatu yang tak elok. Kita jadi mangsa keadaan. Kita doa banyak-banyak. Tu je yang mampu kita lakukan. Awak pernah cakap kan, awak tak akan putus asa. Awak yakin kan..!! Walaupun kita terpaksa terpisah kerana keadaan tapi hakikatnya kita tak pernah terpisah. Saya ada didalam hati awak dan awak ada didalam hati saya. Ingat tak?! Awak pernah cakap, awak hantu raya kan yang nak masuk dalam diri saya. Jadi, awak memang hantu raya yang dah masuk dalam diri,hati, jiwa saya. Jaga diri baik-baik wahai teman sehati sejiwaku.. Selamat malam!!"

Itu je yang mampu aku luahkan. Aku dah whatsapp dia. Aku harap dia baca dan faham. Okey tu satu hal, aku tak nak terlalu fikir, tak pasal-pasal aku pula yang tekanan. Kalau aku tekanan nanti, aku terus pergi Korea ke pergi Jepun ke. Memang tak ada siapa yang boleh cari aku. Masalah sekarang ni kenapa aku tak boleh tidur. Esok pagi-pagi nak ke office. Mahu mata panda jadinya aku esok pagi. Aduhaii.. punca lah.

" Tutt.. tuttt.."  Busy pula aku malam ni. Siapa lagi call. Dengan tangan yang malas aku capai handphone. Tertera "Teman Mesra" di skrin handphone. Aku senyum. Alhamdulilah.. Dia okey maknanya ni. Syukur...!!


" Assalammualaikum Wahai teman sehati sejiwa saya.. Betul ke apa yang awak whatsapp tu?! " Lamanya tak dengar suara ni. Rindu. Ada ceria dekat nada tu. Aku tersipu malu. Adeh.. malu pula.

" Waalaikumsalam..  Awak rasa?!"

" Hahaha.. Kalau ianya betul. Alhamdulilah, syukur teramat sangat pada Allah. Allah kabulkan doa saya selama ni. Terima kasih Ya Allah!! Terima kasih Aliaa. Terima kasih sangat..." Aku sangat terharu. Cerianya suara dia. Aku senyum. Seperti mahu keluar airmata.

" Sama-sama teman sehati sejiwaku. Saya sangat terharu. Terima kasih juga terima saya yang garang ni, layan perangai saya yang pelik-pelik selama ni. Tapi perangai saya tetap macam ni tau. Sanggup ke?!" Kataku.

" Hahaha.. Kalau perangai pelik-pelik awak tu pun saya dah hadap, maknanya perangai pelik mendatang pun saya dah bersedia nak hadap wahai sayangku si garang.." gelak kuat Faliq.

" Hmm.. Ni jujur dan ikhlas dari hati sanubari ke atau sekadar di mulut je ni.."

" Bukan dari hati sanubari je sayang. Dari darah daging, urat saraf, usus, akar tunjang semuanya.. Dah awak kata hantu kan.." guraunya.

"Hahaha.. Awak dekat mana ni.." tanyaku.

" Dekat rumah saya.."

"Tak tipu ke?!"

" Allahuakhbar.. buat apa nak tipu. Saya dekat rumah saya sendiri ni, kondo saya. Lama dah tak balik sini, bawa hati yang kecewa kejab.." jawabnya.

" Alahaii.. kenapa kecewa?" Saja aku tanya.

" Mana tak kecewa. Dipaksa dan terpaksa berpisah dengan awak."

" Saya pun tak tahu nak cakap apa. Saya pun sama. Dipaksa dan terpaksa. Sama je nasib kita ni. Redha jelah.."

" Tak apalah. Ni dugaan. Saya akan cari jawapan sendiri nanti. Saya tahu awak dan abang awak rahsiakan sesuatu dari saya mengenai ugutan tu kan. Tapi saya taknak paksa awak cakap. Saya faham keadaan awak. Antara abang dan saya. Jangan risau ya. Saya tak salahkan Adil juga..." Faliq memahami situasi kami.

" Terima kasih Faliq. Saya taknak rasa tertekan sebab perkara ni. Takut nanti saya hilang lagi nanti.."

" Tapi kali ni kalau awak nak hilang, ajak saya sekali ya. Saya pun nak hilang juga.."

" Aik!! Nak juga.. Hahaha.." kali ni aku pula gelak.

" Iyalah.. Hari tu awak hilang saya teman mesra je. Kali ni kalau awak nak hilang bawalah teman sehati sejiwa awak ni sekalim Lepas tu nikah. Kan sah tu namanya.."

" Amboi.. Amboii.. Nak kahwin larilah ni ye. Banyak cantik. Langkah mayat wali saya dulu kalau berani.."

" Hahaha.. Dah alang-alang nak lari, kahwin lari lah terus kan.. kan.." lagi gelak dan gelak. Rindu gelak dia.

" Pandailah tu.. Awak ok kan ni?! " tanyaku lagi.

" Okey.. Saya okey je. Bertambah okey bila awak dah terima saya. Jangan risau, saya tak kan buat perkara tak elok. Kecewa macam mana pun, Insha Allah.. Selagi iman di dada Allah sentiasa bersama saya.. " Aku senyum. Lega dengar.

" Alhamdulilah. Okeylah saya nak tidur ni. Jangan bagitahu abang awak call saya. Kita kena berlakon lepas ni, terpaksa curi-curi call, curi-curi whatsapp.." pesan ku.

" Baiklah sayang.. Dah macam cinta terlarang dah ni... Okey. Selamat malam. Selamat tidur. Terima kasih Aliaa. Saya sayang awak. Saya akan jadikan awak bidadari syurga saya..
Assalammualaikum..."

Sejuk hati aku dengar. Syukur Alhamdulilah. Terima kasih Ya Allah..!! Lepas ni, aku dan Faliq terpaksa kena berlakon lah jawabnya. Bukan nak tipu abang tapi hmm entahlah kan. Aku kena fikir sesuatu untuk selesaikan masalah ni. Tak apa. Aku memang nak kena bincang dengan Faliq. Kena cari jalan nak selesaikan. Ni masalah antara abang aku dan kakak dia. Kami si adik dan adik yang jadi mangsa. Mangsa keadaan.  Bertabahlah..

Disaat cinta mula berputik, disaat pintu hati mula menerima, disaat itu juga dipaksa dan terpaksa berpisah.. Yakin, cinta yang tulus dan suci tak kan pernah goyah. Dua hati akan terus bertahan akan semakin erat kerana percaya pada cinta istikharah.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku