Kerana Janji
Bab 87
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
101

Bacaan






Pintu kereta ditutup sekuat hati. Dengan perasaan marah yang teramat sangat, dia melangkah laju masuk ke dalam butik. Wajahnya tak ubah seperti singa kelaparan. Turun naik nafasnya menahan marah. Sumpah seranah dalam hati. Macam-macam dibebelkannya sendiri. Padanlah muka. Siapa suruh datang office orang, nak menyerang saja tahu. Sendiri yang cari pasal sendiri yang sakit hati. Sudahnya, segala mood hilang dek kerana marah Aliaa. Berbisa juga lah telinganya tadi. Handbag di campakkannya diatas meja. Lalu duduk dikerusi kayu jati mewah itu.

Elly yang sibuk menggantung baju-baju pengantin di rak berkerut melihat Asnida. Kemudian, jalan perlahan menghampiri Asnida.

" You ni dah kenapa? Muka dah macam hantu je i tengok...." tegur Elly.

" Siapa lagi yang buat i marah kalau tak Aliaa. Sakit hati betul lah dengan budak tu. Kalau ikutkan hati i ni, memang i nak cekik-cekik dia sampai mati tahu tak! Biar mati dekat tangan i.." luah Asnida dengan gayanya.

" Apa dia dah buat dekat you?!" Elly bertanya.

" I pergi office dia. I cakaplah Faliq  nak bertunang dengan you. You tahu apa dia jawab.."

" Ha? Apa dia jawab? Tak sabar i nak tahu ni.." Excited pula Elly.

"  Faliq tu hanya akan bahagia dengan saya je tau. Sebab dia sayang saya dan saya pun sayang dia. Tak ada siapa boleh pisahkan kami, walaupun makcik macam awak..  Eee, dia cakap i makcik, kurang ajar betul.." Asnida mengajukkan semula gaya Aliaa. Punyalah sakit hati dia.

" Ish.. ish.. ish..!! Dia cakap you makcik??  Tak patut.  Tak patut.." Elly menggeleng kepala. Mengampu lah tu apa lagi.

"Tau tak apa. I punyalah bergaya macam ni dia cakap i makcik. Geram betul..!! Tu satu hal, lepas tu dia cakap i ni, syaitan bertopengkan manusia.. Biadab betul. Tu yang buat i terbakar sangat ni you.. kurang ajar..." Asnida sambung lagi.

" Apa??  Dia cakap you syaitan?? Hahahahaa. Itu i setuju.. Hahahaa.." Punyalah kuat Elly gelak. Makin menyirap hati Asnida.

" Oii.. You nak cari pasal dengan i?"

" Hahaha.. Tapi memang betul kut. Perangai you ni syaitan pun kalah.. Hahaahaa.." sambung lagi gelak.

" Dah lebih dah ni. Kang i cancel pertunangan you dengan Faliq baru padan muka. Nak?!"

" Eh.. eh!! Okey sorry.. sorry..!! Mana ada you syaitan, dia tu yang syaitan kan. Kakak ipar i ni kan glamour, cantik, retis pun kalah. Memang kurang ajar dia tu. Patut you tampar je muka dia tau.. hmm..!!"

" Memang i nak tampar muka dia sampai berkecai tapi you tengok lengan i ni.." Asnida tunjuk lengannya yang dipegang kuat oleh Aliaa tadi pada Elly.

" Oh my good..!! Apasal lebam ni? Aliaa juga ke yang buat??" Terkejut lah konon si Elly ni. Padahal lebam sikit je kut. Pandai betul dia berlakon.

" Ha laa.. Sikit je lagi tapak tangan i ni nak kena muka dia, boleh pula dia tangkap tangan i ni. Dipegang dicengkamnya kuat, sampai lebam ni ha.. Memang kurang ajar betul.."

" Fuh!! Hebat-hebat. I rasa dia ada taekwando kut you. Tak pasal-pasal you kena smack down dengan dia nanti. Patah hancur tulang you nanti. You tak takut ke. Risau juga i ni.."

" Apa ke sengal you ni. Aduhhh!! Setakat smack down dia tu, sikit pun i tak takutlah. Ini Ash lah. Tak ada istilah takut.. " Asnida membangga.

" Ceh!! Tak takut konon. Baru dicakap syaitan dah mengamuk. Tangan lebam sikit je pun dah mengeluh.. Poyo je...!" Elly perli dengan muka mencebik pada Asnida.

" Hellooo.. I hormat tau, sebab dekat office dia. Kalau dekat luar, dah lama dah dia kena dengan i.."

" Hahahaa.. Bila masa pula you pandai hormat-hormat orang bagai ni.. You ni kan buat lawaklah. Sakit perut i gelak..." Elly sambung gelak.

" Ada juga orang yang masuk ICU ni kang." Asnida menjeling tajam pada Elly. Elly masih lagi gelak.

" Dahlah you. Dari i layan you lebih baik i siapkan kerja i. You duduklah cari idea macam mana nak lawan Aliaa tu nanti ye, hahahaa..." perli Elly terus bangun dan meninggalkan Asnida sendiri.

Mata Asnida melirik tajam pada Elly. Hari ni dia kena bahan dengan kawannya sendiri. Geram hatinya bertambah geram. Makin  membara perasaan amarahnya. Dia memandang setiap sudut butiknya. Kemas dan teratur.

Sengal-sengal Elly pun, pandai menguruskan butik. Mudah tugasnya. Tersenyum dia sendiri. Nanti bila Elly dah jadi adik iparnya, bertuahlah dia. Boleh menumpang kemewahan Elly. Boleh tahan Elly ni, anak kesayangan , minta apa saja semua dapat. Kalau tak kerja pun tak hairan. Parents tanggung. Bertuahlah Faliq. Bertuahlah dia juga. Saat itu yang ditunggu-tunggu. Materialistik.

Dia dapat idea. Kali ini dia harap, plan akan berjaya. Tanpa berlengah dia terus mengeluarkan handphone. Menghubungi seseorang.

" Kau dekat mana? " tanyanya.

" Aku dekat Penang. Kenapa? Ada job ke?!"

" Sebab adalah aku call..."

" Okey.. Good!! Apa job?!"

" Macam biasa tapi kali ni buat lebih teruk lagi. Boleh?!" Arah Asnida.

" Budak yang sama?!"

" Yup.. "

" Tapi bukan sekarang. Aku balik minggu depan."

" Apasal lama sangat. Apa kau buat dekat Penang.."

" Aku pun ada family. Bercutilah dengan family.."

" Gangster macam kau pun fikir family ke.." perli Asnida.

" Apa kau ingat, gangster tak ada perasaan family ke..?!" Balasnya.

" Hmm.. Jangan lama sangat.."

" Relax lah.. Buat kerja perlahan-lahan hasil terbaik. Yang penting bayaran.."

" Iya tahu.."

" Jangan tahu cakap je. Yang hari tu pun masih tertunggak lagi.." katanya.

" Nanti aku bayarlah sekali. Tak banyak pun.."

" Tak banyak pun, duit derr.. Kerja bukan mudah.."

" Okey.. Buat kerja dulu, settle je aku bayar semua. Okey?!"

" Macam tulah.. Aku balik aku info.. Bye!!"

Talian terus dimatikan. Senyum. Satu part dah selesai. Tinggal tunggu masa saja. Tak sabar dia nak tunggu hasilnya. Tak sabar nak tengok penderitaan Aliaa seterusnya. Kali ini dia akan lakukan yang lebih teruk lagi. Apa plan dia seterusnya, hanya dia saja yang tahu. Selagi tak tengok Aliaa terlentang kaku selagi itu dia tak puas hati. Dasyat betul dendam Asnida ni.

Kemudian dia menghubungi Adil pula. Beberapa kali dia call, tapi tidak berjawab. Dia cuba lagi dan lagi. Ish!! Mana pula ni. Berdengus sendiri. Dia call lagi. Selagi tak dijawab, selagi tu dia akan call dan call. Tak fikir, orang tu tengah sibuk kerja. Bukan sepertinya kerja sambil lewa. Tiap bukan ambil untung butik. Boss lah katakan.

" Assalammualaikum.." suara Adil dihujung talian. Lembut saja.

" Iya Adil. Apa khabar, sihat??!" Salam Adil tak dijawabnya.

" Yup.. Kenapa lagi call ni. Saya tengah busy sekarang." Tanya Adil.

" Macam tu ke you ajar adik you. Dengan mulut yang kurang ajar. Hebat sungguh you ni ajar adik you kan.." perli Asnida.

" Apa lagi yang dia dah buat? Dan apa lagi awak nak? Dia dah tak contact Faliq kut.."

" You tahu ke dia tak contact Faliq? You nampak? Hey Adil.. Tolong nasihatkan adik you tu baik-baik, jangan sedap mulut je cakap. You tunggulah akibat yang akan terjadi lepas ni. Jangan menyesal ye Adil. Sebab i dah warning you awal-awal.. Ok bye..!!!" Senyum sinis. Puas hati dia. Mesti Adil dalam kerisauan sekarang. Mesti dia tak senang duduk.  Padan muka. Jangan bermain dengan api, buruk padahnya, bisiknya di dalam hati. Hahaha.. dia gelak kuat. Gelak sendiri.

" Ash.. You ni dah gila ek?! Tadi marah gila-gila, ni tiba-tiba gelak pula macam pontianak. Apalah nasib i dapat bakal kakak ipar yang pelik ni.. Hmm.." perli Elly lagi.

" You kalau tak menyampuk dan menyibuk tak boleh ke?! Suka hati i lah nak marah ke, nak gelak ke. Ada ganggu hidup you ke..?!" Asnida menjeling tajam.

" Memang tak ganggu pun tapi you kan nak jadi kakak ipar i, taknak lah nanti family i cakap kakak ipar i ni gila. Tiba-tiba marah, tiba-tiba gelak..."

" Eee banyak bunyilah you ni kan.. Haa.. Ni untuk dinner malam esok macam mana? Siapa je yang datang.." tanya Asnida. Elly dengan gaya gediknya terus duduk di depan Asnida. Berseri senyuman. Excited.

" Yang datang mestilah i, papa dan mama. Pihak you dah pilih tarikh pertunangan tak atau pihak i yang nak pilih ni.."

" You ada cakap dekat parents you tak pasal pertunangan tu..?!" Tanya Asnida.

" Sebenarnya belum cakap lagi. Sebab you kata nanti dinner baru nak info dekat mereka kan. Nak buat surprise kan.."

" Baguslah kalau you tak cakap lagi.." 


"Kenapa you, lain macam je.." mendatar suara Elly.

" Iyalah.. memang i yang atur semua ni. Tapi i takut kalau Faliq tak setuju dengan pertunangan tu. Mestilah parents you akan tanya Faliq juga kan.." terang Asnida. Selamba.

" Tapi you kata Faliq on je.."

" Itu i kata, empunya badan tak tahulah. Hmm.. apa kata nanti you pergi office Faliq. You ambil hati dia. Ajak dia lunch ke, shopping ke.." cadang Asnida.

" Iya tak iya juga kan. Bagus idea you ni. Otak you memang bergeliga lah Ash. Sayang youuu..!!" Elly buat muka manja.

" Eleehhhh...!! Pasal Faliq baru cakap otak i bergeliga lah bagai. Tadi cakap i syaitan.. "

" Hehe.. Alaaa itu tadi. Lupakan lah ye.. Abaikan.. Apakata you jaga butik, i nak jumpa Faliq.." terus sahaja Elly bangun dan ambil handbagnya.

" Apasal i pula. I nak keluarlah.." jerit Asnida.

" Disebabkan you yang bagi cadangan. So, you tolong stay sini kejab ye... bubyeeee !!!" Elly terus melangkah keluar, meninggalkan Asnida yang masih terpinga-pinga.

" Bertuah betul lah.." Asnida geleng kepala.
Masih duduk. Masih berfikir. Dua perkara yang dia tak sabar mahu tunggu. Dinner esok dan minggu hadapan. Esok malam, mahu menyambut kedatangan tetamu yang dia tunggu-tunggu selama ini, dia mengharapkan sesuatu yang sangat menggembirakan hatinya dan hidupnya. Manakala minggu hadapan pula, tak sabar mahu menunggu keputusan dari "gangster" yang dia upah untuk hancurkan Aliaa. Itu yang paling dia tunggu-tunggu. Kalau boleh dia sendiri saja mahu lakukan semua penderitaan keatas Aliaa tapi tak nak Faliq tahu. Jadi, nak tak nak terpaksa upahkan orang. Sanggup berhabis duit untuk upah orang.
Hmm.. Bilalah nak bertaubat Asnida oh  Asnida..!!



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku