Kerana Janji
Bab 94
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
102

Bacaan






Disebabkan hari ni Jumaat masa rehat panjang, macam biasa aku pun balik ke rumah. Dapat rehat, dapat tidur sekejab pun jadilah. Mengantuk sebenarnya. Bunga yang diberi oleh Faliq tadi ku bawa balik, mahu letak dalam bilik. Bila rindu, bunga ni boleh jadikan pengubat rindu dekat dia. Nak whatsapp tak boleh, nak call tak boleh nak jumpa lagilah tak boleh. Semua tak boleh. Walaupun aku dah putuskan hubungan teman sehati sejiwa tapi dalam hati ini, aku tetap teman sehati sejiwa dia. Aku buat keputusan kerana terpaksa. Tiada pilihan. Aku tetap sayang dia. Aku tetap akan tunggu dia. Macam yang dia tulis dekat surat tadi. Hati kami tetap bersama walaupun jasad kami terpisah. Tak apalah. Mesti ada hikmah semua ni dan aku harap dia faham keadaan aku sekarang.

Sampai je dirumah, aku terus masuk bilik. Letak handbag dan terus keluarkan bunga hiasan dari pasu diatas meja solekku. Lalu, ku isi air setengah pasu, dan ku gantikan dengan bunga mawar merah Faliq tadi. Biar segar sentiasa. Aku senyum dan kuhidu lagi. Nyaman terasa. Aku senyum. Aku akan sentiasa merinduimu Faliq. Walaupun tidakku ucapkan dengan kata-kata, biarlah ku ucap hanya di dalam doaku untukmu sahaja.

Kemudian aku ke dapur, aku pun tak tahu nak masak apa sebenarnya dan tak tahu nak makan apa. Buka je pintu kabinet atas, nampak maggie tomyam, tersenyum lebar aku. Dah lama tak makan maggie, lunch hari ni layan maggie jelah. Tanpa buang masa, aku terus masak. Campur cili api, sayur sawi yang tinggal baki dua batang, campur sikit isi ayam dan telor. Sekejab je siap. Ku hiris cili api sebanyak tiga biji dan ku tabur diatas maggie. Perhh!!Sedap!! Baunya pun sudah menyelerakan. Ni confirm pedas, kalau abang tahu aku makan maggie. Mati aku!! Sesekali kut pekena maggie  pedas, apa salahnya. Dan, aku harap perut aku tak buat hal. Sensitif sangat perut ni, makan pedas tak boleh, makan maggie tak boleh, semua tak boleh. Sedih!!

Selesai makan, aku lepak depan tv. Baring-baring senang hati. Perut pun dah kenyang apa lagi nak buat. Nak lelap sekejab. Sebelum lelap aku pasang alarm dulu, 20 minit je. Cukuplah. Ku pejam mata, aduhai tak boleh lelap lah pula. Kanan kiri pun tak boleh. Bosan. Layan tv jelah. Tepat 1.30petang, aku masuk ke bilik. Mandi, solat dan bersiap nak ke office. Kejab je masa berlalu. Aku capai handbag dan terus keluar rumah. Baru je nak buka pintu kereta, alamak sebuah kereta berhenti di depan rumah. Macam kenal je kereta ni. Hmm.. Memanglah kenal, kereta aku kut. Alamak!! Abang balik.. Aduhai.. dahi ni masih bertampal pula. Jenuh nak menjawab. Abang panggil aku dari kereta, dia nak hantar aku ke office. Aku turutkan jelah kemahuan dia. Masuk je dalam kereta, tak berkelip abang pandang aku. Aku buat selamba, salam dan cium tangan abang.

"Ya Allah..!! Kenapa dahi tu?!" Aku diam dan senyum je. Abang buka plaster dekat dahi aku ni. Dicabut perlahan-lahan sebab nak tengok lukanya. Lalu, digantikan dengan plaster baru.

"Apa dah jadi ni, cuba cerita. Jangan nak tipu pula.." Berkerut dahi abang. Aku pun ceritalah semuanya dari A to Z. Sepanjang perjalanan ke office abang membebel je. Sekalilah dia pun cerita pasal Asnida dari A to Z juga. Barulah aku tahu kenapa begitu dendam Asnida pada abang dan betullah aku dan Faliq jadi mangsa dendam Asnida. Abang mohon maaf dekat aku dan Faliq. Dia sendiri pun tak sangka Asnida sanggup buat adik kandungnya begitu. Apa yang perlu aku buat, hanya berdiam jelah. Tunggu dan lihat jelah. Tapi apapun, abang memang tak izinkan aku jumpa Faliq lagi. Tetap nak pisahkan kami sebab abang risau sangat keadaan aku. Aku cuba pujuk abang, tapi abang tetap berkeras. Lagi pula minggu depan abang nak ke Sudan. Lagilah bertambah risau dia. Abang suruh aku berhenti kerja dan balik kampung. Duduk di kampung dengan Mak Long ataupun duduk dengan Mak Ngah tapi aku tetap juga berkeras tak nak. Aku ada kerjaya sendiri, tak kan sebab perkara ni aku kena korbankan kerja aku. Dah lah terpaksa korbankan cinta hati, dah pula nak korbankan kerjaya. Oh! Tidak mungkin. Aku kena cari jalan agar abang tak paksa aku untuk berhenti kerja. Huhu...!!

" Nanti abang ambil macam biasa ya.." kata abang. Aku mengangguk perlahan dan terus melangkah menuju ke anak-anak tangga. Abang terus memandu laju. Panasnya hari ini. Cepat-cepat aku jalan. Dalam fikiran aku ligat mencari idea, macam mana nak bagi alasan pada abang agar tak paksa aku berhenti kerja. Aduhai.. peninglah.

Aku masuk ke bilik dengan muka yang sedih je. Hilang pula mood nak kerja hari ni. Paksa jugalah buat kerja, nak siapkan kerja-kerja akhir P.A sementara. Minggu depan aku bebas. Yess!! Senyum sendiri, senyum kelat. Satu persatu helaian dokumen aku semak, kemudian key in dalam laptop. Selesai satu dokumen, aku ambil lagi dokumen lain. Naim terjah masuk dalam bilik aku, aku berkerut pandang Naim.

" Ya Ampun!! Oiiii beb, apasal dahi kau tu? Kau gaduh dengan Faliq ke sampai macam tu.." selamba je Naim ni.

" Kau suka-suka je kan... Tak sayang mulut kau ni ek, cili mulut tu kang.." kataku. Nak marah ke nak gelak.

" Hahaha.. sorry! Habis tu, apasal tu.." tanyanya lagi.

"Jatuhlah. Terkena bucu meja.." aku menipu. Nasiblah tipu sunat.

"Eleeehhh jangan nak menipu akulah, ni mesti kena-mengena dengan ugutan tu kan.." teka Naim. Aku buat muka selamba.

"Tak percaya sudah.." aku tetap menafikan. Malas panjang ceritanya pula nanti.

" Beb.. Abang aku suruh aku berhenti kerja.." luahku.

" Ha? Berhenti kerja? Kau biar betul Aliaa.. Dah kenapa pula?" Terkejut beruk Naim. Aku mengangguk perlahan. Mencebik muka sedih.

" Sebab Faliq?!" Naim meneka. Aku mengangguk je.

"Pula dah. Ni aku nak tanya kau. Jujur jawab ya. Boleh?!"

" Tanya apa?!"

" Kenapa kau putuskan hubungan kau dengan Faliq?" Aku terdiam. Pandang muka Naim. Aku menyandarkan badan di kerusi.

" Aku rasa kau tahu kan apa jawapan aku.."

" Iya aku tahu. Kau masih sayang dia?!" Tanya lagi. Aku mengangguk.

" Kau sanggup berpisah dengan dia? " aku menarik nafas.

" Cuba kau cakap, apa yang perlu aku lakukan lagi. Abang aku nak kami berpisah sebab abang risaukan aku,risau keselamatan aku, abang pun terpaksa buat keputusan ni kerana dendam kakak Faliq. Kami terpaksa berpisah juga Naim. Aku dah tak tahu nak buat apa lagi dah. Buntu.. Ni pula abang nak aku berhenti kerja. Aduhai.. Mahu jadi gila aku beb.." luahku lagi.

" Aku pun tak tahu nak bagi idea apa. Aku simpati dengan nasib kau dan Faliq. Aku tahu kasih sayang kau dan Faliq kuat. Kau sabarlah banyak-banyak. Insha Allah semuanya akan berakhir juga nanti.." Aku hanya mampu mengangguk jelah. Sedih sangat sedih tapi apa daya aku. Hanya mampu untuk senyum.

Jam terus berdetik, sekejab je masa hari ni. Tamat waktu kerja. Aku kemas dan turun awal. Biar aku tunggu abang, jangan abang tunggu aku. Aku menuruni anak tangga sambil mata meliar mencari kereta abang, belum sampai. Lega. Aku terus melangkah menuju ke pasu besar dan tunggu abang disitu.

" Aliaa.. " aku menoleh pada suara yang memanggil ku. Kami bertentang mata. Aku senyum melihatnya. Dia menghampiri aku dengan senyuman juga.

" Aliaa.. Saya minta maaf apa yang berlaku semalam." Aku hanya mengangguk perlahan.

" Aliaa.. Saya tahu awak sayang saya. Awak buat semua ni kerana abang awak kan.."tanya Faliq padaku ingin tahu. Aku mengangguk perlahan.

"Saya tak ada pilihan Faliq. Maafkan saya.." aku mengaku. Sedih sangat.

"Tak apa sayang. Saya faham.." senyumnya padaku. Aku rindu senyumanmu Faliq. Faliq mengambil tanganku dan menyarungkan cincin di jari manisku. Cincin yang ku pulangkan semalam.

" Walaupun kita terpaksa berpisah tapi saya yakin hati kita tetap bersama dan tetap bersatu. Sabar ya sayang. Saya akan buktikan segala permasalahan ini. Saya akan buktikan pada abang awak, saya akan bawa yang bersalah ke muka pengadilan.. Terimalah ini semula, saya sayang awak Aliaa.." luah Faliq. Aku memang terharu. Mata mula berkaca. Tak mampu untuk berkata-kata hanya senyuman yang dapat ku ukirkan menyatakan aku juga sayang kamu Faliq. Tiba-tiba kereta abang muncul. Aduh!! Matilah!!

Abang terus keluar dari kereta dengan muka yang serius. Pandang tepat ke arahku dan kemudian ke arah Faliq pula. Macam singa. Jantungku berdegup kencang. 


Ya Allah.. Janganlah abang apa-apakan Faliq. Doaku dalam hati. Aku jadi cemas. Faliq tenang je.

" Kan abang dah pesan. Adik tak faham ke?"
Tepat mata abang pandang aku. Aku menelan liur.

" Tapi bang.. "aku cuba jelaskan pada abang. Tapi abang tak hiraukan.

"Masuk dalam kereta sekarang!!!" Arah abang. Aku berdegil, tetap je berdiri disitu.

" Adil.. Jangan macam ni. Aliaa tak salah, jangan marah dia..." Faliq bersuara menyebelahi aku.

"Abang cakap masuk..!!!" aku pandang Faliq minta dia pergi. Aku takut abang lakukan sesuatu pada Faliq.

" Faliq.." Aku panggil Faliq. Perlahan.

" Kenapa degil sangat ni. Masukk!!!" Abang herdik aku kuat, tersentak. Dan abang tarik tangan aku dan terus buka pintu kereta. Abang paksa aku masuk dalam kereta. Sakitnya tangan aku, abang sentap.

" Liq, aku dah cakap dengan kau kan. Jangan ganggu adik aku lagi. Jangan jumpa dia lagi.." perlahan abang cakap pada Faliq. Aku hanya mampu melihat je. Dengan berdoa dalam hati.

" Iya, aku tahu. Tapi kita boleh bincang Dil.." kata Faliq lembut.

" Tak ada apa yang nak dibincangkan lagi. Sudahlah Liq. Jauhkan diri kau dari adik aku, nyawa adik aku lebih penting. Tolonglah Liq, jangan paksa aku berkasar dengan kau. Okey?!" Abang beri amaran. Minta Faliq memahami.

" Dil.. aku sayang adik kau. Sampai mati aku sayang dia Dil. Janganlah buat kami macam ni. Bagilah aku peluang untuk jelaskan semuanya.." jujur kata Faliq. Mukanya sayu, minta difahami tapi abang sikit pun tak hiraukan. Abang langsung tak peduli pun. Tapi aku nampak dari raup wajah abang, sebenarnya abang tak sampai hati.

" Kau nampakkan luka di dahi dia, kau nak dia diselimut putih ke baru kau puashati. Baru kau nak jauhi dia. Ha!!"

" Astagfirullah Al Azim. Apa kau cakap ni Dil. Aku tak kan biarkan perkara ni berlaku.."

Sudahlah Liq. Kau pergilah.. "   Abang terus meninggalkan Faliq yang masih berdiri. Sebelum buka pintu kereta abang pandang Faliq.

" Adil...!! Kau dengar ni. Kau dengan Ash memang boleh pisahkan kami tapi hakikatnya hati kami tetap bersatu Dil. Hati kami tak kan boleh dipisahkan Dil. Sampai mati kami menyayangi, sampai mati kami menyintai. Tak akan ada siapa boleh pisahkan kami. Dengar ni Dil. Aku sayang Aliaa sampai hujung nyawa aku Dil..." Faliq jerit sekuat hati. Meluahkan dan mengaku segalanya. Semua yang berada disitu berhenti dan memerhatikan Faliq. Faliq tidak hiraukan semua orang. Biar semua orang dengar dan biar semua orang tahu yang dia betul-betul sayang dan cinta aku. Aku hanya mampu melihat. Airmataku menitis lagi.

Aku tak mampu lakukan apa-apa. Aku juga sayang kau Faliq, sayang dan cintaku untukmu sampai hujung nyawaku juga. Aku membalas luahannya walaupun sekadar meluah didalam hati. Abang terus memandu laju meninggalkan Faliq yang masih berdiri disitu. Kami bertentang mata. Sedih dan sedih. Maafkan aku Faliq.. Maafkan aku..!!
 
Airmata terus mengalir. Ku sentuh cincin yang Faliq sarungkan dijari manisku sebentar tadi. Terima kasih Faliq. Terima kasih cinta..!! Aku sayang kau hingga hujung nyawa. Tak kan pernah terpadam namamu didalam hatiku. Faliq Alfie..



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku