Kerana Janji
Bab 98
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
93

Bacaan






-98-
Rumah gelap gelita. Sepantas kilat Adil terus buka pintu. Meraba-raba mencari suis lampu. Kemudian terus ke dapur, membuka tudung saji. Sarapan yang dia buat pagi tadi langsung tidak bersentuh. Ini bermakna, Aliaa langsung tidak keluar dari bilik. Tanpa berlengah terus ke  bilik Aliaa. Diketuk pintu berkali-kali, memanggil- manggil adiknya. Tapi langsung tiada jawapan. Sunyi dan sepi. Serta-merta hatinya berdebar dan berdebar. Dia terus mencari kunci pendua bilik Aliaa. Disetiap kabinet, laci, rak, dibiliknya juga tiada. Hati semakin risau.

" Alamak...!! Mana pula kunci ni.." jenuh dia fikir, lupa letak mana. Runsing.

" Ya Allah..!! Kunci dekat Faliq.." Baru Adil ingat. Dia yang beri kunci pendua pada Faliq. Mundar- mandir dia jadinya. Dua hati, sama ada nak call Faliq ambil kunci atau biarkan saja hingga Aliaa keluar.

"Mungkin adik tidur kut. Tapi kalau adik tak keluar macam mana.  Kenapa dia tak jawab aku panggil. Ish!! Tak boleh jadi ni.. Aku kena call Faliq juga. Tapi..." Adil tak tenang. Sekejab duduk sekejab berdiri. Dia kembali ke depan bilik Aliaa. Diketuk lagi pintu, dipanggil lagi berkali-kali. Tiada jawapan juga. Dia cuba gegar pintu sekuat hati tapi tetap tiada jawapan dan pintu tak boleh buka.

" Adil.. buang ego kau. Call Faliq sekarang, kalau apa-apa terjadi dekat adik kau. Kau juga yang menyesal.." kata hatinya sendiri. Okey..!!  Okey..!! Okey..!!

Adil terus meraba-raba poketnya mencari handphone. Tak ada dalam poket. Pula dah. Menggaru kepala. Mana pula dia letak. Bila kecemasan macam ni semua benda jadi tak kena. Dia terus berlari ke ruang tamu, cari diatas meja, pun tiada, ditepi tv, pun tiada. Aduhai.. berlari pula ke dapur. Fuh!! Lega. Terletak cantik di sebelah tudung saji. Pantas terus menghubungi Faliq. Beberapa kali dia call, tak berjawab juga. Dia cuba lagi dan lagi. Dia melihat jam ditangannya. Mungkin Faliq ke masjid.

"Ya Allah..!! Kenapa semua tak berjawab ni. Apa kena dengan aku hari ni.." dia menarik nafas dalam. Kemudian, dia cuba pula call Aliaa. Tapi handphone off. Dia ambil keputusan, terus pergi ke rumah Faliq. Apa jadi pun jadilah. Tak ada cara lain. Mungkin hanya Faliq saja yang boleh pujuk Aliaa. Tanpa berlengah dia terus memandu laju ke rumah mama Faliq. Sepanjang perjalanan dia berdoa. Dan sepanjang perjalanan juga hatinya semakin berdebar-debar. Fikir mengenai keadaan Aliaa. Semalam dia perasan Aliaa mengambil ubat di dapur. Fuh!! Risau.. risau dan risau. Dan dalam masa yang sama, dia fikir pula mengenai Faliq. Ada atau tidak dia dirumah. Macam-macam berlegar di fikiran. Serabut.

Sampai saja di hadapan rumah Puan Asmah, Adil menarik nafas lega apabila nampak ada kereta Faliq. Dengan langkah laju dia terus menuju ke pintu utama rumah itu. Memberi salam. Kedengaran suara wanita lembut menjawab salam. Senyum Adil, sudah terlalu lama tidak mendengar suara wanita itu. Pintu dibuka, muncul Puan Asmah. Adil senyum. Agak terkejut Puan Asmah melihat Adil bercegat berdiri. Tak sangka Adil di depan matanya kini.

"Assalammualaikum makcik.. " lembut suara Adil.

"Waalaikumsalam.. Adil?!" Teka Puan Asmah. Lain sudah Adil, tidak seperti dahulu. Puan Asmah senyum, hampir menitis airmata wanitanya. Mana tidaknya, semenjak kejadian antara Adil dan Asnida dulu sehingga kini. Inilah baru dia dapat jumpa Adil.

" Iya makcik. Adil ni. Makcik sihat..?!" Tanya Adil lagi.

"Alhamdulilah sihat. Hmm.. masuklah. Aliq ada tu tengok tv. Jom masuk.." Puan Asmah mempelawa Adil masuk. Mereka melangkah ke ruang tamu. Faliq sedang leka baring menonton tv seorang diri. Tak perasan kehadiran Adil. Adil senyum.

" Alang.. ada orang nak jumpa?!" Terus saja Faliq bangun dan menoleh ke arah Puan Asmah. Terkedu sekejab.

"Eh!! Adil.. " Senyum lebar Faliq.

" Kenapa ni bro. Apasal kusut je ni. Mana Aliaa?!" Muka Faliq terus berubah melihat Adil.

"Bro.. aku minta maaf sangat-sangat dekat kau. Aku tak ada niat pun pisahkan kau dengan adik aku tapi aku terpaksa bro. Aku terpaksa.." Adil berseloroh. Rasa sangat bersalah pada Faliq. Hati Faliq terus tak sedap. Puan Asmah melihat gelagat mereka.

"Okey.. Okey..!! Tapi apa sebenarnya yang berlaku ni. Aliaa mana Aliaa?!" Faliq masih mengajukan soalan yang sama.

" Kau ada kunci rumah,ada kunci bilik Aliaa kan.." tanya Adil. Faliq angguk..

" Macam ni bro. Semalam petang, aku bertengkar sikit dengan dia. Sejak semalam sampai sekarang dia langsung tak keluar. Aku perasan dia ambil ubat kat dapur. Aku panggil, aku ketuk pintu sekuat hati tapi tak ada respon beb. Aku try nak pecahkan pintu tapi tak boleh pula. Aku call kau banyak kali, tak dapat. Tak ada pilihan, aku terus datang sini. Mujur kau ada.." terang Adil. Wajah penuh kerisauan.

"Allahuakhbar..!!" Faliq menyapu muka dengan tangan.

" Aku nak minta tolong kau ni, aku tahu kau boleh pujuk Aliaa. Please bro.. please..!!" Adil merayu.

"Tunggu kejab, aku ambil kunci.. " Faliq terus berlari naik keatas. Kunci rumah Adil dan kunci bilik Aliaa ada bersama kunci keretanya. Lalu dengan pantas terus berlari turun semula ke bawah.

" Mama.. Alang pergi dulu.." Faliq terus keluar. Diikuti Adil. Adil terus memandu laju balik ke rumahnya. Sepanjang perjalanan, Adil menceritakan segala apa yang sudah berlaku pada Aliaa mengenai ugutan itu, tiada sikit pun disembunyikan lagi. Faliq juga menceritakan segalanya mengenai Asnida. Dalam keadaan kecemasan begini, dapat juga mereka berbincang. Barulah mereka tahu. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah.

Sampai dirumah, tanpa mematikan enjin kereta mereka berdua terus masuk ke dalam rumah. Faliq mengetuk pintu.

" Aliaa.. saya ni.. Buka pintu ni.." Pun tiada jawapan. Tanpa berlengah Faliq terus mengeluarkan kunci dari poketnya dan membuka kunci. Pintu dikuak.

"Ya Allah..!! " Bagai nak gugur jantung Adil. Faliq terpaku. Adil terus mendapatkan Aliaa yang terbaring di tikar sejadah. Dengan kain telekung masih bersarung di tubuh. Wajah pucat lesu. Dipangku Aliaa, ditepuk-tepuk pipinya. Digoyang-goyang badannya. Tiada respon. Panas sangat badannya. Mereka berpandangan sesama.

"Adik... bangun dik." berkali-kali Adil kejutkan Aliaa. Tanpa sedar airmata menitis, Faliq tak sanggup tengok. Adil betul-betul rasa bersalah dan rasa menyesal sangat. Andai apa-apa terjadi pada adiknya, pasti dia akan menyesal seumur hidup dan takkan maafkan dirinya sendiri.

"Sabar Dil.. Kita bawa dia pergi hospital ya.. " pujuk Faliq. Hampir saja airmata jantan Faliq gugur tapi dikawal.

" Aduh!! Sakitnya otak ni.. "Tiba-tiba Aliaa bersuara. Mata mereka terus tertumpu pada wajah pucat Aliaa. Aliaa memicit-micit kepalanya. Perlahan-lahan Aliaa membuka mata. Berkerut dahi menahan sakit kepala.

" Eh! Abang.. Abang dah balik ke?!" Tanya Aliaa lagi. Kuatkan badan bangun dan duduk bersandar dikatil.

" Apa dah jadi ni dik. Adik okey ke tak ni?!" Tanya Adil.

" Jadi apa pula.." Aliaa masih memicit-micit kepala diselang-seli batuk yang agak kuat.

" Habis abang kejut adik, adik tak bangun. Faliq kejut.. Ya Allah.. abang dah rasa macam..." Adil menarik nafas panjang.

" Mana Faliq?!" Aliaa terus menoleh pada Faliq. Senyum. Sempat pula dia. Siap buat isyarat peace lagi.

" Kenapa? Abang ingat adik mati dah ke?! Adik hidup lagilah. Cuma demam je dari semalam, batuk. Tu nampak tu, habis satu botol ubat batuk adik minum, tu yang tidur tak ingat dunia.. Adik pun tak ingat, dari jam berapa adik tertidur.." jawab Aliaa jujur. Mamai jadinya.

" Sebotol tu adik minum?! Astagfirullah Al Azim.. Patutlah nak pecah pintu pun tak sedar. Adik.. Adik...!!" Adil ketuk dahi. Pandang pada Faliq dan dua-dua gelak besar. Aliaa berkerut. Pelik.

" Kenapa gelak. Apa yang lawak. Orang tak sihat macam ni boleh  pula gelak.. Entah apa-apa tah.." Memuncungkan mulut. Mereka masih gelak.

" Ya Allah... Adik tahu tak? Abang cuak sangat, risau, semua ada. Abang ketuk pintu, panggil adik tak ada respon. Abang dah buntu sangat. Cari kunci pendua tak jumpa, baru ingat kunci dekat Faliq. Abang pergi rumah Faliq ambil dia, rupanya adik tidur tak sedar. Aduhai.. Kau tengok Liq, bertuah tak adik aku ni.."  terang Adil.

" Laa iyeke. Sorry abang.. Dari semalam adik demam, ni pegang dahi ni, panas kan.." Memang panas dahi Aliaa.


" Lain kali tak payah nak merajuk sangat, merajuk sampai demam macam ni. Kalau apa-apa terjadi kan susah. Ini pun kami dah macam.. Aduhai.. tak tahu nak cakap apa tau.." Faliq pula bersuara. Mereka hanya mampu gelak dan gelak je.

" Mana ada merajuk." Aliaa membalas.

" Tak merajuk apa macam tu. Suruh makan tak nak, panggil tak sahut. Berkurung je dalam bilik. Macam mana kalau dah kahwin kang dik.. Pening Faliq nak layan karenah ni.." Adil mengusik. Faliq gelak lagi.

" Alaa bukan selalu merajuk pun. Kadang-kadang je. Abang tu cari pasal.." Aliaa buat muka.

" Adik.. Adik.. Hmm.. Dah, bersiap cepat. Jom pergi hospital.." Adil menggeleng kepala. Faliq memerhati saja. Senyum.

" Ha?? Taknak lah. Nanti adik makan panadol, tidur esok bangun baik dah.." Alasan diberi.

" Jangan bagi alasan. Tadi kata sakit otak kan.. Cepat siap, abang duk sebelah ni pun bahang dah.. Abang dan Faliq tunggu kat luar.." Arah abang. Terus bangun dan melangkah keluar.

" Haii sayang.. Rindu saya tak?!" Kata Faliq. Happy.

" Eeee... Sempat pula dia.." Aliaa mencebik muka. Faliq gelak besar dan terus keluar. Bahagianya dia dapat jumpa Aliaa. Happy sangat. Dia kembali tersenyum.

Segalanya berlaku dengan pantas. Perkara yang Faliq sendiri tak sangka berlaku. Memang sangat cemas kejadian tadi. Andailah sesuatu perkara berlaku pada Aliaa seperti tadi, tak dapat dibayangkan. Mujurlah segalanya baik-baik saja. Boleh pula Aliaa tertidur lena. Adil dan Faliq punyalah cemas. Allah lebih mengetahui segalanya. Ada hikmah semua. Dan Faliq sangat bersyukur dalam keadaan cemas, dia dapat berbincang. Alhamdulilah Adil memahami dan menerima semuanya. Faliq bersyukur pada Allah. Dan sangat bersyukur dapat melihat senyuman dan bersama dengan si teman sehati sejiwanya. Terima kasih Ya Allah..!!



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku