Kerana Janji
Bab 109
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
109

Bacaan






Adil memandu laju membelah kesesakan lalulintas. Waktu macam ni memang sibuk, masing-masing keluar mencari makan. Sana sini hon kenderaan, tak sabar menunggu giliran. Baik ditengah jalanraya, dilampu isyarat mahupun ditepi jalan. Pening. Pening..!! Nak taknak kena hadaplah juga, dah nama pun tinggal di KL. Kota metropolitan yang sangat sibuk. Berjalan kaki pun sama, naik LRT, KTM pun sama, lagi naik kenderaan persendirian. Lagilah sakit jiwa.

" Liq.. Tolong ye tengokkan Aliaa waktu aku tak ada nanti.." Adil bersuara. Risau.

" Insha Allah.. Jangan risau bro, aku akan jaga dia macam mana aku jaga mama.." jawab Faliq. Yakin dan bersemangat.

" Bukan apa bro cuma risau ugutan semua tu,  Aduhaii.. tak tenang aku..." luahnya. Faliq senyum.

"Iya aku faham. Agak-agak payah, kang aku bawalah dia ke rumah. Okey kan.. Hahaha.." Faliq gelak. Sempat lagi bergurau dalam Adil tengah serius.

" Amboi kau.. Ini dah lebih, jangan buat hal.."

" Hahahaa.. Oiii.. oiii.. rumah mamalah bro, takkan rumah aku pula kut.."

" Rumah mama kau pun tak selamatlah bro,  ada Ash kut.."

" Iyalah kan.. Lupa pula.. Hmm.. Alaaa.. Kau janganlah risau, insha Allah semua akan okey. Dan akan kembali okey.." Faliq menyedapkan hati Adil.

"Moga-mogalah. Ha ni, papa kau jumpa aku kenapa ni?!" Tanya Adil lagi.

" Entah. Aku pun tak tahu. Dia cuma pesan malam tadi, nak jumpa kau lepas lunch. So, aku  pun bertindak mengikut arahan Boss lah.." jawab Faliq. Padahal dia tahu tapi taknak beritahu.

" Pasal Ash ke?!" Teka Adil.

" Tak pastilah bro. Manalah tahu nak bincang pasal aku dan Aliaa ke kan. Hahaha.." gurau Faliq.

" Suka kau ek!! Beberapa hari ni aku tengok kau happy je. Gelak je. Macam tak ada problem je kau ni bro. Apakes?!"  Tanya Adil. Sengaja pancing.

" Hahahaa.. Kalau aku ada problem pun takkan lah aku nak meratap problem aku bro. Jadi tekanan aku pula kang. Tak pasal-pasal masuk Tanjung Rambutan pula.." Adil pun join gelak.

" Okey.. Okey..!! Ni kau happy sangat-sangat ni mesti sebab adik aku ek.. Betul tak?!" Adil teka lagi. Senyum.

"Hahahaha.. Kau ni kan. Dah tahu lagi tanya. Segan. Siapa lagi yang buat aku bahagia kalau tak adik kau. Kan abang ipar kan.. kan.. kan..." Hahaha.. dua-dua gelak. Adil geleng kepala. Sebenarnya Adil sendiri pun bahagia bila tengok sahabat dan adiknya bahagia. Bersyukur.

Sampai ke destinasi yang dituju. Mereka terus masuk ke Restoran Sambal Hijau. Mencari meja kosong, di satu sudut berhampiran pintu. Berjalan perlahan. Masih ramai orang lagi, banyak lauk pauk menjadi pilihan. Mujurlah mereka sudah makan tadi. Kalau tidak mereka pun mesti rambang mata nak pilih lauk. Hanya memesan air sahaja. Baru saja Faliq menghubungi En. Kamaruddin, memberitahu mereka sudah sampai. Dipintanya tunggu, jalan sesak katanya. Mereka berbual kosong. Ini memang restoran kesukaan En. Kamaruddin, dalam seminggu tak makan dekat sini memang tak sah.

Tidak lama kemudian, muncul En. Kamaruddin sampai. Mereka sambut dengan senyum mesra sekali.

" Korang taknak makan ke?!" Tanya En. Kamaruddin.

" Kami dah makan tadi dekat rumah Adil. Papa makanlah.."

"Tunggu kejab, papa ambil makanan dulu.."
Mereka mengangguk.

" Makin muda pula aku tengok papa kau ni.." puji Adil.

"Hahaha.. Mungkin sebab kau lama tak jumpa kut.."balas Faliq.

" Mungkin juga kan.. Tapi aku cukup berterima kasih dekat parents kau, terima adik aku, ambil berat pasal dia. Terharu bro.. Thanks broo.." sambung Adil lagi.

" Kau ni.. Dah anaknya berkenan dekat adik kau, kenal kau pula tu. Mana taknya.. Boleh dikatakan semua pasal Aliaa mereka tahu. Mama tu, asyik tanya je bila nak bawa kau dan Aliaa datang rumah. Tak sabar nak jumpa Aliaa, akhirnya dapat juga jumpa dekat hospital. Jadilah" terang Faliq, semangat. Adil gelak kecil.

En. Kamaruddin datang dengan membawa makanan. Mereka membiarkan dahulu dia makan. Berselera sungguh. Selesai makan, mereka berbual kosong.

" Faliq cakap Adil nak kerja dekat Sudan? Bila pergi?!" Tanya En.Kamaruddin memulakan perbincangan.

" Iya pakcik. Isnin saya pergi, ahad ni balik JB.."

" Berapa lama dekat sana?" Tanyanya lagi.


" Tak pasti, kalau kerja siap awal. Balik awal lah.." jawabnya lagi. Faliq hanya mendengar.

" Kira ambil masa jugalah kan. Lamalah tak balik, kasihan Aliaa.."

" Nak buat macam mana pakcik. Aliaa pun dah biasa.."

" Iyalah.. Hmm.. Pakcik nak tanya mengenai ugutan pada Aliaa tu. Kenapa taknak ambil tindakan?" En. Kamaruddin pandang tepat pada Adil. Adil hanya senyum. Menghirup air teh o ais dihadapannya.

" Apa yang Faliq dah cerita, bagi Pakcik tu dah kira sangat melampau. Adil ada hak untuk ambil tindakan. Jangan fikir rasa bersalah sebab Pakcik dan Makcik atau sebab Faliq tapi fikir keselamatan Aliaa..." Adil senyum dan senyum. Langsung tak cakap apa-apa.

" Kami tak kisah pun, Asnida tu. Sebab dah memang dia bersalah. Yang bersalah memang patut kena hukum. Cubaan membunuh dah kira berat tu tau. Pakcik taknak nanti sampai ada yang melayang nyawa. Ambillah tindakan, buat report polis. Biar dia kena, kami tak kisah pun Adil. Kalau Adil biarkan, dia akan bertambah berani. Kalau tak buat pada Aliaa pun mungkin pada orang lain. Dan, mungkin dengan cara ini boleh buat dia insaf.." satu persatu En. Kamaruddin jelaskan.

Faliq mengangguk. Setuju dengan apa yang papanya cakapkan. Adil hanya berdiam. Tak tahu nak jawab apa.

" Saya faham pakcik. Saya sendiri pun memang tak tenang hati tinggalkan Aliaa dekat sini.." katanya perlahan.

" Berapa kali dah dia buat pada Aliaa. Siap upah orang lagi. Allahuakhbar..!! Kalau kami nak ambil tindakan pun tak boleh, sebab mangsa pun diam je kan.. Macam mana? Kami sendiri pun tak tahu macam mana nak buat lagi. Walaupun Asnida ada dekat rumah pun, dia boleh call orang buat sesuatu pada Aliaa. Tahulah dia macam mana kan.. Banyak sangat kakinya.. " Serius.

" Angah ada jumpa kau tak?!" Tanya Faliq pula yang dari tadi senyap saja.

"Ada.. Tak silap masa ugutan melalui handphone tu kut. Dia minta aku pisahkan kau dan Aliaa. Apapun terjadi. Sejak tulah, macam-macam dia ugut Aliaa. Apa je yang Aliaa buat, dia akan info aku. Aku pun tak tahu mana dia tahu semua. Tu yang aku buntu tu, terpaksa aku bertindak jauhkan kau dan Aliaa.. Sorry lah bro, memang aku buntu dan tekanan jugalah.." jelas Adil. Memang muka sangat bersalah.

" Tak apa. Aku faham. Ambillah tindakan. Walaupun Ash tu kakak aku, anak papa dan mama tapi perbuatan dia melampau bro. Melibatkan nyawa tu. Dahlah nyawa tu nyawa adik kau, kesayangan aku. Ish!! Jangan buat hal bro. Biar dia masuk lokap, dengan harapan dia akan berubah.." Faliq pula bersuara.

" Betul tu. Papa pun setuju apa Alang cakap. Adil bincang dengan Aliaa nanti. Tapi tolonglah jangan fikir kami, tapi fikir keselamatan Aliaa. Kami pun sayang Aliaa juga. Tak sanggup nak tengok dia dicederakan oleh anak kami sendiri lagi. Pakcik tahu, Adil ni baik orangnya tapi bab ni jangan baik sangat. Pakcik dan makcik dah anggap Adil dan Aliaa macam anak kami sendiri. Kira ni dah dua kali dah kan, Angah buat hal dekat Adil kan Alang.."

" Iya Pa.. "

" Dua kali yang amat memalukan kami. Tapi ni paling dasyat dan paling berani dia buatlah. Tak tahulah mana dia dapat keberanian macam ni.." keluh En.Kamaruddin. Adil senyum. Langsung tak komen negatif.

" Pakcik dan keluarga. Minta maaf banyak-banyak pada Adil dan Aliaa atas apa yang Asnida dah lakukan pada kamu berdua. Maaf sangat-sangat. Kami kesal dengan sikap dan perbuatan Asnida. Jadi, kami keluarga Asnida ni minta Adil ambillah tindakan pada Asnida. Demi keselamatan Aliaa.." Adil bertambah rasa tak sampai hati pula bila menatap wajah tua En. Kamaruddin. Lembutnyalah hati Adil ni.

" Tak apa pakcik. Apa yang berlaku ni saya anggap dugaan dan ujian untuk saya dan Aliaa. Mungkin Allah nak saya lebih ambil berat pada adik saya sebab selama ni saya selalu abaikan dia. Biarkan dia lama dekat KL ni sorang-sorang. Jarang balik sini. Sihat sakit dia pun saya tak tahu, boleh dikatakan Faliq lebih tahu pasal Aliaa dan bila perkara ni berlaku baru saya rasa, nilai kasih sayang tu lebih penting dari segalanya.." Adil meluahkan. Jujur.

" Apa yang berlaku ada hikmahnya. Adil fikirlah apa yang pakcik cakapkan ya. Kami terima semua. Jangan risau pasal kami tapi risaulah pada Aliaa. Pada masa yang sama, kami pun akan pantau Asnida. Risau juga pakcik dan makcik ni, dahlah Aliaa tinggal sorang-sorang. Nak tunggu si Faliq ni hantar meminang, hmm entah bilalah. Kalau dah sah, baru lega kami. Ada juga yang jaga Aliaa tu.."
Sempat juga bergurau. Menjeling sinis pada Faliq. Adil gelak.

" Papa.. kalau ikut Alang ni, sekarang juga nak hantar meminang tau. Jumpa tok kadi nikah je terus. Tapi tuan punya badan tu pula buat hal. Kalau ikut wali, wali on je kan wali kan.."
Mereka gelak bersama. Ada- ada saja Faliq ni. 

Adil menarik nafas dalam. Terfikir akan Aliaa. Macam mana keadaan Aliaa nanti bila dia  tinggalkan Aliaa lama disini. Kesihatan dia, keselamatan dia. Kalau sebelum ini mungkin tak risau sangat tapi sejak ugutan dan sakit dia. Jadi tak tentu arah fikirannya. Bertambah risau dan risau. Dan, jika difikirkan semula apa yang Aliaa, Faliq dan En. Kamaruddin cakapkan mengenai Asnida. Memang semua betul, tapi entahlah. Dia tak tahu nak buat apa. Memang nak ambil tindakan tapi tak tahu kenapa hatinya begitu lembut dan arhh!! Tak tahu nak cakap macam mana. Kalau orang lain, dah lama dah Asnida meringkuk dalam penjara. Tapi Adil ni, terlebih baik pula. Dan tak tahu kenapa dia jadi sebaik itu. Dia sendiri pun  tak ada jawapan. Dalam fikirannya hanya biarlah orang buat kita, jangan kita buat orang.  Aduhai Adil..!! 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku