Kerana Janji
Bab 100
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
183

Bacaan






Faliq bersiap mahu ke hospital melawat Aliaa. Tak sabar mahu jumpa teman sehati sejiwanya. Tidurnya tidak lena malam tadi, risau keadaan Aliaa. Nak hubungi Aliaa tapi handphone Aliaa tertinggal di rumah. Tak tahu apa perkembangan  Aliaa. Seawal jam 7.10pagi dia sudah siap mahu turun ke dapur. Malam tadi Puan Asmah pesan, sebelum pergi hospital bawakan sekali bekalan makanan untuk Aliaa. Biar Aliaa makan. Risau juga Puan Asmah pada Aliaa. Bertuahlah badan.

Dari tangga Faliq sudah bau keenakkan nasi lemak. Jadi lapar perutnya. Dah lama tak makan nasi lemak air tangan mamanya. Tersenyum dia.

"Sedapnya bau.. Jadi lapar terus Alang ni ma."

"Makanlah sikit, nanti sampai hospital makan dengan Aliaa pula. Ni bawa ya.." Puan Asmah berikan beg kertas berisi nasi lemak untuk Aliaa.

" Alang makan dengan Aliaa jelah ye.."

" Iyalah.."

Tut.. tuttt... Handphone berbunyi, nombor Adil di skrin. Cepat-cepat dia jawab.

"Assalammualaikum Liq. Kau dah ke hospital ke?" Suara Adil perlahan di talian.

" Waalaikumsalam.. Aku baru nak gerak ni.."

" Hospital baru call aku. Aliaa nak kena jalani pembedahan beb.." kata Adil. Sayu suara.

"Ha?? Pembedahan apa bro. Kenapa kena jalani pembedahan pula ni?" Terkejut Faliq.

" Apendiks tahap kritikal. Doktor cakap apendiks dah pecah dalam perut.." jelas Adil.

" Ya Allah..!! Habis Aliaa macam mana sekarang? Bila pembedahan tu.." Faliq sangat terkejut.

" Katanya tengahari. Hmm.. ni aku nak minta tolong kau tengokkan dia dulu, aku ada kerja sikit ni, dalam tengahari kut aku ke hospital.."

" Baiklah. Ni aku nak gerak dah. Apa-apa aku info nanti.." kata Faliq.

" Oraite!! Thanks bro.."

" Okey bye..!!" Faliq termenung sebentar. Tak sangka pula seteruk itu Aliaa sakit. Sedih hatinya.

"Kenapa Alang?" Tanya Puan Asmah.

" Aliaa nak kena jalani pembedahan ma. Doktor sahkan dia kena apendiks tahap kritikal.  Apendiks dah pecah dalam perut.." terang Faliq perlahan.

"Allahuakhbar.. Kasihannya. Tak satu persatu dugaan untuk Aliaa. Ya Allah..!! Sedih mama dengar. Sabarlah banyak-banyak Alang. Alang kena bagi semangat dekat dia, jangan bagi dia susah hati.." nasihat Puan Asmah. Ditepuk bahu anak bujangnya.

" Alang tak sanggup tengok dia sakit ma. Tengok dia sedih pun Alang tak sampai hati.." tiba-tiba hati dan perasaan Faliq sensitif sangat. Macam mana dia nak berhadapan dengan Aliaa nanti. Dengan muka Aliaa yang pucat, wajah yang suram, senyuman yang diukir pun kerana terpaksa semata-mata mahu menyembunyikan kesakitannya.

" Mama faham perasaan Alang. Alang dan Adil kekuatan dia. Jadi, jangan lemah bila didepan Aliaa. Walaupun sedih tapi jangan tunjuk depan dia. Boleh??!" Nasihat demi nasihat Puan Asmah berikan. Faliq senyum.

"Dahlah. Pergilah tengok dia. Dia perlukan semangat dan teman. Bawa nasi lemak tu, kalau dia boleh makan, bagi dia makan sikit ya.. Nanti tengahari, kalau tak ada halangan mama dan papa lawat Aliaa nanti.." Faliq senyum dan terus melangkah. Puan Asmah menggeleng melihat Faliq. Senyum. Sayang benar Faliq pada Aliaa. Lalu meneruskan kerjanya.

Hari minggu, pagi-pagi seperti ini. Jalan masih lengang. Tak banyak kenderaan. Perjalanannya ke hospital pun lancar sahaja. Allah permudahan segalanya. Setelah parking kereta, dia pun berjalan mencari wad surgeri dimana Aliaa sudah dipindahkan ke wad tersebut sebelum menjalani pembedahan. Faliq bertanya pada nurse yang bertugas. Sampai di pintu wad, perlahan-lahan dia membuka pintu. Aliaa sedang leka menonton tv, menoleh ke arah Faliq. Mengukir senyuman.

" Assalammualaikum.." Menghampiri Aliaa.

" Waalaikumsalam.. Cepatnya sampai?!" Tanya Aliaa.

"Kalau boleh, sebelum subuh saya nak datang tau. Awak macam mana? Okey tak?!"

" Saya sentiasa okey je. Tengok ni, still boleh cakap,boleh senyum, boleh gelak. Hahahaa.. okey kan!!" Bergurau.

"Iyalah.. Ha ni, mama saya ada buatkan nasi lemak special untuk awak..." Faliq mengeluarkan tupperware dari dalam beg kertas, tupperware dibuka. Bau nasi lemak menusuk ke hidung.

" Iya ke?! Baiknya mama awak.. Wah!! Sedapnya bau.."

" Mestilah, tengok anak dia, baik, hensem, bijak..."

" Eeeee ada lagi keperasanan dia ek. Ingat dah hilang dah.." Faliq gelak. Aliaa senyum. Lama dah tak dengar gelak tawa kuat Faliq. Terhibur hatinya. Segala sakit hilang sementara. Cuba untuk menyembunyikan rasa sakit, walaupun perut macam nak meletup. Mereka menikmati kelazatan nasi lemak air tangan Puan Asmah. Aliaa hanya dapat memakan sesuap dua sahaja nasi lemak itu. Itupun terpaksa. Tiada selera mahu makan dan minum. Sambil makan sambil berbual, bergurau. Bahagia rasa. Tapi gelak tawa Aliaa tidak seperti biasa, suram dan sayu saja. Almaklumlah tengah tak sihat, cuba kalau sihat, memang tak berhenti mulut.

Tiba-tiba Aliaa terdiam, mengetap bibir, memejamkan mata serapatnya, berkerut dahi. Menundukkan kepala. Datang semula sakitnya. Sampai merah muka menahan sakit.

" Aliaa.. Allahuakhbar.. Okey tak ni?! " Aliaa mengangguk perlahan dan senyum paksa. Dalam keadaan sakit pun masih senyum. Faliq cuak. Aliaa kembali baring. Memenjamkan mata. Menahan kesakitan yang amat sangat sampai airmata jernih keluar. Faliq merenung setiap genab wajah Aliaa, sangat simpati. Dia juga seperti rasa kesakitan yang dialami Aliaa. Jika boleh,mahu saja dia yang hadapi kesakitan itu. Tak sanggup melihat Aliaa menahan sakit seperti ini. Aliaa terus membisu. Tiada lagi suara, tiada lagi gurau senda, tiada lagi gelak tawa hanya yang ada senyum dalam kesakitan. Peritnya menahan sakit hanya Aliaa saja yang tahu. Melihatkan keadaan Aliaa begitu, tanpa sedar airmata jantannya pun turut menitis. Cepat-cepat dikesat airmata itu. Teringat pesan si ibu, jangan tunjuk lemah depan Aliaa. Faliq buntu. Tak sanggup tengok Aliaa terus begitu, dia terus menekan butang kecemasan di kepala katil. Serta-merta seorang nurse masuk dengan pantas sekali. Aliaa diberi rawatan dan diberi suntikan ubat tahan sakit. Faliq hanya memerhati.

" Nurse.. bila pembedahan dijalankan?!" Tanya Faliq sebaik sahaja nurse selesai memberi rawatan pada Aliaa.

" Insha Allah kalau tak ada apa- apa tengahari nanti.." jelas nurse.

" Terima kasih.." Faliq senyum. Dan kembali di kerusi. Menghadap Aliaa. Aliaa membuka mata. Mengukir senyuman.

" Awak.. Saya tak pernah pakai cincin tau, cincin yang awak beri nilah pertama kali saya pakai. Jadi, sebelum saya masuk bilik bedah tu, saya nak awak simpan baik-baik cincin ni. Kalau panjang umur saya, nanti awak sarungkan semula kalau umur saya tak panjang. Awak simpanlah dan sarungkan pada yag layak.." Aliaa senyum. Terkejut Faliq dengar luahan itu.

" Aliaa.. kenapa cakap macam ni ni. Tak baik lah. Awak nak tinggalkan saya lagi ek. Dah tak sayang saya ek.."

" Hahahaa.. Bukanlah. Manalah tahu ajal saya. So, sempatlah saya wasiatkan ni kat awak.." Aliaa gelak kecil.

" Tak ada maknanya wasiat-wasiat bagai. Dah sudah, jangan nak merepek yang bukan-bukan. Cincin ni saya akan pegang. Saya juga nanti yang sarungkan dekat jari awak semula, okey!!" Aliaa senyum.

" Masih sakit lagi?" Tanya Faliq. Aliaa mengangguk tapi masih senyum.

" Awak tidur dulu. Rehat secukupnya. Saya tahu awak penat tahan sakit. Jadi, tidurlah permaisuriku.." Faliq membantu Aliaa menarik kain selimut hingga ke atas perutnya. Aliaa hanya mengangguk dan senyum. Rasa sangat bahagia walaupun dalam keadaan sakit. Aliaa memejamkan mata. Faliq duduk di sofa, menonton tv. Dipandang sekeliling bilik itu, boleh tahan selesa. Sudah seperti hotel, semua lengkap.

Tut..tutt.. Handphone Faliq berbunyi. Panggilan dari Asnida. Berkerut dia sendiri. Pelik. Kenapa pagi-pagi dia call, katanya sendiri.

" Alang dekat mana?" Terus Asnida bertanya belum sempat Faliq memberi salam.

"Kenapa?!" Jawwb Faliq malas.

" Angah nak pinjam kereta. Kereta Angah problem ni.."

" Alang ada hal. Angah pinjamlah kereta papa, papa tak kerja kan hari ni.."

" Angah malaslah nak pinjam kereta papa, cepatlah, Angah dah lambat ni.."

"Sorry lah Angah. Alang memang tak dapat tolong, maaf ya.." kata Faliq

" Alang.. Please lah Alang. Angah emergency ni.."

" Sorry Angah. Ada perkara lebih penting lagi yang Alang kena uruskan. Angah mintalah tolong BFF Angah tu. Okey lah Angah..
Assalammualaikum.."


Terus sahaja Faliq mematikan talian. Hmm.. mengeluh kecil. Faliq tahu, Asnida ni sengaja. Entah apalah plan dia selepas ini. Tidak pernah dia bangun seawal ini. Faliq dapat rasakan sesuatu. Kereta dia elok saja, baru di service kelmarin. Mana mungkin tiba-tiba rosak. Mesti dia sengaja supaya Faliq terus balik ke rumah dan tidak menemani Aliaa. Faham sangat dia dengan perangai kakaknya itu. Tak habis-habis lagi buat hal. Langsung tak takut masuk lokap.

Faliq risau keadaan Aliaa. Takut ditinggalkan seorang diri didalam wad. Takut Asnida datang atau orang upahan dia datang ganggu dan buat hal. Tiba-tiba dia terfikirkan itu. Tak mustahil. Jika Aliaa sudah sihat, dia tidak risau sangat sebab dia tahu Aliaa akan melawan tapi sekarang ni keadaan Aliaa memang tenat. Tak terdaya andai mahu melawan pun. Dia mengangukkan kepala dapat idea. Biar dia saja yang jaga Aliaa 24jam. Biar dia sendiri yang pantau keadaan Aliaa. Dia tak akan biarkan Aliaa sendirian. Dia mahu bincang dengan Adil nanti. Boleh gilir-gilir jaga Aliaa. Yang pasti tidak biarkan Aliaa sendirian. Lagi mudah kerja Asnida nanti jika Aliaa sendirian. Macam-macam dia boleh buat. Ish!! Sakitnya hati Faliq bila teringat perbuatan Asnida pada Aliaa. Mahu saja dia sendiri yang buat report polis keatas Asnida. Biar masuk lokap, biar dihukum atas perbuatannya yang sangat melampau. Dengan cara itu mungkin boleh buat Asnida sedar dan serik. Tak apa, dia akan bincang semula dengan Adil dan ibubapanya. Cuma sekarang ni, dia menghormati keputusan Adil untuk tidak campur adukkan kes ugutan dengan keadaan Aliaa sekarang. Adil taknak stress. Selepas Aliaa sembuh seperti sediakala. Barulah Adil akan fikirkan.

Faliq meletakkan kepala disofa. Matanya pula naik mengantuk. Jam didinding sudah menunjukkan 9.40pagi. Masih awal lagi. Dia memejamkan mata, dapat lelapkan mata sekejab pun jadilah. Lagipun bosan tidak buat apa-apa. Akhirnya, terlena didalam mimpi Aliaa..



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku