Kerana Janji
Bab 103
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
98

Bacaan






Kelam-kabut Elly berlari ke kereta Asnida. Seperti dikejar hantu. Berpeluh-peluh dia. Hampir sahaja tergelincir dek kerana terpijak batu, tinggi betul kasutnya. Mesti malu kalau terjatuh. Sampai sahaja di kereta, terus meluru masuk. Asnida berkerut melihat Elly.

" You dah kenapa ni, macam kena kejar hantu je.." perli Asnida yang sibuk menyapu bedak compact ke mukanya. Sudah tebal dengan makeup ditambah lagi dengan seinci bedak.

" Habis cair makeup i. Fuh!! " Elly mengipas-ngipas mukanya dengan tangan. Menarik nafas panjang.

" So, macam mana? Mati tak budak tu?! " tanya Asnida, senyum. Tak sabar nak tunggu jawapan Elly.

"Youuu.. Boleh tak bagi i relax dulu. Panas tahu tak? Gelojohlah you ni.." Elly menjeling Asnida. Asnida mencebik. Terus dia masukkan bedak compact ke dalam handbag mahalnya. Lalu menyandarkan badan diseat.

" So, i nak tunggu you relax berapa lama ni. Sampai tahun depan ke?!" Perli Asnida.

" You ni kan. Semua nak cepat, semua nak pantas. Kalau nak cepat, buatlah sendiri.. " keluh Elly. Menjeling lagi. Geram juga dia, dahlah  kuat mengarah lepas itu nak cepat saja.

" Okey.. Okey.. Sorry!! So, sekarang ni, i cuma nak tahu. Budak tu dah mati ke belum? Jawab jelah bukan susah pun.." marah Asnida lagi.

" Tak mati pun..." jawab Elly perlahan.
 
"Ha?? Apasal tak mati?? Lembablah you ni.." Terbeliak mata Asnida. Terus berubah muka jadi bengis.

" Hey Ash!!!  You ingat senang ke nak tikam-tikam orang ni. Ini melibatkan nyawa tahu tak. I pegang pisau tu pun menggigil.. " Elly menjawab.

" Kantoiii beb..!!" Katanya lagi.

"Kantoi?? Apa kantoi?? I tak faham.." Asnida pandang tepat ke muka Elly. Elly buat muka sedih.

" Dah cantik dah. I dan Aliaa je dalam tu. Aliaa tengah tidur, masa i nak tikam tu. Tiba-tiba Zack masuk.." jelas Elly.

" Zack? Zack mana pula ni?"

" Zack bekas tunang i lah.."

" Zack anak Dato' Hamid tu? Model tu ke?"

" Iyalah. Siapa lagi. Zack yang you fitnah tulah. Sampai i terpaksa putus tunang dengan dia tu. Lupa ke?" Perli Elly pula. Menjeling tajam pada Asnida.

" Apasal i pula. Benda betul kut. Dah-dah.. i taknak tahu tu semua. Sekarang ni i nak tahu macam mana Zack tu boleh kenal Aliaa dan apa yang dia nampak. I tak faham. Tolong cerita A to Z.."

" Dia majikan Aliaa dan Aliaa tu P.A dia. Dia nampaklah i tapi i tak tahulah dia nampak i masa nak tikam Aliaa atau tak. Tu yang i risau ni.." jelas Elly lagi.

" Eh! Bukan you cakap dia dekat oversea ke?!"

" You ni kan sengal lah. Kalau dia dah ada dekat KL ni, bermakna dia dah balik Malaysia lah. Eee.. lain kali jangan cakap i sengal padahal you tu double sengal.. " Elly menjeling lagi.

" Sengal i baru sekali ni je pun. You tu dah berkali-kali.." balas Asnida.

" Cakap dengan you memang you je nak menang. Ambil lah sengal you tu.. " Makin geram pula Elly dengan Asnida. Bertengkar pasal sengal. Dah sah dua-dua sengal. Pelik betul mereka ni.

" Whatever..!! Pisau mana pisau?"

" Oh my god!! Pisau i campak dekat bawah katil.." Elly mengetuk dahi.

"Aduhhh!! Apasal you ni sengal sangat. Memang sahlah kantoi. Aduhai.. Elly.. Elly.. Susah betul lah you ni. Lebih baik i je yang buat tadi. Confirm dah mati dah budak tu.." Asnida punyalah marah.

" Bukannya i tahu Zack tu nak datang. Mujur Zack kalau Faliq ke Adil ke. Macam mana? Dahlah i taknak terlibat lagi. Kalau you nak sangat bunuh Aliaa, you lakukanlah sendiri. Jangan suruh atau paksa i. I rela tak kahwin dengan adik you pun tak apalah dari i meringkuk dalam penjara..." terus terang Elly. Rasa bersalah dan takut sebenarnya tapi kerana desakan Asnida, dia ikutkan saja. Memang sengal si Elly. Hmm...

" Bagus..!! Biar i sendiri yang bunuh dia. Baru puashati i. Harapkan you, haram..!!" Elly menjeling tajam. Malas nak balas lagi. Dah sah dia sendiri yag kalah dan sendiri sakit hati. Dia nak bertaubat dan taknak lagi buat benda jahat. Katanya.

Asnida memandu kereta dengan laju sekali. Satu persatu kereta dipotongnya bahaya. Bila hati dah membakar, mulalah syaitan menguasai diri. Naik takut Elly. Tapi dibiarkannya sahaja. Kalau ditegur nanti, makin dia buat.


Sampai sahaja dibutik, Asnida terus masuk tanpa mempedulikan Elly. Dicampak handbagnya diatas meja. Lalu terus membuka laptop untuk melihat akaun butik. Muka bengis. Elly masuk dan duduk di kerusi. Memerhati saja Asnida. Mencebikkan muka. Salah seorang pekerjanya menghampiri Elly. Dengan penuh kesopanan.

" Cik Elly.. Maafkan saya mengganggu. Saya ada hal sikit nak cakap.." Pekerjanya itu menyusun ayat. Elly senyum. Elly dengan pekerjanya memang lembut.

" Nak cakap apa Shima. Cakaplah.."

" Hmm.. saya nak minta cuti dua tiga hari, sebab nak jaga mak saya, dia dimasukkan ke hospital semalam.." terang Shima dengan wajah yang sedih.

" Ha.. iyeke. Mak awak sakit apa?!" Terkejut Elly.

" Mak kena strok..."

" Kasihannya.. Tak apa, saya bagi awak cuti sampai Khamis, tapi Jumaat awak kena kerja ya, sebab Jumaat kita ada event.. " kata Elly. Elly sangat menjaga kebajikan pekerjanya. Lagi-lagi Shima, salah seorang pekerja yang rajin dan memang boleh diharapkan.

" Asyik nak cuti je. Dah cuti terus tak payah datang kerja lagi. Ada pekerja pun menyusahkan..!!" Tiba-tiba Asnida menjerit marah pada Shima. Tersentak Shima.

" Ash.. you ni dah kenapa nak marah-marah. Kalau nak marah i janganlah marah pekerja pula.. Pelik betul lah dia ni.." Elly memegang tangan Shima, takut Shima kecil hati.

" Awak boleh sambung buat kerja ye, jangan ambil hati apa Cik Ash cakap, angin dia tak elok tu. Dah pergi buat kerja.." Perlahan saja Elly cakap. Dan memberi senyuman. Shima terus ke belakang menyambung kerjanya.

" Hey Elly..!! You tak payah nak baik hati sangat dengan staff boleh tak?" Asnida tak habis-habis nak mengamuk.

" Baik hati apanya. Dah budak tu emergency kut. You ni tak payah nak marah je manjang,  kebajikan staff pun tak pernah ambil tahu. Yang you tahu, duit.. duit.. duit.. " keluh Elly lagi. Makin melampau pula Asnida ni.

" Habis dah butik ni i share 70% . Mestilah i nak untung.." Selamba saja muka Asnida.

" Jadi,mentang-mentanglah you share 70% you boleh buat apa you sukalah. Macam tu.. Selama ni, tiap tahun siapa yang cover butik kalau tak i. Ada you fikir.. Ni dah hujung tahun, i taknak campur. Pandai-pandailah you, you cakap you nak cover kan.. Okey!! Jangan tanya or salahkan i.. Dahlah, dari i layan you lebih baik i layan budak-budak dekat belakang.. bye!!" Elly meluahkan rasa hatinya. Asnida menjeling dan buat muka. Kasihan Elly, asyik dipergunakan saja oleh Asnida. Dia tak pernah fikir semua ni. Kasihan.. Elly terus ke belakang meninggalkan Asnida dengan mood amarahnya sendiri.

Sedang asyik mengira akaun butik. Handphone Asnida berbunyi. Terus sahaja dicapai handphone dan jawab.

" Ha??!! Lima bulan?? Bulan lepas kan i dah bayar kenapa sampai lima bulan lagi.." Terkejut besar dia, tak perasan keretanya sudah lima bulan tak bayar. Makin stress lah Asnida.

" Okey lah. Nanti i bayar. Bye..!!" Talian terus dimatikan. Handphone dicampak diatas meja. Mujur tak jatuh berkecai.

"Banyaknya.. Mana aku nak cari duit nak cover ni. Aduh!! Dengan kereta lagi.  Stress.. Stressss!!! " Asnida menjerit sendiri. Serabut kepalanya. Duit dalam akaun dah semakin susut, nak cover akaun butik yang dia sendiri guna pun dah tak tahu nak cari dekat mana. Pening kepala dia. Baru dia rasa susah. Selama ni langsung tak terfikir dan tak beringat. Asnida duduk termenung. Memikirkan mana nak cari sumber kewangan. Dia bangun, mengambil handbag dan handphone terus keluar tanpa memberitahu Elly. Kebetulan Elly muncul dengan membawa baju pengantin untuk digantung di almari. Elly menggeleng kepala melihat rakannya itu. Dan mengeluh.

Asnida memandu laju, radio dipasang dan dikuatkan sekuat-kuatnya. Menghilangkan tension konon. Tak tahu arah tujuannya. Mahu pergi shopping duit dah tak ada. Kalau tidak, pantang tension confirm shopping tak ingat dunia. Dan akhirnya, dia mengambil keputusan balik ke rumah. Susah juga dia tiada Lokman. Kalau tidak, minta saja duit pada Lokman. Senang saja dapat. Baru rasa menyesal. Tapi dah tak guna, semuanya dah terlambat. Apa yang difikirkan hanya duit sahaja. Susah hidupnya tanpa duit.

Sampai sahaja dirumah, dia terus masuk ke dalam rumah. Puan Asmah kepelikkan. Tak pernah seawal ini Asnida balik rumah.

"Eh! Cepat Angah balik..?!" Tanya Puan Asmah.

"Tak sihat." jawab Asnida tanpa memandang Puan Asmah. Dan terus naik ke atas. Puan Asmah menggeleng kepala.

"Tak sihat poketlah tu. Kalau sihat poket, tak adanya balik awal. Hmm.. Angah.. Angah..!!" Kata Puan Asmah sendiri. Lalu, terus sambung membaca buku.

Didalam bilik, Asnida terus sahaja baring. Kemudian duduk semula. Serabut kepalanya.
Dan kemudian, baring semula. Dah macam orang hilang akal.

" Ini semua sebab kau Aliaa. Kalau kau tak muncul dalam hidup aku, aku takkan jadi macam ni.  Kalau tak sebab kau, aku dah bahagia hidup dengan Adil. Semua kerana kau Aliaa. Kurang ajar. Aku takkan biarkan kau bahagia dengan adik aku.. Jahanam kau... Arhhh!!!!" Asnida menjerit sekuat hati. Seperti orang kena rasuk.

Semakin stress, stress akibat diri sendiri. Hidup tak selalu akan senang, dan tak selalu akan susah. Ada masa kita akan berada diatas, dan ada masa kita berada dibawah. Roda kehidupan.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku