Kerana Janji
Bab 81
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
95

Bacaan






" Hahaha.. Puashati aku. Padan muka kau Aliaa. Ni baru permulaan, masih jauh lagi dan masih banyak lagi yang kau kena terima. Selagi kau tak tinggalkan adik aku, selagi tu aku akan buat kau menderita. Haha!" Gelak besar Asnida. Suaranya tenggelam timbul dek lagu-lagu yang rancak, lampu-lampu berkelipan berwarna-warni memeriahkan suasana didalam kelab malam itu. Macam-macam ragam, lelaki perempuan sama saja. Tidak fikir halal haram. Sudah seperti dirasuk syaitan. Pakaian yang menjolok mata sudah menjadi kebiasaa. Tiada lagi perasaan malu dan segan. Bersentuhan dan berpelukkan seperti sudah menjadi trend semasa. Tiada lagi salam bersalaman. Yang ada pelukan dan ciuman antara satu sama lain. Lelaki dan perempuan. Allahuakhbar. Bila diri dikuasai syaitan. Tiada lagi ketakutan pada yang Maha Besar. Andai nyawa dicabut disaat dan ketika sedang berseronok. Masihkah dapat mengucap kalimah Allah. Masihkah sempat bertaubat. Ajal maut tidak cepat dan tidak lambat walau seminit.

Asnida bangkit dari kerusi, mengambil handbag dan berjalan keluar. Melambaikan tangan kepada kawan-kawannya. Wajah berseri dengan senyuman. Gembira hatinya. Dia bernyanyi-nyanyi menghampiri keretanya. Enjin kereta dihidupkan. Hari ini dia seorang saja. Biasa bersama Elly. Tapi menurut Elly dia mahu bertaubat katanya. Nak tinggalkan semua kejahatan yang pernah dia lakukan. Nak mengambil hati Faliq. Hmm.. Berubah kerana mahu Faliq. Ada udang disebalik mee. Pandai akal mereka.

"Kan bagus kalau tikam je perut Aliaa. Biar cepat mati, habis cerita. Tapi tak apa, aku nak dia menderita sedikit demi sedikit. Selama mana dia boleh pertahankan Faliq. Ambil kau Aliaa. Jangan cabar aku. Nyawa kau dihujung jari akulah. Bila-bila masa aku boleh hapuskan kau.. Hahahaaa... " katanya sendiri. Wajahnya memang gembira. Gembira diatas penderitaan orang. Kejam. Sangat kejam. Dia memulakan pemanduan. Jam tepat 2.20pagi. Memang waktu dia pulang. Kehidupan bebas sebebasnya. Hingga orang tuanya pun tidak boleh berkata apa. Bukan budak kecil untuk di pukul. Sudah berusia kut, tapi masih tiada kesedaran. Ish!! Memang aneh perangai anak Encik Kamaruddin yang seorang ni. Ada saja halnya.

Sampai saja dirumah, Asnida masih lagi bernyanyi-nyanyi gembira. Pintu utama dikuak.  Asnida menuju ke dapur. Mengambil mug kaca di rak almari dan menuang air suam ke dalam mug. Diteguk air suam itu.

" Baru balik Angah?! Kenapa tak balik lepas subuh je.. " muncul Faliq di muka pintu dapur dengan berpakaian baju melayu dan berkopiah putih. Berkerut dahi memandang Asnida.

"Memang time ni kut Angah balik.. " jawabnya selamba. Terus duduk di kerusi.

" Tak salah kut balik awal. Daripada Angah pergi tempat macam tu lebih baik duduk rumah, berehat. Kan bagus tu Angah.." nasihat Faliq. Duduk di depan Asnida.

" Alang.. kawan-kawan Angah semua keluar malam. Malamlah dunia kami. Siang sibuk kerja. Stress kerja so, malam enjoylah.." Ada saja alasan Asnida.

" Tak salah nak enjoy tapi tengok tempatlah. Kenapa tempat syaitan tu juga Angah pergi. Dengan pakaian yang macam ni. Angah pun dah jadi serupa syaitan tau tak.." selamba Faluq cakap. Menyirap je Asnida.

" Sekurang-kurangnya Angah tak menyusahkan sesiapa.."

" Tak menyusahkan? Angah tahu ke hati mama tu macam mana? Angah rasa mama dapat tidur lena ke selagi Angah tak balik.. Fikir dengan otak lah Ngah bukan ikut hati keras tu.." Kata Faliq.

" Malaslah nak bertekak dengan Alang ni. Ada je problemnya.."

" Memanglah. Sebab apa yang Angah buat tu tak betul. Tanggungjawab Alang bagi nasihat dekat Angah. Tapi Angah ni. Sudah-sudahlah tu Ngah, lebih baik dekatkan diri dengan Allah. Bila-bila masa je nyawa kita dicabut Ngah.."

" Iyalah. Esok lah Angah taubat. Puashati..!!" 

" Angah.. Angah..!! " Faliq menggeleng kepala.

" Eh! Alang.. Angah nak bagitahu ni. Minggu ni, parents Elly nak datang dinner kat rumah, sekali nak jumpa Mama dan Papa. Jumpa Alang sekali tau.." jelas Asnida.

" Ha?? Jumpa Alang buat apa??" Terkejut Faliq dengar. 

" Laaa... Mama tak cakap ke? Hmm.. mama lupalah tu kut. Nak jumpa bakal menantulah.."
Asnida senyum.

" Jangan macam-macam ya Ngah. Alang tak tahu menahu pun. Jangan nak memandai atur hidup Alang.." kata Faliq. Tegas.

" Memandai apa pula. Angah tengok Alang dengan Elly okey je kut. Memang sepadan sangat. Elly tu pun memang suka Alang. Tak salah pun.."

" Tak salah Angah cakap. Angah, dengar sini. Hati Alang, diri Alang dan hidup Alang hanya untuk Aliaa. Untuk Aliaa je. Tak kan ada siapa boleh pisahkan kami kecuali Allah swt.." ujar Faliq lagi. Yaki.

" Hmm.. Aliaa.. Aliaa.. Aliaa.. Bosanlah Angah dengar. Nak dibandingkan Aliaa dan Elly jauh panggang dari api lah Alang. Elly anak orang kaya, anak Dato' pula tu, senang-senang je Alang dapat harta. Aliaa apa ada. Mak bapa pun dah mati..."

" Jaga sikit mulut Angah tu ye. Jangan nak kurang ajar cakap. Walaupun dia tak ada mak bapa tapi dia ada adab dan agama. Itu lebih baik dari harta dunia.."

" Hmm.. Sukahati Alang lah. Ingat!! Minggu ni kita ada tetamu penting. Angah dah janji dengan mereka, kalau Alang buat hal. Maknanya Alang sengaja malukan mama dan papa. Alang nak ke, buat mama dan papa malu.. Tak nak kann..!! So, jangan bantah.." Asnida mengugut.

"Kenapa Angah ni. Tak payah nak atur hidup Alang lah.." Faliq mula tak sedap hati.

" Demi kebaikan Alang.."

" Demi kebaikan Alang atau demi kepentingan  Angah.?"

" Dua-dua kut. Oh ya!! Dengar cerita Adil tak bagi Alang jumpa Aliaa lagi ek?! Baguslah tu.. Lagipun Aliaa tu memang tak layak untuk Alang pun.." Asnida senyum sinis.

" Macam mana Angah tahu?!" Berkerut dahi Faliq.

" Angah ni kan orang penting, semua orang kenal Angah, setiap pelusuk orang tahu siapa Ash. So,  mestilah tahu.." kata Aanida. Membangga. Tapi betul pun apa dia cakapkan.

" Okeylah. Angah dah penat, nak tidur dulu. Esok nak cari barang persiapan pertunangan Alang hujung bulan ni. Wah!! Mesti best dan meriah. Alang jangan risau ya, Angah support semuanya. Alang tak payah keluarkan sesen pun tau. Demi adik kesayangan Angah ni.. "

" Pertunangan? Apa semua ni Ngah?" Lagi sekali Faliq terkejut. Bagai mahu gugur jantungnya.

" Ya pertunangan antara Faliq Alfie dan Ellyza. Sweet kan.. okey!! Bye..."

" Ya Allah.. Apa semua ni?" Tak senang duduk Faliq jadinya. Makin stress dia. Kenapa tiba-tiba. Siapa yang setuju.

" Alang.. Aliaa okey ke?! Rasanya dia excident. Hidup mati tu tak tahulah. Tapi kalau mati, bagus juga kan..." Muncul Asnida semula. Sengaja.

" Astagfirullah Al Azim.. Angah.. Apa Angah cakap ni.." keras suara Faliq. Ya Allah..!! Aliaa excident?

" Byeeee!!!" Asnida gelak kecil dan terus berlalu.

" Betul ke Aliaa excident. Atau Angah sengaja buat cerita. Tapi macam mana Angah boleh tahu Aliaa excident? Dan macam mana Angah tahu Adil tak bagi aku jumpa Aliaa? Semua Angah tahu. Kalau Angah tahu Aliaa excident maknanya Angah tahu lah yang Aliaa di Terengganu sekarang? Tapi siapa yang info Angah? Yang tahu Aliaa ke Terengganu cuma aku dan Adil je. Ish!! Ada sesuatu ni. Aku kena cari semua tu. Mesti ada kaitan dengan Angah.." kata Faliq sendiri. Memikirkan sesuatu.

Aliaa.. Ya Allah.. Betul ke dia excident?cetus hatinya. Faliq terus naik ke bilik. Mencari handphone dan cuba menghubungi Aliaa. Alhamdulilah dapat tapi tidak berjawab. Dia cuba sekali lagi. Hatinya semakin berdebar-debar. Kencang seperti taufan. Dia menghubungi Naim pula. Mesti Naim tahu.

" Assalammualaikum broo... Sorry ganggu waktu macam ni.."

" Walaikumsalam.. Tak apa, aku faham. Aku dekat hospital ni.." kata Naim di talian.

" Ya Allah.. Apa yang berlaku bro. Aliaa macam mana? Dia okey tak?!" Faliq sangat risau.

" Aliaa masih dalam bilik rawatan. Lepas kejadian tu, Aliaa pengsan. Bawa ke hospital lah ni. Belum keluar lagi.."

" Kejadian apa bro.." Faliq betul-betul ingin tahu. Naim cerita semuanya. Faliq sangat terkejut. Patutlah Adil tak bagi Aliaa menghubunginya lagi. Baru Faliq tahu. Kalau Naim tak cerita, memang dia langsung tak tahu menahu.

" Apa-apa nanti tolong info aku ya. Aku mohon sangat. Lagi satu, tolong jangan info Adil atau Aliaa aku tanya kau pasal Aliaa ya. Tolong ya Naim.." pinta Faliq. 


" Baik.. Baik.. Jangan risau. Apa-apa news nanti aku info kau. Kau sabar banyak-banyak ya. Doakanlah untuk Aliaa. Aku simpati dengan korang.." kata Naim.

" Thanks bro..." Talian dimatikan.

Faliq duduk menekup muka. Macam mana dia boleh tak tahu semua ugutan tu. Sampai tahap mencederakan. Sesuatu yang melampau.

"Patutlah Aliaa cakap nyawanya terancam. Ya Allah.. Betapa beratnya kau kena tanggung semua ni Aliaa. Maafkan aku.. Aku tak tahu.."
Sedih hati Faliq. Terpaksa dipendam saja. Mahu menghubungi Aliaa, sudah tentu Aliaa tak akan jawab.

Apa yang perlu Faliq buat. Tekanan demi tekanan. Dengan apa yang Asnida cakapkan tadi. Dia masih berfikir. Dia dapat rasakan semua ini ada kaitan dengan Asnida. Tapi dia tak boleh menuduh saudara sendiri. Dia kena cari jawapan dan kena ada bukti yang kukuh. Mahu pecah kepalanya. Pertunangan? Bila masa dia cakap dia nak bertunang dengan Elly. Tak pernah terlintas langsung. Tapi kenapa Asnida buat semua ni. Kenapa Asnida nak atur hidup Faliq. Kerana dendam. Faliq terfikir sendiri. Fikirannya kembali pada Aliaa. Macam mana keadaan Aliaa sebenarnya. Dia jadi mangsa.

Sabarlah Aliaa... Kuatkan semangatmu.. Percayalah, Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Aku akan sentiasa bersamamu. Walau jarak dan jasad memisahkan kita tapi hati kita akan sentiasa dekat akan sentiasa bersama walau susah dan senang. Kerana kau.. Aku sayangi..



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku