Kerana Janji
Bab 79
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
97

Bacaan






 Malasnya nak turun. Kalau boleh nak tidur je. Penat sangat badan hari ni. Sejak pagi sampai ke petang melayan tetamu Dato', almaklumlah majlis perasmian cawangan baru kan. Ramai kenalan Dato' yang hadir memeriahkan majlis. Fuh!! Memang letih tapi seronok. Selepas ni, payahlah nak jumpa Cik Erisya, dia akan uruskan cawangan Terengganu ni dan akan berpindah ke sini. Tempat Cik Erisya di KL akan diambil alih oleh anak sulung Dato', Encik Zakry. Katanya baru pulang dari luar negara. Tak tahulah luar negara mana. Malas nak tanya. Harap-harap dia okey lah. Jangan banyak songeh sudah. Biasa kalau orang balik dari luar negara ni berlagak-berlagak. Lagi-lagi anak Dato' , macam drama melayu setiap petang tu kan. Berlagak dan sombong. Mengarut pula aku ni. Hehe...

" Aliaa.. tak siap lagi ke?! Cepatlah.. Akak dah lapar dah ni.." tegur Kak Intan.

" Malaslah kak nak turun, penat.." kataku beri alasan.

" Ah kau..!! Jangan nak mengada. Kang Dato' tanya kau, apa akak nak jawab. Kau dahlah orang penting.."

" Mana ada penting kak, sama je kut. Memandai je akak ni.." Aku mencebik manja.

" Penting ke tak penting ke. Dah jom cepat. Akak lapar dah ni.. Jom.. Jommm..!!" Aduhai Kak Intan ni. Dengan malas aku memakai tudung. Kejab je dah siap pun.

" Dah jom..!!"

" Aik!! Ko pakai macam ni je ke?!" Berkerut Kak Intan pandang aku. Macam pelik pula dia.

" Ha lah.. Kenapa?!"

" Pakailah lawa sikit Aliaa oii.. Kita nak dinner dengan Dato', Encik Zakry pun ada juga.. Kau ni.." Membebel dah Kak Intan ni.

" Okey lah ni kak. Bukan saya pakai tshirt pendek pun.. Yang penting tutup aurat kan. Ish!! Dah lah Kak, jom cepat. Kata tadi lapar kan.." Aku gelak kecil. Aku terus tarik tangan Kak Intan dan terus melangkah keluar dari bilik. Banyak bunyi pula Kak Intan ni. Bukan nak jumpa anak Raja pun. Dia terus membebel.

" Oii beb.. Kau pakai ni je ke?! Pakailah glamor sikit beb.. " Pula dah. Naim ni pun sama juga.

" Korang ni. Salah ke pakai macam ni.. Dahlah cepat.." Aku menjeling pada Naim. Mira dan Nina gelak je. Boleh tahan juga budak-budak ni berpakaian. Aku je yang paling sempoi. Nasiblah. Aku dahlah mengantuk. Kang aku balik bilik baru padan muka.

" Kau ni kan beb. Degil betul lah. Kau tahu tak, Encik Zakry tu jenis jaga penampilan tau. Kau tak dengar Cik Erisya cakap tadi, abang i ni cerewet sikit bab-bab penampilan ni. Model kan. Jadi you all kena pakai lawa-lawa malam ni okey.. Ha?! Kau tak dengar ke beb..." Naim melakonkan semula gaya Cik Erisya petang tadi. Aku gelak je.

" Betul tu Aliaa.." sampuk Kak Intan pula.

" Pandailah aku jawab nanti.. Dah cepat. Aku dah lapar ni.." Stress pula aku dengan mereka ni. Hmm..

Sampai je di restoran hotel, kelihatan Dato', Cik Erisya, Encik Taib, Encik Johari dan seorang lagi lelaki yang aku tak kenal. Mungkin itulah kut Encik Zakry. Kami menghampiri mereka. Berkenalan antara satu sama lain. Siang tadi tak sempat berkenalan, masing-masing sibuk.

" Semua dah ada dekat sini. Ni saya kenalkan, anak sulung saya, Encik Zack yang akan ambil alih jawatan Erisya di KL. Saya harap Aliaa, Naim, Amira, Aznina dan Intan boleh terima dia ni lah ye ganti Erisya.." kata Dato', kami semua senyum dan mengangguk saja. Langsung tak senyum Encik Zack. Nampak gaya macam banyak songeh. Tapi tak tahulah belum kerja dengan dia.

"Dan disebabkan sebelum ni Aliaa banyak bantu Erisya, walaupun kerja tu Erisya yang patut buat tapi dia menularkan. Jadi, saya nak bermula esok Aliaa jadi P.A Encik Zack ya.." pinta Dato'. Aku tercengang. Semua mata tertumpu pada aku. Eh! Kenapa aku?!

" Kenapa saya?! Taknak lah. Dato' bagilah orang lain.." Alamak.. macam mana aku boleh terlepas cakap pula ni. Aku rasa aku cakap dalam hati. Malu aku sendiri.

" Hahaahaaa.." Dato' dan Erisya gelakkan aku, diikuti mereka yang lain. Aku berkerut. Tersengeh. Jujur kut.

" Dah agak dah kan papa. Tak apa Aliaa, abang i ni okey je. Dia tak garang.." kata Cik Erisya.

" Tapi.. " Aku tetap tak nak. Memang tak nak.

" Belum kerja dengan i lagi dah nak membantah. Ikut jelah arahan. Bukan susah pun.." Aku menjeling pada Encik Zack.


Amboi.. belum kerja dengan dia lagi pun dah berlagak. Lagi nak aku jadi P.A dia. Huh!! Sorry..!!

" Tak apa Aliaa. Nanti kita bincang ya.." kata Dato', senyum je Dato'. Dia tahu memang aku tak kan terima kut. Dulu pun dia minta aku jadi P.A Cik Erisya tapi aku pun tolak juga. Tak nak aku pegang jawatan tu. Tak layak pun. Tak naik pangkat pun tak apa. Dari naik pangkat tapi tekanan kerja kan, lagi- lagi kalau kerja dengan si berlagak ni. Memang tak lah.

Mereka berbual dan kenal-mengenali antara satu sama lain. Aku je malas nak berbual, aku layan makanan depan mata je. Kenyang. Aku perasan, Encik Zack pandang aku, macam nak makan aku je. Apa entah yang pelik. Sinis je pandangannya. Aku buat tak tahu je. Senyum pun tak. Malas nak senyum dengan orang berlagak ni. Dia pun senyap je. Ditanya sepatah jawab sepatah. Betul-betul berlagak. Perut aku dah kenyang, mata pun naik mengantuk dah. Mereka masih lagi kuat berbual. Mira, Naim, Kak Intan pun bergelak tawa, berbual dengan Cik Erisya. Aduhai lambat lagi ke mereka ni. Berapa kali dah aku menguap.

" Aik Aliaa.. Dah mengantuk ke?!" Perli Dato'. Aku tersengeh dan mengangguk.

" Berkali-kali dah menguap. Hahaha.. Tadi dia tak nak turun, nak tidur katanya tapi saya paksa turun juga.." Amboi Kak Intan. Kenakan aku pula.

" I pun mengantuk juga ni Kak Intan..." Cik Erisya pula bercakap. Aku senyum.

" Esok flight you all jam berapa?!" Tanya Cik Erisya pada Naim.

" Tak silap jam 10.00 pagi kut. Tak ingat lah Cik Erisya.." jawab Naim.

" Kalau macam tu sama flight dengan Encik Zack lah. Betul tak bang..?!" Encik Zack mengangguk perlahan. Acuh tak acuh je. Berlagak. Huh!

" Oye ke?! Boleh balik sekali lah maknanya.." sambung Naim lagi. Peramah si Naim ni.

Tidak lama kemudian, Dato' minta diri. Dia nak balik KL malam ni juga dengan Cik Erisya. Cuma si berlagak ni pula tak balik. Hmm.. Tak kisahlah yang penting sekarang aku pun nak balik bilik. Nak tidur. Setelah semua bersurai. Aku dengan yang lain pun berjalan ke lift. Berbual, bergurau dan gelak. Memang kecoh. Aku diam je, dah tak mampu nak gelak. Yang mampu nak tidur je sekarang ni. Sedang tunggu pintu lift terbuka, tiba-tiba datang seorang lelaki memakai topi putih, berkacamata hitam dan bertshirt putih terus menuju kearah aku. Betul-betul berdiri dihadapan aku, dan jari telunjuk tepat ke mata aku. Isyarat memberi amaran. Aku terkedu kaku. Mereka lain pun sama. Lalu lelaki itu terus memberi sekeping kertas berlipat. Aku ambil dari tangannya dan dia terus berlalu pergi tanpa berkata-kata. Aku memandangnya hingga hilang dari pandangan. Jantungku berdegup kencang.

" Aliaa.. Siapa tu? Kau kenal ke? Dia bagi apa?" Tanya Naim cuak. Aku tercengang dan mengangkat bahu.

" Menakutkan lah orang tu.. Cik Aliaa kenal ke?!" Mira pula tanya. Aku terus buka lipatan kertas yang diberi orang tu tadi. Aku baca satu persatu.

" Sampai lubang cacing pun aku akan cari kau Aliaa. Kenapa masih bersama Faliq lagi? Kau memang tak sayang nyawa kan.. Tunggu next episode okey!! Bersedia..!!"

Ya Allah.. Sampai aku dekat sini pun dia cari, kata hatiku.

" Aliaa... Siapa orang ni? Dia ugut kau ?" Tanya Naim. Terkejut dia. Aku tak mampu nak cakap apa-apa. Aku diamkan saja. Aku pandang sekeliling. Jujur cakap, perasaan takut mula terasa. Tapi aku cuba buat selamba. Aku senyum pada mereka dan terus masuk dalam lift apabila pintu terbuka. Kertas masih ku genggam.

" Macam bahaya je kau ni Aliaa. Tak buat report ke. Kes berat ni.." tanya Kak Intan pula. Aku senyum je. Ngantuk aku pun dah hilang. Dah segar mata disebabkan lelaki misteri tadi dan kertas ini. Aku terus masuk ke bilik cepat-cepat. Rasa seperti ada yang memerhatikan aku. Tapi mungkin perasaan aku je kut.

Masuk je dalam bilik, tak sempat nak buka tudung. Abang call pula. Aku terus ke balkoni bilik untuk menjawab panggilan abang.

" Kenapa adik degil sangat. Kenapa tak dengar cakap abang. Kan abang dah pesan, jangan contact Faliq lagi.." Terus abang marah aku. Macam mana abang boleh tahu.

" Kenapa tiba-tiba abang marah adik ni?!" Aku sengaja buat tak faham.


" Sebab adik degil. Kalau adik masih contact Faliq lagi, lepas ni adik berhenti kerja duduk kampung je.." abang marah lagi.

" Tapi abang.. Adik dan Faliq.." tak sempat nak habiskan ayat,abang terus potong cakap aku.

" Tak ada tapi-tapi. Dengar cakap abang. Jangan bantah...!!" Aku terdiam. Apa lagi aku harus cakapkan. Abang dah marah.

" Ada Asnida call? Whatsapp?" Tanya abang tegas je.

" Ada seorang lelaki datang jumpa adik baru ni tadi bagi sekeping kertas.." Aku pun cerita dekat abang isi kertas tu.

" Nampak tak dik. Adik dekat sana pun dia cari kan. Ya Allah!!.. Jangan sorang-sorang ye, kalau nak pergi mana-mana bawa teman. Apa-apa terus call abang. Faham tak?!" Aku mengiyakan je. Entahlah, tak tahu nak cakap apa dah. Pesanan demi pesanan abang pada aku.

Pelik juga. Macam mana dia tahu aku dekat sini. Macam mana dia tahu aku dan Faliq contact lagi sampai dia info abang. Padahal baru je malam tadi aku jawab panggilan Faliq. Sebelum ni aku tak jawab pun. Whatsapp pun aku tak balas. Peliklah. Asnida ni ada saka kut atau hantu raya. Tahu je apa aku buat. Pelik kan. Aku duduk termenung. Pening kepala memikirkan. Entahlah..

" Tet..tettt..." whatsapp masuk. Cepat-cepat aku buka. Nombor Elly kalau tak silap. Nombor yang dia call aku malam tadi. Dia hantar gambar. Kencang dadaku apabila melihat gambar itu. Gambar Elly bersama Faliq sedang makan bersama. Dan gambar mereka di dalam kereta. Faliq memandu dan Elly disebelahnya tersenyum ceria. Tapi tengok gambar ni Faliq muka selamba je. Tak happy pun. Hmm.. Entahlah..

Mungkin gambar ni satu permainan mereka juga kut. Sengaja diambil untuk sakitkan hati aku. Biar aku dan Faliq gaduh dan putus. Mungkinlah. Tapi.. entahlah. Malas nak fikir. Malas nak bersangka buruk. Macam gambar sebelum ni juga. Biarlah. Dengan abang yang marah aku, kemudian gambar-gambar ni lagi. Stress sebenarnya.  Hmm.. Tak apalah. Redha je lah.

Macam tak ada peluang je untuk aku terus bersama Faliq. Abang dah marah sangat dah tu. Memang abang nak pisahkan kami kut. Dengan gaya abang marah tadi, memang abang betul-betul marah. Aku curi-curi contact Faliq pun abang tahu. Ini semua Asnida lah ni. Peliklah. Banyak sangat hantu dia kut yang jadi spy aku. Menyusahkan betul. Aku jadi down pula. Ish!! Kebahagiaan tak berpihak pada aku.  Betul juga kata abang kan, duduk kampung jelah lebih aman dan tenang.

Faliq??  Entahlah. Tak mampu nak cakap apa-apa dah. Terlalu kejam kakakmu Faliq. Sampai hati dia nak hancurkan hubungan kita, hubungan yang baru terbina. Apa boleh aku buat lagi? Aku tak mampu. Aku kena dengar cakap abang.

 Ya Allah..!! Andai ini takdir aku, aku redha..!! Dalam hati menangis tak berkesudahan. Sedih dan sedih. Bahagiaku hanya sebentar. Tiada apa yang perlu diucapkan lagi selain bersabar.. bersabar.. Dan, berdoa.. berdoa.  



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku