Kerana Janji
Bab 88
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
103

Bacaan






Tak sabar nak masuk office, letihnya rasa badan hari ni. Aircond kereta ni aku rasa macam bahang je. Ke hati aku yang tak sedap ni. Berdebar-debar pula ni. Ada benda yang nak berlaku kut. Aduhai.. minta dijauhkan lah. Encik Zack memandu dengan tenang sekali. Sepanjang perjalanan ke office , aku senyap je. Malas nak membebel. Hari ni kan hari malas aku. Cuaca hari ni pun redup je, tenang je rasa.  Sampai di lobi, Encik Zack berhentikan kereta.

" Saya tak masuk office ya, esok pagi je.." Encik Zack bersuara. Aku sengeh.

" Kenapa senyum? Sukalah tu saya tak masuk office?" Hahahaa... terus je aku gelak.

" Saya tak cakap ya. Okey Encik Boss terima kasih banyak-banyak. Kirim salam dekat Cik Erisya dan Dato' ya. Cakap dekat Cik Erisya saya rindu dia.." pesanku sebelum keluar dari kereta.

" Rindu Erisya je, dengan saya tak rindu?!"

" Eeee.. Tak kuasa saya. Okeylah.. bye..!!" Aku jeling padanya dan terus keluar. Fail hitam yang besar ni disuruhnya aku bawa ke office. Letak dalam biliknya. Fail penting katanya. Aku iyakan jelah. Setelah kereta dia berlalu, aku pun melangkah perlahan. Bernyanyi-nyanyi sendiri. Tiba-tiba aku ternampak Faliq berjalan  bersama seseorang. Langkahku terhenti di tengah-tengah lobi. Terpaku aku sebentar.

Faliq terkejut melihat aku berdiri memandang tepat kearahnya, tepat ke wajahnya. Iya, tak syak lagi. Elly bersamanya. Muka Faliq berubah. Nampak je aku, terus Elly pegang lengan Faliq.

" Eh!! Haiii Aliaa.. you dari mana? Lama tak nampak.. Kami nak pergi makan ni.. " gaya gediknya terserlah. Faliq diam membisu. Terkedu. Aku pandang Elly dan senyum tawar.

" Lepaslah.." Faliq terus menepis tangan Elly dengan kasar. Tak lama, muncul Nizam dari arah belakang.

" Alamak..!!" Aku nampak Nizam ketuk kepala.

" Aliaa.. Sebenarnya dia ni.." Faliq menghampiri aku. Aku hanya senyum je. Aku melirik pada Elly, tersenyum sinis dia pada aku. Aku malas nak dengar.

" Maafkan saya.. Saya ada kerja.."  Aku melangkah .

" Aliaa.. Kejab.. Dengar dulu apa saya nak cakap ni.." Aku terus je jalan laju. Faliq kejar aku. Memanggil nama aku. Aku tak peduli pun. Anak tangga ku daki satu persatu.

" Youuu.. nak pergi mana? Jomlah makan.." Aku dengar suara gedik itu. Naik rimas pula aku tengok gayanya.

" Nak dengar apa Faliq. Awak nak pergi makan kan. Pergilah.." aku terus berjalan menuju ke lift.

" Aliaa please.. Ini semua salah faham.." butang lift aku tekan.

" Salah faham apa? Dah nyata dan jelas kan.." Aduhai.. lambat lagi lift ni. Aku ambil keputusan naik tangga je. Keputusan yang pelik, tingkat 11 kut. Arhh!! Peduli. Waktu macam ni dah tak kira tinggi ke rendah ke. Yang penting aku tak nak berhadapan dengan Faliq. Lagi-lagi si gedik ni. Faliq masih mengekoriku.

" Nyata dan jelas apa? Tak.. Aliaa sekejab.. " Aku daki anak-anak tangga lagi. Tanganku ditarik oleh Faliq. Aku terhenti.

"Aduhaii... Penatlah. Faliq buat apa kejar perempuan ni. Jom lah makan. I dah penat ni nak makan..." membebel Elly.

" Kau diam boleh tak? Sebab kau lah ni..." kuat suara Faliq. Marah pada Elly. Tersentak juga aku. Tak pernah dengar dia marah macam tu.

" Aliaa.. Relax okey!! Dengar penjelasan saya dulu.." pujuk aku. Suara mendatar.

" Tak ada apa yang perlu dijelaskan. Awak nak bertunang dengan si gedik ni kan. Saya doakan awak bahagia hingga ke jinjang pelamin.." Aku senyum.

" Ha?! Bertunang? Siapa yang cakap. Ya Allah..!! Saya tak naklah bertunang dengan si gedik ni. Saya nak dengan awak je.." Aku terus naik tangga. Faliq tetap ikut aku dan Elly pula ikut Faliq. Tercugap-cungap dia.

" Dahlah Faliq. Pergilah. Saya taknak ganggu kebahagiaan awak. Pergilah.." Aku masuk pintu tingkat tiga, nak naik lift pula. Penat dah lutut naik tangga. Ku tekan butang lift.

" Aliaa.. Tolonglah jangan macam ni. Please Aliaa.. Saya sayang awak..." Aku menarik nafas dalam. Aku pandang wajahnya. Tepat anak mataku menusuk ke dalam anak matanya. Wajah dan mata yang amat aku rindui.

" Saya taknak jadi penyebab Faliq. Saya tahu awak sayang saya tapi awak nak bertunang."

" Ya Allah..!! Siapa cakap?! " Mati-matian Faliq nafikan.

" Aduh.. Penatnya. Kenapa laju sangat you all naik tangga.." Muncul Elly. Mengipas-ngipas mukanya. Kasut tumit tinggi dipegang. Dan, dia berkaki ayam. Kami menoleh padanya. Abaikan. Geram betul dengan minah ni.

" Dahlah Faliq. Tolong jangan ekori saya lagi. Tolong jangan ganggu hidup saya lagi. Tolong jangan cari saya lagi sampai bila-bila. Tolong jangan contact saya lagi. Tolong jangan dan jangan muncul lagi. Saya tak nak jumpa awak, saya tak nak ada apa-apa lagi dengan awak. Cukup semua.. " kataku tegas. Pintu lift terbuka. Cepat-cepat aku masuk dan tutup pintu lift.

" Aliaa... " Suaranya hilang. Aku memejam mata. Seperti mahu menangis. Sakitnya hati. Pagi tadi Asnida datang cari pasal. Petang ni si gedik dan Faliq pula menyakiti hati aku. Gerammmm.!!! Konon sayang aku tapi kenapa layan perempuan tu. Kenapa keluar dengan perempuan tu. Kalau betul tak nak bertunang tapi kenapa melayan. Lelaki semua sama je. Sayang.. sayang.. sayang tapi melayan yang lain. Apa makna semua ni. Ingat aku tak ada hati dan perasaan ke? Ingat aku tak jelous ke? Tak sakit hati ke? Eee.. Geramnyaa!!

Ting!! Pintu lift terbuka. Aku terus keluar dan jalan laju masuk office. Aku tak pandang kanan kiri, aku terus je menuju ke bilikku. Sampai di bilik. Aku terus meletakkan fail diatas meja dan duduk bersandar. Hmm.. aku mengeluh. Handphone aku berbunyi. Aku ambil dari dalam handbag. Nombor Faliq. Aku matikan. Dia call lagi dan aku matikan lagi. Malaslah. Sakit hati tahu tak!!

Aku mengambil fail tadi dan keluar menuju pula ke bilik Encik Zack. Meletakkan fail didalam biliknya. Aku keluar dan menuju pula ke dapur. Mengambil mug putih, membancuh air nescafe. Bau nescafe memang mendamaikan. Terapi rasanya. Sedap.. aku hirup perlahan. Nikmatnya. Aku bawa mug ke dalam bilik. Layan nescafe lagi baik. Sambil dengar lagu. Layan..

Tut..tutt..!!

Kacau betul lah. Baru nak layan nescafe. Ada pula orang call. Ni mesti Faliq. Malas nak jawab. Aku biarkan je handphone tu berbunyi. Tiga empat kali berbunyi. Aku tengok nombor dekat skrin. Alamak!! Salah orang dah. Bukan Faliq tapi abang. Aku gelak sendiri.

" Iya abang..!!"

" Adik dekat mana? Apasal tak jawab? Dah makan belum? Sihat ke tak?" Aku ketuk kepala. Aduhai abang ni.

" Banyaknya soalan abang ni. Mana satu adik nak jawab. Hahaaha.." aku gelak kuat.

" Gelak pula dia.. "

" Adik dekat office lah ni. Dah makan tadi dengan Encik Zack. Adik sihat.." jawabku satu persatu.

" Adik cakap apa dekat Asnida?" Tiba-tiba abang tanya.

" Cakap apa pula."

" Dia call abang, bagitahu adik ada cakap kurang ajar dekat dia. Adik cakap apa?" Abang tanya lagi.

" Dia call abang? Dia yang mengadu dekat abang lah ye selama ni, sebab tu abang marah adik kan.." aku tanya abang balik.

" Abang tanya adik.. Adik cakap apa dekat dia?" Tanya abang lagi. Tegas.

" Abang.. Dia datang office, buat kecoh. Dia bagitahu Faliq nak bertunang lepas tu ugut adik. Adik cakaplah dia syaitan. Syaitan bertopengkan manusia. Salah ke?!" Jujur ku cakap.

"Aduhaii... Yang adik cakap dia syaitan tu kenapa lah adik oiii.."

" Dah betul kut.."

" Tak payahlah cakap macam tu. Makin marah dia tahu tak. Kalau dia buat sesuatu dekat adik lagi macam mana? Adik tak takut ke? Tak fikir keselamatan adik ke?" Kata abang lembut.

" Abang.. adik dan Faliq dah tak contact lagi tau. Tapi dia tetap kacau, tetap ugut adik. Sama je kan. Ini semua permainan dialah abang. Adik dah tak takutlah dengan semua ugutan dia.." Aku betul-betul geram.

" Itu adik cakap. Tapi dia.. Tau kan dia macam mana?"

" Malaslah nak fikir. Hidup adik dalam ketakutan, buat semua kena hati-hati. Sampai bila?! Adik nak fight. Abang marah atau tak. Ini keputusan adik. Adik taknak berdiam lagi. Adik nak fight juga.." kataku lagi.

" Abang fikir keselamatan adik, abang jauh. Abang risau. Tolong dengar cakap abang. Kalau adik buat hal lagi. Abang tak ada pilihan. Abang akan jumpa Dato', dan bawa adik jauh dari KL. Ingat tu.. Jangan nak degil sangat. Faham?!!"

" Pedulikan apa Asnida cakap. Buat tak tahu je. Dan tolong jangan jumpa Faliq lagi. Jangan ingat abang tak tahu adik ada curi-curi call, whatsapp dan jumpa Faliq. Ni abang sendiri bagi adik warning. Ingat!! Kalau buat hal lagi sekali abang tak teragak-agak buat keputusan abang sendiri. Faham?!"  Aku terdiam. Abang kali ni betul-betul marah. Sampai aku curi-curi whatsapp Faliq pun dia boleh tahu. Aduhaii.. parah betul.

" Adik.. Dik..  Dengar ke tak ni?!" Panggil abang.

" Iya.. Dengar..." jawabku lemah.

" Ingat pesan abang. Ni last..!! "

"Iya..  Okeylah bang.. ada kerja ni. Assalammualaikum.." Aku terus mematikan talian. Padahal tak ada kerja pun. Makin stress pula aku.

Kenapa hari ni macam-macam berlaku. Sekali serentak pula tu. Aduhaiii... Tensionnya. Kalau boleh hari ni juga aku nak lari. Nak lari dari segala kekusutan dan lari dari segala yang menyakitkan ini. Aku nak pergi jauh dari semua orang yang aku kenal. Aku penat lah. Aku dah letih dengan semua ni. Kenapa semuanya berlaku. Apa salah aku. Abang pun sama je. Faliq pun sama juga. Semua orang sama je. Bosan.. bosan.. bosannn!!!  Bila semua ni nak habis. Bila nak tamat. Aduhaiii.. tak larat nak hadapi sebenarnya. Tapi siapalah aku. Aku hanya hamba yang lemah. Huwaaa!!!



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku