Kerana Janji
Bab 105
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
94

Bacaan






Jam sudah menunjukan 6.50 petang. Lewat dia balik hari ni. Ingat nak singgah ke hospital tapi letih pula rasa badannya. Lagipun Adil ada, Mak Long dan Pak Long Aliaa pun ada. Okeylah tu, yang penting ada yang menemani teman sehati sejiwanya itu. Tak boleh ditinggalkan seorang, takut nanti Elly, Asnida atau orang upahannya datang buat kacau. Bahaya!! Sementara ada Mak Long dan Pak Long ni boleh dia ajak Adil jumpa Puan Asmah dan En. Kamaruddin berbincang mengenai Asnida. Bila lagi nak berbincang. Takut lain pula jadinya nanti.

Kereta memasuki perkarangan rumah. Berkerut dia melihat ada kereta Asnida. Pelik juga dia, kenapa ada pula Asnida dirumah. Biasa kalau hari tak gelap, dia takkan balik. Mesti ada problem lah tu. Bisik hati Faliq sendiri. Enjin kereta dimatikan. Lalu keluar lemah. Berjalan perlahan masuk ke dalam rumah. Penat sangat. Dia duduk sebentar di ruang tamu. Menyandarkan badan di sofa, menghilangkan lelah keletihan.

" Lambat Alang balik? Dari hospital ke?!" Tegur Puan Asmah dari tangga. Duduk disebelah Faliq.

" Taklah ma. Dari office ni. Ada kerja kena siapkan, nak singgah tapi letih pula.." jawab Faliq.

" Laa iyeke.. !"

" Tapi tengahari tadi Alang ada lawat Aliaa. Petang ni Adil, Mak Long ada, dah sampai dari kampung.." jelas Faliq.

" Oye ke.. Aliaa macam mana?!"

" Alhamdulilah ma.. Dah beransur sihat. Adil cakap, kalau tak ada apa-apa esok tengahari dah boleh keluar. Kena habiskan dos antibiotik dulu katanya. Tapi tekanan darah rendah, kalau esok tak okey. Hmm.. maknanya kena sambunglah duduk wad.." sambung Faliq lagi.

" Pula dah. Kasihannya..!!  Tapi tengok dia pun memang pucat sangat. Takut penyakit lain pula Alang.."

" Insha Allah tak ada apa-apa. Dia memang macam tu. Kalau demam sikit je pun memang pucat ma.." Puan Asmah mengangguk tanda faham.

" Ma.. Angah ada ke?!" Tanya Faliq.

" Ada dekat atas. Awal dia balik hari ni.."

" Ada problem lah tu.." teka Faliq.

" Tak sihat katanya.."

" Tu mesti tak sihat poketnya tu kan.." Faliq gelak kecil. Faham dah perangai kakaknya tu.

" Ha.. Tahu tak apa. Mama baru nak cakap.."

"Hmm.. Angah.. Angah.. Ada perkara Alang nak bincang dengan Papa dan Mama ni.."

" Perkara apa?! Nak hantar meminang Aliaa ke?!" Semangat Puan Asmah meneka.

" Hahahaa.. Taklah ma.. Pasal Angah.." Faliq gelak kecil.

" Ooooo ingat nak hantar meminang. Seronok mama dah ni. Kenapa dengan Angah?!" Tanya Puan Asmah.

" Nanti Alang cerita. Papa dah pergi masjid ke ma..?!"

" Belum. Tengah mandi.."

" Okeylah ma. Alang nak mandi nak ikut papa ke masjid. Mama tolong bagitahu papa ye tunggu Alang kejab.."

" Aik!! Kata letih?!"

" Insha Allah. Nanti dah masuk rumah Allah hilang letih, okey ma. Alang naik dulu.." Senyum Puan Asmah. Sejuk hatinya mendengar. Lalu, dia bangun dan menuju pula ke dapur.

Faliq masuk ke bilik dan terus mencapai tuala mandi. Membersihkan diri dan bersiap untuk ke masjid. Dia mengenakan baju melayu cekak musang lengkap berwarna maroon dan kopiah putih. Kemudian, terus turun ke bawah. Baru nak melangkah ke dapur, Faliq terdengar perbualan Puan Asmah dan Asnida. Faliq bersembunyi di balik dinding ke dapur.

" Ma.. Cakaplah dengan Papa. Angah nak pinjam duit. Urgent ni ma.." kata Asnida.

" Nak pinjam duit? Angah nak buat apa?" Tanya Puan Asmah.

" Ni kan hujung tahun dah ma. nak bayar sewa butik, kereta Angah dah lima bulan tak bayar. Bank dah call. Dalam masa seminggu tak bayar, diaorang nak tarik. Ma.. please.. kalau kereta kena tarik, macam mana Angah nak gerak.." Asnida merayu.

" Ya Allah!! Kenapa sampai lima bulan tak bayar. Angah buat apa dengan duit? " Terkejut Puan Asmah dengar.

" Biasalah ma. Shopping lah apa lagi. Maa... please..!!" Asnida masih merayu.

" Time shopping tak beringat. Boros. Dah sesak macam ni baru ingat mama, ingat papa.. " Puan Asmah merungut.


"Alaaa bukan selalu kut Angah nak pinjam. Tak pernah kan.." Asnida menjeling mamanya.

" Ha iyalah. Sebab dah tak ada sumber nak pinjam kan. Sebelum ni boleh minta Lokman, sekarang nak minta tolong siapa?. Mana sahabat baik Angah, kenapa tak minta tolong dia je.."


Asnida kena bebel dengan Puan Asmah. Bernanah telinganya. Kalau tak terdesak, memang dah lama dah dia lari. Malas nak dengar bebelan mamanya.

" Dia dah cover tiap tahun. Tahun ni turn Angah. Mama..!! Angah bukan nak dengar mama membebel lah. Angah nak duit je pun.. Ish!! Mama ni..." geram Asnida. Buat muka pada Puan Asmah.

" Hmm.. Berapa Angah nak pinjam?!"

" Rm20 ribu je.."

" Ha?? Rm20 ribu je Angah cakap?!! Banyak tu Angah. Kenapa sampai banyak macam tu.." terbeliak mata Puan Asmah. Asnida menarik nafas dalam. Bosan.

" Ma.. kereta Angah je pun dah berapa. Nak bayar sewa butik, nak cover baju pengantin, alatan semua, nak bayar itu nak bayar ini. Ada balance sikit untuk Angah shopping lah ma.. " jelas Asnida. Dah tak cukup duit tapi tetap nak shopping. Tak faham betul.

" Tak habis-habis shopping je fikir. Hmm.. Nantilah mama tanya papa, tapi mama tak janji papa boleh bagi.." kata Puan Asmah.

" Alaaa mama pujuklah papa. Mesti papa bagi punya. Maa.. ataupun, mama pinjamkanlah dekat Alang. Alang kan banyak duit. Dia duit banyak-banyak bukan buat apa pun.."

" Habis rumah dia, kereta dia, bayar guna apa? Daun?!"

" Alaaa.. Apa susah, minta lah kekasih hati dia tu.. Budak tu pun banyak duit kan.." perli Asnida dengan mencebik dan sinis.

" Senang je Angah cakap. Ingat Alang tu macam Angah ke, suka minta duit orang. Cakap sendiri dekat Alang, mama tak campur.."

" Taknak Angah.. Nanti kang kena ceramah dengan dia. Malaslah !!" Angah mencebik.

" Kalau malas, tak boleh buat apalah.."

" Alaaaa ma.. Tolonglah ma. Angah nak guna sangat ni. Tolong ye ma, mama kan baik.. Nak cepat tau ma, kalau boleh esok..!!" Merayu dan merayu. Kalau tak terdesak tak adanya nak merayu macam tu.

" Ish!! Dahlah nk pinjam, lepas tu nak cepat.." Puan Asmah terus membebel.

Faliq menggeleng kepala. Dia dah agak dah mesti kakaknya ada masalah kewangan. Bukan senang-senang dia nak bagi macam tu saja. Biar Asnida cakap sendiri. Dia taknak bagi muka. Dah berapa kali dah dia pinjam, tapi bayar tak habis. Faliq tak kisah pasal duit tapi kalau dibiasakan. Nanti makin naik lemak. Kali ni dia takkan berlembut.

" Alang.. jom! Dah lambat dah ni.." lamunan Faliq terhenti apabila En. Kamaruddin menegurnya. Mereka terus melangkah. Asnida masih lagi memujuk mamanya. Kepala dia dah serabut, tak tahu nak pinjam siapa lagi. Tiada pilihan terpaksa pinjam papanya. Walaupun dia tahu, pasti akan kena ceramah dengan En. Kamaruddin. Tapi terpaksa. Yang penting dapat duit.

Orang kalau dah biasa hidup mewah dan tiba-tiba diuji dengan ketidakcukupan duit. Memang seperti orang hilang akal. Tak boleh hidup tanpa duit. Boleh mati tanpa duit. Dasyat betul penangan duit. Berhati-hati dengan duit. Ada masa ia boleh jadi ketagih, jika disalahgunakan. Jadinya, duit tak berkat. Dapat sekejab dan sekelip mata habis. Allahuakhbar..

Pening Puan Asmah dengan anak perempuannya ini. Ada saja hal dibuatnya. Dari anak dara sampai sudah berumahtangga dan kini bergelar janda tapi masih tetap buat hal. Tak habis-habis. Umur dah semakin meningkat tapi tak serik-serik, tak juga insaf. Bilalah nak bertaubat. Tiap waktu tak pernah lupa mendoakan untuk Asnida. Semoga diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah swt. Sungguh berani Asnida, langsung tak takut dosa. Tak takut neraka. Lagi tak sangka, berani mahu cuba membunuh kerana dendam. Dan orang yang dia dendam adalah kebahagiaan saudara kandung sendiri. Entah syaitan apa yang sudah merasuk dalam dirinya hingga sanggup melakukan perbuatan kejam itu.

Puan Asmah menyediakan hidangan makan malam. Sekejab lagi, Faliq dan En. Kamaruddin pulang dari masjid. Hari ni dia masak simple saja. Ikan kerisi goreng, tumis peria, masak lemak pucuk manis, sambal ikan bilis dan ayam masak kicap.

" Ma.. Angah nak keluar dulu ye.." muncul Asnida dengan bau minyak wangi yang kuat menusuk ke hidung.

" Aik!!! Duit tak ada pun nak keluar juga.."

" Keluar tu penting ma.. Mama jangan lupa ye, pinjamkan papa.  Okey mama... bye!!" Terus saja Asnida jalan laju keluar. Mahu cepat takut papanya balik. Puan Asmah menggeleng dan menggeleng kepala.


Keluhan demi keluhan dia pada Asnida. Betul- betul menguji kesabaran naluri seorang ibu. 

Tidak lama kemudian, En. Kamaruddin dan Faliq sampai di rumah. Terus mereka ke dapur untuk makan malam. Perut Faliq sudah berbunyi.  Melihat hidangan diatas meja sudah cukup buatnya terasa sangat lapar. Dia duduk dengan senyuman. Sambal ikan bilis memang dia suka. Makan dengan masak lemak. Perhh!! Terliur .

" Mana Angah pergi tu. Kelam-kabut je..." tanya En. Kamaruddin sambil mengambil lauk.

" Biasalah dia. Kelam-kabut tu sebab taknak terserempak dengan abanglah. Taknak kena bebel.." Faliq gelak kecil. En. Kamaruddin hanya berdiam. Setelah membaca doa makan, mereka menikmati hidangan makan malam bersama. Berselera sungguh Faliq makan. Seperti seminggu tak makan. Habis sepinggan nasi, ditambah lagi.

" Amboii.. berselera nampak Alang makan.?!" Perli Puan Asmah yang dari tadi melihat Faliq makan.

" Hmm.. Mana tak berselera, yang disana tu dah sihat.." En. Kamaruddin pula perli. Hampir tersembur air dari mulut Faliq. Jarang papanya perli-perli ni. Tapi perli gurau.

" Hahaha.. Taklah pa. Alang memang lapar ni, dari tengahari tak makan. Sibuk kerja.. " Faliq menafikan.

" Iyelah tu.. " Puan Asmah senyum saja. Malu pula Faliq rasa. Tapi sebenarnya memang betul pun. Sejak hubungan dia dan Aliaa tidak baik tempoh hari. Memang susah benar nak tengok Faliq makan berselera seperti ini. Nasi sepinggan tapi setengah pun tak habis. Walaupun dimasakkan lauk kegemarannya. Tapi setelah hubungan dia dan Aliaa sudah okey, seleranya bertambah-tambah. Wajahnya pun berseri semula. Hidupnya kembali bersinar. Senyuman pun sering terukir. Orang sedang bahagia. Dari riak wajah pun boleh tahu. Puan Asmah sangat happy melihat perubahan anak kesayangannya. Kembali bahagia. Doa seorang ibu untuk si anak takkan pernah terputus. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku