Kerana Janji
Bab 108
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
95

Bacaan






Bila mereka dah balik, jadinya aku sorang-soranglah. Abang tak sampai lagi. Doktor pun tak masuk lagi. Dah jam 10.00 pagi ni, bayang doktor pun tak nampak lagi. Aku dah over excited dah ni nak balik. Yang ditunggu tak kunjung tiba. Sedih. Tak apa, sabar ya Aliaa. Sekejab lagi sampailah tu. Pujuk hati sendiri.
Perut terasa perit sikit, mungkin sebab kuat gelak sangat tadi kut. Sampai tak ingat dunia. Hehe..

"Hai Aliaa.." Muncul Doktor Dina dimuka pintu. Aku terus senyum lebar. Dalam hati dah melonjak keriangan dah.

"Hari ni macam mana? Okey..??" Tanyanya padaku.

" Okey.. Sihat...!!" Jawabku. Doktor Dina periksa aku macam biasa.

" Perut macam mana, ada sakit lagi tak?"

" Sakit tu taklah tapi rasa perit, pedih.."

" Okey.. Tekanan darah pun dah normal, jantung semua ok, luka pun alhamdulilah. So, boleh baliklah. Nanti saya bagi appointment date untuk follow up ya. Jangan tak datang pula.." kata Doktor Dina. Senyum.

" Insha Allah.. "

"Jaga kesihatan baik-baik. Kalau ada apa-apa yang rasa tak selesa dekat badan, terus datang hospital. Jangan tunggu lama-lama. Jangan kerja kuat sangat, banyakkan berehat ya.." Pesanan demi pesanan Doktor Dina untuk aku. Itu pesanan biasa dari seorang doktor untuk pesakit. Jadi, jawablah. Ok boss!! Hehe..

" Baik Doktor. Terima kasih banyak-banyak tolong saya.." kataku. Senyum.

" Sama-sama. Saya keluar dulu ya.." Aku mengangguk. Doktor Dina terus melangkah keluar. Aku termenung sekejab. Kenapa aku rasa macam tak sedap hati. Aku buang semua perasaan negatif tu. Taknak serabutkan kepala. Sekarang ni, yang aku fikir. Nak balik je. Tapi masalahnya, abang mana ni abang. Abang lupa nak ambil aku ke ni. Aku terus ambil handphone dan terus call abang.

" Abang.. abang dekat mana? Cepatlah, adik dah boleh balik dah ni.." tanyaku sebaik dengar suara abang ditalian.

"Iya. Abang dekat hospital lah ni. Jumpa doktor  ni. Tunggu kejab.."

"Jumpa Doktor? Doktor baru je lepas check adik.." kataku.

" Iya.. Tunggu kejab ye.. Ada hal sikit ni.. Dah siap kemas tak?!"

" Selepas subuh tadi dah siap kemas dah pun.."

" Okey.. tunggu kejab ya..!!"

" Iyalah..." Aku terus matikan talian. Ada hal sikit? Hal apa? Aku berkerut memikirkan. Lalu, ku tepis lagi semua negatif. Taknak negatif okey tapi nak positif. Aku tarik nafas dan senyum. Aku turun dari katil dan duduk pula di sofa. Sementara tunggu abang, aku baca surat khabar semalam kut. Aku pun tak tahu. Hilangkan boring.

20minit juga aku tunggu abang, baru muncul. Tersengeh je. Aku mencebikkan muka konon merajuklah. Abang membawa plastik berisi ubat. Oo abang pergi farmasi rupanya ambil ubat yang dibekalkan doktor. Patutlah lambat. Tulah jangan sangka buruk sangat. Kan malu sendiri. Hehe...

" Beg ni je ke?!"

" Iyalah. Kan abang dah bawa balik pagi tadi.." abang mengangguk. Diangkat beg pakaian kecilku. Yeah!! Aku dah terlepas dari wad. Syoknya. Dikaunter pertanyaan, aku jumpa nurse yang bertugas. Ada dua orang. Termasuk nurse Kelantan tulah.

" Cik Aliaa nak balik dah ye. Jaga kesihatan baik-baik, makan ubat ya.." pesan mereka. Peramah sungguh.

" Insha Allah.. Terima kasih ya, banyak tolong saya selama saya dekat sini.." kataku.

" Sama-sama.." jawab mereka serentak.

" Oye..!! Orang yang awak kirim salam tu,  dia kirim salam dekat awak semula.." kataku sebelum melangkah.

" Ha?! Iyeke..!! Waalaikumsalam... terima kasih Cik Aliaa.. " Amboii.. Happy nya dia. Aku gelak kecil. Rakannya sibuk bertanya itu dan ini. Aku dan abang terus melangkah meninggalkan mereka. Abang berkerut, pelik je. Lepas tu, geleng kepala.

Keluar je dari lift, kami terus menuju ke kereta yang tidak jauh dari pintu utama. Tengahari ni banyak kenderaan masuk, nak melawat pesakit. Berebut-rebut mencari parking. Ada sebuah kereta juga sedang menunggu kami keluar dari parking. Cepat-cepat kami masuk dalam kereta dan abang terus menghidupkan enjin kereta. Kasihan dia tunggu lama nak parking. Abang memulakan pemanduan. Betapa nikmatnya dapat melihat dunia luar. Taklah terperuk je dalam wad.

" Abang.. Bila abang pergi Sudan?! Lupalah.. " tanyaku memecah kesunyian.

"Abang pergi Isnin tapi Ahad pagi abang dah kena balik JB tau.." jelas abang.

" Confirm ke abang lama dekat sana?!"

" Tengok keadaan. Rasanya paling awal pun makan bulan kut. Kalau tak ada halangan. Insha Allah..!!" Sambung abang lagi. Senyum.

"Makan bulan pun mesti tiga empat bulan kan. Abang cakap hari tu.."

" Tu agak-agak abang je. Tapi projek tu dah jalan dah, rasa tak sampai kut. Abang cuma pantau je. Harap taklah lama. Kenapa?!"

" Tiga empat bulan pun lama juga. Nanti call abang mesti susah. Habis, kalau adik rindu abang macam mana? Abang baliklah tiap bulan.." cadangku.

" Hahaha.!. Kalau abang kerja dekat darat, bolehlah kut curi-curi balik. Ni dekat tengah laut lah adik. Macam mana nak balik?! Tak apalah, Faliq kan ada.."

" Ish!! Abang ni.. Abang tu abang adik, dia tu kawan kut. Mana sama.."

" Iyalah.. Abang faham. Pejam celik pejam celik. Kejab je!! Yang penting, adik kena jaga kesihatan baik-baik ya. Jaga diri elok-elok.. Abang pun berat hati nak tinggalkan adik kesayangan abang ni tau tak.. "

" Kalau berat hati, tak payahlah pergi.."

" Mana boleh. Kan dah diarahkan dan tanggungjawab abang dah tu. Nanti kalau rindu abang, baliklah kampung. Rajin-rajin balik kampung, ajak Faliq tu. Okey?!"

" Hmm... Iyalah.." Aku menarik muka sedih. Empat hari je lagi nak bermanja dengan abang. Lepas tu abang dah pergi kerja jauh dah. Lama lah dapat jumpa semula. Entah dapat jumpa abang lagi entah tak. Manalah tahu, aku tak sempat jumpa abang lagi ke. Iyalah, ajal maut ditangan Allah. Aku yang pergi dulu buat selamanya. Ish!! Apa merepek ni. Ada-ada je. Aku tampar mulut aku sendiri. Suka mengkhayal pula dah.

" Dah kenapa pula tu?!" Abang perasanlah pula. Aku sengeh. Malu sendiri.

Masuk ke perkarangan rumah, aku senyum lebar selebar-lebarnya. Cepat-cepat aku keluar dari kereta nak masuk dalam nak jumpa Mak Long. Tapi langkahku terhenti. Aku pandang abang.

" Oo bang.. Mana kereta Pak Long?!" Tanyaku pada abang. Baru perasan, kereta Pak Long tak ada.

" Pak Long dah balik kampunglah.." jawab abang.

" Ha?? Tipulah.." abang mengambil beg pakaian aku.

" Tak percaya sudah.. Nah!! Abang nak ambil barang.." kata abang serius dan memberikan beg pakaianku. Aku muncung.

 "Takkan Mak Long dah balik kut. Sampai hati Mak Long.." aku cakap sendiri.

 Aku buka pintu perlahan, baru menapak dua tiga langkah. Dann....

" Haaaa!!!!! "

Terkejut beruk aku, tercampak beg. Faliq sergah aku dari tepi. Boleh pula aku tak perasan.

" Heyy..!!! " Menjerit aku sekuat hati. Faliq gelak tak ingat dunia. Bertuah punya Faliq. Bagai nak jatuh jantung aku dibuatnya. Aku menjeling tajam pada dia dan gelak kecil. Sukanyalah dia. Geram betul. Tak lama muncul Mak Long dari dapur. Tersengeh Mak Long.

" Mak Long?! Eeee... Abang tipu adik, tak baik tau diaorang ni.." aku mencebik. Geram je.

" Ni semua kerja Faliq dan Abang.." kata Mak Long. Abang dan Faliq gelak je. Aku pandang kedua mereka dan menjeling.

" Surprise tak?!" Tanys Faliq. Aku ambil bantal kecil aku baling dekat dia.

" Banyaklah surprise..!!!"

" Abang tak salah ye. Abang hanya menurut perintah je.."

" Abang pun bersubahat juga. Sama je dua-dua ni.." kataku.

" Sudah-sudah.. Kalau dilayan korang ni, jawabnya kebulur Mak Long. Dah jom  adik kita makan.." ajak Mak Long.

" Jom Mak Long.. Jangan ajak diaorang, jahat..!!!" Aku terus memaut lengan Mak Long. Jalan dengan Mak Long ke dapur. Dua sahabat yang seronok kenakan aku hari ni ikut dari belakang. Tak sudah lagi si Faliq ni gelak. Happy nya dia hari ni.

Banyak lauk Mak Long masak. Semua sedap-sedap. Tapi tak semua aku boleh makan. Okeylah tu. Yang penting dapat makan masakan Mak Long.

" Eh! Mana Pak Long?!" Rasa hairan pula Pak Long tak ada.

"Pak Long dah balik. Ada kerja sikit.." jelas Mak Long. Aku mengangguk.

"Kan abang dah cakap, Pak Long balik kampung . Tak percaya..!!" Sampuk abang pula. Aku sengeh. Berseleranya Faliq makan. Tak pandang kanan kiri. Sedap sangat kut. Tapi memang sedap pun. Tengoklah Mak Long siapa kan. Aku makan tak banyak, dapatlah buat alas perut dari lapar.


Rasa pedih pula perut ni. Tadi dekat hospital okey je. Aku meneguk air suam menghilangkan dahaga. Aku senyum melihat Faliq dan abang makan. Sungguh berselera.

" Dah ke dik?! Tak habis makan..?!" Tegur Mak Long.

"Tak. Perut pedih.. " jawabku perlahan.

" Pula. Lepas ni nanti terus makan ubat. Makan ubat ikut masa, jangan tak makan pula tau.."pesan abang.

" Okey Boss!!!" Kataku.

"Faliq.. awak datang naik apa? Tak ada pun kereta awak.." tanyaku pada Faliq yang fokus betul makan.

" Dengan Adil lah. Siapa lagi.. " jawabnya ringkas. Mata masih tertumpu pada nasi. Aku gelak kecil melihat gelagat dia.

Selesai makan dan setelah aku makan ubat. Aku melangkah ke ruang tamu. Duduk di sofa bersama Mak Long, Abang dan Faliq. Abang pandang aku tak berkelip. Aku perasan juga tapi aku abaikan.

" Adik okey ke tak ni?!" Tanya abang.

" Okey.. Alhamdulilah.."

" Pucat sangat muka tu. Dahlah, pergi masuk bilik, rehatkan badan.."

" Kejab lagilah ye.." Abang mengangguk.

" Jangan bagi alasan mereput pula. Dah sampai rumah, rajin-rajin makan ubat. Jangan angkat benda berat, jangan makan pedas, ingat tu..!!" Faliq pula menyambung. Tegas dan langsung tak senyum.

" Iya.. iya.. tahulah..!!" Balasku. Faliq senyum.

" Mak Long.. Saya keluar kejab ya. Ada urusan sikit.." Kata Abang. Mak Long angguk.

" Mak Long terima kasih banyak-banyak. Jemput saya makan. Tapi masakan Mak Long memang sangat sedaplah..!!" Puji Faliq.

" Iyalah.. sama-sama. Kirim salam dekat mak ayah ya. ."

" Insha Allah.. Saya balik dulu ya. Jaga kesihatan tau. Ingat pesanan doktor. Jangan degil.." Pesan Faliq lagi dan lagi.

" Iya.. saya tahu.." aku senyum je. Mereka terus melangkah. Tinggal lah aku dan Mak Long. Aku minta izin Mak Long untuk masuk ke bilik. Mak Long pun mahu masuk bilik mahu solat.

Aku melangkah perlahan ke bilik. Buka saja pintu bilik. Bau semerbak haruman mawar menusuk ke hidung. Ya Allah!! Kuatnya bau dan tenang sekali. Aku terus menghampiri bunga mawar di atas meja solekku. Ku hidu. Aku berkerut.

" Masih segar. Siapa yang letak ni? Mak Long kut. Tak mungkin lah. Ke abang. Ish!! Tak mungkin.. tak mungkin.. Faliq?? Eh!! Iyeke?! Hmm.. Pelik.." Aku berfikir. Tak apalah. Siapa yang tukar bunga ni tak penting. Yang penting bunga ni memang buat aku tenang. Terapi. Aku buka tudung, kain tudung ku masukkan ke dalam bakul kain. Aku mencapai tuala mandi dan masuk dalam bilik air. Okey!! Nak bersihkan badan, nak solat dan kemudian nak membesarkan badan. Apalagi.. tidurlah. Hehe...



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku