Kerana Janji
Bab 107
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
79

Bacaan






Yeah!! Hari ni aku balik rumah. Rindu sangat dekat bilik aku, tak sabarnya. Awal pagi lagi aku dah siap kemas semua, tinggal angkut beg je. Bestnya!! Abang baru je balik, nak mandi katanya. Lepas tu nanti dia datang semula. Lagipun masih awal lagi ni. Aku pun tak tahu nak buat apa. Perut dah rasa lapar pula tu, sarapan tak sampai lagi. Aku membuka laci meja, tengoklah kut-kut ada makanan yang boleh ditelan. Aku tersenyum melihat sebungkus roti coklat. Bolehlah buat alas perut sementara sarapan sampai. Nak turun ke cafe, hmm.. awal-awal dah abang sound. Jangan keluar!! Okeylah abang. Adik mereput je dalam ni sampai abang sampai. Balasku pada abang tadi. Semua tak boleh, sedih betul. Ni semua angkara Elly lah ni. Kalau dia tak buat kacau dekat sini, tak adanya aku dipantau sedasyat ini. Dah macam tahanan pula. Dipantau 24jam. Hmm..

"Morning Cik Aliaa.." seorang nurse masuk ke bilik. Budak kelantan ni peramah sungguh.

" Ya... Morning..!!" Balasku dengan senyuman.

" Sekejab ya. Nak masukkan ubat antibiotik yang akhir ni.." katanya. Aku mengangguk je dan membiarkan dia buat kerjanya.

" So, saya boleh discharged jam berapa ek?!" Tanyaku tak sabar.

" Itu kena tunggu doktor datang..."

" Jam berapa doktor datang?!"

" Kalau tak ada emergency kes biasa dia datang dalam jam 10 atau 11 kut.. "

" Alaa.. Awak call lah dia, suruh dia datang awal lagi.."pinta aku. Nurse tu gelakkan aku. Lawak ke?! Hmm..

" Cik Aliaa dah tak sabar ye nak keluar?!"

" Ha la.. Penat dah mereput dalam ni. Nak turun bawah tak boleh, nak ke cafe tak boleh.." aku mengeluh.

" Nak buat macam mana? Kami pun terpaksa ikut arahan abang Cik Aliaa. Nanti tak ikut, kena marah lagi.. " katanya. Aku pula rasa nak gelak. Semalam dialah yang kena marah dengan abang sebab aku menyorok dalam bilik air. Tak pasal-pasal kena marah. Hehe..

" Sorry lah ye. Saya nak kenakan abang saya, tak sangka pula awak yang kena marah.. "

"Tak apa Cik Aliaa. Dah biasa dah. Hmm.. Cik Aliaa, nak tanya sikit boleh?!" Aku berkerut. Apa pula budak ni nak tanya.

" Yang dengan abang Cik Aliaa tu siapa ya?! Hensemlah dia.."  Tanyanya tersipu malu. Aku senyum, nak gelak pun ada. Hahaha.. gelak dalam hati jelah.

" Kenapa?! Minat dia ye.." tanyaku sengaja.

" Hehe.. Suka tengok muka dia, tenang je.. Kirim salam dekat dia ye Cik Aliaa.." katanya lagi.

" Boleh.. boleh.. nanti saya sampaikan.." kata aku.

" Terima kasih Cik Aliaa.. Saya keluar dulu ya.."  aku mengangguk perlahan.

" Ni kalau bagitahu Faliq ni confirm perasan lebih. Hahahaha.." aku gelak sendiri. Lambatnya masa berlalu, baru jam 8.15pagi. Adoiii... Apa nak buat ni. Aku baring tengok tv. Lama-lama mata pun naik mengantuk. Lelap lah kejab.

" Jadikan malam ku lebih indah,
Jadikan siang ku lebih terang,
Biarkan bungaku mewangi,
Selamanya..."

Aku dengar orang menyanyi, sayup-sayup je bunyinya. Mimpi apa aku pagi-pagi ni. Dengan mata yang berat, aku cuba buka mata sikit je.  Kelihatan samar-samar wajah Faliq. Muncul pula dia dalam mimpi aku. Fikirku. Aku layan mata lagi. Aku nampak wajah Faliq. Aku senyum. Indahnya mimpi.

" Amboii... lenanya tidur siap senyum lagi tu.. Hahaha.." Aku terus tersedar bila dengar Faliq gelak kuat. Laa.. ingat aku mimpi, rupanya memang Faliq depan mata aku. Malunya aku. Tapi aku buat selamba je. Aku duduk dan menggosok-gosok mata. Dia masih gelak.

" Gelak-gelak.. Ingat lawak ke?!" aku merungut.

"Memang lawak pun. Tidur pun boleh senyum. Ke mimpi saya ni ya.. Hahaha.." sambung lagi gelak.

" Orang tidur dalam imanlah. Awak mana tahu.." aku menjeling.

" Hahaahaa.. Taknak mengaku. Hahaha.. " Tengok dia gelak, aku yang konon taknak gelak pun, terjebak gelak juga.

"Sakit perut saya. Haha.. Disebabkan awak mimpikan saya pagi-pagi ni, ni special for you my dear.. " Faliq memberikan aku setangkai bunga mawar merah. Aku mengambilnya dengan senyuman. Terus aku hidu baunya. Lama tak bau haruman mawar. Tenangnya. Bahagianya.

" Thanks.. Ni petik pokok mama ye.." teka aku.

" Biasalah.. " katanya ringkas.

"Awak tak kerja ke?!"

" Hari ni saya masuk lambat.." Aku mengangguk.

" Ada orang kirim salam dekat awak.." kataku menyampaikan salam dari nurse Kelantan tadi pada Faliq.

"Kirim salam?! Siapa pula?" Berkerut dahi Faliq.

" Peminat awaklah. Siapa lagi.." Aku gelak kecil.

"Peminat saya, cuma awak jelah. Mana ada orang lain lagi.." katanya.

"Eee.. Bila masa pula saya minat dekat awak. Sikit pun taklah.." aku mencebik. Mengejek.

"Ececehh.. Tak minat konon. Jual mahal ekk.."

" Ha lah.. Bila masa pula saya minat awak. Awak yang kejar saya adalah.." saja menyakat dia.

" Hahahaa.. Okey!! Nanti saya kejar orang lain baru tahu.. Nak?!"

" Pergilah.. Tak hairan pun.."

" Hahaahaa.. Janganlah macam tu. Kecewa lagi saya nanti. Saya kejar awak je, awak lari mana pun, saya tetap akan kejar tau..!!" Katanya jujur. Aku gelak. Dah lama tak gaduh dengan teman sehati sejiwa aku ni.

" Orang cakap betul lah. Nurse kelantan tu, kirim salam dekat awak. Dia cakap awak hensem.." aku beritahu .

" Waalaikumsalam... Biasalah, saya memang hensem. Sebab tu ada je orang kirim salam dekat saya ni. Bertuah awak kan, dapat bakal suami hensem macam saya ni.. Hahahaa.." Membangga pula dah.

" Dah agak dah. Perasan dia dah menggunung dah tu.. "balasku.

" Hahaha.. Perasaan perasan tu kena ada. Okey saya nak tanya awak ni. Jawab jujur tau. Boleh?!" Aku mengangguk. Dia tersengeh-sengeh.

" Bagi awaklah kan. Jawab jujur tau. Saya ni hensem tak?!" Hahahaa.. Aku gelak dan gelak.

" Hahaha.. Tak ada soalan lain ke nak tanya. Aduhaii..." Aku sambung gelak lagi.

" Tak ada. Dah lama nak tanya soalan tu. Jawablah cepat. Tak sabar nak tahu jawapan ikhlas dari kesayangan saya ni.. " Faliq sengeh.

" Hmm.. Nak kata hensem, tak juga. Nak kata tak hensem, sikit adalah. Kiranya, biasa-biasa jelah. Sedang-sedang. Tapi abang saya lagi hensem.. " jawabku satu persatu. Dia senyum je.

""Aik!! Macam tu pula. Ke mulut cakap biasa-biasa tapi hati cakap, saya hensem.. kan.. kan.." tekanya pula.

" Aik.. kata suruh cakap jujur, jujur lah ni. Terimalah kenyataan wahai Encik Faliq Alfie.. Hahaha.."

" Hmm.. Okeylah. Terima kenyataanlah ni. Tapi kenapa cakap abang awak hensem pula?!"

" Mestilah.. Bila adik dia cute dan sweet. Abang dia mesti hensem. Betul tak?!"

" Hahahahaa.. Nak juga perasan. " Faliq gelak.

" Habis.. awak ingat, awak je sorang nak perasan? Tak aci tau.. Saya pun nak juga.." Kami gelak lagi dan lagi. Meriah wad dengan gurau senda dan gelak tawa kami. Nak pecah perut gelak. Selamat aku tak kena toreh dekat perut. Kalau tak, mahu terkeluar isi perut aku gelak.

" Dahlah awak. Sakit perut saya gelak ni.." Aku berhenti gelak.

"Eh!! Alamak.. Sorry.. lupa pula. Okey ke tak ni?!" Cuak muka Faliq. Boleh pula dia lupa.

" Hahaha... Okey lah.." Aku gelak kecil. Lawak.

Berseri muka Faliq. Memang betul kata nurse Kelantan tu. Tenang je tengok muka Faliq ni. Nak marah pun tak jadi. Jujur cakap, aku memang rasa happy dengan dia ni. Ada je nak buat aku gelak. Pandai ambil hati. Lagi-lagi layan karenah aku yang degil ni. Memang penyabar betul lah teman sehati sejiwa aku ni.

" Assalammualaikummm... Amboii..!! Meriahnya pasangan ni. Sampai keluar dengar gelak korang ni.." Muncul Naim, Kak Intan dan Mira tiba-tiba. Tersengeh. Aku dan Faliq jawab salam serentak. Senyum lebar aku. Rindu sangat dekat mereka ni.

" Orang tengah bahagialah katakan.." perli Kak Intan pula. Mereka ni kalau tak perli aku memang tak sah. Aku gelak je.

"Kau macam mana beb. Dah sihat sepenuhnya ke ni.. " tanya Naim.

" Okey dah. Korang datang ni, Encik Zack tak bising ke..?! " tanyaku lagi.

" Untuk pengetahuan Aliaa, Encik Zack yang suruh kami melawat kau ni. Kami ingat nak datang waktu lunch nanti tapi dia bagi pelepasan. So, kami pun apalagi..." kata Kak Intan.

" Aliaa.. saya gerak dulu ye.." kata Faliq.

" Okey..!! Hati-hati.." jawabku perlahan. Faliq bersalaman dengan Naim. Sebelum dia keluar sempat dia mengenyitkan mata dekat aku. Selamatlah mereka tak nampak. Kalau nampak confirm aku kena lagi.

" Selamat korang datang pagi ni sebab tengahari kang saya nak keluar dah.." jelasku.

" Laa iyeke.. " Aku mengangguk.

" Beb.. kau tahu tak. Encik Zack dah dapat P.A baru tau. Cantik dan bergaya.." Naim mula bercerita.

" Oyeke?! Alhamdulilah.. "

" Tapi.. Dah kena pecat pun. Dua hari je kut dia kerja.." sambung Mira pula. Terkejut aku dengar. Macam pelik je.

" Laa.. Dah kenapa pula?"

"Harap muka je cantik dan bergaya. Hari pertama kerja, okey lah juga. Hari kedua, panjang tangan. Ada ke patut, dia ambil pen Encik Zack. Pen mahal tu. Encik Zack sendiri yang dapat tangkap. Mengamuklah dia. Kecut perut kami tau.. " Kak Intan pula cerita. Memang bersemangat dia bercerita. Aku hanya mendengar.

" Jadinya.. Kaulah beb yang akan terus jadi P.A dia. Hanya kau je yang boleh ngam dengan dia.." kata Naim.

" Hmm.. Nasiblah.."jawabku. Memang macam-macam mereka cerita mengenai hal office. Rindunya aku nak masuk office. Pagi itu memang meriah wad. Tadi meriah gelak tawa aku  dan Faliq, lepas tu sambung meriah dengan kehadiran mereka pula. Meriah sangat. Hari ni memang hari meriah aku kut. Happy sangat.  


Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku