Kerana Janji
Bab 80
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
121

Bacaan






Aku melipat kain telekung dan tikar sejadah. Ku letak dihujung katil. Kak Intan sudah lena dibuai mimpi. Aku yang sangat mengantuk tadi terus tak dapat tidur. Entahlah.. Rasa down pula. Aku lemah, aku tak kuat nak hadapi. Aku duduk di balkoni, termenung dan termenung. Apa lagi aku nak buat. Layan perasaan je lah. Ku lihat jam di skrin handphone. Awal lagi, baru jam 10.10malam. Iyeke awal. Hmm.. Semua benda tak kena. Aku buka galeri di handphone, melihat gambar yang Elly hantar tadi. Mengeluh sendiri. Aku pun tak tahu apa perasaan aku ketika tengok gambar tu. Nak kata marah, tak juga sebab aku tahu kut niat Elly tu, Faliq pun pernah cakap. Nak kata jelous, entahlah kan. Tapi yang menjadi tanda tanya, kenapa Faliq tak info aku yang dia keluar dengan minah senget tu. Berdua kut tapi tak tahulah kalau ada Asnida. Jangan fikir negatif. Mesti banyak idea Asnida nak sakitkan hati aku kan. Sukahatilah makcik.  Aku letak handphone semula diatas meja. Bosan, bosan dan bosan.

" Tut..tuttt.." Handphone berbunyi. Alamak..!! Faliq call. Aduhai.. macam mana ni, nak jawab ke tak. Nanti kalau abang tahu macam mana. Saka Asnida info abang pula nanti, mati aku. Macam mana?!!!! Aku menarik nafas dalam.
1,2,3 okey.. jawab je Aliaa. Terus-terang je dengan Faliq. Kata hati kecilku. Okey.. aku jawab.. Relax.. Cool.. Aliaa.. !!

" Haii sayang.. Dah tidur ke?!.." Ceria je suaranya.

" Belum lagi.." jawabku ringkas.

" Awak sihat tak ni?" tanya Faliq.

" Saya sihat.."

" Kenapa ni,lain macam je suara. Ada problem?! Share lah dengan saya.." tanyanya lagi. Lembut suara. Aku berdiam sebentar. Mencari kekuatan untuk memulakan berterus-terang padanya.

" Aliaa.. Kenapa ni?!" Suaranya mula ada nada risau. Ya Allah..!! Berikan aku kekuatan..

" Faliq.. Kita tak boleh bersama lagi.." kataku suara bergetar. Airmataku tiba-tiba je menitis tanpa sedar.

" Ha?! Aliaa.. apa awak cakap ni.."

" Kita tak boleh Faliq, tak boleh..!! Abang marah, abang tetap nak kita berpisah. Abang tak bagi kita berhubung lagi.." sambungku lagi.

" Kenapa sampai macam ni. Tapi kita boleh curi-curi contact kan. Awak cakap semalam kan.. Betul tak?!"

"Abang tahu awak call saya semalam. Saya tak pasti dari mana dia dapat tahu. Abang marah saya sangat-sangat. Kalau saya masih bersama awak, abang nak saya berhenti kerja. Pindah tempat lain. Saya tak ada pilihan Faliq..." jelasku.

" Allahuakhbar.. Apa salah saya Aliaa. Saya sayang awak, saya nak awak jadi isteri saya. Aliaa.. saya tak boleh tanpa awak. Janganlah buat saya macam ni.. " Airmataku semakin laju. Ku biarkan ia jatuh.

" Iya Faliq. Saya pun sayang awak. Tapi apa saya boleh buat. Ini arahan abang, dia wali saya. Saya kena dengar cakap dia. Abang buat semua ni demi keselamatan saya, nyawa saya terancam bila terus bersama awak.." kataku perlahan.

" Kenapa terancam? Awak dan Adil langsung tak cerita apa-apa dekat saya. Macam mana saya nak tahu? Macam mana kita nak selesaikan masalah ni..."

" Maafkan saya Faliq. Maafkan saya. Saya tak ada pilihan. Maafkan segala salah silap saya selama kita kenal. Halalkan makan minum saya. Lupakanlah saya. Jangan cari saya lagi.." terputus-putus suara aku menahan sebak. Huwaa!!!

" Aliaa.. Tolonglah Aliaa.. Aliaa.. Janganlah macam ni, awak sayang saya kan.. " Aku diam.

" Kita boleh selesaikan semua ni. Saya akan jumpa Adil, saya..."

" Jangan.. Jangan Faliq. Jangan jumpa abang. Tolonglah faham keadaan ni. Saya merayu dekat awak. Terimalah hakikat kita tak boleh bersama lagi.." aku potong cakap Faliq.

" Tapi saya tak boleh tanpa awak Aliaa.."

" Kalau awak sayang saya, tolonglah lupakan saya. Anggap kita tak pernah kenal lepas ni. Jaga diri baik-baik. Assalammualaikum.." aku terus matikan talian.

Airmata semakin deras mengalir. Lagi sekali aku kecewa, kali ni kecewa kerana setelah dua hati bersatu. Kebahagiaan pada mula perkenalan sebagai teman mesra tapi kekecewaan diawal perhubungan teman sehati sejiwa. Bukan kerana salah kami tapi kerana orang ketiga. Kerana saudara sedarah sedaging yang punyai hati yang busuk. Ya Allah..!! Kenapa aku rasa ia amat berat sekali.

Maafkan aku Faliq. Aku terpaksa, aku tiada pilihan. Aku tak mampu untuk pertahankan. Demi keselamatan aku sendiri. Aku terpaksa. Aku terpaksa.

Aku membiarkan airmata ini terus mengalir. Biarlah ia mengalir, semoga esok airmata ini menjadi mutiara yang bernilai. Tapi hati aku, hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Handphone ku terus berbunyi berulang-ulang kali. Faliq tak henti call aku. Aku tahu perasaan Faliq, aku juga rasa yang sama. Kami dipaksa berpisah dan terpaksa berpisah. Handphone ku capai. Banyak whatsapp yang masuk. Lalu ku off kan handphone. Dan letak semula di meja. Kalau ikut hati mahu je aku terjun ke bawah. Biar puas semua orang. Biar mereka gembira tengok aku mati. Ya Allah..!! Ampunkan aku.
Aku masih ingat Allah, aku tak akan buat benda-benda pelik tu. Lindungilah aku disaat aku lemah begini.

Aku mengambil handphone, dan terus masuk kedalam. Aku baring dikatil. Mata masih tak nak lelap. Aku tengok wajahku sendiri di cermin. Sedih. Lalu ku pakai tudung, handphone ku letak diatas meja tv. Ku buka pintu dan keluar. Aku nak jalan dekat lobi, tengok-tengok orang lalu lalang, tengok kenderaan. Nak bagi mengantuk mata. Biarlah aku menyendiri bawa diri tapi ke lobi hotel je lah. Nak ke tempat lain. Takutlah pula. Aku tak fikir pun pasal lelaki misteri tadi. Lantaklah. Nak ugut ke nak bunuh ke, sukahati dialah. Malas membebankan otak dengan ugutan tu semua. Kerana ugutan makcik gila tu hubungan aku dengan Faliq berakhir. Semuanya tamat. Setiap perbuatan ada balasan. Biar Allah yang balas semua. Kau suruh aku tunggu atas dendam kau, sekarang ni aku suruh kau tunggu balasan dari Allah. Tak apa.

Sampai di lobi.. aku berdiri bersandar di tepi tiang batu. Orang pun tak ada. Aku pandang kosong ke hadapan. Apa yang aku pandang pun aku tak tahulah. Betul-betul rasa macam blurr semacam je. Ish !! Entahlah. Hilang punca sekejab. Aku sorang je dekat situ. Security beruniform putih keluar masuk. Perhatikan aku dari jauh je. Aku buat tak tahu je. Bosan. Aku masuk ke dalam. Menuju ke ruangan menunggu. Duduk di sofa. Mengambil majalah Libur di atas meja. Aku selak sehelai demi sehelai majalah itu. Tengok gambar je.

" Buat apa sorang-sorang dekat sini?!" Terkejut beruk aku. Tak bagi salam terus je cakap. Aku mendongak. Encik Zack dengan muka bengisnya berdiri ditepi ku.

" Saja.."Jawabku ringkas. Lalu terus memandang majalah. Tak pedulikan dia pun. Aku buat selamba je.

" Saja? Dah lewat ni, kenapa tak tidur lagi?" Tanyanya lagi. Duduk disofa dihadapanku.

" Tak ngantuk.."

"Tadi menguap-nguap.." perlinya. Aku menutup majalah dan pandang ke arahnya.

" Tadi memang saya ngantuk tapi sekarang tak ngantuk dah pun.." Aku berkerut pandangnya. Memang sikit pun tak senyum. Samalah dengan Encik Zack juga. Langsung tak senyum. Dia pandang aku je tapi peliklah . Muka tak ada perasaan. Memang tak reti senyum kut. Serius manjang. Kelakar pun ada. Hmm..

" Okeylah. Saya dah ngantuk. Saya nak naik bilik nak tidur. Selamat malam.. " Aku meletakkan semua majalah diatas meja dan berlalu meninggalkan Encik Zack sendiri. Semasa aku melintasi pintu utama hotel. Tiba-tiba datang seorang lelaki terburu-buru dan terus menumbuk kuat perut aku.

" Ya Allah..!!" Senak, aku rasa pandangan gelap sebentar. Rasa macam terhenti nafas. Aku menahan sakit yang teramat. Dan terduduk ke lantai. Beberapa orang yang lalu disitu membantu aku. Aku jadi lemah longlai. Macam nak terburai perut.

" Oii.. Tunggu....!!" Encik Zack nampak kejadian itu dan terus cuma mengejar lelaki itu tetapi apabila ternampak dua orang security mengejar lelaki itu. Dia terus kembali ke arahku. Perut aku sangat sakit, senak, berbisa dan  semua ada. Nak bangun pun tak dapat. Apa motif orang ni tumbuk perut aku. Gilalah.

" Awak okey?!" Aku kuatkan semangat. Aku bangun perlahan-lahan dengan dibantu dua orang tadi. Aku mengucapkan terima kasih pada mereka. Aku masih menahan sakit, menundukkan badan. Aku mengangguk tapi muka berkerut sejuta. Rasa macam nak mati pun ada. Aku kuatkan juga walaupun sebenarnya tak mampu. 

" Lain kali jangan sorang-sorang. Bahaya! Mujur dia tumbuk, kalau dia tikam. Macam mana?!" Kata Encik Zack. Aku mengangguk perlahan. Tak dapat nak cakap apa-apa. Menahan sakit. Aku ditemani Encik Zack sampai ke pintu bilik. Setelah aku selamat masuk dan kunci bilik baru dia beredar. Aku terus rebah di katil. Sakit tak tertanggung. Itu lelaki misteri tadi ke? Kenapa dia buat aku macam ni? Apa salah aku? Aku dah penat macam ni? Kan senang dia bunuh je aku. Tak payah buat hidup aku macam ni.

Aku gagahkan badan yang lemah bangun perlahan dam nengambil handphone di meja tv.  Aku rasa tak bermaya. Aku kembali ke katil. Aku on semula handphone. Aku cuba hubungi abang. Beberapa kali aku call tapi tak jawab. Dan kemudian, aku whatsapp je. Aku letak handphone di tepi. Kenapa makin sakit perut ni.   Berkerut-kerut dahi aku. Pertama kali dalam hidup aku ditumbuk dibahagian perut sebegini kuat oleh lelaki misteri itu. Ini baru kena tumbuk kalau kena tikam macam mana. Ya Allah!! Tidak lama kemudian, handphone aku berbunyi.. abang call.

" Adik macam mana? Okey ke tak ni? Lelaki yang sama juga ke?!" Tanya abang.

"Tak tahu, tak perasan. Berlaku sekelip mata.." aku agak mengah. Rasa nafas macam terputus-putus je.

" Dik.. adik okey tak ni? " tanya abang lagi.

" Tak tahu.. Sakit sangat" jawabku perlahan.

" Adik nak tidur dulu. Adik penat.. " kataku lalu matikan talian. Badan aku lemah sangat. Aku mengerengkan badan. Airmata mengalir lagi.  Sedih dengan nasib diri. Kenapa harus begini. Aku tak buat salah pun dengan orang. Aku tak pernah ada musuh tapi kenapa aku jadi mangsa. Ya Allah..!! Kenapa kau kejam sangat Asnida. Kenapa kau sanggup buat begini.

Whasapp masuk. Aku lantas buka dan baca.

" Best tak Aliaa.. Hahaha.. itu baru permulaan. Ada banyak lagi yang kau akan terima. Lagi best tau.. Tunggu ya!!"

Aku menarik nafas panjang. Kenapa kau buat aku macam ni. Satu persatu kau buat aku. Apa yang kau dapat dengan semua ni. Kau memang betul-betul nak buat aku menderita . Sampainya hatimu..  Allahukhabar... Kejamnya hatimu Asnida.

Ibu ayah.. adik tak sanggup macam ni lagi. Kenapa adik jadi mangsa. Ibu.. adik rindu ibu. Adik nak ikut ibu. Adik taknak macam ni lagi.. Ayah.. bawa adik bersama ibu ayah. Adik perlukan teman. Adik dah penat macam ni. Adik penat... aku menangis dan menangis. Kesakitan masih lagi terasa. 




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku