Kerana Janji
Bab 86
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
97

Bacaan






Encik Zack menghulurkan buku nota aku semula, appointment untuk hari ni sudah ku khabarkan awal. Letih sebenarnya jadi P.A sementara ni, semua nak kena ingatkan, semua nak kena pastikan tepat. Salah sikit je nanti kena bebel. Mengalahkan tok nenek. Ada lagi beberapa hari je lagi nak bebas dari jawatan yang memeningkan kepala aku ni. Taubat dan serik tak nak lagi jadi P.A sementara ke selamanya ke. Memang tak nak. Bagilah berapa banyak gaji pun, tak apa. Terima kasih banyak-banyak. Bagilah dekat orang lain je. Huh!!

" Encik Boss.. Ni saya nak ingatkan ni. Tinggal tiga hari je lagi tau saya jadi P.A sementara Encik Boss. Dah dapat P.A kekal ke tak?!" Tanyaku ingin tahu.

" Belum... " jawabnya.

" Ha?! Encik Boss jangan nak mengada ye. Encik Boss dah janji kut.." terbeliak mata aku.

" Awak jelah terus jadi P.A saya. Bukan susah pun.." Encik Zack mengangkat muka ke arah aku. Ditutup fail dan meletakkan pen diatas meja. Bersandar di kerusi, memandang aku.

" Kan saya dah cakap saya tak nak. Encik Boss jangan jadi munafik pula ye.." selamba aku cakap. Geram pula.

" Sedapnya mulut awak cakap saya munafik.." berkerut sejuta dahinya.

" Iyalah.. Dah janji lepas tu mungkiri. Munafiklah tu. Tak betul ke?! " aku menjeling padanya.

" Hmm.. Awak tahu tak Aliaa, banyak-banyak staff saya, semua takut dengan saya tau. Kalau saya cakap hitam, hitamlah. Tapi awak ni, boleh tahan mulut tu kan.." katanya.

" Buat apa saya nak takut. Bukan saya buat salah pun. Ah!! Tak kisahlah takut ke tak ke. Yang penting lagi tiga hari je ye saya P.A sementara Encik Boss. Lepas tu, perkhidmatan P.A automatik ditamatkan..!!" Encik Zack senyum tapi senyum sikit je. Tamak senyuman.

" Aliaa.. Aliaa.. Sukahati awaklah. Sekejab lagi ikut saya, saya nak makan.." pintanya.

" Baru je breakfast kut. Nak makan pula, belum waktu lunch pun.."

" Eeee dia ni kan, banyak bunyi. Ikut jelah.."

" Okey lah.. okey lah.." Aku mengambil fail diatas mejanya. Nak kena semak semula. Ada salah sikit aku buat. Aduhai.. Dulu masa dengan Cik Erisya. Salah sikit je dia yang betulkan. Encik Zack ni, salah buat betulkan sendiri. Hmm..

" Apa yang kecoh-kecoh dekat luar tu?!" Kami berpandangan sesama. Aku mengangkat bahu. Pelik. Pintu bilik Encik Zack diketuk. Naim muncul dengan muka yang stress.

" Maaf Encik Zack.. Ada orang nak jumpa Aliaa.." kata Naim.

" Nak jumpa aku? Siapa?! " aku berkerut. Naim menggeleng kepala. Aku terus minta izin keluar.
Aku nampak seorang wanita tidak bertudung berdiri di tepi bilikku. Aku menghampiri. Belum sempat aku menegur dia menoleh kearahku dengan wajah yang bengis. Aku senyum . Sampai ke sini dia cari aku. Apa lagi dia nak. Tak cukup call, whatsapp. Aku mempersilakannya masuk ke bilik. Tak nak lah sampai Encik Zack dengar. Kemudian aku jemputnya duduk. Tapi dia taknak.

" Ada apa datang cari saya ni?! Apa lagi yang awak tak puas hati?!" Tanyaku lembut je. Malas nak gaduh.

" Memang aku tak puas hati selagi kau tak mati Aliaa. Pandai kau kan. Mengadu dekat Faliq, kau memang tak takut mati kan.. " aku pelik. Tak faham maksud dia.

" Mengadu? Mengadu apa pula. Saya dengan dia dah lama tak contact lah." kataku jujur.

" Jangan nak menipu akulah Aliaa. Kau ingat aku budak-budak ke kau nak tipu.."

" Hmm.. Sukahati awaklah."

" Ni aku datang, nak bagitahu kau. Minggu depan Faliq akan bertunang dengan Elly. Segala persiapan dah selesai. So, aku harap lepas ni kau tak payahlah nak tagih simpati adik aku. Sebab dia pun dah bahagia. Kau tu cuma menyusahkan hidup aku je.." selamba je dia cakap. Dia yang menyusahkan hidup aku adalah.

" Bahagialah saaangat. Faliq tu hanya akan bahagia dengan saya je tau. Sebab dia sayang saya dan saya pun sayang dia. Tak ada siapa boleh pisahkan kami, walaupun makcik macam awak ni.." kataku berani.

" Jangan cabar aku Aliaa.." merah mukanya menahan marah. Memang aku sengaja cakap macam tu. Padan muka.

" Saya tak takut dengan semua ugutan awak, nyawa saya ditangan Allah bukan ditangan awak.." sambungku lagi.

" Kau memang cari pasal.." mata tajam pandang aku. Aku lawan mata dengannya.

" Tak.. saya tak cari pasal. Saya cakap benda yang betul. Untuk apa saya takut dengan syaitan bertopengkan manusia ni. Punyai hati yang kejam, sanggup buat orang lain menderita kerana nafsu. Sanggup buat adik kandung sendiri menderita kerana dendam.." aku senyum sinis padanya. Aku pandang tepat ke dalam anak matanya tanpa berkelip.

" Kurang ajar...!!" Cepat saja tangannya mahu menampar muka aku, tapi dia silap. Aku lebih pantas menangkap tangannya. Aku pegang legannya sekuat mungkin. Geram, sakit hati , semua ada.

" Apa awak nak buat pada saya lepas ni? Nak bunuh saya? Nak langgar saya lagi? Silakan makcik.. Saya tak takut. Sudah-sudahlah buat kerja jahat tu. Kubur tu bila-bila masa je tunggu awak.." kataku lembut. Ku lepaskan tangannya. Senyum sinis padanya. Cuak juga lah muka dia.

" Berlagak kau kan Aliaa... Okey!! Kau tunggu Aliaa.. Tunggu..!! Kau jangan menyesal..." Asnida terus keluar. Aku hanya senyum je. Menggeleng kepala. Aku dah malas nak jadi takut, untuk apa aku takut dengan dia. Untuk apa aku lari sedangkan dia tetap ganggu aku tetap ugut aku. Walaupun aku dah tak contact Faliq. Dia tak akan puas hati, bila aku dah mati baru dia akan puas. Itu yang dia cakap. Terpulanglah. Aku malas nak fikir. Aku berdiam tak bermakna aku takut, ni baru sikit aku bersuara. Nak tengok aku bersuara tanpa berhenti. Tunggulah masanya. Bernanah telinga kau nanti. Hey lah makcik...

Aku pun pelik, dia datang sini semata-mata nak bagitahu pertunangan Faliq dengan Elly. Sengaja mahu menyakiti hatiku. Aku tak percaya semua ini. Tak mungkin Faliq akan bertunang dengan si gedik itu. Sedangkan Faliq sendiri pun kurang selesa dengan si gedik tu. Ish!! Tak mungkinlah. Tapi gambar-gambar mereka sebelum ni. Gambar berdua. Setakat gambar je kut. Aku mula tak sedap hati. Kalau benarlah mereka nak bertunang. Maknanya Faliq tipu aku. Faliq tak jujur dengan aku. Faliq sekadar janji kosong. Ya Allah..!! Aku tak nak fikir bukan-bukan. Aku tak nak bersangka buruk. Aku sayang Faliq, Faliq sayang aku. Tak mungkin dia akan sakiti hati aku. Tak mungkin..!!

Hmm.. Aku mengeluh sendiri. Aku memulakan kerja. Nak kena siapkan dan nak kena tunjuk dekat Encik Zack. Aku kena fokus dengan kerja. Masalah itu biarlah dulu, habis waktu kerja baru sambung fikir. Tapi nak fikir pun buat apa, buat sakit jiwa je. Tapi kalau tak fikir, dan kalau betul Faliq nak bertunang dengan si sotong tu. Macam mana??!!

"Arrhhh!!! Relax Aliaa.. Cool Aliaa.. Tarik nafas, lepaskan perlahan-lahan. Pejam mata , buka mata. Positif okey. Nanti selesai kerja. Call atau jumpa je terus Faliq. Tanya dia sendiri. Dengar penjelasan dia. Jangan percaya cakap makcik meroyan tu. Dia sengaja sakiti hati kau tu. Relax okey..!!"kataku sendiri. Menyedapkan hati sendiri.

Aku terus fokus pada fail yang ku bawa dari bilik Encik Zack tadi. Salah sikit je kut. Aku perbetulkan dan siap. Kerja mudah . Aku sengeh. Ingat banyaklah yang salah. Pandai pula Encik Zack ni kenakan aku.

" Aliaa.. Aliaa... " Tiba-tiba Naim terus terjah masuk bilik aku. Terkejut aku. Muka cuak semacam je. Terus dia duduk.

" Apasal kau ni?!" Tanyaku pelik. Huru-hara betul.

" Siapa perempuan tadi tu? Sombong gila, datang cari kau lepas tu nak marah-marah.." tanya Naim.

" Makcik meroyan.." jawabku.

" Ha?! Apa meroyan?! Aku serius ni nak tahu, siapa tu?!" Tanya Naim lagi.

" Dia kakak Faliq.."

" Ha?! Kakak Faliq?! Hey! Kau.. Biar betul. Tak kanlah kakak dia macam tu. Dia baik kut.."Naim terkejut. Tak sangka apa yang dia lihat tadi.

" Yang baik tu Faliq.."

" Maksud kau, kakak dia tak baiklah .." teka Naim.

" Entah.. "

" Beb.. Kau ni ada sembunyikan sesuatu dari aku kan. Lebih baik kau cerita.." Dah agak dah. Naim memang nak tahu cerita juga.

" Hmm.. Bukan tak baik tapi keras hati je.."

" Keras hati? Apa yang kau nak cakap ni. Tak fahamlah.."

" Dahlah. Aku malas nak ceritalah. Tunggulah aku free kang baru cerita. Lagipun aku taknak buka aib dialah. Sorry beb.." jelasku.

" Hmm.. Iyalah. Tak apa, aku faham.. " Naim mencebik. Kalau aku cakap aku malas, fahamlah dia tu. Tak lama kemudian, Naim keluar.


Itu je dia nak tanya. Sabar jelah. Aku menyusun fail dan letak ditepi meja. Baru jam 11.00pagi. Kenapa aku rasa lambat pula jam bergerak hari ni. Aku ambil handphone, konon nak call Faliq. Tapi muncul pula Encik Zack ni. Kacau lah dia ni. Baru nak feeling.

" Jom ikut saya.." Aku mengangguk. Aku tak bawa handbag, malas. Aku bawa handphone dan bawa perut je. Hehe.. Hari ni hari malas akulah kut, semua malas. Nasiblah. Tak setiap hari kut rajin, kalau datang mood malas. Memang malaslah, jangan paksa memang akan malas juga.

" Encik Boss nak makan dekat mana ni?!" Tanyaku.

" Tempat biasa..."

" Eeee taknak lah. Bosanlah. Bukan sedap pun makan dekat situ. Hmm.. kita makan dekat cafe bawah jelah ek. Encik Boss pun tak pernah makan kat cafe tu kan.." cadangku.

" Taknak.."

" Jomlah. Makanan kat cafe tu lagi sedap dari makan dekat hotel tu. Sedap, murah, bersih. Jom lah.. " pujukku. Aku tahu, Encik Zack ni jaga standard,mana nak makan dekat cafe-cafe macam tu. Level dia hotel.

" Saya cakap saya taknak, saya taknak.." Dia menekan butang liff. Serius.

" Alaa jom lah. Saya berani jamin. Mesti sedap punya. Jom lah.. kali ni je. Lepas ni tak payah dah.. pleaseeee!!!" Aku masih usaha memujuk Encik Zack. Apa salahnya sesekali lepak cafe. Layanlah staff sikit.

" Hey Aliaa.. Aliaa.. awak ni kan. Hmm.. okeylah.. okeylah.. tapi kali ni je okey?!" Akhirnya.. Hahaha..

" Yess!! Okey Bosss!! Roger and out.." aku sengeh.

" Disebabkan awak nak saya makan dekat cafe. So, awak kena belanja saya makan ya. Okey?!" Pula dah. Aku dah lah tak bawa wallet ni. Sesen pun tak bawa ni. Kami terus masuk dalam cafe. Duduk di tengah-tengah. Tak ramai orang pun.

" Saya mana bawa duit, saya bawa handphone je ni. Macam mana nak belanja.." Aku garu kepala yang tak gatal. Dia buat muka selamba je.

" Pandai-pandai awak lah.." Terus je dia bangun ambil makanan. Aku mengekori.

" Encik Boss bayar dulu, nanti kat office saya ganti balik. Okey tak?!! Hehe.." Dia berkerut. Aku terus berlalu. Aku cuma ambil seketul kuih keria keledek, bingka tepung dan kuih lapis dan juga air oren. Nak makan nasi tapi perut masih kenyang lagi. Aku duduk di meja. Lambat betul Encik Zack ni ambil makanan. Mesti rambang mata tengok lauk pauk banyak.

" Aik!! Makan tu je ke.." Aku mengangguk. Boleh tahan juga Encik Zack ni makan, banyak tu. Boleh untuk dua orang makan. Aku diam je, kang aku tegur. Hilang selera dia pula.

"Boleh tahan sedap.."

" Kan saya dah cakap. Encik Boss tak percaya.." Aku sengeh. Berselera benar dia makan. Aku menyedut air oren. Nyaman rasa tekak. Sedang melayan kuih ni. Aku perasan ada mata yang memerhatikan aku dari luar cafe. Dia curi-curi pandang. Seperti kenal. Dia menyorok di balik pokok bunga.

Faliq.. Dia perhatikan aku sejak tadi. Entah apalah yang dia fikir. Dan tak tahulah, sama ada dia tahu Encik Zack ni majikan aku atau tak. Kalau tahu baguslah, kalau tak tahu mesti dia fikir lain. Aku nak jumpa Faliq juga nanti. Nak tanya mengenai pertunangannya itu. Tak apalah, nanti je. Sekarang ni, waktu kerja. Depan aku ni pun Encik Zack. Kalau aku tinggalkan dia dan jumpa Faliq. Apa pula dia cakap nanti. Tak apa Aliaa.. Sabar..!! 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku