Kerana Janji
Bab 82
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
96

Bacaan






Sejak kejadian malam tu, aku banyak berdiam je. Abang ambil aku dekat Terengganu dan terus bawa aku balik. Dia nak hantar aku balik kampung tapi aku tetap berkeras tak nak. Pagi ni abang nak balik JB, aku pula dah siap nak masuk office. Padahal hari ni aku cuti. Tapi buat apa duduk rumah, lebih baik aku kerja. Ada juga kawan-kawan borak, gelak tawa. Aku melangkah keluar rumah. Aku guna kereta abang lagi. Ikut jelah kemahuan abang. Nanti tak ikut kena marah lagi. Asyik nak marah je. Enjin kereta ku hidupkan kemudian ku masuk ke dalam rumah sekejab. Pergi dapur dan minum air suam. Aku kembali keluar. Abang tak keluar lagi. Aku buka pintu pagar. Dan terus ke kereta. Baru nak buka pintu kereta, abang panggil.

"Adik.. Nak pergi mana?" tanya abang.

" Kerjalah.." jawabku ringkas.

"Kan dapat cuti. Kenapa nak kerja? Rehatlah duduk rumah.." abang serius je.

" Adik dah sihat.." kataku yakin.

" Adik ni kan.."

" Abang.. Adik nak pergi kerja. Bukan nak pergi mana pun. Adik pergi dulu. Assalammuaalaikum." kataku tegas. Langsung tak senyum. Aku terus masuk dalam kereta. Aku tahu abang marah. Mesti dia ingat aku nak jumpa Faliq. Hmm.. Sukahati abanglah nak fikir apapun. Malas nak fikir. Aku memandu laju ke office. Stress..!! Memang stress..

Jam dah dekat 9.10pagi. Kalau ikutkan memang lewat dah tapi disebabkan aku sepatutnya cuti hari ni. Jadi, tak kisahlah. Masuk jelah office. Kalau tak ada kerja nak buat, boleh tolong yang lain. Dari aku duduk rumah, nanti kepala asyik fikir itu ini. Lagi buat sakit jiwa. Hari ni tak silap, Encik Zack masuk office. Paling-paling pun mesti meeting kenalkan diri. Encik berlagak yang tak ada perasaan, tak ada senyuman. Serius je muka. Lain sangat dengan Dato' dan Erisya. Yang sporting dan murah senyuman. Nasiblah. Aku harap aku tak berserempak atau tak jumpa dengan Faliq. Itu je. Aku tak nak. Aku tak sanggup nak berhadapan dengan dia. Biar tak jumpa langsung dari jumpa tiba-tiba. Mahu mengalir airmata.

Aku melangkah masuk ke office. Sunyi sepi. Dah agak dah. Mesti semua kat bilik meeting. Aku letak handbag dan ambil buku nota dan berjalan ke bilik meeting. Nak juga join, alang-alang dah sampai. Saja nak mengacau. Hehe..
Sampai depan pintu, aku ketuk pintu dan pulas tombol pintu. Dengan muka selamba aku masuk dan cari tempat kosong. Semua mata tertumpu padaku. Pelik je mereka tengok aku. Aku buat tak tahu je. Aku duduk di sebelah Nina. Senyum pada semua. Encik Zack berkerut pandang aku.

" Kenapa awak datang? Kan saya bagi awak cuti?" Tanyanya padaku.

" Bosan duduk rumah.." jawabku ringkas. Senyum.

" Kalau tak sihat, buat cara tak sihat.." perlinya. Menjeling padaku. Amboi berlagak gila.

" Sebab saya dah sihatlah saya masuk office.." aku membalas.

" Okey..!! Kalau ada apa-apa saya tak tanggung.."

" Iye Encik Zack. So, rasanya boleh teruskan meeting kut.." selamba ku jawab. Naim pandang aku. Aku kenyit mata. Lalu ku senyum. Meeting diteruskan. Banyak benar pantang larang Encik Zack ni, peraturan baru konon. Dah macam budak sekolah pula dah. Itu tak boleh ini tak boleh. Apa dia cakap aku tak tulis pun, aku cuma conteng-conteng buku je.

" Aliaa.. saya nak awak sediakan air teh tarik untuk saya setiap pagi, pastikan jam 9.00 pagi dah ada diatas meja saya. Susu dua sudu kecil dan 1 uncang teh lipton. Okey?!" Arahnya. Aku tercengang.

" Ha?? Kenapa saya? Tak naklah. Saya tak reti nak tarik-tarik teh bagai.." aku menjawab je. Dah memang tak reti kut, nak tarik pula tu. Ingat kedai mamak ke. Banyak songeh betul.

" Ikut arahan.." katanya tegas.

" Masalahnya saya tak. "

" Masalahnya sekarang ni saya boss atau awak boss??" Tepat pandang aku. Aku berkerut, bengang. Berlagak.

" Iya tahu. Encik Zack boss.!" Jawab aku.

" Ha! kalau tahu. Ikut je arahan. " Dia menjeling padaku. Aku membalas jelingannya. Naim memberi isyarat senyap padaku. Aku mencebikkan muka. Yang lain senyap je. Senyum simpul. Aku je kut yang berani cakap dan bantah dengan Encik berlagak ni. Mereka semua angguk je. Padahal aku tahu dari riak muka mereka ni, mereka kurang setuju sebenarnya. Tapi takut nak bersuara.


15 minit kemudian, meeting tamat. Aku masih duduk di kerusi. Membiarkan mereka semua keluar dulu. Aku mengekori Naim. Bernyanyi kecil dan terus masuk dalam bilik. Atas meja clear, tak ada kerja pula. Aku menyibukkan diri mengemas apa yang patut. Pintu bilikku diketuk dan muncul lah Naim. Baik pula dia hari ni, pandai ketuk pintu. Kalau tak, main terjah je.

" Oii beb..! kau berani betul lah."

" Berani kenapa?" Aku pelik dengan soalan Naim.

" Iyalah.. Kau selamba je lawan cakap Encik Zack tu. Macam kawan-kawan je. Kami ni kecut perut tau tak. Mula-mula masuk tadi, semua kena marah. Itu tak kena, ini tak kena. Sabar jelah.." jelas Naim.

" Patutlah semua senyap membisu je. Aku bukan lawan tapi cakap benda yang betul kut. Dah memang aku tak reti buat teh tarik, nak tariklah apalah. Kalau teh biasa bolehlah.."

" Hahaha.. Tukar jawatanlah kau Aliaa. Tukang tarik teh.. Hahaha..!!" Aku pun join gelak.

" Eh! Lupa pula. Encik Zack panggil kau tu. Pergi cepat, kang membebel macam tok nenek pula. Tak pasal-pasal kami kena pula kang.." kata Naim. Aku mengangguk je. Dan terus menuju ke bilik Encik Zack.

Pintu ku ketuk. Apabila mendengar suaranya memberi arahan masuk, barulah ku buka pintu dan masuk. Encik Zack fokus buat kerja. Berkerut sana sini mukanya. Macam busy sangat je. Padahal kerja dia aku gak yang kena settle kan. Tengoklah nanti. Poyo je, aku gelak dalam hati.

" Apa tercegat dekat situ. Nak jadi security ke? Duduklah.." Ceh!! Berlagak.

" Dah Encik Zack cakap, ikut arahan. So,saya tunggu arahan Encik lah ni.." aku ni pun menjawab je. Dia pandang aku macam nak makan. Aku selamba je. Dan terus duduk di hadapannya. Aku diam, tunggu arahan dia.

" Papa bagitahu, awak dah lama kerja sini.."

" Nak kata lama ke, hmm.. kira lama jugalah. Dari budak sale je kut. Kenapa?!" Tanyaku balik.

" Jadi, semua kerja Erisya, awak yang buat?"

" Ish!! Taklah, kerja Cik Erisya dialah yang buat. Saya bantu mana yang dan jelah. Saya pun banyak kerja.." jawabku jujur.

" Kenapa taknak jadi P.A saya?!" Tanyanya lagi. Tegas. Senyum seinci pun tak. Kedekut senyum betul.

" Taknak lah saya. Saya jadi stress nanti, Encik senyum pun tak. Kedekut senyum. Saya suka jawatan saya sekarang ni pun.." jujur aku cakap. Tak ada selindung-selindung.

" Kedekut senyum? Saya kan boss.." Bangga gila.

" Apa kalau jawatan Boss tu tak boleh senyum dengan staff. Dato' okey je kut.."

" Itu Dato', ini saya. Tak sama. Saya tak suka kerja yang main-main, tak fokus, buat kerja sambil lewa, asal boleh siap je. Kalau saya tahu ada staff yang macam tu, jangan mengeluh kalau saya marah. Faham?!" Amboi..

" Tapi kan.. Kalau buat kerja terlalu fokus, senyum, bergurau, gelak pun tak boleh. Lama-lama boleh jadi gila. Nak ke masuk paper, staff Dato' Hamid gila sebab teerrrrlalu fokus kerja?!"

" Awak ni memang pot.. pet.. pot.. pet ek?!"

" Laa.. orang cakap benda betul kut. Hmm.. Sebenarnya Encik Boss panggil saya ni untuk apa?" Aku tanya dia.

" Disebabkan saya belum dapat P.A, saya nak awak jadi P.A sementara saya.." katanya.

" Kan saya cakap saya taknak..."

" Ini arahan. Jangan bantah!!" Katanya. Aku berkerut sejuta.

" Iyelah Encik Boss. Berapa lama nak kena jadi P.A sementara ni. Jangan lama-lama.." kataku lemah.

" Sampai saya dapat P.A yang layak untuk saya.."

" Habis kalau tak dapat yang layak?!"

" Awak lah jadi P.A saya.." Terbeliak mata aku. Yak kuasa aku.

" Taknak.. Taknak.. Taknak..!! Saya jadi P.A Encik Boss selama dua minggu je. Lepas dua minggu saya nak jawatan saya balik. Okey?!"

" Aik!! Saya pula kena terima arahan awak. Siapa boss dekat sini?!" Rasa tercabar lah tu. Saja je nak kenakan dia.

" Memanglah Encik Boss yang Boss. Tapi saya taknak jadi P.A bagai..." aku merungut.

" Sukahati awaklah Aliaa.." Hehehe.. Aku sengeh pada dia. Mengalah juga akhirnya.

" Ingat ya Encik Boss. Dua minggu je. Tak lebih. Okeylah. Kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu ya.." Aku senyum dan terus bangun. Aku menuju ke pintu.  Encik Zack hanya mengangguk.

" Encik Boss.. Cik Erisya ada bagitahu saya. Dia cakap masa Encik Boss duduk dekat oversea sana, Encik Boss model sambilan kan. Hmm.. Setahu saya, kalau model mesti sentiasa senyum tapi saya peliklah. Encik Boss ni sebenarnya model apa ek, ada ke model yang tak reti senyum. Cuba Encik Boss senyum sikit, sejuk sikit hati staff semua.. Okey!! Byeee!!" Aku terus tutup pintu. Sebelum dia marah lebih baik aku lariiii... Aku gelak kecil. Harap-harap dia fahamlah maksud aku. Bila kerja dengan boss yang macam tu, boleh jadi stress tau. Tak mesra pekerja. Tak seronoklah kan..

Aku duduk. Apa nak buat ni.  Hmm.. Aku keluarkan handphone dari dalam handbag. Missed call. Abanglah siapa lagi. Whatsapp pun dari abang juga.

" Abang nak balik JB dah ni. Jaga diri baik-baik. Ingat ya, jangan sekali pun contact Faliq atau jangan sekalipun jawab. Call abang segera kalau berlaku apa-apa. Jika Asnida ada beri apa-apa surat, jangan buang. Simpan untuk jadikan bukti. Ingat pesan abang. Jaga diri baik-baik.. bye.."

Iyalah abang. Aku letak semula handphone. Harap lepas ni Asnida tak ganggu aku lagi. Aku nak hidup macam biasa. Taknak dalam ketakutan. Aku dah buat apa yang dia nak. Aku dah tak contact Faliq lagi. Aku harap Faliq pun tak muncul lagi. Tapi boleh ke? Sedangkan kami kerja satu bangunan. Mesti akan terserempak juga nanti. Satu je cara untuk tak terserempak dengan Faliq. Pindah rumah lain dan tukar kerja lain. Oh tidak!! Aku sayang kerja ni. Sangat sayang. Tak mungkin akan tukar lain.
Buat apa lari dari masalah. Mana-mana pergi tetap akan diuji juga. Sabar lah Aliaa...



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku