Kerana Janji
Bab 106
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
81

Bacaan






Pisau lipat yang dibungkus dengan surat khabar dikeluarkan dari dalam laci. Pisau yang diberikan oleh Encik Zack siang tadi. Dia sendiri pun tak tahu nak buat apa sebenarnya sebab Adil taknak bertindak. Buntu pula dia. Risau keadaan Aliaa. Tak tahu dia macam mana nak cakap dengan sahabatnya itu. Setiap kali diutarakan mengenai Asnida, pasti jawapan yang sama. Nantilah dan tak sampai hati pada kedua orang tua Faliq. Itu sahaja alasannya. Faliq pula yang rasa bersalah atas perbuatan kakaknya itu. Kalau boleh mahu saja dia yang heret Asnida ke lokap. Nak taknak, Faliq kena minta pendapat mama dan papanya. Walaupun sudah banyak kali mereka beritahu, mereka tak kisah pun jika Adil mahu laporkan pada polis tapi Adil tetap tidak mahu. Makin lama macam-macam Asnida buat, langsung tak takut walau Faliq sendiri dah bagi amaran. Bertuah betul kakaknya itu. Adil pun satu, baik hati sangat. Sebab tu Asnida semakin berani melakukan perkara kejam begitu. Tapi masalahnya sekarang, melibatkan nyawa adik kesayangannya sendiri. Melibatkan teman sehati sejiwa Faliq. Aduh Adil..!! Takkan mahu dibiarkan sahaja. Itulah kadang-kadang Adil ni, baik tak bertempat. Sanggup biarkan apa saja orang lakukan padanya tetap memaafkan. Sebab, taknak panjang cerita dan kasihan.

Masa belajar dulu pun sama, orang fitnah dia mencuri duit lecturer sampai hampir kena gantung kelas tapi tetap relax je. Padahal dah sah-sah bukan salah dia. Kalau tak Faliq dan Zahwan yang pertahankan, tak tahulah. Mereka yang mencari bukti untuk pertahankan Adil. Akhirnya, mereka berjaya. Dan, orang yang memfitnah itu pun terlepas tanpa sebarang hukuman. Adil pula yang merayu pada pihak universiti agar tidak mengambil sebarang tindakkan pada orang tersebut. Punyalah sakit jiwa dua sahabatnya itu. Adil kata, biar orang buat kita, jangan kita buat orang. Pula dah. Tak boleh buat apa mereka. Menghormati sahaja keputusan Adil. Hmm.. kadang baik salah, tak baik pun salah. Sikap Adil lebih ikut sikap ayahnya. Terlalu baik sampai dipergunakan orang tapi tetap memaafkan dan relax saja. Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.

Tapi lain pula dengan Aliaa. Degil dan gila-gila, bab-bab perkara yang buat dia serabut, memang tak ambil port. Peningkan kepala saja. Tapi walaupun degil, gila-gila dia tetap hormat abangnya dan tetap juga sensitif. Tak tahu ikut siapa perangainya. Macam tulah dalam keluarga dan adik beradik. Ada baik, ada yang nakal, ada juga yang kejam. Manusia tak sempurna, banyak kelemahannya.

Perlahan-lahan Faliq menuruni anak tangga, Puan Asmah sedang asyik menonton drama melayu seorang diri. En. Kamaruddin tidak nampak kelibatnya sudah masuk ke dalam bilik mungkin tapi masih terlalu awal. Faliq duduk di sebelah Puan Asmah, bungkusan surat khabar tadi diletakkan diatas meja. Dibiarkan.

" Apa tu Alang?!" Tanya Puan Asmah.

" Ma.. Papa mana?!" Soalan tidak dijawab tetapi ditanya pula mamanya.

" Ada ni ha.." muncul En. Kamaruddin dari dapur dengan membawa segelas jus oren. Faliq senyum.

" Apa benda tu?!" Tanya En. Kamaruddin pula memuncungkan ke arah pisau yang berbungkus itu. Faliq mengambil bungkusan kertas surat khabar itu, dan membukanya. Ditunjukkan pisau lipat itu pada kedua orang tuanya.

" Ma.. Pa.. Pisau ni untuk tikam Aliaa siang tadi.."

" Astagfirullah Al Azim.. Siapa yang tikam?!"

Faliq menceritakan semua kejadian siang tadi dengan tenang. Memang kedua orang tuanya sangat terkejut. Tak sangka sampai macam tu sekali.

" Melampau dah ni. Mahu ada yang hilang nyawa juga kalau dibiarkan... " kata En. Kamaruddin hilang sabar. Faliq membisu.

" Angah dah balik belum?!" Tanya En. Kamaruddin pada Puan Asmah. Puan Asmah menggeleng.

" Tak satu-satu dia buat hal. Tak apa Alang, kalau Adil taknak ambil tindakkan pada Angah. Biar papa je yang ambil tindakkan. Makin lama makin melampau, makin mencabar papa.. Anak tak anak, kalau dah memalukan keluarga, melakukan perkara kejam macam ni memang patut masuk penjara je. Biar dia rasa" keluh En. Kamaruddin. Puan Asmah mengangguk dan Faliq hanya mendengar.

" Habis Aliaa macam mana Alang?!"


" Aliaa okey je ma. Dia malas nak fikir, dia ikut semua yang Angah minta tapi Angah tetap ganggu dia. Sekarang, kalau Angah call ke, jumpa ke, dia dah tak takut dah. Dia melawan je.."

"Bagus tu, lawan je. Kalau dah melampau, suruh Aliaa tampar je muka Angah. Tengok Angah melawan ke tak?!" Cadang Puan Asmah. Dia sendiri pun geram. Faliq mengangguk.

" Esok Alang busy tak?!" Tanya En. Kamaruddin  pada Faliq.

" Esok tak busy. Kenapa pa?!"

" Esok set time, lepas lunch ke. Papa nak jumpa Adil, bagitau dia ya.."

" Nanti Alang confirmkan dengan Adil. Esok tengahari Aliaa discharged, apa-apa Alang call papa esok.." En. Kamaruddin mengangguk.
Suasana sepi seketika. Masing-masing melayan drama di tv. Faliq bangun nak naik ke biliknya. Handphone diambil. Senyum sendiri. Seperti biasa, mahu mengganggu orang disana. Dia melabuhkan badan di katil. Seronok dapat merehatkan badan yang keletihan.

" Uit orang disana..
Dah tidur ke?!" Whatsapp dihantar. Menanti jawapan dengan penuh kesabaran. Tersengeh sorang-sorang. Handphone bergetar menandakan whatsapp masuk. Senyum lagi.

" Tak tidur tapi tengah mereput..." balas Aliaa.

" Hahaha..
Sabar, esok balik kan?!
Siapa teman malam ni?!"

" Yup..
Ada abang ni, tapi dah mimpi.."

" Ooo patutlah tengah mereput,
Tak ada geng rupanya..
Hahahaa.."

" Tahu tak apa!!"

" Sorry ye!!
Saya tak sempat nak datang petang tadi.
Balik kerja lewat..!"

" Tak apalah Faliq..!!
Selesaikan dulu urusan awak.
Tak payah kisah sangat saya ni,
Okey sudah ni.."

"Mestilah saya kisah.
Awak bakal permaisuri saya kan.
Takkan nak biarkan permaisuri saya ni sakit sorang-sorang. Saya pula yang tak tenang.."

" Hmm.. iyalah tu!!"

" Okeylah, tidur awal ye biar tak mereput.
Jumpa esok!
Selamat malam sweet..
Muah!!!"

" Selamat malam.." whatsapp akhir dari Aliaa.

" Selamat malam je. Hehehe..." kata Faliq sendiri. Senyum bahagia. Potret Aliaa di tatapnya. Melihat potret itu saja pun dah boleh buat dia mengukir senyuman. Tenang hati.

" Bilalah nak jadi bini aku, senang sikit aku nak ngadap kau Aliaa. Time cakap bab kahwin, jawapannya.. relax- relax dulu. Nak tunggu relax sampai bila pun tak tahulah,  Cik Aliaa oiii.." bebelnya sendiri dan kemudian gelak.

Jam sudah menghampiri 11.40malam. Suasana bandar metropolitan masih tetap meriah. Lebih meriah bila anak-anak muda keluar bergembira. Malam ibarat siang bagi mereka. Berkumpulan menaiki motor, berlumba-lumba di jalanraya. Bangga bila digelar Mat Rempit. Lagi bangga boleh buat pelbagai aksi bahaya ditengah jalanraya. Tak fikir keselamatan diri dan keselamatan pengguna jalanraya yang lain. Pemandu kenderaan lain pula yang takut dan cuak bila berselisih dengan mereka. Itu baru kumpulan Mat Rempit, remaja baru naik. Belum lagi kumpulan remaja yang memandu kereta pula. Kira kumpulan lebih maju dari Mat Rempit. Masing-masing bergaya dengan kenderaan. Macam-macam rupa kenderaan mereka. Berlumba-lumba mahu tunjuk siapa lebih handal. Baik lelaki dan perempuan sama sahaja. Terlalu bebas mereka. Jika golongan yang ada-ada, yang berduit. Pub dan kelab malam lima bintang jadi tumpuan, keluar masuk tukar pasangan. Masuk sihat keluar mabuk. Tengok dari rupa paras, semua kacak-kacak, muka berpelajaran tinggi dan muka baik-baik kata orang tapi akhlak ke laut. Allahuakhbar.. Dunia akhir zaman.

Happy Asnida tatkala bersama kawan-kawannya. Gelak tawa, bergurau senda, bertepuk tampar sana sini sudah kebiasaan. Pakaian jangan cakaplah.

" You.. jom balik. Dah dekat jam 12.00 malam dah ni. Nanti bising papa i.." ajak Elly. Ada takut juga dia dengan orang tuanya.

"Alaa relaxlah. Awal lagi kut.." balas Asnida.

"Entahlah you ni, Elly. Relax lah. Bila lagi nak bergembira macam ni kann.." balas seorang lelaki bertubuh gempal.

" Senang je you cakap. Papa i tu lain tau. Kalau dia dah marah, harimau pun kalah tau tak!!" Semua yang ada di situ gelak semahu-mahunya. Elly mencebik. Bengang.

"Papa i okey je. Kalau marah pun, marah kejab je. Cuma adik i jelah. Itu tak boleh ini tak boleh. Siap bagi ceramah lagi.." Selamba saja Asnida mengutuk Faliq. Bertuah.

" Adik you yang mana?!"

" Adik i lelaki sorang je kut.."

" Oooooo bank you tu ye. Untunglah you, tak ada duit je minta dia kan.. hahaha.." sampuk seorang lagi.

" Itu dulu. Sekarang ni tak boleh dah.."

" Hahahaa.. Patutlah you mengelupur cari duit. Bank dah blacklist dah rupanya uolllss.. Hahahaa.." giliran Asnida pula digelakkan oleh kawan-kawannya. Menyirap betul dia.

" Ash.. You nak cari duit kan?! I ada port baik punya untuk you. Lumayan tuu... Apa macam, nak?!!"

" Lumayan?! Wow!! Macam best je.. Apa port?!" Asnida teruja. Cakap bab lumayan, automatik bahagia dia rasa. Mata hanya terbayang duit, duit dan duit.

" Hahahaha.. Baguslah you ni kan. Tapi nak lumayan kenalah kerja. Mana boleh free macam tu je kan uolllss.." Mereka gelak lagi. Asnida berkerut. Elly mula naik rimas. Memang bendul Elly ni, tak suka berkawan dengan geng Asnida tapi bila Asnida ajak keluar, tetap ikut. Hmm.. kasihan.

" Hohohohoo.. Sorry.. Sorry.. and Sorry..!! Kerja tu i tak buat. I rela tak ada duit dari buat kerja tu. You bagilah 10juta sekali pun. I takkan, okeyy!! " kata Asnida tegas. Baru dia faham maksud kawan lelakinya itu.

" Hey!! You.. Lumayan tu, tak payah buat loan bank adik you tu. Satu malam je boleh buat untuk seminggu kut.. " kawan yang kain mengiyakan saja.

" Apa you ingat. Maruah i ni boleh dijual beli ke?! I keluar masuk pub, lepak-lepak dengan you all je tau. Bab-bab melacurkan diri bukan i lah.." katanya lagi. Mempertahankan diri.

" Alamak!! Baik pula Ash ni.. Alaaa Ash, tak payah nak baik sangatlah. Macamlah kami tak tahu, you mana boleh hidup tanpa duit kan. Tulah, sumber kewangan you, you pergi ceraikan. Sekarang kan dah susah... Hahahaa"
Asnida diperli cukup-cukup malam ini. Turun naik nafasnya. Sakitnya hati.

" You mulut jangan nak biadap sangat ye. Tak payahlah nak perli-perli i. Sekarang ni i dah miskin, memanglah you all perli, kutuk i, time i ada duit, i lah segalanya. I lah kawan selamanya.." keluh Asnida. Muka bosan.

" Ash.. itu perkara biasalah. Kawan kami bukan you je. Banyak lagilah you. Lebih berduit dari you. Lebih mudah kan uollss.. You ni kawan sandaran kami je..Hahaha.." Sakitnya hati Asnida. Digelakkan lagi.

" Sampai hati you all cakap Ash macam tu. Kami pun tak hadaplah nak kawan dengan you.. you.. you and you. Duduk rumah pun rumah flat, kerja pun makan gaji tapi berlagak macam anak Dato', belagak macam bijak pandai, macam orang berharta. Kereta pun menyewa. Tu ha, pergi balik kampung tengok mak ayah, jaga mereka lagi baiklah..." Sekali Elly bersuara, semua senyap.

" You ni dah lebih. Ada yang makan tangan pula kang.." Cakap orang, bila terkena sendiri tak boleh terima. Hmm..

" Setakat makan tangan you yang kotor dek najis tu, i tak hairanlah. Lain kali sebelum nak cakap orang, cermin diri tu dulu. I dan Ash dah sah-sah businesswoman, ada kerjaya, kereta sendiri, tak payah menyewa bagai tau, family pun berada and i kan anak Dato'. You tu, tak sedar diri. Makan pun minta kami yang payung. You kawan dengan kami nipun, sebab kami kasihan tau..." Boleh tahan mulut Elly ni.

" Kurang ajar betul lah dia ni.." Marah.

" Sabar.. Sabar...!!"

" Ish..!! You all ni kan. Bertambah serabutlah i. Nak release tension pun tak boleh. Dahlah Elly, jom kita balik. Semak pula lepak dengan diaorang ni.. Jom..Jomm!!" Asnida bangun dan rerus ambil handbagnya dan berlalu meninggalkan mereka.

" Tulah.. Memang semak samun segala. Sorry ye you, i terpaksa cakap lepas biar you tu sedar diri. Kasihan mak ayah dekat kampung harapkan anak kerja dekat KL ni cari rezeki halal tapi haram jadah. Hehee.. Oh ya!! Makan minum you.. you.. you and you tolong bayar ye. Thank you sooooo much.. Bye...!!" Elly gelak mengejek. Sempat lagi dia.

" Berambuslah..!!!" Marah kawannya itu. Sakit hatinya. Menyesal pula dia cakap lepas sebentar tadi. Kan dah terkena diri sendiri.

" Elly.. !!! You nak balik ke taknak. Cepat lah..!!!" Jerit Asnida.

"Iyalah nak baliklah..." terkedek-kedek Elly berlari anak menghampiri Asnida. Selalu kena sengal dengan Asnida pun nak juga dia pertahanakan kawan baiknya itu.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku