Kerana Janji
Bab 101
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
96

Bacaan






Tepat jam12.20 tengahari tadi, Aliaa dimasukkan ke dalam bilik bedah. Hati Faliq pula yang berdebar-debar. Tak senang duduk, tak tenang, mundar-mandir, kejab duduk kejab berdiri. Risau yang teramat. Sudah hampir dua jam tapi masih tak selesai lagi. Menurut doktor pembedahan cuma memakan masa sejam sahaja. Nak bertanya pun tidak tahu mahu bertanya pada siapa. Tiada seorang nurse pun yang keluar. Mahu saja dia terjah masuk ke dalam bilik bedah itu. Tapi lain pula jadinya nanti. Relax.. sabar.. Cool Faliq, bisiknya sendiri.

Sedang berkhayal sendiri, muncul Adil dalam keadaan kelam-kabut. Terus menghampiri Faliq yang sedang duduk.

" Macam mana Liq. Belum keluar lagi ke?!" Tanyanya ingin tahu.

"Belum. Dua jam dah ni, aku pun risau dah ni.." jawab Faliq.

" Tapi semua okey kan.."

"Tak tahu bro. Seorang pun tak keluar, aku nak tanya pun tak ada nurse.." jelas Faliq lagi.

" Harap semua okey lah. Kau dah makan?!"

" Belum. Tak ada selera lah bro.." Adil senyum. Dah agak dah.

" Pergilah makan. Kang kau pula yang duduk dalam wad.." kata Adil.

"Relax lah bro. Settle je pembedahan Aliaa, aku makanlah.." Adil menggeleng perlahan.

" Eh!! Wan ada datang tak?!" Tanya Adil lagi.

" Tak ada pun. Dia nak datang ke?!"

" Yup.. dia call kata nak datang. Belum sampai kut.."

Sedang berbual, pintu bilik pembedahan dibuka. Seorang doktor wanita berkacamata keluar dengan senyuman apabila melihat mereka. Terus sahaja Adil dan Faliq bangun dan menghampiri doktor muda itu.

" Doktor.. Macam mana adik saya?!" Terus Adil bertanyakan mengenai Aliaa. Tak sabar tunggu jawapan. Doktor senyum.

" Alhamdulilah dia okey, cuma ada jangkitan sikit pada abdomen dan usus tadi tapi semuanya dah okey. Tu yang lambat sikit..." terang doktor, peramah.

" Alhamdulilah.. Syukur..!!" Lega mereka.

" Sekejab lagi kami bawa dia ke wad, tapi dia belum sedar. Insha Allah sekejab lagi sedarlah tu.." sambung doktor lagi.

" Baiklah. Terima kasih doktor.." Kata Adil.

" Sama-sama. Saya minta diri dulu.." Mereka mengangguk perlahan. Doktor terus berlalu pergi. Adil masih memandang Doktor muda itu hingga hilang dari pandangan. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya pada Doktor itu. Tersenyum lebar. Faliq perasan gelagat Adil. Tersengeh.

" Oii.. oii.. Amboi.. Kaku terus tengok Doktor tu.. Hahahaa.." Mereka gelak. Tersipu malu Adil.

" Bro.. sweet pula aku tengok Doktor tu. Apa nama dia ek..!"

" Dah agak dah.. Hahahaa.. Entah lah beb, aku pun tak tahu.. Apasal kau tak tanya tadi, pergi lah tanya.." Cadang Faliq.

"Ish!! Kau gila. Relax.. Relax dulu. Dia ke yang rawat Aliaa?!" Tanya Adil lagi.

" Tu aku tak pasti, dari pagi tadi aku dengan Aliaa, tak ada pula dia muncul. Nurse adalah.." terang Faliq lagi.

"Harap-harap dialah yang rawat Aliaa. Kut-kut rezeki kan. Hahaha.." Adil gelak.

" Lagi dasyat kau ek! Sekali nampak terus tertusuk dalam hati. Hahahaa..!!" Perli Faliq.

" Alaa bro. Kau apa kurangnya. Sama juga kut masa jumpa Aliaa. Betul tak? Jangan tipu aku ekk!!.. Hahahaa..." 

" Hahaha.. Nak buat macam mana kan. Orang kata cinta pandang pertama kan.. Hahaha.." Gelak dan gelak.

" Kan.."

" Siasat dulu bro, kut-kut milik orang ke. Kecewa pula sahabat aku ni kang..." perli Faliq lagi.

" Hahahaa.." gelak lagi. Lama dah tak bergurau seperti itu. Hati pun masing-masing dah tenang. Tak risau seperti tadi. Happy sangat mereka.

" Okeylah bro. Kau tunggu ek. Aku nak solat jab. Lega dah hati ni.."

" Okey.. Pergilah..  Doakan untuk Aliaa dan doakan untuk aku dengan doktor tu ekk..!!"gurau.

" Amboiii.!! hahaha.." Faliq terus melangkah menuju ke surau. Bernyanyi-nyanyi kecil. Baru lega hatinya. Senyum lebar hingga ke telinga. Tadi punyalah risau, nak buat apa semua tak kena, selepas selesai pembedahan baru rasa tenang dan boleh senyum lebar.

" Aliq...!!!" Langkah Faliq terhenti apabila terdengar seseorang memanggilnya. Dia menoleh ke belakang tapi tiada orang pula.

" Sinilah.. " Tiba-tiba saja Zahwan berdiri didepannya. Terkejut dia. Zahwan gelakkan.

" Kau nak ke mana ni?!"

" Surau.."

" Aliaa macam mana? "

" Alhamdulilah okey semua.."

" Patutlah senyum lebar siap bernyanyi lagi.. " perli Zahwan.

" Hahaha.. Happy lah bro. Lega hati.. Eh! Pergilah masuk sana, Adil sorang tu. Aku solat dulu. Jumpa nanti!" Kata Faliq. Mereka berpisah arah. Cuaca hari ini cerah. Secerah hatinya kini.

Faliq tidak menyangka perkara yang tak pernah difikirkan selama ini terjadi dalam hidupnya. Satu persatu berlaku tapi alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar. Walaupun kadang-kadang dia rasa tak mampu untuk hadapi tapi dia kembali pada Allah. Minta kekuatan dari Allah. Hanya Dia sahaja yang boleh membantu. Terima kasih Ya Allah!!.

Cuma satu lagi perkara yang sangat dia risaukan. Mengenai Asnida. Pening bila difikirkan. Tapi dia tidak pernah putus berdoa semoga satu hari nanti Asnida insaf dan bertaubat kembali ke jalan Allah. Dimarah sudah, diugut sudah tapi semua tak jalan. Tak tahu apa lagi harus dia lakukan. Masih mencari idea macam mana nak buat dengan Asnida. Nak bagi dia sedar. Sekarang hanya mampu berdoa dan terus berdoa.

Selesai menunaikan solat, Faliq berjalan ke cafe pula untuk membeli air. Pesanan dari Adil. Beberapa air mineral, air tin soya, air tin nescafe dan beberapa bungkus roti diambilnya kemudian membuat bayaran di kaunter. Selesai mengambil baki bayaran, dia terus berlalu. Aliaa sudah dipindahkan di wad biasa, keadaan stabil dan menurut Adil, Aliaa sudah sedar. Semakin lebar senyumannya.

Dia menuju pula ke lift, butang lift ditekan. Sedang menanti pintu lift terbuka, di pintu hospital dia ternampak papa dan mamanya jalan masuk. Tersenyum dia dan terus menghampiri mereka. Senyum Puan Asmah.

" Mama.. Papa.. Kenapa tak call Alang dulu.." tegur Faliq.

" Baru papa nak call ni, nak tanya wad. Tengok Alang jalan ke lift ni. Tu yang cepat-cepat kami jalan.." jelas En. Kamaruddin.

Ting..!! Pintu lift terbuka. Mereka bertiga terus masuk ke dalam. Faliq menekan butang 5 iaitu tingkat 5. Tidak lama pintu lift terbuka, cepat-cepat mereka keluar. Faliq menuju ke wad, diikuti mama dan papanya. Pintu dikuak. Terlihat Adil, Zahwan sedang berbual. Aliaa pula hanya senyum apabila melihat Faliq. Puan Asmah dan En. Kamaruddin senyum. Adil dan Zahwan sambut mereka dengan mesra sekali. Aliaa yang baring terus mahu duduk. Terasa perit perutnya tapi dikuatkan juga.

" Baring jelah. Tak payah duduk. Aliaa, awak tak okey lagi kan.." kata Faliq. Aliaa tetap berdegil. Tak sedap pula, dia baring ada tetamu. Faliq membantu Aliaa duduk dan bersandar.

" Aliaa.. ni Mama dan papa saya.." Faliq mengenalkan kedua ibu bapanya kepada Aliaa. Aliaa mengukir senyuman. Bersalaman dan mencium tangan wanita separuh usia itu. Puan Asmah mencium dahi Aliaa. Terharunya Aliaa.

" Apa khabar makcik, pakcik?!"

" Baik, Alhamdulilah.. Aliaa macam mana?!" Tanya Puan Asmah.

" Alhamdulilah makcik. Okey dah. Cuma masih blur-blur lagi. Kesan ubat tidur tu kut.." Aliaa tersengeh. Garu kepala.

" Biasalah tu, baru selesai bedah pun kan.." Aliaa mengangguk. Faliq hanya memerhati dengan senyuman.

" Jaga kesihatan baik-baik ya. Makan minum kena pantang, jangan sebarang makan, nanti lambat sembuh. Kalau Aliaa sakit lagi, ada pula orang tak tidur malam lagi nanti tau!" Perli Puan Asmah pada Faliq.

" Aik mama.. Hahahaa.." Semua gelakkan Faliq.

" Lama dah makcik nak jumpa Aliaa, nak tunggu Faliq bawa Aliaa ke rumah, entah bilalah. Dapat juga jumpa walaupun dekat sini. Patutlah anak bujang makcik ni angau.. nilah rupanya Aliaa Sofea ye..." Tersipu-sipu Aliaa senyum. Malunya pula. Faliq sempat mengenyitkan mata padanya.

"Iyalah Adil.. Nanti Aliaa dah sihat, jemputlah datang rumah. Borak-borak, lama dah tak jumpa kan. Wan sekali ya.." kata En. Kamaruddin pula.

" Insha Allah pakcik.." jawab Adil lembut. Seronok hatinya melihat layanan ibubapa Faliq pada Aliaa. Senang hatinya. Tumpang bahagia.
Adil pandang wajah Aliaa penuh kasih sayang. Tiba-tiba wajah Aliaa jadi sedih, sesekali berkerut dahinya, matanya layu. Adil terus mendekati Aliaa. Duduk disisi Aliaa dan menghadap  Aliaa. Yang lain memerhati.

" Adik kenapa? Sakit lagi?" Adil memandang tepat ke wajah Aliaa. Mereka terdiam.

Aliaa menggelengkan kepala. Mata merenung Adil, minta pengertian.

" Abang.. adik rindu ibu.." Airmatanya menitis. Adil senyum. Lalu, dipeluk Aliaa dengan rasa kasih sayang seorang abang.  Aliaa mensembankan muka ke dada Adil. Dicium kepala Aliaa berkali-kali. Puan Asmah sedih melihat Aliaa. Menitis juga airmatanya.

" Nanti adik dah sihat, kita balik kampung kita ziarah kubur ibu dan ayah ya.." pujuk Adil. Digosok-gosok bahu adiknya.

Mereka memerhati dan bersimpati. Faliq menundukkan wajah ke lantai. Begitu juga dengan Zahwan. Sedih melihat situasi ini. En. Kamaruddin yang duduk di sofa juga turut merasai kesedihan itu. Adil masih terus memujuk hati Aliaa. Dalam keadaan kesihatan Aliaa begini, memang perlukan seseorang untuk memberi semangat. Dia tahu, bila Aliaa melihat Puan Asmah tadi, airmuka Aliaa berubah. Berubah kerana ada riak wajah yang merindu. Merindu arwah ibu. Merindu arwah ayah. Sebab itu, Adil terus saja mendekati Aliaa. Dan, tekaannya memang benar. Suasana sayu seketika. Hanya kedengaran esak tangis. Aliaa masih lagi sedu-sedan persis seorang kanak-kanak. Adil masih lagi memujuk. Sensitif pula hatinya. Mujur ketika Aliaa alami kesakitan, kebetulan Adil balik KL. Jika Adil tiada dan Aliaa sakit seorang diri. Lagi dengan perhubungan mereka dengan Faliq yang tidak baik sebelum ini. Tak tahu apa akan berlaku. Tak dapat Adil bayangkan.

Segalanya berlaku dengan pantas. Dan, segalanya berjalan dengan lancar. Setiap kesulitan dipermudahkan. Setiap kesedihan diberi kegembiraan, setiap kesakitan diberi kebahagiaan. Semua perancangan Allah adalah yang terbaik dan tepat pada waktunya. Alhamdulilah..!



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku