Kerana Janji
Bab 78
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
106

Bacaan






Pagi itu dia bersemangat sekali. Lebih ceria dari hari sebelumnya. Senyuman terukir hingga ke telinga. Hatinya berbunga, jiwanya nyaman sekali. Gembira tak terkata. Allah kabulkan doanya. Bersyukur ke hadrat ilahi. Insan yang ditunggu selama ni menjadi miliknya. Akan dia jaga perhubungan ini sebaik-baiknya hingga ke jinjang pelamin dan seterusnya hingga ke syurga. Alangkah bahagianya. Tapi dia tak boleh terlalu yakin. Ini baru permulaan. Permulaan ini juga sudah diduga, terpaksa dan dipaksa berpisah. Pening kepala. Baru saja rasmi menjadi teman sehati sejiwa. Dia tak kisah itu semua. Dia akan cari jalan untuk selesaikan masalah ini. Dia harus bertentang mata dengan Adil. Harus berbincang semula. Tak mungkin dia akan biarkan terus begini. Dia sayang Aliaa, terlalu sayang. Dia tak akan menyerah dengan tindakkan Adil. Tidak akan.

Faliq memandu balik ke rumah orang tuanya. Mahu berjumpa mamanya, mesti risau, dia tidak pulang ke rumah semalam. Kerana perasaan ingin menyendiri sampai lupa mahu beritahu. Memang dia rasa sangat down petang semalam. Bila masuk ke dalam rumahnya. Melihat potret Aliaa tergantung kemas di dinding ruang tamu, hatinya terus menjadi sayu. Tak dapat digambarkan perasaannya ketika itu. Tapi dia kuatkan semangat. Mengadu pada ilahi. Meluah segala-galanya. Memohon dan berdoa moga diberi kekuatan. Dia menangis dan menangis. Dia tidak malu menangis depan Allah. Kerana hatinya, dirinya milik Allah. Perasaan kasih dan sayangnya pada Aliaa juga dari Allah. Segalanya dari Allah.

Sampai dirumah. Faliq terus mencari Puan Asmah. Tersenyum melihat Puan Asmah sedang leka membasuh kain. Diperhati saja wanita separuh usia itu. Puan Asmah perasan ada seseorang sedang memerhatikannya. Dia menoleh ke arah anak bujangnya. Lalu senyum.

" Tersengeh-sengeh pula dia. Kenapa tak balik malam tadi. Mama risau tau tak. Mama call tak jawab, Alang pun tak bagitahu apa-apa. Alang pergi mana?" Membebel-bebel Puan Asmah. Faliq terus memeluk bahu mamanya itu. Dan mereka melangkah ke meja makan.

" Sorry lah mama. Alang balik rumah Alang.."
Faliq duduk di kerusi. Menuang air teh o ke dalam cawan. Puan Asmah duduk di hadapannya. Diperhati saja Faliq.

" Kalau dah tiba-tiba balik sana, tak bagitahu mama. Mesti ada masalah ni kan.." teka Puan Asmah. Faliq membuka tudung saji di hadapannya. Sepiring kuih donat gebu hasil air airtangan Puan Asmah. Faliq megambil seketul dan memakannya. Puan Asmah masih menunggu jawapan. Faliq memandang wajah Puan Asmah. Senyum.

" Ada berita gembira dan ada berita sedih ma.."

" Berita apa?!" Tanya Puan Asmah tenang.

" Ma.. Aliaa dah terima Alang.."

"Syukur alhamdulilah.. Akhirnya.. tak sia-sia anak mama ni tunggu kan.. Lega mama dengar.. Bila nak bawa bakal menantu mama ni, lama dah mama nak jumpa.." seronoknya Puan Asmah. Faliq hanya senyum je.

" Tapi entahlah ma.."

" Tapi kenapa pula. Ha..! Yang berita buruk tu apa pula..?!" Faliq meneguk air teh o suam itu. Cuba untuk tenang. Menarik nafas panjang.

"  Tapi kami dipaksa berpisah ma.. " perlahan suara Faliq.

" Dipaksa berpisah? Eh!! Kenapa pula ni Alang. Siapa yang paksa? Allahuakhbar, baru je kamu nak bahagia.." terkejut Puan Asmah.

" Adil.. "

" Ish!! Tak mungkinlah. Alang cakap Adil restui hubungan Alang dan Aliaa tapi kenapa dia nak kamu berpisah pula. Mama tak percaya lah atau mesti ada sebab lain.."

"Iya ma.. Alang pun rasa macam tu. Tapi bila Alang tanya Adil atau Aliaa. Mereka cuma cakap, nanti Alang akan tahu sendiri. Mereka tak boleh cakap kenapa. Alang tak salahkan Adil sebab dia pernah cakap. Aliaa diugut.."

" Diugut kenapa? " tanya Puan Asmah lagi.

" Supaya Aliaa tinggalkan Alang. Kalau tak, Aliaa akan diancam.." jelas Faliq.

" Astagfirullah Al Azim... Siapa punya kerja ni Alang.. " Faliq mengangkat bahu.

" Aliaa tak buat report polis?!"

" Dia tak nak. Takut orang tu tahu dan akan buat lain teruk pada Aliaa. Dia call, dia whatsapp Aliaa. Tapi nombor lain-lain. Tu yang payah nak cari.." jelas Faliq lagi. Wajah tenang saja.

" Alang tak boleh berdiam. Alang kena buat sesuatu. Kalau Alang biarkan. Mahunya hubungan Alang dan Aliaa akan terputus macam tu je dan persahabatan Alang dan Adil pun akan terjejas. Cuba bincang dengan Adil baik-baik. Mungkin dia stress, sebab tu dia paksa kut.." Faliq mengangguk-angguk kepala. Memang betul apa yang Puan Asmah cakapkan itu.

" Itulah ma. Alang pun fikir macam tu juga. Sekarang ni, Adil memang tak bagi Aliaa berhubung langsung dengan Alang. Call ke whatsapp semua dia tak bagi. Dia risau keselamatan Aliaa.."terang Faliq lagi.

" Maknanya.. Orang yang ugut tu dari belah Alang tau. Alang ada musuh ke? Ex girlfriend Alang ke?" Teka Puan Asmah lagi. Hati dia tak sedap. Terfikir sesuatu.

" Ish!! Mama ni.. Mana ada girlfriend ma, nilah Aliaa satu-satunya dalam hidup. Musuh setahu Alang mana ada. Alang bukan ada kawan pun.." jujur Faliq. Puan Asmah masih berfikir.

" Angah?!" Tiba-tiba terpacul nama itu dari mulut Puan Asmah. Berkerut Faliq.

" Ish!! Tak mungkinlah ma. Tak kanlah Angah sanggup buat macam tu. Alang kan adik dia. Walaupun dia tak suka Aliaa tapi takkan sampai hati dia nak buat Alang menderita kut" Puan Asmah terdiam. Hanya mengangguk perlahan. Tapi dia seperti dapat merasai perbuatan Asnida. Asnida memang benci sangat pada Aliaa kerana Adil. Naluri seorang ibu.

" Tak apalah. Alang sabar banyak-banyak. Dekatkan diri lebih pada Allah, doa dan minta petunjuk. Insha Allah, Allah akan bagi jalan. Pesan dekat Aliaa juga.." Nasihat Puan Asmah. Faliq senyum.

" Insha Alla mama.."

" Mama taknak anak mama ni kecewa. Mama akan doakan Alang dan Aliaa bahagia ke jinjang pelamin dan insha Allah ke syurga. Apapun dugaan, kena sabar dan tabah.  Emm.. Entahlah bila dapat jumpa bakal menantu tu kan. Asyik dengar cerita je.."

" Hahahaa.. Alang akan bawa juga nanti ma, sekarang ni Alang nak call Aliaa pun kena curi-curi, cepat-cepat je cakap. Aliaa takut abangnya tahu. Nanti dah selesai semua, tak ada nak curi-curi call lagi. Alang akan bawa ye.." kata Faliq.

" Iyalah.. Ni Alang tak kerja ke.?!" Tanya Puan Asmah.

" MC. Tak sihat.."

" Ha..!! Tak sihat?! Sihat je mama tengok."

" Luaran sihat ma, ni dalam ni tak berapa nak sihat. Kena jumpa Aliaa baru sihat.. " Faliq gelak kecil. Bergurau.

" Bertuahnya Aliaa ye.." Bertambah besar gelak Faliq. Mereka berbual kosong. Rumah sederhana besar itu sunyi sepi saja. Sebab tulah Puan Asmah mengharap sangat Faliq kahwin cepat, bila dah kahwin ada juga kawannya berbual dan meriah dengan suara kanak-kanak. Tapi entah bila.

Puan Asmah memandang tepat wajah Faliq yang seronok bercerita mengenai Aliaa. Terpancar keceriaan dan kebahagiaan diwajah anak bujangnya itu. Bersyukur dia punyai anak yang jujur dan setia dan hormat pada wanita. Sentiasa berdoa agar Faliq terus seperti ini hingga ke akhir hayatnya. Satu-satunya anak lelaki kesayangannya. Semoga kebahagiaan menjadi miliku Alang, katanya didalam hati.

" Haiii mama.... Haiii Alang..!! " muncul Asnida di muka pintu dapur. Berseri-seri wajahnya. Mood baik. Terus menghampiri mereka.

"Aik!! Tak ke butik ke?!" Tanya Puan Asmah.

" Tak ma. Hari ni nak pergi shopping. Lama tak shopping ma. Macam-macam nak beli.." kata Asnida. Faliq mendengar sahaja.

" Alang tak kerja ke?!" Faliq menggeleng.

" Ha bagus lah tu. Jom temankan Angah.."

" Ish!! Taknak lah.."

" Jomlah. Elly tu asyik tanya Alang je. Nak jumpa Alang. Rindu katanya.."

" Elly?!" Terkejut Puan Asmah dengar itu.

" Iya ma. Dia tu dah jatuh hati dengan Alang. Tapi okey apa Elly tu. Cantik, bergaya, berkerjaya, family kaya, pakej lengkap. Senang hidup Alang nanti.."

" Tak apalah Angah. Hidup Alang dah cukup bahagia. Alang bersyukur dengan apa yang Allah dah beri..."

" Itu kata Alang.. Hmm.. Apakata.. Alang bertunang je lah dengan Elly. Lepas tu kahwin. Angah support seratus peratus. Macam mana?!  Untung mama dapat menantu anak Dato'.."  cadang Asnida tiba-tiba. Terbeliak mata Puan Asmah mendengar.

" Angah ingat Alang ni tak ada hati dan perasaan. Tak ada taste. Tak payahlah nak atur hidup Alang.."kata Faliq. Geram.


" Angah nak bagi yang terbaik untuk Alang. Sebab Angah taknak satu-satunya adik Angah ni menderita kemudian hari.." kata-kata Asnida membuatkan Faliq hampir termuntah. Sinis saja senyuman Faliq.

" Kalau tak nak tengok adik Angah ni menderita kemudian hari, kenalah terima bakal isteri Alang. Hanya dia seorang je yang boleh bahagiakan Alang. Aliaa Sofea.." balas Faliq. Puan Asmah mengenyitkan mata pada Faliq. Setuju dengan apa yang Faliq katakan.

" Elly lebih bagus dari Aliaa. Dah jom temankan Angah shopping... " terus saja Asnida menarik tangan Faliq. Tiada pilihan. Termasuk juga ikut. Tak ikut nanti membebel pula. Aduhai.. terpaksa layankan kakaknya yang pelik ini. Malasnya dia nak menghadap si gedik itu nanti. Tapi tak apa, dia mahu mencari sesuatu.

Sebenarnya, sejak Adil beritahu mengenai ugutan pada Aliaa. Sejak itu hatinya merasai sesuatu , boleh jadi ugutan itu berkaitan dengan Asnida. Perasaannya sama seperti Puan Asmah. Bukan mahu menuduh tapi kerana sikap Asnida yang membenci Aliaa. Dia masih perlukan masa untuk mencari jawapan. Perlahan-lahan. Dia pasti semua ini akan terjawab.

Faliq tidak akan putus asa. Dia akan terus mencari jawapan dan bukti. Faliq tahu, Asnida memang mahu Elly bersamanya. Tapi Faliq memang tak layan. Hatinya hanya pada Aliaa, seluruh hidupnya dan jiwanya untuk Aliaa. Buatlah apa sekalipun, hatinya tidak akan goyah pada yang lain. Mungkin jasad memisahkan tapi hati tak pernah berpisah. Sikit pun tidak. Kuatnya rasa kasih sayang dan cintanya pada Aliaa. Sehebat cinta Laila Majnun. Bukan mudah memberi cinta dan bukan mudah menerima cinta. Hanya cinta yang suci dan telus sahaja boleh terus berkekalan. Menerima segala buruk baik pasangan. Kerana cinta hidupnya lebih ceria. Kerana cinta jiwanya gembira. Kerana cinta hatinya bahagia.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku