Kerana Janji
Bab 102
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
86

Bacaan






Hari ni aku semakin sembuh,semakin sihat. Syukur Alhamdulilah. Aku tengok luka dekat perut, tiga lubang ditebuknya. Seram tengok. Mujur tak kena toreh, lagi seram kut. Aku diberi pilihan semalam oleh doktor, sama ada nak pembedahan secara Laparoscopy atau torehan. Dengar je torehan aku terus menggigil ketakutan. Jadi, aku pilih pembedahan Laposcopy. Kena tebuk tiga lubang di perut. Luka tak besar dan cepat sembuh. Cuma bayaran lebih sikit. Tak apa, semua abang dah settlekan melalui insurans yang dia ambil untuk aku. Aku sendiri pun tak tahu. Yang aku tahu, aku tandatangan je. Terima kasih abang.. Adik sayang abang.!!

Pagi tadi, aku diberi sarapan dan disuntik antibiotik. Selepas sarapan tadi, perut rasa sakit lagi tapi tak sesakit sebelum pembedahan. Bolehlah sampai keluar airmata. Jadi, aku disuntik ubat tahan sakit pula. Ubat tahan sakit bertahan selama enam jam. Doktor cakap, aku kena habiskan dos antibiotik baru boleh keluar jika boleh buang air besar dan buang angin. Sebelum doktor keluar, dia pesan.

" Aliaa.. Kalau badan tak kuat jangan buat-buat kuat okey, nanti lain pula jadinya.."Aku sengeh. Hehe.. semalam aku dapat komplikasi sikit, mana taknya. Baru habis pembedahan, ubat bius tak habis lagi, badan masih sangat lemah tapi aku kuatkan juga untuk duduk, berbual walaupun masih blur dan sakit. Akhirnya, aku alami sesak nafas dan kesakitan yang amat sangat. Rasa macam nyawa dihujung tanduk je. Memang susah sangat nak bernafas, aku longlai dipelukkan abang. Lemah selemah-lemahnya. Aku cuma mampu dengar suara mereka memanggil-manggil nama aku. Nak buka mata pun tak mampu. Hanya airmata je yang keluar. Aku dengar esakkan abang, makcik dan Faliq. Aku sangat terharu. Ya Allah..!! Aku rasa macam pergi selama-lamanya je sakitnya.
Allahuakhbar... Aku tak nak mati, aku belum kahwin, huwaaaa!!!

Mujur doktor dan nurse datang awal. Memang best layanan mereka. Pantas dan cepat je. Aku memang betul-betul dipantau. Aku diberi oksigen, fuh!! Baru lega sangat. Dan, akhirnya aku tertidur lena. Aku pun tak tahu jam berapa mereka semua balik. Aku sedar tengah malam, abang setia menunggu aku. Aku tengok dia tidur di sofa. Kasihan abang. Kemudian, aku sambung tertidur sampai subuh tadi. Aku dah boleh pergi toilet sendiri, yang semakin pulih tapi tak sangka pula lepas sarapan boleh sakit lagi. Kesihatan tak stabil lagi. Hmm.. okey lah. Disiplin okey Aliaa, jangan degil sangat,kata hati kecil ku.

Bosannya.. Abang dah balik tadi. Faliq pula ada kerja, tengahari baru dia dapat datang. Tak apalah, kerja dia lebih penting. Aku lah sorang-sorang kebosanan dalam bilik ni. Menghadap tv je lah. Nak keluar jalan-jalan, nurse tak bagi. Okey lah.. duduk mereput jelah dalam ni.

Bosan punya bosan. Whatsapp masuk. Senyum lebar aku.

" Haiiiiiiiiiiiii.... Buat apa tu?!" Amboi.. panjangnya hai dia. Aku gelak kecil. Semestinya dari teman sehati sejiwa aku.

" Tak ada buat apa.
Saya nak balik.
Bosanlah.."

" Sabar ye.
Tunggu betul-betul dah sihat baru boleh balik.." balasnya.

" Hmm.. okeylah, mereputlah ni.." keluhku.

" Rehat banyak-banyak ya.."

" Iyalah.."balasku ringkas.

" Okey sayang..
Nanti saya datang ya.
Saya ada kerja ni.
Love you.. bye..!!"

Aku senyum. Aku bersyukur sangat. Dikelilingi insan yang menyayangi aku. Aku ada abang, ada Mak Long, Pak Long, ada kawan-kawan yang baik, ada teman sehati sejiwa yang memahami dan baik. Alhamdulilah..

Rindu Mak Long. Abang cakap petang ni Mak Long sampai. Punyalah risau Mak Long, kalau boleh kelmarin dia nak datang tapi sebab ada majlis perkahwinan orang kampung dan Mak Long yang kena masak. Jadi, terpaksalah Mak Long tunda untuk datang melawat aku. Mesti hatinya tak tenang. Mak Long nak duduk sini sampai aku sihat. Wah!! Bestnya.

Aku melabuhkan badan. Mengantuk pula mata ni. Mengantuk sangat. Kalau lama duduk hospital ni mahu boleh gemuk aku. Aku padamkan tv dan lelapkan mata. Layan perasaan. Antara sedar dan tak sedar. Aku terdengar seseorang masuk ke dalam bilik. Tapi aku biarkan je. Aku fikir mesti nurse lah tu nak check ataupun makcik cleaner nak ambil sampah.


Aku terus je layan mata. Aku perasan orang tu atau nurse menghampiri aku. Tapi aku tak tahu kenapa aku tak boleh nak buka mata. Berat sangat mata ni. Aku fikir positif je. Wayar di tangan aku disentuh, tak tahu apa yang dia lakukan. Tak lama kemudian, aku dengar pintu dikuak lagi.

" Hey!!! Apa you buat ni?!" Suara garau lelaki tiba-tiba menjerit. Aku agak terkejut. Aku terdengar bunyi sesuatu jatuh dilantai. Aku cuba juga buka mata walaupun sangat berat. Macam ada besi je dekat kelopak mata ni. Aku paksa juga buka. Dalam kabur, aku nampak Encik Zack dan ditepi katilku. Elly??? Aku terus jadi segar bugar dan terus duduk.

" Apa you buat pada Aliaa?? Cakap?!" Gertak Encik Zack pada Elly.

" Eh! Mana.. Mana ada apa-apa. I melawat dia je. Takkan tak boleh kut.." Aku terpinga-pinga sendiri. Pandang Encik Zack dan kemudian pandang Elly. Pelik.

" You jangan buat hal ye. I boleh report polis sekarang. You jangan ingat i tak tahu apa yang you nak buat pada Aliaa. Semua i tahulah. Semua ni kerja you dan Ash kan.." marah Encik Zack. Aku masih lagi blur. Apa yang berlaku sebenarnya ni.

" Apa you cakap ni. Jangan nak menuduhlah. Yang you ni kenapa datang sini. Apa kena mengena you dengan perempuan ni?!" Elly buat muka selamba je. Siap menjeling pada aku. Geram pula aku tengok.

" Aliaa ni P.A i. Jangan sesekali you usik dia.. " jawab Encik Zack.

" Wow!! Ada back up nampak. Untunglah you Aliaa.." Elly senyum sinis pada aku.

" Sudah-sudahlah Elly. Jangan mudah diperbodohkan dengan Ash tu. Sebab dia pun kita berpisah. Bertaubatlah.." kata Encik Zack lagi pada Elly. Diperbodohkan?? Berpisah?? Apa mereka ni. Peliklah.

"Hmm.. Hari ni you selamat Aliaa. Tunggulah nanti okey..!!"

"Sikit pun saya tak takut dengan ugutan awak.."aku jawab selamba dengan senyuman.

" Beraninya.. Hahaha... " Elly gelak macam orang gila.

" You tolong keluar sekarang.. !!? " arah Encik Zack dengan wajah bengis.

" I akan datang lagi tau Aliaa.. Tunggu i ya.." Elly menyentuh pipi aku. Aku tepis tangannya.

" Keluar..!!!" Jerit Encik Zack.

" Ish!! Iyalah.. i keluarlah ni.. Kecoh betul..!!"
Elly terus berlalu pergi. Encik Zack mengeluh kecil. Aku hanya memerhati.

" Awak okey?!" Tanya Encik Zack, menghampiri aku. Meletakkan buah tangan diatas meja.

"Alhamdulilah beransur okey! Terima kasih Encik Boss.." Encik Zack mengangguk perlahan.

"Sorrylah.. Tadi tu.. "

" Encik Boss kenal dia?!" Tanyaku ingin tahu.

" Dia bekas tunang saya.." Terkejut aku dengar. Tak sangka Elly di gedik pernah jadi tunang Encik Zack. Menarik!!

" Ha?? Biar betul..?? Encik Boss tak tipu ke??" Tanyaku lagi bertubi-tubi.

"Awak ingat muka saya ni muka penipu ke?!" 

"Hahahaha.. Manalah tahu kan.. "

"Saya datang nak melawat awak, awak cakap saya penipu pula.. Hmm.. Macam mana boleh kena check in sini ni.." gurau Encik Zack.

" Apendiks.." jawabku ringkas. Sengeh.

"Makan tak jaga siapa suruh. Padan muka.." selamba je Encik Zack padankan aku. Bertuah betul.

" Eee..!! Tak baik Encik Boss ni kan. Sepatutnya datang melawat saya bagilah kata-kata semangat, ni padankan saya pula.." aku mencebik.

" Salah ke saya cakap, kalau jaga kesihatan tak lah kena apendiks kan.." dia ni memang main lepas je cakap. Huh!

" Iyalah.. iyalah.. Encik Boss lah menang.." Encik Zack senyum sinis. Dia memang suka cari pasal dengan aku.

"Encik Boss.. terima kasih sudi datang melawat saya ni.. terima kasih.." aku senyum.

" Dah awak staff saya, kenalah ambil berat."

"Baik Encik Boss ni kan. "

"Baru tahu ke saya baik ke?!.." Aku gelak je. Pintu dibuka dari luar. Aku dan Encik Zack terus memandang ke arah pintu. Muncul Faliq dengan senyuman. Aku memperkenalkan Encik Zack pada Faliq. Ternyata mereka sudah mengenali tanpa pengetahuan aku. Mereka bersalaman dan berbual mesra. Patutlah Encik Zack tahu segalanya mengenai Faliq. Rupanya, Boss besar Faliq tu kawan Encik Zack. Perh!! Semua level tinggi punya orang. Dato' je semua.

Sebelum balik, Encik Zack kembali ke katil aku. Dia menundukkan badan mengambil sesuatu di lantai dimana Elly berdiri tadi. Lalu, diberikan pisau lipat pada Faliq.

"Simpan ni. Boleh buat bukti. Jaga Aliaa baik-baik.." Aku dan Faliq berpandangan. Faliq mengambil pisau lipat yang terbuka itu. Tercengang kami. Faliq hanya mengangguk.

" Elly datang nak lakukan sesuatu dekat awak tadi. Pisau tu..!! Jaga diri, jaga kesihatan baik-baik. Jangan degil. Semoga cepat sembuh dan cepat masuk office. Sunyi office tak dengar mulut bebel awak tu.. " perli Encik Zack.

" Hahaha.. Ok Boss..!!" Aku bergurau. Encik Zack bersalaman degan Faliq dan kemudian terus keluar meninggalkan kami. Faliq menghampiri aku. Duduk di kerusi. Senyum.

" Awak macam mana hari ni?!" Tanya Faliq. Senyum.

" Alhamdulilah.. okey! " jawabku membalas senyuman.

" Bila Elly datang?!"

" Baru je. Saya tak perasaan dia datang. Saya baru nak tidur, mengantuk sangat. Saya ingat nurse ke makcik cleaner ke, saya pun layan mata jelah. Tak lama kemudian, Encik Zack muncul marah. Bila saya buka mata, Elly berdiri dekat sini. Terkejut beruk saya.." aku cerita panjang lebar.

" Ya Allah..!! Tak habis-habis diaorang ni. Hmm.. Tak apalah, nanti saya bincang dengan Adil dan parents saya. Jangan risau ya..!!" Keluh Faliq. Sebenarnya dia yang risau dekat aku, tapi kata aku pula yang risau. Hehe.. aku okey je kut. Aku mengangguk dan senyum je.

"Lega saya tengok awak dah kembali sihat. Dah tengok senyuman awak, dah dengar bebelan awak, syukur sangat. Happy sangat tau. Bahagia rasa !"  Katanya lagi.

" Iyeke?! Tak percayalah.." saja ku.

" Aik!! Tak percaya?! Jadi, nak saya buktikan?!" Aku mengangkat bahu. Mencebik.

" Okey.. nanti balik saya bincang dengan mama, esok rombongan meminang sampai.. Setuju!" Selamba je dia.

" Hahaha.. jangan buat hal, elok-elok saya baru nak sembuh kang terus masuk ICU pula kang.."

" Kata tak percaya kan? So, saya nak buktikan lah ni.." sambung Faliq lagi.

" Hahaha.. iyalah.. iyalah.. saya percaya wahai teman sehati sejiwaku sayaaaaang..!!"

" Apa? Tak dengarlah. Ulang sekali lagi yang perkataan akhir tu..." Aku tersipu malu dan gelak.

" Hanya sekali sahaja..!!"

"Alaaa please!! Sekali je lagi. Bukan senang nak dengar perkataan tu dari mulut awak yang kuat membebel ni.." Faliq merayu konon. Ceh!! Hahaha..

" Sebab bukan senanglah kena sekali je cakap. Maksudnya disini, perkataan itu sangat mahal nilainya dan hanya orang yang betul-betul special je yang boleh dengar. Tahu!!"

" Wow!! Jadi saya ni orang yang special lah ye. Alhamdulilah.. Aaminn... Tak sangka kan. Si singa garang sudah masuk perangkap zoo. Hahahaa.." Faliq gelak besar.

" Amboiiii... Hahahaa..!!" Kami gelak bersama. Tapi aku tak boleh gelak sangat-sangat. Terasa perit dekat perut. Cukuplah ketawa sikit-sikit.
Sakit pun boleh hilang bila bersama Faliq ni. Ada je buat orang terhibur. Terima kasih banyak-banyak Faliq. Banyak betul pengorbanan kau pada aku. Aduhai.. kuat betul kasih sayang kau pada aku. Sampai kadang-kadang aku jadi takut pula.

Pisau lipat itu disimpan didalam laci meja. Dia mahu beri pada Adil dan mahu tunjuk pada mama dan papanya. Kena bincang secepat mungkin. Elly dan Asnida sudah berani guna senjata. Memang tak sangka. Mujur muncul Encik Zack tadi. Kalau tak aku rasa mesti bertambah berlubang perut aku kerana ditikam oleh Elly. Fuh!! Perut ditebuk ni pun aku rasa macam nak mati lagi pula kena tikam. Memang matilah nakk!!!  Aku taknak mati lagi, aku belum kahwin.. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku