Kerana Janji
Bab 96
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
104

Bacaan






Hatinya tak tenang. Kenapa tiba-tiba berdebar.  Buat apa semua tak kena. Risau, runsing, gelisah semua ada. Fikiran terus pada Aliaa. "Apa yang dah berlaku pada Aliaa? Adil masih marah dia lagi ke? Kasihannya.. Aliaa tak salah, aku yang cari dia. Aku yang berkeras juga nak jumpa Aliaa tadi. Sedangkan Zahwan dah ingatkan aku jangan ganggu Aliaa buat masa ni tapi aku tak boleh"Katanya sendiri Perasaan bersalah menyelinap dalam diri. Apa dia harus lakukan. Buntu fikirannya.

Dia bangun dari baringannya dan terus turun ke bawah. Sunyi sepi sahaja. Lalu mencari mamanya di dapur. Berdiri di muka pintu dan senyum. Sedang sibuk Puan Asmah menyiapkan makan malam. Tetamu yang tak diundang nak datang nanti, semua gara-gara Asnida. Sudahnya bukan dia nak membantu tolong didapur tapi sibuk dengan shopping yang tak sudah. Boros sangat. Nanti hujung tahun, bila tak cukup duit untuk cover butik baru menggelabah tak tentu pasal. Baru ingat adik, sumber pinjamannya. Masa itulah baru cakap baik-baik, ambil hati Faliq, kalau tidak asyik cari pasal saja. Macam mana jahat pun, tetap adik beradik. Faliq yang banyak membantu dan banyak mengalah.

Faliq menghampiri Puan Asmah yang sedang fokus mengacau kuah didalam periuk. Sedap sungguh baunya. Disentuh bahu mamanya.

" Mama masak apa ni. Sedapnya bau. Jadi lapar pula Alang ni.."kata Faliq.

" Masak lemak ikan masin.." jawab Puan Asmah.

" Fuh!! Mesti sedap ni.."

" Nanti makan banyak-banyak ya.." senyum. Faliq duduk dikerusi. Tudung saji diangkat. Puan Asmah meletakkan semangkuk kuah masak lemak ikan masin diatas meja, disusun kemas dan teratur.

" Mama tahu tak. Masak lemak ikan masin dan ayam masak merah ni buat Alang teringat dekat Aliaa, dia suka ni.." lembut suaranya. Puan Asmah terus duduk memandang tepat pada Faliq. Senyum. Memahami perasaan anak bujangnya itu.

" Rindu Aliaa ya?!" Faliq senyum tawar.

" Kalau rindu, doakan dan baca al fatihah padanya. Biar Allah yang sampaikan rindu anak kesayangan mama ni pada puteri disana. Insha Allah dia pun rindu.." Faliq senyum.

" Alang tak sedap hatilah ma. Berdebar je hati ni dari tadi. Fikiran dekat Aliaa je. Risau sangat.." Faliq mengadu rasa resahnya.

" Tak sedap hati kenapa?!" Tanya Puan Asmah.  Faliq menceritakan semuanya pada Puan Asmah kejadian petang tadi. Tekun Puan Asmah mendengar. Lega hati Faliq dapat meluahkan segalanya.

" Alang kena jumpa dan kena bersemuka dengan Adil. Apapun terjadi Alang kena bincang dengan dia. Kena berterus-terang. Cerita semua apa yang Alang tahu. Mungkin dia taknak Alang susah hati sebab Angah yang lakukan semua ni. Dia serba salah kut. Perkara ni kena bincang. Kalau berdiam je macam ni. Memang tak ada kesudahan.." Puan Asmah beri cadangan.

" Itulah yang Alang fikir. Tapi Adil tetap taknak dengar apa-apa. Dia taknak jumpa Alang langsung. Sekarang ni Alang cuma harapkan Wan je untuk jadi orang tengah. Wan nak kami berjumpa dan bincang.."

" Baguslah macam tu. Mama akan doakan semuanya berjalan lancar. Mama yakin anak mama ni akan ketemu bahagia bersama Aliaa nanti. Sabar banyak-banyak ya.." Puan Asmah senyum. Faliq menganguk perlahan.

" Dahlah.. pergi mandi. Selepas maghrib tetamu sampai kata Angah. Tapi Angah pun entah mana tak balik lagi.."

" Baiklah ma. Ini Alang layan tetamu tu nanti sebab mama dan papa je tau.." kata Faliq.

" Iyalah. Mama tahu. Jangan risau..." Puan Asmah senyum. Faliq melangkah ke ruang tamu, melihat setiap sudut ruang tamu.  Dia ada plan sendiri. Ada satu ruang kosong diatas almari pinggan mangkuk. Puan Asmah cuma letak bunga mawar didalam pasu sahaja. Faliq dapat idea lalu terus naik kebiliknya dan tidak lama kemudian turun semula dengan membawa dua frame lukisan potret Aliaa. Diletakkan potret itu diatas almari bersebelahan pasu bunga itu dan lagi satu digantung didinding diruang makan. Sengaja. Faliq tersengeh. Mengenyitkan mata pada potret itu. Setelah puashati dia terus naik ke biliknya.

Puan Asmah menyusun hidangan di atas meja. Sedang asyik menyusun pinggan, matanya terpaku pada lukisan potret Aliaa yang tergantung didinding. Dia gelak kecil.


" Wah!! Banyaknya lauk. Tahulah tetamu special nak datang ye ma.." tegur Asnida senyum ceria. Puan Asmah membisu.

" Papa dan Alang mana ma?!"

" Papa belum balik masjid, Alang ada kat atas.."jawab Puan Asmah.

" Hmm.. Angah naik atas dulu nak bersiap. Bye maa.." Terus saja Asnida naik ke atas. Puan Asmah menyambung kerjanya.

Tepat masa yang dijanjikan. Sebuah kereta mewah masuk ke perkarangan rumah En Kamaruddin. Sepasang suami isteri bersama anak perempuannya turun dari kereta dengan bergaya sekali. Dato' Mohsin dan Datin Diah bersama Elly disambut mesra oleh tuan rumah. Tuan rumah mempersilakan mereka masuk. Tersenyum lebar Elly, malam itu Elly sungguh sopan. Berpakaian kurung tradisional, tersipu-sipu malu apabila dipuji kecantikkannya oleh Puan Asmah. Asnida senyum sinis. Asnida juga berpakaian sopan, nak sambut tetamu berpangkat pakaian sopan saja kalau tidak. Memang sakit mata siapa yang melihat. Mereka duduk diruang tamu, berbual mesra. Berkenal-kenalan antara satu sama lain. Layanan dari tuan rumah memang baik sekali. Elly asyik menjeling-jeling pada Asnida. Bertanyakan Faliq. Tak sabar nak jumpa Faliq. Tidak lama kemudian, muncullah Faliq menuruni anak-anak tangga. Berpakaian track suit hitam dan bertshirt saja. Menghampiri mereka dan bersalaman. Sikit pun Faliq tidak memandang Elly. Elly saja yang lebih. Berbual lebih kurang, En Kamaruddin mempelawa mereka makan malam. Sewaktu Datin Diah mahu melangkah ke meja makan, dia terpandang potret Aliaa bersama mawar merah.

" Cantiknya potret ni. Siapa yang lukis?!" Faliq senyum. Yess!! Jerat sudah terkena,katanya didalam hati.

" Faliq yang lukis.." jawab Puan Asmah bangga.

" Hmm.. Cantik sangat. Dan ni potret siapa?"

"Itu potret bakal isteri saya. Aliaa Sofea.." Jawab Faliq. Senyum. Terus berubah airmuka Elly dan Asnida.

" Potret cantik, empunya potret pun cantik juga. Bertuah badan. Bila berlangsungnya.." tanya Datin Diah lagi.

" Insha Allah masih dalam perancangan. Kalau ikutkan memang nak cepat tapi masing-masing busy kerja.." sambung Faliq. Sengaja.

"Jangan lambat-lambat, nanti diambil orang. Jangan lupa jemput kami nanti ya.." balas Datin Diah.

" Mesti.. mesti.. Datin lah tetamu istimewa saya nanti.." Faliq bergurau. Mengenyitkan mata pada Puan Asmah. Elly dan Asnida diam seribu bahasa. Menyirap darah mereka dengar. Tiada lagi senyuman gedik di wajah Elly dan Asnida. Mereka terus menuju ke meja makan. Menikmati hidangan yang lazat. Sambil makan mereka berbual lagi dan lagi. Faliq sempat menjeling pada Elly dan Asnida. Muka mereka mencuka, mesti sakit hati sendiri. Faliq senyum sinis. Buat tak tahu saja. Berjaya plan dia. Gelak dalam hati.

Suasana rumah meriah dengan perbualan mereka, gelak tawa mereka. Faliq layan mereka dengan baik sekali. Asnida mengajak Elly keluar rumah. Ada perkara nak dibincangkan konon. Mereka terus keluar halaman. Duduk di kerusi. Muka masing-masing kelat.

" You.. Plan kita hancur lah. Macam mana boleh potret Aliaa tu ada dekat situ. You ni kan..." marah Elly. Menyalahi Asnida.

" Manalah i tahu. Tiba-tiba boleh ada pula. Faliq lah tu yang letak.."

" Jadi macam ni?! Musnah harapan i. Pelamin anganku musnah tahu tak. Nak nangis lah macam ni.." Elly merengek speerti budak kecil.

" Jangan nak mengada-ngada boleh tak. I pun sakit hati. Kalau ikutkan i, nak je i campak potret tu dalam longkang tahu tak.."

" Ha.. Pergilah campak sekarang. I tengok pun sakit hati.. pergilah.." Elly mencabar Asnida.

" You jangan nak sengal boleh tak. Tak kan i nak campak depan parents you depan parents i..."

" Huhu..!! Adik you ni pun satu, kenapa asyik Aliaa.. Aliaa.. Aliaa je. Kenapa tak Elly.. Elly.. Elly kan senang.." Elly merugut sendiri. Asnida menjeling padanya.

" Apa plan you? Better you cepat hapuskan Aliaa tu. Selagi dia ada, jangan mimpilah i nak dapatkan Faliq.." tanya Elly lagi.

" Sekarang ni, i tak boleh buat apa-apa."

"Ha?? Maksud you. You tak nak hapuskan Aliaa? You nak biarkan dia dengan Faliq? Habis i macam mana youuu..!!" Asnida jeling lagi pada Elly. Geram betul dengan sikap Elly ni.

" Peliklah dia ni. You relax  sikit boleh tak. Dengarlah dulu apa i nak cakap ni... " Elly mengangguk perlahan.

" Sekarang ni, i tak boleh buat apa-apa tindakan. Sebab Faliq dah tahu semua ni kerja i. Dia ada simpan bukti.." terang Asnida.

" Bukti apa?!" Elly berkerut.

" Ingat tak malam tu. Dia ada semua rakaman, gambar kita dan gambar dua budak malam tu. Kalau kita buat sesuatu dekat Aliaa, dia akan bawa bukti ke balai."

" Alaa gambar je kut.."

" Masalahnya Faliq cam budak tu. Dan siap rakam lagi pengakuan mereka. Bila-bila masa je Faliq boleh bawa bukti-bukti tu ke balai dan kita duduklah lokap.." terang dengan jelas sekali.

" Ha?  Lokap..!! I tak nak you.. i taknak jadi banduan.."Elly berseloroh.

" Sebab tu i cakap. Kita kena stopkan semua plan kita buat masa ni. Kita kena buat baik, konon-konon berubahlah. Tapi dalam masa yang sama i akan cari plan lebih baik lagi. Tapi plan i kali ni biar i sendiri yang buat. Biar i sendiri yang hapuskan Aliaa.. " Asnida senyum sinis.

" Hmm.. Sukahati you lah. Yang i fikir sekarang, i nak Faliq. Itu je..." kata Elly. Asnida menganguk perlahan .

" Eh!! You.. Berapa lama kita nak berlakon jadi muslimah sejati." Tanya Elly .

" Tengoklah mungkin sebulan, dua, tiga bulan. Tengok pada i.." sambung Asnida lagi.

" Maknanya lepas ni, you kena baik-baik dengan Aliaa lah ye. Hehe.." perli Elly.

"Mungkin ya dan mungkin tidak.."

" Whatever lah you. I pun jadi malas lah nak tackle adik you tu. Bukan dia layan i pun. I je yang terhegeh-hegeh nak dia. Dia tetap nak Aliaa. Hmm.. kecewa lagilah jawabnya ni.. " keluh Elly.

" Relax.. terlalu awal you nak give up. Sabar okey.. Bila Aliaa dah tak ada lagi, mudah kerja kita.. " Kata Asnida perlahan. Menyejukkan hati Elly. Asnida senyum sinis.

Apa plan dia? Tiada seorang pun yang tahu. Niatnya tetap sama. Nafsu syaitan tak pernah reda. Tapi makin menjadi-jadi. Sebelum ini, segala ugutan dan ancaman, dia beri upah pada orang. Tapi plannya kali ini. Dia sendiri yag akan lakukan. Dengan tangannya sendiri. Baru dia puashati. Iya.. dia akan lakukan. Dia tak takut, biar masuk lokap janji puashati. Dendamnya semakin menebal. Semakin membara. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku