Kerana Janji
Bab 90
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
110

Bacaan






Tengah-tengah memandu nak balik rumah tiba-tiba perut memulas pula. Ingat nak tunggu jelah sampai ke rumah, tapi tak sempat pula nanti. Sudahnya aku singgah petronas untuk menunaikan hajat. Selamat tak jauh. Dah kenapa pula perut aku ni. Apa yang aku makan tadi sampai sakit perut macam ni. Oh! Baru ingat, lepas balik dari appointment tadi, aku ajak Encik Zack singgah beli rojak buah dekat tepi jalan. Nampak macam sedap je rojak buah tu, teringin pula nak makan. Mula-mula Encik Zack taknak singgah, katanya kotor sebab tepi jalan, tapi aku pujuk punya pujuk, terpaksa dia singgah juga tapi tak kan sebab tu kut. Entahlah. Selesai menunaikan hajat aku kembali memandu, baru lega perut. Kemudian, aku singgah pula 7Eleven. Nak cari chocolate Cadbury pula. Lama tak makan. Lagipun dekat rumah dah tak ada makanan ringan. Sambil-sambil tengok tv bolehlah mengunyah buat kudap-kudap. Nak tunggu abang balik, entah bila. Hehe... Abang juga!!

Aku parkir kereta betul-betul depan 7Eleven tu, terus aku keluar. Pintu ku buka,senyum cashier menyambut kedatangan aku, aku pun balas senyuman manis padanya. Aku terus cari chocolate Cadbury Hazelnut, Kit Kat, kekacang, Mister Potato crips, roti ikan bilis, beberapa bungkus keropok dan smestinya air tin nescafe original. Banyak juga, boleh buat stok. Niat nak beli chocolate Cadbury je tapi jadi macam-macam pula yang aku ambil. Nafsu betul. Biasalah perempuan. Aku membawa semua makanan ke kaunter bayaran. Cashier scan satu persatu barang. Aku menunggu penuh kesetiaan.

" Aliaa..?!" Seseorang menegur aku. Aku menoleh kearah suara itu. Tercegat Zahwan di belakangku. Tersenyum hensem.

" Eh! Wan?! Apa buat dekat sini?!" Aku memang terkejut. Bila masa pula dia ada, aku tak perasan pun.

" Beli barang sikit. Dari tadi saya nampak awak. Amboii banyak makanan. Nak menggemukkan badan ke ni, hehe.." perli Zahwan. Aku gelak.

"Bolehlah. Berapa lama kat KL? Bila sampai?" Tanyaku lagi.

" Hampir seminggu dah, saya dah tukar kerja sini lah.." jawabnya.

" Laa iyeke!! Kejab ye Wan. Berapa semua dik?!" tanyaku pada cashier yang manis senyuman.

" Rm34.60.."jawab cashier.

" Tak apa, saya bayar. Bayar sekali dengan ni ya.." terus je Zahwan meletakkan barangnya di meja kaunter.

" Ish!! Tak apalah Wan. Terima kasih banyak-banyak.. Ni dik,." Aku menghulurkan duit kertas Rm50 kepada cashier.

" Aliaa simpan je duit awak tu. Kira sekali ni ye dik. Jangan ambil duit dia.." Zahwan menepis tangan aku. Cashier itu menggaru kepala. Berkerut dia. Hehe..

" Pening dah adik ni. Sorry ye dik.. Kira sekali ni.. " pinta Zahwan lagi.

"Sorry ye dik. Duit akak tak laku pula.." kataku bergurau. Aku masukkan duitku semula dalam handbag. Alhamdulilah, rezeki.

Setelah selesai buat bayaran. Aku berjalan beriringan keluar bersama Zahwan.

" Ni awak balik kerja ke?!" Tanya Zahwan.

" Ha laa.. Balik kerjalah ni. Okeylah, saya minta diri dulu ya.."pintaku.

" Okey.. Hmm.. kalau saya nak ajak awak keluar makan, boleh ?!"

" Hmm.. Saya jalan dulu ye.. byee!!" Aku tak jawab.

" Okey..! Hati-hati ya.." aku senyum. Dia memerhatikan aku. Aku memandu terus dan menuju ke rumah. Tak sangka pula terserempak dengan Zahwan. Dia dah pindah sini, maknanya lepas ni selalulah kami jumpa kut. Boleh pula kan. Benda yang tak diduga dan tak disangka berlaku. Agak-agak Faliq rasa tergugat tak Zahwan muncul lagi. Hmm.. Entahlah. Tak tahulah apa akan terjadi selepas ni. Harap- harap semuanya okey lah.

Itulah orang kata. Kenangan itu bukan mudah nak buang walau macam mana pun kita nak campak jauh tapi tetap kekal dalam hati juga. Akan ingat juga. Lagi-lagi kenangan yang meninggalkan kesan parut yang mendalam. Fuh!! Zahwan oh Zahwan. Aku ingat tak muncul lagi, rupanya hari ni muncul pula depan aku. Perancangan Allah, tak siapa menduga. Pandai-pandai kaulah Aliaa. Jangan dikenang bahan yang lepas, yang baru ni pun bakal jadi kenangan juga ke?! Huwaa!! Kenapa semua jadi kenangan je kenapa tak jadi kenyataan.

" Eh! Macam kenal je kereta tu?! Ya Allah.. apa dia buat dekat rumah tu, puncalah dia ni.. " kataku sendiri. Aduhai Faliq. Apa dia buat.
  

Aku mula rasa tak sedap hati. Aku berhentikan kereta dan terus keluar buka kunci pagar.

" Apa awak buat dekat sini? Pergilah Faliq.." kataku marah. Payah pula kunci ni, geram pula aku.

" Saya tak akan pergi selagi awak tak dengar penjelasan saya.." katanya. Aku membuka pintu pagar seluas-luasnya. Dia tetap mengekoriku. Rimas pula aku.

" Nak jelaskan apa lagi. Malaslah nak fikir. Tepi, nak kena langgar ke?!" Aku masuk ke kereta dan memandu perlahan ke perkarangan rumah. Gerammya aku. Faliq mengekori. Aku keluar dari kereta, jalan laju ke pintu pagar. Faliq ikut belakang aku.

" Aliaa... Awak salah faham. Saya tak ada pun nak bertunang dengan Elly. Itu semua tak betul. Elly tu bohong..." katanya. Aku menutup sebelah pintu pagar. Aku tak pedulikan apa dia cakap. Aku diam je.

" Aliaa.. Jangan percaya cakap gedik tu. Awak percaya saya kan..." Hmm.. aku mengeluh. Aku keluarkan handphone dan buka galeri. Aku hulurkan handphone padanya. Dia mengambil.

" Ya Allah..!! " Dia menyapu muka dengan tangan. Gelisah, muka bersalah. Aku senyum. Tak bersuara pun. Aku ambil semula handphone dari tangannya.

" Memang saya ada keluar dengan dia. Tapi dengan kakak saya. Tu pun sebab kakak saya paksa, kalau tak percaya, awak boleh tanya mama. Saya tak pernah keluar berdua dengan dia pun. Eh! Ada sekali waktu kita balik Sabah, dia ambil saya dekat airport. Tak kan saya nak tolak, terpaksa.. " katanya menafikan. Aku pun tak tahulah betul ke tak. Malas nak fikir. Yang aku fikir sekarang, kalau abang tahu Faliq datang sini. Mati aku..!!!

" Oh.. Terpaksa?! Oo okey!!" Aku senyum.

"Aliaa.. please lah. Jangan macam ni. Okey! Saya salah, saya silap, saya minta maaf banyak-banyak. Please.. maafkan saya.." dia merayu dan merayu. Muka memang muka sedih. Aku berdiri di tepi pagar. Nak tutup tak boleh sebab Faliq menghalang.

" Faliq.. Dahlah ye. Janganlah cari saya lagi. Hubungan kita sampai sini je. Kita tak boleh terus bersama. Tolonglah faham keadaan saya.." Kataku perlahan.

" Apa awak cakap ni Aliaa. Kita baru je nak bina kebahagiaan kan. Tak kan awak nak...
Ya Allah..!! " Faliq mundar mandir.

Aku mengeluarkan sesuatu dari handbag. Kotak cincin baldu merah yang pernah diberikan kepadaku suatu ketika dulu, ku berikan padanya semula. Dia terpaku. Mata kami bertentangan. Aku terpaksa. Aku terpaksa Faliq.

" Apa ni Aliaa?!" tanyanya.

" Maafkan saya Faliq. Ini bukan lagi hak saya.." Aku menghulurkan kotak cincin padanya. Dia tak nak ambil. Aku ambil tangannya dan ku letak kotak ditapak tangannya.

" Allahuakhbar.. Aliaa kenapa sampai macam ni? Kita boleh bawa bincang kan. Saya sayang awak Aliaa.. Okey!! Kalau Adil tak bagi kita jumpa, kita tak jumpa buat sementara ni okey" cadangnya.

" Bukan sebab abang. Ni keputusan saya sendiri. Saya minta maaf Faliq. Saya minta maaf.." kataku tenang. Tapi dalam hati hanya Allah yang tahu. Hati aku tak sedap, berdebar-debar. Aku rasa seperti ada yang memerhati je. Mungkin perasaan aku je kut.

" Tapi kenapa sampai nak putuskan hubungan ni.. Demi Allah Aliaa.. Saya sayang awak, saya cinta awak...!!" Aku nampak matanya bersinar,mula berkaca. Alamak..!! Janganlah nangis, nanti aku nangis juga. Maafkan aku. Tak ada niat nak buat kau kecewa Faliq. Aku terpaksa. Aku pun kecewa sendiri tahu tak. Huwaaa!!

Tiba-tiba datang sebuah kereta Vios berwarna hitam berhenti tepat di hadapan kami. Keluar dua orang lelaki berbadan besar. Hatiku semakin berdebar-debar.

" Assalammualaikum bro.. Nak tumpang tanyalah.." tegur seorang lelaki pada Faliq. Bersalaman dengan Faliq. Bertanya sesuatu pada Faliq dengan menunjukkan sekeping keetas kecil. Yang seorang lagi terus meluru ke arah aku. Dengan kasar sekali terus memegang muka aku,  dan mengeluarkan pisau lipat.

" Oiii Apa kau buat ni??" Jerit Faliq bila melihat aku diperlakukan. Terus je lelaki yang bertanya padanya tadi kuat memegang badan Faliq agar tidak melawan. Kuat. Pisau lipat dibuka dan diletakkan di pipi aku. Ya Allah..! Aku cuak sangat. Menggigil badan aku. Terasa tajam hujung pisau di pipi. Kuat dia pegang pipi aku. Aku tak boleh buat apa-apa.

Faliq meronta-ronta minta dilepaskan untuk selamatkan aku. Tapi lelaki berbadan besar itu terus kuat memegang Faliq.

" Ini last warning..!! Jangan bermain dengan api. Kalau kau tak nak mati... Ambil ni..!!" Dia beri kertas putih padaku. Aku terkedu. Nak lawan takut. Sebab pisau betul-betul dekat pipi. Kalau lawan mahu aku ditikam. Lalu, aku ditolak kuat ke tepi. Melayang badan aku dan.. Aduhhh!! Pandangan aku jadi kabur. Kepala aku terus jadi sakit teramat sangat. Dahiku terkena bucu tiang batu. Aku rebah sekejab. Dalam pandangan samar-samar, aku dapat lihat. Dua lelaki itu terus memandu laju meninggalkan kami. Faliq terus menerpa ke arah aku yang terbaring. Aku gagahkan bangun perlahan-lahan.

"Astagfirullah Al Azim.. Ya Allah..! Aliaa.. Aliaa.. awak okey tak?!" Tanya Faliq. Cemas. Sangat cemas. Aku memegang dahi, terasa ada sesuatu yang mengalir. Darah..!! Kepala aku jadi pening. Pedih, perit semua ada. Aku memaut pagar besi. Aku menepis tangan Faliq dari membantu aku. Kertas yang lelaki tadi bagi aku buka lipatan dan baca.

" Ni last warning..!! Jangan bermain dengan api kalau tak nak terbakar.. Ingat Aliaa!!!"

Aku mengeluh. Falia mengambil kertas dari tangan aku. Dan membaca. Dia sangat terkejut.

" Awak nak tahu kenapa kita tak boleh terus bersama? Sebab ini Faliq. Sebab ini.. Tak satu-satu saya diancam macam ni. Mula-mula saya hampir dilanggar, kemudian saya ditumbuk, dan ini pula. Nyawa saya diancam, hidup saya diperhati. Saya hidup dalam ketakutan. Selagi saya bersama awak, saya akan terus macam ni. Kalau awak sayang saya, tolonglah Faliq. Saya merayu. Tolong lepaskan saya, tolong tinggalkan saya, tolong jangan ganggu hidup saya lagi. Pergilah Faliq. Pergilah.. " airmata aku menitis. Aku tak dapat kawal. Faliq terpaku kaku. Tidak cakap sepatah pun. Mungkin terkejut dan tidak percaya dengan apa yang aku hadapi selama ni. Darah mengalir hingga ke mata. Aku lap dengan tangan. Kepala ku jadi berat. Tanpa berlengah dan dengan lemah. Aku terus tutup pintu pagar dan kunci.

"Pergilah Faliq. Jangan cari saya lagi. Bahagia awak bukan dengan saya. Hidup awak akan lebih bahagia tanpa saya. Maafkan saya. Assalammualaikum.." aku terus melangkah masuk ke dalam. Meninggalkannya terpinga-pinga. Kepala semakin berat. Cepat-cepat aku masuk ke dalam rumah, kunci pintu dan baring di sofa. Aku pejam mata. Airmata terus berlinang. Berlinang kerana hubungan ini sudah terputus, kerana perasaan sedih sendiri, kerana kesakitan dikepala. Sangat sakit.

Aku dah tak ingat apa-apa. Kepala semakin berat dan berat. Aku pejam mata dan terlena mungkin. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku