Kerana Janji
Bab 85
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
102

Bacaan






Sejak Faliq balik petang tadi, sampai selepas isyak langsung dia tidak turun. Semakin risau Puan Asmah. Kalau tidak, muka dia dululah yang duduk depan meja menunggu untuk makan malam bersama. Hati ibu mana yang tidak bimbang. Perlahan-lahan Puan Asmah mendaki anak-anak tangga menuju ke bilik Faliq. Sampai di depan pintu, diketuk perlahan pintu. Tiada jawapan. Lalu, dia cuba memulas tombol pintu yang tidak berkunci. Lega hati. Pintu dikuak perlahan-lahan, dia tersenyum melihat Faliq sedang mengaji. Diperhatikan sahaja anak kesayangannya itu. Sayu hatinya. Setelah habis mengaji, Faliq menoleh ke arah Puan Asmah dan senyum lalu meletakkan Al Quran di dalam almari.

" Masuk lah ma..." jemput Faliq. Kain sejadah dilipat rapi dan diletak di rak kain bersama kopiah putihnya. Puan Asmah duduk di tepi katil. Diikuti Faliq.

" Kenapa tak turun makan?!" Tanya Puan Asmah lembut.

" Tak lapar lagi.." jawabnya ringkas.

" Janganlah macam ni. Mama risau sangat tengok keadaan Alang macam ni. Makan tak, balik tak, ni entah mandi entah tidak ni.."

" Hahaha.. mandilah ma.." Faliq gelak.

" Gelak pula dia. Alang.. Apapun terjadi, Alang kena kuat, kena hadapi benda ni. Alang pernah cakapkan, Alang tak kan putus asa. Alang akan cari jalan untuk selesaikan semua ni. Habis kalau Alang patah semangat macam ni. Macam mana nak selesaikan.."

"Hmm.. Entahlah ma. Rasa macam.. macam memang dah tak ada jodoh. Macam dah tak ada jalan dah. Sebab.. Alang call Adil, dia tak jawab. Call Aliaa pun tak jawab. Alang nak jumpa dia pun, dia lari. Tak tahu nak buat macam mana lagi ma.. Buntu ma.. Ya Allah!!" Faliq menekup muka.

" Jangan cepat mengalah. Sabar.. Banyakkan berdoa, Alang yakin dengan kuasa doa kan. Kalau sebelum ni Alang tak pernah putus asa untuk tawan hati Aliaa, macam-macam Alang buat untuk Aliaa, Alang tak putus berdoa siang malam minta Allah bukakan hati Aliaa untuk terima Alang. Alhamdulilah, doa Alang dimakbulkan. Tapi kenapa dengan dugaan ini Alang cepat mengalah? Kenapa cepat patah hati. Alang tahu kan, Alang dan Aliaa mangsa keadaan, teraniaya. Doa orang teraniaya kan makbul, kenapa tak terus berdoa pada Allah? Kenapa cepat sangat putus asa? "

Nasihat demi nasihat dari Puan Asmah. Faliq hanya menunduk. Dia sendiri pun tak tahu kenapa cepat sangat mengalah sedangkan sebelum ini dialah yang pantang mengalah. Lagi-lagi sebab Aliaa. Tapi kini, entahlah.

" Mama tahu anak mama ni kuat, kuat semangat, kuat bekerja, kuat kasih sayang, kuat menyakat, kuat berdoa. Kuatlah kerana Allah. Walau rebah kerana manusia tapi bangkit semula kerana Allah. Apapun yang Alang buat, sayang macam mana pun Alang pada Aliaa, yakin macam mana sekalipun, bergantunglah pada Allah sepenuhnya. Serah segalanya pada Allah. Ini semua ketentuan Allah.." Faliq membisu. Memang betul semua apa yang Puan Asmah cakapkan. Dia malu pada diri sendiri, dia malu pada Maha Pencipta. Terlalu mudah jatuh kerana manusia, tapi payah untuk bangkit kerana Allah. Ya Allah.. ampunkan aku, katanya dalam hati.

Faliq memejam mata, rasa sangat berdosa. Tangan Puan Asmah diambil dan digenggamnya erat. Mencium tangan tua itu.

" Maafkan Alang ma. Alang terlalu ikut perasaan sampai lupa semua ni..."

"Kita manusia.. tak sempurna, ada masa kita lalai, ada masa kita lemah. Iman turun naik. Banyak-banyak istiqomah. Jangan lupa Allah. Apapun terjadi pasti ada hikmah. Allah bagi kita mendung, hujan, kilat, petir tapi sebenarnya ada pelangi di hadapan, ada cahaya yang cerah menanti kita. Selagi kita sabar dan sabar.." Puan Asmah senyum. Memberi semangat pada Faliq. Tidak sanggup melihat Faliq terus begini. Murung dan tidak ceria.

" Insha Allah ma.. Terima kasih ma. Hanya mama je yang faham hati perasaan Alang. Alang sayang mama.." Faliq memeluk mamanya penuh kasih sayang.

" Bukan mama je. Papa pun faham perasaan Alang. Aliaa pun faham tapi dia tak boleh buat apa-apa sebab takut. Betul kan.."

" Iya ma.. Naim dah cerita semua dekat Alang. Kalau Naim tak cerita Alang memang tak tahu. Aliaa memang langsung taknak cakap apa-apa.." jelas Faliq.


" Aliaa takut Adil marah, Adil pula risau keselamatan Aliaa. Mereka dalam dilema. Tapi mama rasa kalau Adil ada dekat KL ni, dia tak kan buat keputusan macam ni. Sebab dia jauh dari Aliaa, Aliaa sorang. Siapa yang tak risau kalau adik diancam macam tu.."

" Betul juga... Ma, jujur Alang cakap ma, Alang tak boleh tanpa Aliaa ma, rasa nyawa ni macam dihujung tanduk je. Alang sayang dia ma. Seminggu tak tengok dia, tak tahu khabar berita semua. Rasa macam.. ish!! Tak tahu nak cakap macam mana." Luah Faliq.

" Iya mama faham. Kalau tak, tak adanya jadi macam ni anak mama ni.. Sabarlah ye. Percayalah Alang, kebahagiaan akan jadi milik Alang suatu hari nanti. Selagi mama bernyawa selagi tu tak akan putus doa mama untuk anak-anak mama.." Lembut suara Puan Asmah. Faliq sangat terharu. Dipeluk erat tubuh mamanya. Kasih sayang seorang ibu pada anak tak berbelah bagi. Kasih sayang yang tak akan dapat pada mana-mana orang. Kasih sayang yang terlalu mahal. Kasih sayang seorang ibu tak akan ada gantinya di dunia. Syukur..

" Mama turun dulu ye. Ni Alang tak nak makan ke.. "

" Alang masih kenyang. Nanti kalau lapar Alang makan.."

" Jangan tak makan pula. Dah kurus dah ni.."

" Iya mama.." Faliq gelak kecil. Puan Asmah terus melangkah keluar dari bilik Faliq. Pintu ditutupnya rapat. Faliq senyum sendiri. Dia mendapat satu semangat baru dari nasihat mamanya sebentar tadi. Dia tak boleh mengalah. Dia kena bangkit dari kejatuhan.

Handphone dicapai. Merebahkan badan di katil. Dia membuka aplikasi whatsapp. Menghantar whatsapp pada teman sehati sejiwa. Sama ada Aliaa mahu layan atau tidak itu belakang kira. Yang penting dia nak luahkan rasa rindunya.

" Assalammualaikum..
Awak apa khabar Aliaa?
Saya rindu awak. Saya happy dapat jumpa awak petang tadi walaupun sekejab. Lama tak tengok wajah garang awak, terubat sikit rindu. Saya tahu, awak pun rindu saya kan.." Dan sent.

Faliq senyum sendiri. Teringat saat-saat mula kenal Aliaa. Tercuit hatinya. Kenangan menerjah di kelopak mata. Saat itu yang membahagiakan.

Tittt.. whatsapp masuk. Cepat- cepat dia baca. Betapa happy nya hati, Aliaa membalas whatsapp. Senyum lebar dia.

" Waalaikumsalam..
Saya sihat. Saya minta maaf Faliq.
Tolonglah jangan hubungi saya lagi.
Saya mohon, saya merayu.. "

Senyumannya terus hilang. Aliaa masih tetap berkeras. Dia mengeluh sendiri.

" Aliaa.. Saya sayang awak Aliaa.
 Sampai bila harus begini.
Saya tahu awak masih sayang saya juga kan..?!"

" Kita terpaksa korbankan kasih sayang kita Faliq. Tiada pilihan. Awak sendiri pun tahu kan kenapa?  Cukuplah segalanya. Saya tak nak terus dibuai rasa ketakutan macam ni. Pergilah awak jauh dari hidup saya.. Jangan contact saya lagi. Tolong jangan info abang kita whatsapp. Selamat malam.."

Allahuakhbar.. Peritnya hati. Peritnya jiwa. Menanggung rindu tak berkesudahan. Sabarlah. Hanya itu yang mampu dikatakan. Dia meletakkan handphone diatas meja. Mahu turun makan, terasa lapar pula.

Dia menuruni anak-anak tangga. Dari atas kedengaran suara Asnida. Apalah yang happy sangat. Faliq berhenti, apabila terdengar namanya di sebut-sebut oleh Asnida. Hatinya tak sedap.

" Ni semua Angah dah belikan untuk Alang. Cantik tak ma?! Angah akan pastikan majlis pertunangan Alang dan Elly akan meriah sangat. Wah!! Bestnya... Tak sabar Angah.." seronok Asnida.

" Mama tak yakin Alang akan setuju dengan semua ni. Angah buat keputusan tanpa pengetahuan dia.."

" Alaaa.. Alang kan tengah frush putus cinta kan. Mesti dia setuju punya. Lagipun bukan Alang tak kenal Elly. Angah tahu apa Angah nak buat.." katanya yakin.

" Hormatilah Alang. Jangan buat dia macam ni. Mama tak setuju.."

" Tunang dengan anak Dato'  kut. Mama ni.. Semua orang nak, tak kanlah Alang tak nak.."

" Siapa yang nak bertunang dengan Elly? Ada Alang cakap Alang setuju ke? Jangan nak cari pasal ya Angah.." Menyirap hati Faliq. Turun naik nafasnya menahan marah. Tepat memandang Asnida.

" Angah dah cakap dengan Alang kan. Angah dah janji dengan keluarga Elly,  nak tak nak Alang kena setuju juga.." Asnida melawan.

"Apa hak Angah nak atur hidup Alang. Jangan nak menyibuk atur hidup orang kalau hidup sendiri pun kucar-kacir.." Faliq memang tak dapat nak kawal kemarahan.

" Jangan nak biadap ya Alang. Angah buat semua ni demi kebahagiaan Alang.."

" Kebahagiaan apa? Jangan buat Alang macam mana Angah pernah buat dekat Adil dulu. Sampai sekarang berdendam atas kesalahan sendiri. Dan sekarang ni Angah rosakkan hubungan Alang dan Aliaa pula..."

" Apa Alang cakap ni? Jangan nak menuduh pula tanpa bukti. Kalau Aliaa dah tak nak Alang, terima jelah. Tak payah nak tuduh Angah pula.. " Asnida buat muka selamba. Berlakon.

" Nak bukti? Okey.. Alang akan tunjukkan bukti depan Mama dan Papa nanti. Selama ni Alang berdiam je sebab fikir Angah tapi perbuatan Angah ni dah melampau. Dengar sini baik-baik.  Apapun terjadi, hati Alang tetap pada Aliaa. Tak kan ada yang boleh pisahkan kami kecuali Allah swt. Walaupun  kami berpisah kerana perbuatan Angah tapi hati kami tetap bersama. Kasih sayang dan cinta Alang hanya untuk Aliaa Sofea. Bukan hak Angah untuk pisahkan kami.." Berkerut dahi Asnida. Sakit hatinya.

" Jangan terlalu rasa bahagia diatas penderitaan orang lain. Walaupun Aliaa dan Adil tak pernah buka mulut cerita semua ni tapi jangan ingat Alang tak tahu apa yang Angah dah buat.  Lepas ni kalau Angah ganggu lagi hidup Aliaa dan Adil, Alang sendiri yang akan heret Angah ke balai. Biar meringkuk dalam penjara.. Ingat ni.. Ingat..!!!" Sambung Faliq. Marah.

Asnida terkedu. Tersentak seketika. Tidak berkelip mata memandang Faliq. Faliq juga membalas pandangan tajam api kemarahan. Puan Asmah hanya berdiam melihat pertengkaran itu. Dia memang sangat tak setuju dengan perbuatan Asnida.

" Hmm.. sukahatilah. Buang masa je cakap dengan Alang. Lebih baik naik atas mandi. Keluar lagi baik. Apapun, malam lusa jangan lupa... okey byee..!!!" Terus saja Asnida meninggalkan Faliq dan Puan Asmah. Langsung tak ada kesedaran. Marah macam mana pun sama saja. Tetap berkeras. Faliq dan Puan Asmah berpandangan.

Faliq menarik nafas panjang. Melepaskan semula segala yang tersimpan. Dia sengaja mahu perangkap Asnida dengan kata-katanya tadi. Mahu melihat reaksi Asnida. Dari riak muka Asnida ada sedikit terkejut tapi dia boleh kawal . Buat-buat tak tahu menahu. Licik betul lakonan Asnida. Kalau jadi artis memang boleh dapat banyak award. Asnida oh Asnida.. Betapa kejamnya hati kau... 


Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku