Kerana Janji
Bab 91
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
111

Bacaan






Selepas isyak tadi, Faliq terus keluar. Mahu berjumpa dengan Zahwan. Sejak Zahwan berpindah ke KL belum lagi mereka jumpa. Ada juga kawannya berbual, duduk terperap di rumah saja pun, makin tekanan. Apa tidaknya, buat apa saja mesti terbayang wajah Aliaa. Nak tengok tv, wajah Aliaa di skrin tv, nak makan, wajah Aliaa di pinggan, nak tidur wajah Aliaa dalam mimpi. Aduhai.. Semua wajah Aliaa. Sedih hatinya. Seksanya jiwa.

Sampai saja di Old Town White Coffe di Bukit Bintang, mata meliar mencari Zahwan. Kanan kiri di pandangnya. Tersenyum dia sendiri apabila melihat tubuh tegap Zahwan sedang leka bermain handphone. Faliq menghampiri sahabatnya itu.

"Assalammualaikum bro.. Sorry lambat..." tegur Faliq.

" Waalaikumsalam.. Mana ada lambat, aku je yang awal sampai.." mereka bersalaman. Faliq duduk dihadapan Zahwan.

"Laa iyeke, mati-mati aku ingat aku lambat.  Buat apa awal sampai ni?"

" Aku temankan adik aku beli barang kat area sini, kebetulan kau call nak jumpa. So, aku terus ke sinilah.." terang Zahwan.

"Adik kau mana ni?"

" Dah balik dah, aku suruh dia balik,tak kan nak join kut. Tapi nanti kau hantar aku balik ya. Boleh tak?!"

" Boleh je, tak pun kau naiklah uber ke lrt ke. Hahaha.." gurau Faliq.

" Aik bro.. Sampai hati kau."

" Dah kau nak jadi orang KL kut kan.." perli Faliq.

"Tak apalah. Aku balik jalan kaki lah macam ni. Hahaha.."Mereka berdua gelak. Tak lama kemudian, seorang pelayan lelaki berpakaian kemas datang dengan membawa menu. Faliq hanya order hot white coffe saja.

" Kau tak makan ke?!" Tanya Zahwan.

" Tak ada seleralah bro.." Zahwan senyum. Dia tahu apa yang dialami oleh sahabatnya itu. Zahwan menyedut air. Ditenung wajah Faliq. Ada kesayuan diwajah itu.

" Kau kenapa ni? Mana perginya kawan aku yang ceria, yang gila-gila ni.."

" Hahaha.. cerialah ni.." Faliq gelak paksa.

" Hmm.. Cerialah sangat. Tak payah nak sembunyilah Liq. Dari riak muka kau pun aku dah tahulah. Dan sebelum kau cerita, aku dah tahu pun.."

" Hahaha.."Faliq gelak saja. Zahwan senyum.

" Jadi kau dah tahulah kan. So, tak payahlah aku cerita.." sambung Faliq. Zahwan mengangguk perlahan.

"Aku memang nak jumpa kau pun. Dengar dari sebelah pihak, rasa tak adil lah pula kan. Tapi kau tahu lah Adil, dia cerita bukan detail pun.."

" Dia ada cakap buruk pasal aku ke bro?!" Risau Faliq.

" Ish!! Taklah. Dia cuma cakap je. Terpaksa pisahkan kau dengan Aliaa. Sebab ugutan tu. Dia risau keadaan adik dia.." jujur Zahwan.

Faliq diam. Bermain-main dengan kunci kereta. Zahwan memerhatikan saja. Pelayan datang dengan membawa dulang berisi air kepunyaan Faliq. Diletakkan penuh tertib diatas meja dihadapan Faliq. Faliq mengucapkan terima kasih dan senyum. Sedap bau coffe ni.

" Jujur cakap. Aku memang tak sangka dan tak tahu pasal ugutan tu. Okey! Aku cuma tahu ugutan melalui handphone, call, whatsapp je. Tak sangka sampai mencederakan Aliaa. Memang aku tak tahu bro. Sumpah..!!" Faliq meluahkan.

" Petang tadi, ada sikit salah faham. Aku pergi rumah dia, nak jelaskan hal sebenar dan...." Faliq menceritakan kejadian petang tadi. Kejadian yang sangat mengejutkannya. Zahwan mendengar dengan tekun sekali. Simpati dengan nasib sahabatnya ini. Lalu, Faliq mengeluarkan kertas putih yang diberi oleh lelaki petang tadi dan dihulurkan pada Zahwan. Zahwan membuka lipatan kertas itu. Terkejut.

" Ish!! Ini dah kira kes berat ni bro. Sampai ugut macam ni ha.." kata Zahwan.

" Itulah pasal.. Aku nak jumpa Adil, nak bincang semua ni. Tapi aku call dia, memang tak jawablah. Aliaa pun taknak jumpa aku. Macam mana nak bincang.." keluh Faliq.

" Kau tak boleh salahkan Aliaa. Dia kena ikut cakap abangnya. Dia pun mesti serba salah. Mungkin nak bincang tapi kalau Adil cakap tak, so, taklah. Lagipun ni melibatkan nyawa beb.."

" Kau ada syak siapa-siapa tak?!" Tanya Zahwan. Tepat pandang muka Faliq.

" Ash.." jawab Faliq dengan tenang.

" Ha?! Ash?? Kakak kau?? Takkan Ash pula bro. Takkan dia tak tahu kau dengan Aliaa. Ish!! Biar betul kau ni.." terbeliak mata Zahwan. Terkejut amat.

" Mungkin... Kerana dendam pada Adil. Dia jadi benci pada Aliaa, tak boleh pun dengar nama Aliaa. Mesti akan mengamuk.. Pernah dia ugut Aliaa, depan aku. Tapi aku tak ambil port pun sebab aku fikir, saja-saja je kut dia cakap.." Zahwan mengangguk perlahan. Dia pun tahu kes Adil dan Asnida dulu. Tapi tak sangka sampai sekarang dendamnya. Bukan salah Adil pun.

" Aku bukan nak tuduh kakak aku sendiri bro, tapi naluri aku naluri mama aku kuat menyatakan ini kerja Asnida. Ni pula, dia nak atur hidup aku. Nak tunangkan aku dengan kawan dia. Tanpa pengetahuan aku bro. Gilalah dia tu.." Faliq mengadu dan mengadu. Menyapu muka dengan tangan dan mengeluh.

" Pula dah. Dia nak buat kau sama macam dia buat Adil dulu je ni beb kan.."

" Tahu tak apa..!! Sekarang ni aku dan Aliaa jadi mangsa. Aliaa dah putuskan hubungan kami.." luahnya perlahan. Menundukkan muka.

" Allahuakhbar.. Sabar banyak-banyak. Dia dalam tekanan tu. Tak ada pilihan. Antara kau, abang dia dan nyawa dia sendiri. Aku tahu, Aliaa terpaksa buat keputusan ni. Aliaa kalau dah sayang, dia setia bro. Kau tahu kan.." Zahwan menenangkan hati sahabatnya. Faliq mengangguk. Memahami. Zahwan pun ada pengalaman bersama Aliaa. Cuma nasib tak berpihak kepadanya untuk lebih mendekati Aliaa.

" Terima kasih bro. Lega sikit aku cerita dekat kau ni. Aku sendiri pun dah macam orang tak betul je. Down gilalah.." luah demi luah.

" Sabar dan banyakkan doa. Perkara ni aku rasa, aku kena campur tangan juga ni. Sebab ni melibatkan sahabat-sahabat aku. Aku tak nak korang putus sahabat pula. Benda boleh bincang, kita bincang sama-sama. Lagi pula, ugutan melibatkan nyawa ni semua kes berat. Adil dan Aliaa memang kena buat report.." kata Zahwan.

" Betul.. Memang kena buat report. Aku tak kisah pun, kalau ini dari Asnida, aku sendiri yang akan heret dia ke balai. Salah tetap salah. Tapi tulah, aku kena cari bukti kukuh. Kakak aku ni kaki dia banyak. Pandai berlakon.."jelas Faliq.

" Okey macam ni.. Kerana korang sahabat aku. Aku akan tolong kau mana yang aku mampu. Kita cari bukti sama-sama. Terlanjur aku dah jadi orang KL ni kan. Hehe.." Kata Zahwan. Semangat mahu membantu.

" Terima kasih Wan. Terima kasih sangat-sangat.. Tenang sikit hati aku ni.."

" Nak terima kasih buat apalah. Hari ni hari kau, mana tahu esok lusa hari aku pula kan.. Lagipun, aku tak sampai hati tengok kau dan Aliaa macam ni. Jadi mangsa keadaan pula. Aduhaii .. Simpati aku dengan korang. Aliaa tu kasihan beb. Dahlah aku buat dia dulu, lepas tu baru nak bahagia dengan kau. Ini pula jadinya.. Sedih beb sedih..!!" Zahwan berkata, ada nada kesal disitu.

" Tapi kau pun janganlah give up bro. Jangan cepat sangat down. Kuatkan semangat tu.."sambungnya lagi. 

" Gila tak down bro. Rasa macam nak terjun bangunan pun ada. Hahahaa.." Faliq gelak.

" Kau jangan macam-macam Liq. Sabar..!! Ingat Allah, jangan mudah kalah dengan hasutan syaitan. Ada jodoh insha Allah, tak kan kemana. Allah uji kau dengan apa yang kau mampu. Dia tahu kau boleh hadapi. Kuatkan iman.." nasihat demi nasihat dari Zahwan. Faliq senyum.

" Sepandai-pandai tupai melompat akan jatuh juga. Sehebat-hebat penjahat, akan kantoi juga.. So, Sabar dan banyak berdoa.." Faliq mengangguk.

Suasana malam di KL semakin meriah. Jalanraya sesak dengan kenderaan. Belum lagi sesak dengan orang ramai. Sebenarnya Faliq memang tak suka keluar malam-malam macam ni. Tapi entah kenapa boleh pula dia ajak Zahwan jumpa di sini. Terpanggil pula dia nak ke sini. Mungkin juga kerana stress tak dapat nak fikir. Mana yang terlintas di fikiran itulah keputusannya. Akhirnya, Bukit Bintang lah jadi tempat tujuannya.

Borak punya borak. Tiba-tiba matanya terpandang pada dua pasang lelaki dan perempuan diseberang jalan. Jalan terhuyung-hayang. Menyanyi-nyanyi. Berpelukan. Faliq memerhati dengan fokus sekali.

" Asnida?! Ya Allah...!!" Terpacul dari mulut Faliq. Zahwan melihat juga. Berkerut dahi dia.
Faliq memerhati dari jauh. Menyirap darahnya melihat perangai Asnida. Asnida bersama Elly dan dua lelaki berbadan besar. Diperhati betul-betul lelaki itu. Tidak syak lagi.


Itulah lelaki yang menyerang Aliaa petang tadi. Dia sangat kenal dan ingat.  Dengan pantas dia mengeluarkan handphone dari poket seluarnya dan menangkap gambar mereka. Ini boleh dijadikan bukti. Jelas sekali gambar mereka. Faliq senyum. Dia pandang Zahwan, dan Zahwan membalas senyuman. Allah permudahkan segalanya.

" Wan... Jom!!" Faliq meletakkan duit rm20 diatas meja dan terus mengajak Zahwan menghampiri mereka. Faliq dan Zahwan terus melintas jalanraya. Mereka berempat duduk di batu dihadapan hotel budget. Berbual kuat, gelak tawa, terlalu happy. Masing-masing mabuk.

" Angah.. !!" tegur Faliq  kuat sebaik sampai dihadapan mereka. Terkejut Asnida melihat Faliq tercegat didepannya. Lebih terkejut Elly.

" Eh!! Alang buat apa dekat sini?" Tanya Asnida terketar-ketar suara.

" Faliq.. Ash yang bawa i kesini. I taknak tapi dia paksa. Jangan marah i tau. Marah Ash ni.." Elly tergedik-gedik cuba memegang lengan Falia. Tapi Faliq tepis dengan kasar sekali.

" Kau diam!!!" Faliq marah. Dengan bau minuman keras macam tu boleh pula kata Asnida yang paksa. Perempuan ni. Hmm..

" Angah balik sekarang..!!" Arah Faliq. Tepat pandang mata Asnida. Marah.

" Awal lagilah Alang. Relax lah. Angah belum puas enjoy lagi ni. Alang nak join ke, jomlah..!!" Selamba saja Asnida. Bau minuman keras dari mulutnya sangat kuat. Asnida gelak.

" Alang cakap balik sekarang atau nak Alang heret.." Zahwan hanya melihat. Asnida tetap degil. Faliq menarik tangan Asnida kuat tapi Asnida meronta minta dilepaskan.

" Oii bro. Janganlah kasar dengan perempuan bro, tak baik bro.  Kalau berani, kasarlah dengan gua.. " seorang lelaki menegurnya tunjuk baik. Inilah lelaki yang konon bertanya alamat dekat Faliq tadi.

" Kaulah yang serang aku petang tadi kan.. "

" Bila masa? Bukan gualah bro. Lu silap orang ni. Tu kawan gua punya kerja.  Kakak lu lah yang suruh. Gua bertindak ikut arahan je bro. Gua buat sikit-sikit je. Janji masyukkk.. hahaha.." Faliq senyum sinis. Orang kalau tengah mabuk memang jujur. Baguss!!

" Balik sekarang..!!" Arah Faliq lagi.

"Lepaslah.. kalau Alang nak balik, pergi jelah.." Asnida melawan.

"Oii bro. Tak payahlah kacau dia. Lu siapa nak ajak dia balik. Apa hak lu.." Lelaki itu menolak-nolak badan Faliq. Lebih pula mamat ni.

" Nak tahu siapa aku.. Duss!!" Dapat sebiji penumbuk dekat pipi. Leba.

" Ni adik dia.. "

" Liq.. Sabar.. Sabar.. Jangan buat kecoh dekat sini.. Sabar..!" Zahwan memegang Faliq. Mereka semua terdiam. Selamat lelaki itu tak melawan kalau melawan memang makan penumbuk lagi. Lelaki itu meminta maaf pula.  Dengan hati yang semakin marah, tanpa fikir panjang. Faliq terus tarik tangan Asnida. Asnida meronta tapi Faliq pegang tangan Asnida sekuat mungkin.

" Kau nak balik ke taknak??" Elly mengangguk- angguk.

" Cepatlah jalan..!!" Faliq mengherdik Elly. Terkejut Elly. Terus jalan ke depan. Sebelum meninggalkan lelaki-lelaki tadi. Faliq sempat memandang muka mereka seorang demi seorang untuk mengecam muka mereka. Lelaki itu hanya melihat saja. Lalu, dengan perasaan marah Faliq terus menarik tangan Asnida. Asnida melawan tapi Faliq tidak menghiraukan. Macam-macam makian Asnida pada Faliq.  Terus ditarik sampai ke dalam keretanya. Faliq meminta tolong Zahwan bawa kereta Asnida ke rumah. Zahwan setuju saja. Sakitnya hati Faliq dengan Asnida. Tak serik-serik. Memalukan nama keluarga. Dengan pakaian yang sebegini. Sama juga dengan Elly. Sepanjang perjalanan, Elly langsung tidak bersuara. Senyap sunyi. Takut kena herdik lagi dengan Faliq. Asnida  diam membisu. Pening kepala Faliq. Kuat betul bau minuman keras . Faliq mematikan aircond dan membuka tingkap kereta.

Dalam hati, dia beristigfar panjang. Tak pernah dia berkelakuan seperti tadi. Memukul muka lelaki jahat tadi. Selamat ada Wan, kalau tak ada mahu jadi kes polis. Geram betul. Ini semua kerana Asnida. Geram.. Sakit hati..




Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku