Kerana Janji
Bab 93
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
101

Bacaan






Tak pasal-pasal bertampal dahiku. Buruk rupa dah ni. Semalam petang lepas cuci darah ni tengok berlubang dahi. Terus je aku ke klinik, kenalah tiga jahitan kat dahi ni. Kalau ikutkan memang malas nak pergi klinik, tapi fikir kalau aku biarkan je nanti lagi bertambah buruk dahi aku. Tak apalah. Redha je lah. Aku picit-picit dahi ni, okey cun dah tak rasa apa-apa maksudnya dah baiklah tu. Cuma kesannya tu lah, sedih. Memang kurang ajar punya penyangak. Tak akan aku lupa kesan parut didahiku ini kerana kau. Tak cukup parut dihati, dahi pun kena juga. Lepas ni tak tahu lah celah mana pula kesan parut. Hampeh!!!

Aku ambil handbag dan terus keluar. Ni sampai office nanti confirm semua orang tanya. Apa aku nak bagi alasan yang munasabah. Dalam perjalanan aku fikirlah nanti. Aku ke dapur, minum air suam dan terus keluar. Seperti biasa, buka pintu pagar. Dan, selamat tinggal rumah. Aku senyum. Kes semalam aku malas nak fikir, memang sangat pantas. Takut semua ada. Mujurlah penyangak tu cuma tolak aku, kalau dia tikam aku. Ish!! Tak tahulah hidup lagi atau tak aku hari ni. Tapi kertas ugutan tu. Aku memang lupa mana perginya. Aku rasa aku pegang tapi ish..!! Entahlah. Hilang ingatan pula rasanya. Nanti mesti aku jumpa juga.

Sampai di office, masih ramai yang belum sampai. Awal pula aku rasa hari ni. Aku tengok jam didinding, hmm patutlah. Baru jam 7.55 pagi. Macam mana aku boleh terlalu awal sampai pula ni. Aduhaii.. nilah akibat kecederaan didahi. Aku sengeh sendiri. Aku buka laptop dan pasang lagu. Nyanyilah aku sendiri. Aku keluarkan handphone dari handbag. Ada whatsapp.

" Assalammualaikum cute..
Mulakan harimu dengan senyuman.."

Aku berkerut dan senyum. Mula-mula nombor ni aku tak cam sangat tapi ayat ni memang aku cam. Zahwan. Teringat zaman muda-muda dulu.

"Waalaikumsalam.. " ringkas aku balas.

" Awak sihat?!"

" Iya sihat.."

" Dahi dah okey?!"

Dah agak dah. Mesti tu yang dia nak tanya. Aku tak terkejut pun, dah sah-sah Faliq meluahkan kes semalam. Mereka mana boleh rahsia.

" Okey. Sikit je pun. Abang tahu ke saya cedera ni? Awak ada info abang ke?!" Tanyaku tiba-tiba aku rasa teramat risau kalau sampai Zahwan info abang. Mati aku.

" Taklah. Jangan risau, saya tak info dia apa-apa pun.." fuh!! Lega...

" okey!!"

" Luka besar ke? Faliq cakap darah banyak.."

"Kenalah tiga jahitan tapi dah okey.."

"Allahuakhbar.. Sabarlah ya.. Saya dah dengar semua cerita dari Adil dan Faliq. Saya simpati dengan awak dan Faliq. Sabar ya Aliaa"

" Tak apa saya redha. Ini bahagian saya.."

" Apapun, jaga diri baik-baik. Kalau perlukan pertolongan saya. Call je bila-bila masa. Jangan risau, saya dah info Faliq dan dia pun izinkan. Saya tolong ikhlas.." jujurnya.

"Terima kasih Wan. Terima kasih banyak-banyak. Apapun, saya kena tanya abang dulu"balasku lagi.

" Itu sudah pasti.."

" Okeylah. Saya ada kerja. Salam.."

Aku letak handphone di tepi. Termenung sekejab. Hmm.. Mana Naim ni, tak nampak batang hidung lagi. Mira dan Kak Intan pun sama. Bosannya. Perut aku dah berbunyi dah ni. Lapar. Tak kan aku nak turun makan sorang-sorang, tak bestlah. Tak apalah tunggu jelah.
Eh! Encik Zack dah sampailah. Aku sengeh. Boleh ajak dia breakfast. Lantas aku terus menuju ke biliknya. Aku ketuk pintu dan apabila dengar suaranya mengarahkan masuk, baru ku buka pintu.

" Morning Encik Boss..!!" Aku sengeh dan terus berdiri di hadapannya.

" Morning..! Awalnya sampai.. "

" Ha itulah masalahnya ni. Boleh pula terawal sampai. Encik Boss, hari ni saya tak boleh buatkan teh tarik untuk Encik Boss ya.. Sorry!!"

" Kenapa?! Ha tu, kenapa bertampal dahi tu. Awak nak dipos ke negara mana pula ni?!"
Amboi.. pandai pula Encik Zack ni bergurau pagi-pagi ye.

" Inilah sebabnya kenapa saya tak boleh buatkan teh tarik untuk Encik Boss. Cedera"

" Yang cedera tu dahi awak bukan tangan.."

" Merangkumi seluruh anggota badan saya.."

" Pandailah awak.. Habis, tak ada teh tarik lah ni?!"

" Tak ada.. Eh!! Ada-ada. Jom turun cafe, kat situ ada teh tarik sedap. Saya lapar ni, tak ada kawan nak teman. Naim tak sampai lagi.. Jom.. Jom..!!"

Aku sengeh dan buat isyarat peace!

" Jadi itulah point awak sebenarnya kan. Nak ajak saya turun cafe?!" Berkerut Encik Zack.
Hahaha.. Aku gelak besar. Dia menggelengkan kepala.

" Alaa bukan selalu. Jomlah. Lapar ni..."

"Saya dah breakfast dekat rumahlah.."

"Alaa jomlah. Temankan saya, asyik saya je temankan Encik Boss. Dan disebabkan hari ini adalah hari terakhir saya jadi P.A sementara Encik Boss. Jadi... Encik Boss kena temankan saya breakfast dan kena belanja saya makan.. Amacam? Okey tak idea saya!" Cadang aku. Senyum.

" Bukan minggu depan ke awak last?!"

" Hari ni ye. Saya dah catit dalam buku nota Encik Boss tu, kalau tak caya, boleh semak dekat kulit buku tu.." Encik Zack terus buka nota dia. Dan senyum.

" Hmm.. bahaya betul saya dapat P.A macam ni. Tak boleh nak tipu sikit.."

" Aliaa Sofea ni berpegang pada janji dan menepati janji dan masa. Tidak lambat dan tidak lewat seminit.." kataku. Bangga. Hahaha gurau pagi.

" Jomlah Encik Boss. Lapar ni.."

" Hai lah Aliaa.. Boss sendiri pun awak boleh nak pau. Bertuah betullah awak ni. Patutlah papa saya cakap awak ni berani, perangai gila-gila, dengan saya pun terikut jadi gila.."

" Hahaha.. Yang jadi gila tu Encik Boss ya. Bukan saya.." aku sambung gelak. Baru dia tahu, lain kali tak payah nak berlagak sangat. Konon masuk office nak tegas, tak nak senyum, nak fokus kerja. Silaplah, kalau kerja dengan aku, tak gelak, tak gila-gila bukan Aliaa Sofea namanya. Dan sekarang, dia dah rajin senyum. Kan hensem.

Aku dan Encik Zack jalan beriringan. Keluar je dari lift, kami menuruni anak-anak tangga.
Kami berbual mesra. Kami terserempak dengan Faliq. Faliq berhentikan langkah dan memerhatikan aku. Aku perasan dia seperti mahu memanggil aku, tapi disebabkan aku tak layan, dia pun hanya membisu je.  Aku buat tak tahu dan buat muka selamba. Seperti tidak kenal. Aku terus berbual dengan Encik Zack. Mesra. Kami masuk ke dalam cafe. Aku sempat menoleh. Dia masih berdiri kaku dan melangkah lemah. Maafkan aku Faliq. Maafkan aku..

Aku mengekori Encik Zack mengambil makanan. Hari ni aku makan nasi lemak dan telor mata. Air seperti biasa, nescafe suam. Kemudian aku terus cari meja kosong. Ditengah-tengah cafe. Tak lama, Encik Zack datang.

" Banyaknya.. Ni breakfast ke lunch.." aku perli.

"Awak punya pasal lah ni. Dalam sejarah hari ni saya breakfast sampai dua kali tau.."

" Hahahaa.. Saya tak suruh ya.."

"Hmm .. iyalah. Tapi memang sedap makanan dekat sini. Terjebak juga.. Boleh boroi saya macam ni.."

"Hahaha.. okey lah tu. Model boroi.."

" Sukanya hati dia. Dah baca bismillah. Makan.."

Kami menikmati makanan. Selera pula aku makan hari ni. Sekejab je habis nasi lemak sepinggan. Mana tak nya. Malam tadi langsung tak makan. Langsung tak ada selera nak makan. Balik dari klinik masuk bilik, layan airmata dan terus tidur. Sampailah ke subuh. Selamat tak nampak bengkak mata.  Aku teringat akan Faliq. Tipulah kalau aku tak sedih, tak rasa kecewa tapi aku buang semua tu. Aku tak nak ganggu fikiran. Aku kawal perasaan itu, aku sibukkan diri dengan gelak dan gelak. Biar tak terlalu emosi dengan perasaan itu. Tapi bila aku duduk sorang-sorang. Huwaaa!!!

Selesai makan, kami melangkah meninggalkan cafe.  Di hadapan lift, aku, Encik Zack dan beberapa wanita juga sedang menunggu pintu lift terbuka. Dua diantara wanita ini aku cukup kenal. Yang selalu bikin hot cerita aku dan Faliq. Tak silap rakan office Faliq. Nampak je aku bersama Encik Zack mulalah berbisik sesama mereka. Aku senyum je. Faham sangat dah mereka ni. Ting!! Sebaik saja pintu lift terbuka, kami segera masuk.

"Aliaa.. Lama dah kami tak nampak Aliaa keluar dengan Encik Faliq. Korang dah tak kawan ke?!" Tanya salah seorang wanita itu. Aku senyum lebar.

" Hmm.. Saya kawan dengan semua orang kut. Nak keluar selalu tu kurang sikit, masing-masing busy. Kenapa?!" Jawabku.

" Oh iyeke?! Ingat dah tak kawan dah. Iyalah, macam dah ada orang lain je kan.. kan.." kata yang sorang lagi. Muncung pada Encik Zack disebelahku. Encik Zack hanya mendengar perbualan kami. Serius.


" Wow!! Kira hebat jugalah saya ni ek. Itulah saya ni hot sangat kut, tu yang ramai benar nak keluar dengan saya kan.." perli aku.

" Iyalah.. awak tu kan comel, cantik. Semua lelaki nak kawan dengan awak kan... " jeling yang sorang lagi.

" Terima kasih banyak-banyak. Itulah anugerah yang Allah beri pada saya.." jawabku jujur.

" Untuk pengetahuan awak-awak. Ini majikan saya,abang kepada Cik Erisya. Cik Erisya dah berpindah ke Terengganu. Jadi Encik Zack ni lah ganti tempat Cik Erisya. Tak salah kut saya temankan Boss besar saya keluar makan. Okey lah kami keluar dulu. Kirim salam dekat kekasih hati saya, Encik Faliq Alfie ya..
Assalammualaikum.."

Encik Zack hanya membisu. Senyum sinis je. Berubah jugalah airmuka wanita itu tadi. Aku keluar dari lift dengan senyuman. Macam-macam mereka ni. Tak habis-habis bergosip. Cerita ni kejab je memang akan tersebar. Tunggu jelah. Dah lali dah dengan semua ni. Tak kisahlah.

Aku ucapkan terima kasih pada Encik Zack sebab belanja makan dan layan karenah aku pagi-pagi ni. Sporting juga Encik Zack ni sebenarnya. Tapi dengan staff lain dia tetap tegas dan garang. Dengan aku je dia tak boleh nak tegas. Hehe...

Masuk je dalam bilik. Aku lihat ada sejambang bunga mawar merah diatas meja. Aku terus mengambil dan menghidunya. Lama dah tak nikmati haruman mawar ni. Nikmatnya. Aku mengambil sekeping sampul berwarna pink di celah-celah kuntuman bunga. Ku buka perlahan dan ku baca.

"Aliaa Sofea..
Akanku jadikan malammu lebih indah
Akanku jadikan siangmu lebih terang
Biarkan bungaku mewangi
Selamanya..
Sayangku Aliaa..
Hati ini akan selalu memujamu
Mencintaimu, Menyayangimu
Seumur hidupku hanyalah padamu
Selamanya..

Saya sayang, cinta dan rindu awak..
Saya akan setia menanti dan menunggu awak hingga hujung nyawa..
Izinkan saya terus berada dihatimu Aliaa..

-Faliq Alfie-

Airmata ini menitis tanpa kusedar. Terharu. Aku juga sayang, aku juga rindu kau Faliq. Tapi apa daya aku. Hanya mampu berdoa. Andai kau adalah jodohku dunia dan akhirat, aku yakin kita akan bersama semula suatu hari nanti. Walaupun pelbagai rintangan kita lalui.  Andai kau bukan jodohku. Aku redha.. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku