Kerana Janji
Bab 104
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
92

Bacaan






Bosan.. Bosan..!! Aku asyik tengok jam je. Bilalah nak keluar dari sini. Pandang kanan, pandang kiri, pandang atas, pandang bawah, setiap sudut aku tengok. Nak tengok tv, bosan. Nak main game super mario pun, aku dah terlebih super dah. Nak keluar jalan-jalan nurse tak bagi. Katanya tadi.

" Maaf Cik, tunang Cik dah pesan jangan benarkan Cik keluar walaupun sekejab.."

Ha?? Tunang??  Hmm.. Ni mesti kerja si Faliq ni. Pandai-pandai pula dia kata aku tunang dia ye. Jadi, mereputlah lagi dalam bilik ni. Aku rasa aku dah sihat, perut dah tak sakit. Badan pun dah bertenaga, kepala pun dah normal, dah tak sakit dah. Harap-harap bolehlah discharged hari ni. Aku ambil handphone. Call abanglah suruh datang. Mana entah tak nampak batang hidung lagi.

" Abang dekat mana? Bila nak datang ni. Kata nak datang pagi-pagi, ni dah petang tak sampai lagi pun.. Bosanlah, adik nak turun bawah lah.!!!" Tak bagi salam pun aku terus membebel.

"Iya.. Abang baru je sampai ni, parking kereta.. Tunggu ye..!! " Aku sengeh.

" Dari tadi kut kata dah sampai. Tapi muncul pun tak. Tipu je..!! Kalau lambat, adik keluar dari bilik ni.. " Aku terus matikan talian. Nak kenakan abanglah. Tv aku biarkan terpasang, dan aku masuk bilik air, menyorok belakang pintu. Aku berdiri diam-diam je. Aku duduk dalam bilik air, aku dengar pintu bilik dikuak. Aku sengeh. Mesti abang.

" Aik!! Mana pula dia pergi. Adik oh Dik.." Abang panggil aku. Aku diam je. Aku sengaja renggangkan pintu bilik air. Konon-konon tak ada dalam bilik air. Tak lama abang buka pintu bilik air. Gelap. Dia keluar semula. Tapi dia tak tengok belakang pintu. Hehe.. Dia keluar dari bilik, kemudian masuk kembali bersama nurse.

" Eh! Setahu saya Cik Aliaa tak keluar mana-mana? Saya duduk di kaunter je tadi.." kata nurse serba-salah.

" Kalau dia tak keluar mesti ada dalam ni. Tak kan ghaib kut. Awak tak perasan dia keluar ke.." Alamak!! Abang marah nurse tu lah. Aduhai.. kasihan Cik nurse kena marah.

" Dah tak apalah. Saya sendiri cari..." Abang terus keluar. Sunyi semula. Sorry lah Cik nurse, tak pasal-pasal kena marah. Aku terus keluar dari bilik air dan call abang secepatnya.

" Abang pergi mana? " kataku.

" Adik dekat mana? Abang cari adik lah ni.."

" Adik dekat biliklah ni.. Hehehe.."

Tak lama abang muncul. Aku dengan muka tak bersalah, tersengeh atas katil. Tengok muka abang yang cuak tu aku terus buat isyarat peace. Hehe..

" Ish!! Adik dekat mana tadi. Apasal tak ada tadi.." Abang duduk dikatil juga, menghadap aku. Aku senyum.

"Adik menyorok dalam bilik air, belakang pintu. Hehe.. Jangan marah!!"

" Bertuah punya budak.."

" Adoiii.. Sakitlah.." Aku menyapu kepala. Kan dah kena ketuk sebiji.

" Padanlah muka. Orang punyalah cuak. Jantung macam nak gugur, tengok dia tak ada. Boleh pula dia main sorok-sorok. Adik ingat lawak?!" Abang marah. Aku gelak je.

" Bosan. Sesekali kenakan abang, apa salahnya.. kan.. kan.. kan.." Abang menggeleng kepala.

" Hmm.. Umur dah tua perangai macam budak-budak.." abang merungut.

" Umur tua tak apa, yang penting tengok muka ni sweet seventeen okey!!" Aku gelak lagi.

" Selamatlah masih laku. Ada juga orang yang nak. Entah apalah buta mata si Faliq tu ek, yang dah nak masuk 30series ni juga yang dia angau kan.. hmm.." Amboii.. sedapnya abang perli aku. Haahahaaa..

"Aik Abang..!! Ini sudah lebih. Adik abang ni saham masih tinggi lagi tau. Kalau tak tinggi tak adanya dua orang sahabat sejati abang tu berebut adik kesayangan abang ni tau.. " Aku sambung gelak lagi.

" Jadi, banggalah jadi rebutan?!"

" Mestilah.. Artis pun kalah. Hahaahaa.." Aku gelak lagi dan lagi. Lama tak bergurau dengan abang.

" Aha.. iya.. Memang kalah artis. Ni ha.. Abang awak yang jadi pening tahu tak.. Selamat abang hebat atasi masalah mereka. Kalau tak mahunya sorang muncung ke kanan, sorang muncung ke kiri.." Hahahaa.. Kami gelak bersama. Kadang bila fikir memang lawak pun ada tapi itu kan semuanya pengalaman. Seronok juga kalau diingatkan semula, buat tersenyum tiba- tiba. Cerita lama, simpan jadikan kenangan.

"Tadi Faliq call abang. Dia cerita pasal kejadian tadi. Sebenarnya abang tak tahu nak buat apa dik. Rasa serba salah. Sebab mama dan papa Faliq baik sangat, nak ambil tindakkan. Entahlah. Adik rasa macam mana?!" Tanya abang pada aku. Dah agak dah. Memang abang tak sampai hati punya.

" Ambil jelah tindakkan. Orang jahat kut sampai nak bunuh adik bagai. Yang bersalah patut kena hukum. Takkan abang nak adik dah putus nyawa baru abang nak ambik tindakkan. Ke memang abang nak adik mati kut yeee.." kataku.

"Mulut dia ni kan. Merepek aje kan. Cili kang baru tahu.." Abang mencubit pipi aku. Merah sampai.

" Sakitlah.. gurau je kut..!" Aku mencebik.

" Gurau.. gurau..!! agak-agaklah gurau pun.."

" Iyalah.. Sorry..!! Bagi adik, sukahati abanglah. Adik malas dah nak fikir semua ni. Kalau ikut Faliq. Dia memang nak abang buat report polis je sebab dia nak kakak dia tu sedar dan insaf. Papa dan mama dia pun cakap benda yang sama..." terang aku. Abang diam je.

" Tak apalah. Nanti abang bincang dengan mereka.."

" Okey!! Abang.. Kadang-kadang, orang ni bila dah jatuh tersungkur baru nak sedar dan insaf. Selagi tak tersungkur, percayalah memang susah nak sedar. Adik rasa lebih baik abang buat report jelah. Kalau dia tak buat dekat adik pun, mungkin dia buat dekat orang lain pula. Kasihan family dia, tanggung malu.." Cadang aku. Abang hanya mengangguk perlahan.

Tiba-tiba pintu bilik dibuka. Tersenyum Doktor Dina di muka pintu. Aku membalas senyuman termasuk abang.

" Maaf ye ganggu. Aliaa hari ni macam mana?" Tanya Doktor Dina pada aku.

" Okey. Sihat dah.." jawab aku ringkas. Tekanan darah dan denyutan jantung aku diperiksa. Dan menulis sesuatu di fail rekod.

"Doktor.. bila saya boleh discharged. Dah sihat dah ni.." tanya aku pula.

" Ada lagi dua kali dos antibiotik,  petang ni dan malam. Kalau tak ada apa-apa esok pagi dah boleh discharged.." Senyum lebar aku.

" Yess!!" Seronoknya. Tapi nak tunggu esok pagi. Lelah jugalah.

" Suka ye..!! Saya nak tanya, ada tak dalam family awak, siapa-siapa yang ada menghidap kanser??" Tanya Doktor Dina. Aku berpandangan dengan abang.

"Setahu saya tak ada. Abang.. ada ke family kita kanser?!" Aku tanya abang pula. Abang pun kurang pasti.

" Doktor jangan cakap saya ada kanser pula. Saya taknak mati lagi, saya belum kahwin.." selamba je aku cakap. Cuak tau.

Doktor Dina hanya tersenyum tapi langsung tak jawab apa-apa. Doktor ni buat aku risau pula. Fail rekod aku ditutup. Doktor Dina pandang muka aku.

" Awak kena banyak berehat. Tekanan darah awak rendah. Kalau tekanan darah tak stabil awak kena duduk sini sampai okey. Takut nanti awak nanti awak pengsan. Dalam jam 6.00 petang, nurse bagi ubat antibiotik ya.." Aku mengangguk.

"Tapi Doktor, saya memang tekanan darah rendah dari sekolah lagi.." kataku lagi.

" Tekanan darah awak dibawah tahap normal.." Aku tercengang. Pula dah. Tapi tak ada pula aku rasa nak pitam atau pengsan pun. Abang hanya berdiam.

" Okey Aliaa. Banyakkan berehat ya. Encik Adil nanti jumpa saya ya.. " Pesan Doktor Dina sebelum meninggalkan kami. Aku hanya senyum.

" Abang.. kenapa Doktor nak jumpa abang.." tanya aku pada abang sebaik Doktor Dina keluar.

" Entah, abang pun tak tahu. Mungkin nak minta nombor telefon abang kut.." Hahaa.. Abang gelak.

" Amboiii... Ada hati rupanya ye. Patut senyum-senyum aje bila Doktor Dina masuk..." Hahaha.. aku pun gelak sama.

" Manalah tahu jodoh kut kan. Senang adik, kakak ipar Doktor.. kan.. kan.. kan.." Gurau Abang. Berseri-seri muka abang. Patutlah asyik tanya je doktor dah check aku ke belum. Rupanya, ada hati dengan Doktor Dina. Kikikii..

" Hahaahaa.. Okey! Nanti adik mintakan nombor telefon dia ye. Okey tak?!" Cadang aku.

" Ishh!! Tak payahlah. Buat malu je.." Makin kuat gelak aku.

"Hahaha.. Nak mengurat tapi malu. Apalah.." perli aku.

" Kena siasat dulu. Kut-kut tunang orang ke, bini orang ke. Tak naya..."

" Betul juga tu kan. Kecewa pula abang nanti.." kami gelak lagi.

" Assalammualaikum.. "

" Mak Loooonnnggg!!!" Muncul Mak Long dan Pak Long di muka pintu. Happy nya aku.

Seperti biasa, aku dipeluk, dicium bertubi-tubi. Macam budak kecil dah. Hehe.. Banyak Mak Long bawa buah tangan. Aku pun tak tahu apa saja yang dibawanya.

" Macam mana boleh kena apendiks ni dik. Macam nak gugur jantung Mak Long masa abang telefon tempoh hari. Elok-elok perut tu cantik, dah kena toreh. Hmm..  adik.. adik.." Mak Long mulalah tu. Aku senyum je. Pak Long borak dengan abang di sofa.

" Mana ada kena belah bagai Mak Long,  sekarang dah majulah. Cuma kena tebuk je, tiga lubang..." terang aku. Senyum.

" Ha? Tebuk? Tebuk macam mana?" Terkejut Mak Long. Aku gelak melihat reaksi wajah Mak Long. Lawak..!!

" Entah.. Adik pun tak tahu. Sedar je, semua dah selesai.." sambung ku lagi.

" Lepas ni kena jaga kesihatan baik-baik. Jaga pemakanan. Jangan nak belasah je makan. Ini apendiks, entah esok lusa lain pula jadinya. Kata gastrik je tapi sebenarnya apendiks. Bahaya tu tau!" Nasihat Mak Long lagi.

"Iyalah Mak Long. Sayang juga Mak Long dekat adik ye.." aku menggenggam tangan Mak Long dan mencium tangan tua itu.

" Mestilah sayang..!! Mana Putera Kayangan adik. Tak datang ke?!"Hahahaaa.. sekuat hati aku gelak. Mak Long ni memang lawak. Dia ingat lagi Putera Kayangan tu. Ini abang punya pasal lah ni.

" Putera Kayangan apa Mak Long?!" Aku sengaja tanya.

" Siapa nama tu.. Liq.. Liq.. Apa ke nama dia. Lupa pula Mak Long.." Berkerut seribu dahi Mak Long mengingati nama Faliq.

" Ooooo Faliq lah Mak Long.."

" Ha.. itulah yang Mak Long nak cakap. Dia tak datang ke?!"

" Dah tadi tengahari.." jawabku ringkas.

" Ooo baguslah. Ni adik dah makan belum?!" Tanya Mak Long lagi.

" Ni Mak Long buatkan bubur ayam. Tapi dah sejuk. Jauh perjalanan. Nak makan tak?!"

" Wah!!! Sedapnya..!! Nak.. Nak..." Mak Long terus buka mangkuk tingkat steel. Dikeluarkan satu persatu makanan. Ada bubur ayam, ayam goreng cincang dan sup sayur sawi. Simple. Mak Long cakap, orang lepas pembedahan kena makan yang lembut-lembut dan makan banyak sayur. Aku tengok makanan ni dah serupa makanan orang berpantang pula. Huhu..
Okeylah. Makan jelah apa yang ada. Yang penting aku sihat. Tak sanggup dah aku nak tanggung kesakitan dan pembedahan lagi. Fuh!! Seksa.. Seksa.. !!

Mak Long ada, boleh jaga aku. Seronoknya. Terasa juga kasih sayang seorang ibu. Boleh manja-manja dengan Mak Long. Bahagianya.
Mak Long suapkan aku makan. Sambil dia suapkan aku makan sambil membebel mulutnya. Cerita itu ini. Macam-macam. Terhibur hati aku. Abang hanya senyum. Abanglah orang yang paling lega. Bila tengok aku dah sihat, dah gelak, dah kenakan orang. Tapi abang awal-awal dah pesan. Selagi tak sihat sepenuhnya jangan pergi office. Abang dah jumpa pun dengan Encik Zack mohon cuti untuk aku. Encik Zack pun setuju. Aduhai.. Sambung mereput dekat rumahlah pula esok. Tak apa lah. Ada Mak Long dan Pak Long. Taklah bosan..
Terima kasih Mak Long.. Sayang Mak Long!!



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku