Kerana Janji
Bab 84
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
103

Bacaan






Puan Asmah masuk ke dalam bilik Faliq. Entah kenapa tergerak hatinya mahu melihat bilik anak bujangnya. Rindu pula rasa hatinya pada Faliq. Hampir seminggu juga Faliq tidak balik rumah itu. Mahu menyendiri katanya. Simpati pada nasib anak kesayangannya itu. Bahagia hanya sebentar. Tidak pernah dia lihat Faliq seperti itu. Tidak terurus, dan jadi pendiam hanya fikir kerja 24jam. Sengaja mahu sibukkan diri agar tidak fikir mengenai Aliaa. Kerana ugutan pada Aliaa anak lelakinya menderita. Sama seperti Aliaa. Kasihan mereka terpaksa berpisah. Puan Asmah sumpah seranah si pengugut itu. Kalau dapat tahu siapa yang punya angkara, memang mahu saja ditampar-tampar mukanya. Kerana dia, anaknya menderita macam  ini. Kejam punya manusia.

Melangkah saja ke dalam bilik Faliq, Puan Asmah terus memetik suis lampu di tepi pintu. Perasaan sayu dan hiba menyelinap dalam hati. Terharu dan sedih sangat. Diatas meja tulis Faliq penuh dengan potret lukisan Aliaa. Gambar-gambar Aliaa. Puan Asmah mendekati meja tulis dan duduk dikerusi. Beberapa keping gambar diambilnya. Dilihat satu persatu. Gambar kandid Aliaa, gambar dia bersama Aliaa. Ceria dan happy saja. Jelas kelihatan kebahagiaan terpancar di wajah dua insan bercinta ini. Tapi kini, hanya dengan kesedihan dan airmata. Puan Asmah dapat merasai kesedihan itu. Disebalik gambar- gambar itu, terselit sehelai kertas putih. Bertulis tangan. Puan Asmah mengambil dan membaca. Kemas sahaja tulisannya, luahan dari hati Faliq.

" Aliaa Sofea.. Hadirmu tanpa diduga. Pertama kali melihatmu, hatiku mula bergetar. Ada sesuatu yang menarik perhatianku. Senyumanmu, jelingan mata galakmu, keceriaanmu. Kerana senyuman itu, tidak lena tidurku. Kerana jelingan itu, tidak tenang hatiku. Kerana keceriaan itu yang sentiasa buatku angau. Sukarnya mendekatimu. Kau mawar yang berduri, indah dipandang tapi durimu tajam menikam.

Disebalik kegaranganmu, terselit kelembutan hati dan sanubari. Disebalik kedegilanmu, terselit kemanjaan. Kau buat hidupku ceria, kau buat hidupku bahagia, kau buat jiwaku tenang apabila bersamamu. Kau segalanya dalam hidupku. Kau segalanya!!.

Tanpamu aku rebah. Tanpaku aku lelah. Tanpamu tiada makna hidupku. Tanpamu aku mati. Tiada insan lain yang boleh menggantikan tempatmu didalam hatiku. Hanya kau seorang Aliaa.. Hanya kau..!!

Aliaa Sofea.. Aku sayang kau. Aku cinta kau. Kasih sayang dan cintaku hanya untukmu seorang. Kaulah teman mesraku, kaulah teman sehati sejiwaku dan kaulah teman sehidup sematiku. Akanku pimpin kau menuju ke syurga. Kaulah bidadari syurgaku. Kaulah cinta istikharahku. Kaulah nyawaku. Kaulah segalanya.

Aliaa Sofea.. Jangan tinggalkan aku..!! "

Menitis airmata Puan Asmah. Betapa kuatnya kasih sayang Faliq pada Aliaa. Sungguh Aliaa banyak memberi keceriaan dalam hidup Faliq. Dia juga turut merasai perubahan Faliq semenjak bersama Aliaa. Sentiasa ceria, sentiasa tersenyum, sentiasa bersemangat tapi kini keceriaan itu hilang, senyuman itu sudah tawar, semangat itu sudah runtuh. Tiada lagi gelak tawa. Tiada lagi cerita gurau sendanya lagi. Puan Asmah meletakkan semula kertas itu diatas meja. Lalu meninggalkan bilik Faliq. Ibu mana yang tak sedih melihat perubahan anak kandungnya. Kebahagiaan hanya sebentar. Tidak putus doa seorang ibu pada anak, sentiasa mendoakan agar kebahagiaan milik Faliq dan Aliaa. Semoga si kejam akan dapat balasan. Semoga semua ini akan dapat jawpaannya. Hanya mohon pada Allah. Allah Maha Mengetahui segalanya.

Puan Asmah menuju ke ruang tamu. Melihat Encik Kamaruddin sedang leka membaca surat khabar. Awal dia balik hari ni. Teko berisi kopi panas dan sepiring kuih bingka tepung diatas meja. Masih panas lagi. Puan Asmah duduk di sebelah Encik Kamaruddin dengan wajah yang sedih.

" Kenapa termenung? " tanya Encik Kamaruddin pada isterinya.

" Saya risaulah bang tengok keadaan Alang. Sedih sangat..." luah Puan Asmah. Encik Kamaruddin meletakkan surat khabar di tepi. Lalu menghirup kopi panas.

" Biarkan dia dulu, nanti dia okey lah tu.." kata Encik Kamaruddin.


 " Nak biarkan macam mana lagi bang. Dah tak terurus dah saya tengok, duduk sorang-sorang kat sana. Saya risau kalau dia buat sesuatu yang tak elok.." terpancar kerisauan diwajah tua itu. Berkerut seribu. Encik Kamaruddin memandang isterinya dan senyum.


" Alang tak kan buat sesuatu yang tak elok. Saya yakin..."

" Tapi keadaan dia... "

" Iya saya tahu. Insha Allah.. Alang tak akan buat sesuatu yang tak elok. Biarkan dia dulu. Dia memang kena menyendiri, biar dia cari diri dia, saya tahu dalam dia menyendiri dia sebenarnya berfikir. Kecuali kalau dia memang tak boleh nak tanggung, mesti dia akan cari kita meluahkan. Sekarang ni biarkan dia dulu.." kata Encik Kamaruddin. Puan Asmah mengangguk tanda faham. Encik Kamaruddin senyum. Dia yakin anak lelakinya itu kuat semangat. Cuma biasalah, kalau putus cinta memang akan down tapi sekejab je tu.

" Assalammualaikum.. " tiba-tiba muncul Faliq dengan wajah yang sugul. Senyum tawar. Encik Kamaruddin dan Puan Asmah jawab salam serentak, memandang ke arah Faliq. Faliq bersalaman dengan papa dan mamanya. Duduk sebentar merehatkan badan.

" Alang sihat? Kenapa susut badan ni? Mama baru cerita dengan papa pasal Alang.. Kenapa tak balik, mama rindu Alang.." Faliq senyum. Menyandarkan badan di sofa.

" Sihat ma. Alang baru balik Johor, outstation lima hari. Maaf ma, tak bagitahu mama dan papa.." Faliq mencium tangan mamanya.

" Laa iyeke. Tak apalah. Ni Alang balik pun mama dah bersyukur sangat.."

" Mama ni risau sangat dengan Alang. Tak tenang hatinya. Asyik tanya Alang je.." Encik Kamaruddin pula bersuara. Faliq senyum saja. Dia faham hati mamanya. Lagi-lagi dalam keadaannya begini.

" Alang minta maaf ma, pa.. Alang naik atas dulu ya. Nak mandi.." Mereka mengangguk. Faliq terus naik ke biliknya. Puan Asmah mengeluh kecil. Sedih melihat Faliq.

" Sabarlah. Semuanya akan berakhir juga nanti. Hmm.. Jadi ke kawan Angah tu datang lusa?" Tanya Encik Kamaruddin.

" Entahlah. Jadilah kut. Angah ni pun satu, buat keputusan tanpa bincang dengan kita. Suka-suka je nak atur hidup orang.. " keluh Puan Asmah.

" Nak tak nak, kita kena layan juga tetamu. Angah dah jemput, tak kan nak halau pula kan.. Tak apalah, nanti kita bincang baik-baik dengan dia. Saya pun geram sebenarnya tapi nak buat macam mana. Dah janji.. "

" Pening saya dengan sikap Angah tu bang. Tak habis-habis buat hal. Sedih saya. Ni pasal kes ugut-ugut Aliaa ni mesti ada kaitan dengan dia agaknya. Hati saya kuat bang.."

" Iyalah.. Macam mana Aliaa? Masih kena ugut lagi ke? Kenapa dia tak nak buat report?"

" Tak pasti pula saya. Alang pun tak cerita apa-apa lagi.."

" Kasihan sebenarnya mereka ni.. Kita sebagai orang tua cuma boleh bagi nasihat dan doakan je yang terbaik. Simpati saya dengan Aliaa tu sebenarnya termasuk anak kita juga. Sabar banyak-banyak. Ada hikmah semua ni. Kadang, Allah sengaja pisahkan mereka, beri ujian untuk mereka supaya mereka bergantung sepenuhnya pada Allah bukan pada manusia. Mana tahu Allah nak satukan mereka hingga kekal ke syurga. Perancangan Allah itu terbaik.." nasihat Encik Kamaruddin.

"Nanti awak nasihatkanlah Alang. Risau saya tengok dia macam tu. Tak sampai hati.."

" Hati siapalah yang tak risau. Nantilah saya cakap dekat dia.." Kata Encik Kamaruddin. Tahu sangat dia, isterinya itu tak senang duduk bila tengok keadaan anak kesayangannya. Satu-satu anak lelaki. Bila si anak patah hati, isterinya juga yang tak tenang. Seperti dia pula yang patah hati. Senyum Encik Kamaruddin melihat Puan Asmah. Kerisauan jelas diwajahnya.

"Hai Mama... " Muncul pula Asnida dengan agak kelam-kabut. Terus duduk di sofa.

" Cepat balik?! " tanya Encik Kamaruddin. Perli.

" Angah nak keluar lagi ni. Ada hal. Nak beli barang pertunangan Alang. Alang mana ma.." selamba je dia cakap.

" Pertunangan? Bila masa pula Alang nak bertunang? " Terkejut Encik Kamaruddin dengar.

" Laa papa ni. Kan Angah dah cakap, hujung minggu ni parents Elly nak datang, nak tetapkan tarikh pertunangan Alang dan Elly. Papa lupa ke?!" Terang Asnida. Puan Asmah hanya berdiam.

"Papa tak lupa apa yang Angah cakap. Angah cuma cakap parents kawan Angah nak datang. Itu saja. Angah jangan nak buat hal ya.." Menyirap darah Encik Kamaruddin.

" Buat hal apa pula papa. Dah mereka nak datang, tetapkan jelah tarikh. Kan senang.." kata Asnida. Muka selamba tak ada perasaan bersalah.

" Ya Allah... Senangnya Angah cakap. Habis kami ni sebagai apa? Suka-suka buat keputusan sendiri macam tak ada mak bapa.." keras nada suara Encik Kamaruddin.

" Papa .. Angah nak mudahkan kerja papa dan mama. Papa dan mama tak payah fikir semua ni. Papa dan mama relax je ye. Biar Angah uruskan semua. Yang papa dan mama tahu, dapat menantu anak Dato'. Ha.. kan best kan..!!"

" Astagfirullah Al Azim.. Angah, kenapa tak serik-serik lagi ni. Kenapa nak atur hidup Alang. Biarlah dia atur hidup dia sendiri, cari kebahagiaan dia sendiri.." ujarnya lagi.

" Kebahagiaan apa pa. Papa tengok sendiri, bahagia ke Alang tu sekarang? Kecewa, patah hati semua. Belum lagi nikah dengan Aliaa. Kalau dah nikah kang, tak tahulah apa lagi Aliaa akan buat. Pa.. Alang tak akan bahagia lah dengan Aliaa. Angah berani potong jari lah..."

"Alang kecewa dan jadi macam tu sebab Angah. Aliaa putuskan hubungan mereka sebab Angah.  Betul kan...?!" Puan Asmah bersuara yang sejak tadi hanya berdiam. Tepat dia pandang wajah Asnida. Asnida buat biasa. Tapi dalam hati berdebar-debar bila mamanya menyatakan hal itu. Seperti mengetahui.

" Ish!! Apa mama merepek ni. Dahlah, lama-lama Angah duduk sini, makin sakit hati pula. Aliaa.. Aliaa.. Aliaa.. bosan..!!" Asnida bangkit dan ambil handbagnya.

" Dengar sini Angah. Jangan suka- suka buat keputusan sendiri. Papa tak akan benarkan Angah memandai-mandai atur pertunangan Alang. Atur hidup Alang. Tak akan ada pertunangan. Ingat ni.. Jangan sampai papa buat sesuatu.." Encik Kamaruddin memberi peringatan pada Asnida. Asnida dengan muka bosan.

" Hmm.. Tunggu jelah malam lusa.. Angah naik dulu.. Dah lambat dah.." Sikit pun tak rasa bersalah. Encik Kamaruddin dan Puan Asmah berpandangan sesama mereka.

Kecil hati Encik Kamaruddin dan Puan Asmah dengan sikap Asnida. Sungguh berani Asnida lakukan sedemikian. Langsung tak fikir buruk baiknya, langsung tak fikir hati dan perasaan kedua orang tuanya. Langsung tak fikir perasaan adiknya. Yang dia tahu, kepuasan hatinya sendiri. Orang sekeliling sikit pun dia tak peduli.

Bersabarlah nak.. Bahagiamu akan menjadi milikmu juga suatu hri nanti. Papa dan mama akan sentiasa doakan terbaik untuk Alang dan Aliaa... cetus hati Puan Asmah.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku