Kerana Janji
Bab 89
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
98

Bacaan






Banyak kali dia cuba menghubungi Aliaa tapi tak dapat. Aliaa tak nak jawab. Apa yang harus dia lakukan. Dia cuba untuk terangkan perkara sebenar tapi Aliaa tak nak dengar. Buntu dia. Aduhai Aliaa.. Tolonglah jawab, katanya perlahan. Dia terus jalan masuk ke office.

" Faliq...!!! tunggu lah. I penatlah.. " jerit Elly memanggil Faliq. Geramnya Faliq dengan Elly ni. Sudah disuruh balik tapi tetap mengekori Faliq. Pening dia dengan perempuan ni. Dibiarkannya sahaja. Sampai saja di office, Faliq terus masuk ke dalam biliknya. Elly masih mengekori Faliq. Terkedek-kedek dia berjalan. Elly menjadi tumpuan semua yang berada didalam office. Faliq masih cuba dan mencuba menghubungi Aliaa. Tak putus asa. Dia duduk di kerusi. Menekup muka dengan tapak tangan.

" Apa yang you kejar sangat dengan Aliaa tu. Sudah-sudah lah Faliq. Kita kan nak bertunang dah.." kata Elly yang membetul-betulkan rambutnya yang ikal mayang itu. Faliq memandang tepat ke arah wajah Elly. Berkerut dan muka serius. Tidak berkelip mata. Elly jadi serba tak kena.

"Kenapa you pandang i macam tu. Macam nak makan i je.." muka Elly cuak.

" Siapa yang cakap aku nak bertunang dengan kau?!" kata Faliq. Suara keras. Marah sangat.

" Ash dah atur semua kut. Majlis minggu depan kan.." Faliq menggeleng kepala. Geramnya.

" Kau pergi keluar sekarang..!" Faliq masih memandangnya tajam. Bengis.

" Tapi youuu..." Degil betul Elly ni.

" Aku cakap keluar. Tolong jangan ganggu hidup aku. Keluar sekarang..!!" Lembut nada suaranya tapi lembut dalam kemarahan. Faliq tak nak marah, kalau marah lain pula jadinya. Tapi Elly ni memang tak faham.

" Iyalah.. I balik sekarang. Jumpa you malam esok ya. Jangan lupa tau, parents i tak sabar nak jumpa bakal menantu.. byee Faliq.. Muah!!" Memang tak tahu malu. Menyirap je darah Faliq melihat kegedikkan Elly. Mengucap panjang dia.

Faliq cuba lagi menghubungi Aliaa. Tapi hampa. Sedih dia. Nak saja pergi office Aliaa dan jumpa Aliaa. Tapi hmm.. Entahlah. Tidak lama kemudian, Nizam masuk ke biliknya.

" Encik Faliq okey?!" Tanya Nizam terus duduk di hadapan Faliq.

" Aduhai.. Tak tahulah okey ke tak okey ni. Serabut kepala. Saya call Aliaa dari tadi, dia tak jawab pun.. "mengadu.

" Tengah sibuk kut. Nanti saya tanya isteri saya.." Nizam terus keluarkan handphone. Menghantar whatsapp pada Mira bertanya akan Aliaa.

" Macam mana saya boleh tak perasan Aliaa tadi. Si gedik tu pun satu hal. Boleh pula dia datang sini. Geram betul lah.." keluh Faliq.

" Itulah pasal. Tapi selamat kita dah habis makan. Rasanya kalaulah kita masih makan dan  gedik tu datang. Kebetulan nampak pula Cik Aliaa, lagi parah kut.." kata Nizam.

" Tapi kalau Aliaa nampak awak sekali dengan saya tadi. Okey lagi kut. Sebab dia nampak saya dengan gedik tulah dia marah. Boleh pula gedik tu pegang saya. Ya Allah.. berani betul dia.. ish!!" Luah Faliq.

" Nak buat macam mana Encik, perut saya memulas pula. Tapi saya rasalah, Elly tu memang sengaja buat macam tu. Sampai dia ikut Encik dan Cik Aliaa tadi. Teruk betul perangai dia.." Nizam gelak kecil. Lawak pun ada tengok perangai Elly tu.

" Tahu tak apa. Padahal saya dah suruh dia balik tu. Sakit jiwalah dengan gedik tu.." Faliq menarik nafas keluhan.

" Cik Aliaa baru balik kata isteri saya." kata Nizam.

" Baru balik?! Okey.. Okey..!!  Saya nak kejar dia. Dapat jelaskan hal sebenarnya pun jadilah. Saya tak nak dia fikir lain. Doakan saya ya Zam. Saya terus balik ya, tolong settlekan bilik saya ya.." Semangat Faliq.

"Okey Encik. Good luck!!"

" Thank you broo..!!" Nizam hanya mengangguk dan senyum. Dengan kelam-kabut, Faliq terus keluar. Nizam menggeleng kepala. Simpati dia dengan nasib Faliq dan Aliaa. Kasihan. Dua-dua jadi mangsa keadaan. Mira dah cerita semua dekat Nizam permasalahan antara Faliq dan Aliaa.

Faliq berlari anak menuju ke parkir kereta. Mencari-cari kereta Aliaa. Alamak !! Terlambat sudah. Keretanya dah tak ada. Dia menyapu muka dengan tangan. Aduhaiii... keluh lagi. Dia terus ke keretanya. Tak ada pilihan. Balik rumah saja. Balik rumahnya sendiri. Tak ada mood mahu balik rumah mamanya. 


Malas mahu menghadap Asnida. Dia tahu, semua ini mesti plan Asnida sebab sebelum ni tak pernah Elly nak datang office dia. Dia yakin sangat , ini semua kerja Asnida. Dari dia balik dalam keadaan stress lebih baik dia redakan dulu hati sendiri. Takut bila menghadap Asnida nanti, mahu ada yang kena penampar pula. Tak apa, dia kena bersabar dulu. Esok saja baru dia balik tapi kena maklumkan pada mamanya. Takut mamanya akan risau lagi. Dia lantas menghubungi Puan Asmah.

" Assalammualaikum Ma... Ma buat apa?!"

" Waalaikumsalam. Macam biasalah Alang, tengah buat kuih ni.." suara lembut Puan Asmah.

" Ma.. Alang tak balik malam ni. Alang balik rumah Alang ya.."

" Laa iyeke. Ma buat kuih kesukaan Alang ni.."

" Minta maaf ma. Alang tak boleh balik ma. Alang malas nak menghadap Angah. Nanti lain pula jadinya.."

" Dah kenapa pula?!"

" Angah buat hal lagi Ma.. Kalau ikutkan hati Alang ni, nak bagi penampar je dekat Angah. Sakit hati betul lah. Tu yang tak nak balik malam ni. Tunggu reda dulu lah ma.." mengadu.

" Allahuakhbar.. Hmm, Sabar lah Alang.. Esok malam Alang ada kan.. Papa minta Alang balik,  tetamu datangkan.. Kita layan macam biasa je ye.."

" Baiklah ma..  pandailah Alang esok.. okeylah ma, Alang tengah drive ni.. "

" Iyalah.. hati-hati ya..  Assalammualaikum.."

" Insha Allah.. Waalaikumsalam.."

Faliq terus memandu laju. Fikirannya dan hatinya masih pada Aliaa. Macam mana dia nak jelaskan pada Aliaa jika Aliaa lari darinya, tak jawab panggilan. Mahu pecah kepala Faliq fikir.

" Lebih baik aku terus pergi rumah Aliaa. Aku kena juga jelaskan padanya. Kacau betul lah Elly , punca-punca..!! " nekadnya. Kereta terus dipandu laju. Dengan seribu harapan agar Aliaa mahu dengar penjelasannya.

Sampai sahaja di hadapan rumah Aliaa. Pintu pagar masih berkunci, kereta pun tiada. Belum balik lagi. Faliq mengeluh kecil. Jam ditangan dilihatnya.

" Tak kan tak sampai lagi. Mungkin beli barang kut. Solat dulu, moga-moga lembutlah hati dia nak jumpa aku nanti.. Aaminn.." kata Faliq sendiri. Tanpa berlengah terus sahaja dia masuk ke dalam kereta dalam memandu menuju ke masjid berhampiran.

Tanpa Faliq sedar, ada dua orang wanita yang sedang memerhatikannya dari jarak jauh. Duduk didalam kereta yang diparkirnya ditepi jalan selang beberapa rumah. Siapa lagi kalau bukan Asnida dan Elly. Menyirapnya hati Asnida apabila mendengar segala cerita dari Elly pasal kejadian tadi. Terus sahaja dia mengajak Elly untuk mengekori Faliq.

" Kan i dah cakap. Adik you yang cari Aliaa. Betul-betul dia sayang Aliaa kut. Sebab tadi Aliaa memang tak nak dah jumpa adik you tu.." baik pula Elly ni.

" Tak kisah lah dia cari Aliaa ke Aliaa cari dia ke. I tetap tak suka, i tetap akan hapuskan Aliaa.." kata Asnida.

" You nak hapuskan Aliaa? Maknanya you nak bunuh Aliaa? You biar betul you. I tak nak terlibat. Walaupun i ni ada masa sengal tapi i tak sejahat macam tu. I tak nak..." kata Elly jujur. Terkejut dengan kenyataan Asnida. Tak sangka sampai macam tu sekali bencinya Asnida pada Aliaa.

"Jadi you taknak adik i lah?!"

"Mestilah nak tapi kalau sampai melibatkan nyawa orang. I tak sanggup lah.."

"You ni kan. Cuba fikirlah. Tak kan i nak suruh you yang buat semua ni. I upah oranglah.. " jelas Asnida.

" Ooooooo.. "

" Tu pun tak boleh fikir.. Pelik..!!" Asnida menjeling.

" Manalah i tahu benda-benda macam ni. You yang pakar kut.."

" Nanti you tengok ye, ada drama i buat.." Asnida senyum. Tak tahulah apa plan dia buat nanti. Elly hanya mengangguk.

" Eh! Tu adik you datang lagilah. Tapi Aliaa tak balik lagi kut.."

" Alang.. Alang.. Apa yang dikejarnya Aliaa tu. Pelik. Lepas ni memang tak adalah kau nak kejar Aliaa lagi.. " gerutu hatinya. Muka bengis. Sakitnya hati dia.

" Betul tak i cakap. Adik you yang kejar Aliaa. You tak percaya. Bila i fikir kan, i kasihan dekat Aliaa tu tau. Dia tak salah kut.. "

" Yang you ni kenapa nak sebelahi dia pula.."

" I ni pun ada sifat kemanusiaan juga tau, bukan macam you. Patut pun Aliaa tu cakap you syaitan.. " selamba Elly cakap.

You jangan nak buat i makin marah ye. Tak pasal-pasal i humban you kat dalam longkang ni, nak?!" Marah Asnida. Merah mukanya.

" Okey.. Okey..!! I diam.." Elly mengalah. Asnida menjeling tajam pada Elly. Elly buat selamba je. Malas nak layan. Lebih baik dia layan selfie. Macam-macam gaya dia buat dan kemudian dia upload di facebook.

Asnida mengambil handphone dan menghubungi seseorang.

" Kau dekat mana?!"

" Ada depan ni.."

" Ikut plan okey. Jangan kau salah orang pula, yang lelaki tu adik aku.."

" Okey. Settle...!!"

"Bagus..!!" Asnida mematikan talian. Senyum sinis. Dia akan pastikan plan kali ni berjaya. Tak sabar nak tunggu minggu depan, jadi dia upah orang lain pula. Plan minggu depan itu lain ceritanya. Elly hanya menggelengkan kepala.

Faliq masih setia menunggu Aliaa. Kejab keluar dari kereta, sekejab masuk. Mundar mandir di depan rumah Aliaa. Sekejab-sekejab tengok jam. Gelisah. Asnida hanya memerhati dari jauh. Kalau ikutkan amarahnya, mahu dia heret Faliq balik. Tapi tak apa, tunggu dan lihat saja. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku