Kerana Janji
Bab 99
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
104

Bacaan






Akhirnya tewas juga. Aliaa terpaksa dimasukkan dalam wad. Keadaan badan yang lemah, perut yang tak sihat, baru dia cerita tentang kesihatannya pada doktor. Nak tak nak kena juga berkampung di hospital.  Asyik mengelak saja kalau diajak buat check up tapi kali ini tak ada pilihan. Mengalahkan budak kecil. Itu pun, macam-macam alasan diberi. Tapi disebabkan dah tak larat, jadi ikut sajalah. Kena cucuk, masuk air, ambil darah, kena xray dan blah.. blah.. blah. Itu yang Aliaa taknak. Tapi apa boleh buat, siapa suruh taknak jaga kesihatan. Redha sajalah.

" Dahlah adik rehat ya. Esok pagi abang datang.. Abang balik dulu.. " Aliaa mengangguk perlahan. Tak larat sangat badannya, tak ada tenaga. Sejak semalam langsung tak makan. Disuruh makan pun taknak. Tak ada selera katanya. Adil mencium dahi Aliaa, terasa bahang dahinya. Lalu terus melangkah keluar wad. Tinggal Faliq dan Aliaa. Sengaja Adil memberi peluang mereka sebentar.

"Akhirnya, si singa garang tewas juga masuk perangkap hospital.." Faliq senyum dan duduk di kerusi ditepi katil Aliaa. Menghadap wajah pucat Aliaa.

" Eeeee. Jahat kan.." Aliaa mencebik. Faliq gelak kecil. Menyakat.

" Saya balik dulu ya, esok saya datang lagi. Tidur lena-lena, jangan buat macam tadi lagi sudah.." kata Faliq lagi.

" Ni kan hospital, mana boleh makan ubat suka-suka.." jawab Aliaa.

"Bagus jugalah awak masuk wad ni, ada juga orang pantau. Ni habis sebotol ubat batuk diminum, bahaya tau tak Cik Aliaa oiii..." Faliq mengeluh kecil.

" Habis tu.. Dah tak larat dah, telan je lah.."

" Hmm.. Jangan buat lagi. Risau saya tau, macam mana kalau terjadi sesuatu dekat awak, tak dapat nak bayangkan tau.." tepat mata Faliq pandang Aliaa. Aliaa senyum. Sungguh terharu.

" Terima kasih Faliq.."

" Okeylah. Saya balik dulu.. Hmm.. tadi abang awak dah cium dahi awak, ni nak saya cium dekat mana ni?!" Sempat lagi bergurau.

" Ish!!! Nak penumbuk nak.." Berkerut Aliaa. Menjeling manja. Lalu senyum. Faliq gelak kuat.

" Hahahahahaa.. Okeylah.. Bye sayang..!!" Mengenyitkan mata pada Aliaa. Lama dah tak menyakat Aliaa. Dia melangkah meninggalkan bilik itu. Tinggallah Aliaa seorang diri.

Faliq mencari Adil di tempat menunggu. Tapi susuk tubuh Adil tidak kelihatan. Terus keluar ke lobi. Senyum melihat Adil sedang duduk termenung. Sendirian. Menghampiri Adil.

" Apa yang kau menungkan ni?!" Tegur Faliq dan duduk disebelah Adil. Adil senyum tawar.

" Entahlah Liq. Aku rasa bersalah sangat pada adik aku. Pada kau. Sebab aku, dia diugut, dicederakan macam tu. Ya Allah.. aku rasa aku abang yang bertanggungjawab, rasa tak berguna.." Adil meluah.

" Tak ada manusia yang tak melakukan kesilapan. Kita ni tak sempurna. Jangan fikir macam tu. Kau buat semua ni semata-mata untuk adik kau. Aku tak salahkan kau pun Dil. Aku minta maaf bagi pihak Asnida. Aku, mama dan papa malu sangat dengan kau.. "

" Tak apalah. Ada hikmah semua ni. Terima kasih Liq. Terima kasih sebab kau sayang adik aku. Kuat betul kasih sayang kau ni, .." Adil senyum.

" Aku yang patut berterima kasih dekat kau tau. Percaya dekat aku. Terima aku yang banyak kekurangan ni.." Faliq merendah diri.

" Hahahaha.. Apapun, aku minta maaf.." kata Adil lagi.

" Dahlah. Benda dah berlaku. Cuma pasal Asnida tu, aku, mama dan papa serah semua dekat kau. Buatlah report. Yang salah tetap salah.." cadang Faliq.

" Aku tak fikir tu semua sekarang. Yang aku fikir Aliaa je. Kesihatan dia. Selagi dia tak sihat seperti biasa selagi tu bro aku tak tenang. Minggu depan aku nak pergi dah. Tu yang berat hati nak tinggalkan dia.."

" Insha Allah. Aku ada. Tapi kalau kau nak aku hantar meminang untuk halalkan, anytime bro. Tu memang kau takkan risau sampai bila-bilalah bro.. " Penuh keyakinan Faliq. Senyum lebar.

" Hahahaa.. itu kena tanya tuan badan. Aku tak berani cakap.." Adil gelak.

" Jom.. lewat dah ni. Risau pula mama kau nanti.." Faliq mengangguk. Kembali berseri wajahnya. Mereka berdua terus ke kereta. Bersyukur dengan apa yang sudah berlaku. Persahabatan mereka kembali pulih, dan yang penting perhubungan Faliq dan Aliaa masih diterima Adil. Lega Faliq. 


Tidak sabar Faliq mahu sampai rumah. Tidak sabar mahu kongsi cerita bahagia ini bersama mamanya. Sudah hampir jam 12.00 tengahmalam. Jalan pun sudah lengang, lancar perjalanan mereka. Sampai di depan rumah Faliq. Adil memberhentikan kereta.

" Bro... Sorrylah, menyusahkan kau je.."

" Ish!! Kau ni macam tak biasa je menyusahkan aku. Hahahahaa.." Faliq bergurau. Dua-dua gelak.

" Okeylah.. Jumpa esok. Kirim salam mama papa kau ek. Maaflah tak sempat nak berbual dengan dia tadi. Kelam-kabut.."

" Tak apa. Mama faham tu. Okey.. Hati-hati. Kalau ada apa-apa info cepat-cepat tau.. " Adil mengangguk. Lalu terus memandu laju.

Dengan senyuman, Faliq terus masuk ke dalam rumah. Lampu masih terang. Faliq membuka pintu dan terus masuk kemudian terus ke dapur pula. Mahu minum, dahaga pula tekaknya. Gelas kaca diambil dan menuang air suam lalu meneguknya habis. Gelas kaca dicuci dan diletakkan ditempat pengering. Lampu dapur dipadamkan dan berjalan pula ke ruang tamu. Tiada siapa, terus naik ke atas. Pintu bilik dikuak, lalu ditutup semula. Dia duduk di katil.

Tok.. Tok..!!

Pintu bilik diketuk, lantas dia terus bangun dan membuka pintu. Puan Asmah tercegat di depan pintu. Faliq senyum.

" Mama tak tidur lagi? Masuk ma.." pelawa Faliq.  Diberikan kerusi pada Puan Asmah.

" Mama tunggu Alang. Aliaa macam mana? Dia okey ke tak?" Faliq senyum dan gelak kecil. Puan Asmah berkerut pelik memandang anak bujangnya itu.

" Kenapa gelak pula ni. Aliaa macam mana?" Tanya Puan Asmah lagi. Faliq tepat pandang wajah Puan Asmah.

" Aliaa okey.." jawabnya ringkas.

" Okey macam mana Alang. Cuba cerita.." Tak sabar Puan Asmah nak tahu. Faliq menceritakan semua yang berlaku. Dari pertengkaran kecil antara Adil dan Aliaa sampailah dimasukkan ke wad. Puan Asmah mengangguk-angguk.

"Aliaa sakit apa sebenarnya?!" Tanya Puan Asmah.

"Dia cakap gastrik je ma. Tapi tak tahulah."

" Tak bawa pergi check ke sebelum ni?!"

" Mama.. bakal menantu mama tu degil. Ada je alasan kalau nak disuruh pergi hospital. Paling-paling pun, kalau ubat gastrik dah habis dia pergi klinik, check lebih kurang dan ambil ubat. Itu je.." Faliq mengadu.

" Ish!! Tak boleh macam tu. Sakit dalam perut tak boleh biarkan. Kadang memang rasa gastrik tapi sebenarnya sakit lain. Bahaya tu Alang.." kata Puan Asmah lagi.

" Itulah ma. Teruk kali ni dia sakit. Dari petang semalam menahan sakit sampai ke malam. Makan tak minum tak. Bawa ke malam lagi. Tenaga tak ada. Bila badan tak kuat tahan sakit sampai demam panas, dengan batuk. Tu yang habis satu botol ubat diminumnya. Ya Allah ma.. hanya tuhan je yang tahu macam mana perasaan Alang tengok dia tadi.." cerita Faliq lagi.

" Kasihannya dia. Bawalah dia kesini, duduk sini. Biarlah mama jaga dia. Terubat juga rindu mama dekat arwah.." Sayu muka Puan Asmah. Faliq senyum. Memahami perasaan mamanya. Iya, dia tahu, mamanya rindu pada arwah adiknya.

" Kalau boleh. Memang dah lama nak dia duduk sini. Senang sikit Alang, boleh tengok dia tiap hari. Buka mata tengok dia, nak tidur tengok dia. Hehehe.. " Faliq bergurau.

" Amboiii.. anak mama ni. Kalau macam tu, hantar meminang jelah, bincang baik-baik dengan Adil. Korang pun dah okey kan.." PuanAsmah memberi cadangan.

" Hahahaa.. Sekarang ni belum kut ma, Aliaa pun tengah sakit, Adil pula nak pergi Sudan minggu depan. Insha Allah, kalau semuanya dah okey, dah kembali pulih , Alang memang nak bincang dengan Adil nak jumpa Pak Long dan Mak Long sekali.."  Faliq gelak. Macam faham pula Puan Asmah apa yang Faliq sedang fikirkan perkara yang sama.

" Baguslah macam tu Alang. Mama dan Papa sentiasa akan doakan moga segalanya dipermudahkan.. " Puan Asmah memberi senyuman pada Faliq.

Tanpa mereka sedar, ada seseorang sedang mendengar perbualan mereka. Di intai dari celah-celah pintu. Siapa lagi kalau bukan Asnida. Yang baru pulang ke rumah. Nafasnya turun naik menahan marah apabila mendengar perbualan mereka.

" Dah okey??  Meminang?? Tak boleh jadi ni. Makin aku ugut makin mereka okey?  Adil tak takut ke nyawa Aliaa hilang. Ish!! Macam tak percaya je.." kata Asnida perlahan.

Terus sahaja dia masuk ke dalam biliknya. Pintu dibuka perlahan-lahan dan menutupnya perlahan juga. Takut sampai Puan Asmah dan Faliq dengar. Handbag di campakkan di atas katil. Berdengus sendiri. Geram, sakit hati tak sudah.

" Macam mana Adil boleh okey dengan Alang?? Kalau mereka okey, confirm lah Aliaa dan Faliq masih bersama. Sampai mama nak meminang pula.. Aduh!!! Aku kena cari idea. Aku kena buat sesuatu, tapi sekarang ni aku tak boleh buat apa-apa. Kalau Alang tahu aku buat hal lagi. Confirm aku masuk lokap. Tak apa.. aku akan cari idea lebih baik lagi. Dan aku akan pastikan, tak ada siapa tahu aku yang lakukan. Hahahahaa.. Ini Ash lah, tak pernah tak berjaya.." Asnida gelak dan gelak. Dia sangat yakin. Terbakar hatinya bila tahu Faliq sudah berbaik dengan Adil dan Aliaa. Idea sentiasa ada. Asnida takkan putus asa. Dia tetap akan lakukan hingga Aliaa terhapus. Dendam semakin membara. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku