Kerana Janji
Bab 110
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
146

Bacaan






Keluar saja dari kereta terus kelam-kabut berlari masuk ke dalam rumah. Seperti dikejar hantu gayanya. Serabut tengok keadaannya. Tidak terurus. Tidak seperti sebelum ni, sentiasa cantik dan bergaya. Itulah orang cakap, bila duit dah tak ada seluruh kehidupan kacau bilau.

" Mama...!! Ma.. oh Mama..!!" terjerit-jerit Asnida memanggil ibunya. Satu taman boleh dengar suaranya. Dicari mamanya di dapur tapi tiada, terus naik ke bilik. Dicarinya di bilik, pintu diketuk. Puan Asmah membuka pintu, baru lepas menunaikan solat. Asnida terus terjah masuk ke dalam.

"Kenapa menjerit-jerit ni Angah. Dah macam orang gila je.." kata Puan Asmah menjeling pada Asnida sambil melipat tikar sejadah dan kain telekung. Asnida duduk di kerusi sambil memandang mamanya.

" Maa.. Macam mana? Mama dah pinjamkan dekat papa tak?! Papa bagi tak? " tanya Asnida bertubi-tubi. Puan Asmah tidak terus menjawab. Tikar sejadah dan kain telekung dimasukkan ke dalam almari.

" Hmm.. Angah.. Angah..!! Mama nak turun bawah, nak goreng cempedak. Sekejab lagi papa dan Alang balik nak makan.." Puan Asmah terus keluar dari bilik dan langsung tidak mempedulikan Asnida. Malas mahu layan anaknya itu.

" Maa.. Angah tanya ni?! Mama dah pinjamkan dekat papa tak?!" Asnida mengekori Puan Asmah.

" Dah.." jawabnya ringkas.

" Habis.. Papa cakap apa ma. Papa bagi tak?!" Tanyalah lagi. Puan Asmah ke dapur. Mengambil tepung gandum diatas rak kabinet. Kemudian, mengambil mangkuk sederhana besar lalu diisikan tepung didalamnya.

" Maa... Angah tanya kut..!!"Asnida duduk. Tak sabar nak tunggu jawapan dari Puan Asmah. Puan Asmah sengaja buat dia tertunggu-tunggu.

" Entah.."

"Entah?? Ma.. kenapa entah pula? Aduhai..."
Asnida menekup muka dengan tapak tangannya. Kecewa teramat. Kusut kepalanya.

" Masalahnya papa tak jawab apa-apa pun. Jadi, mama nak buat macam mana.." jelas Puan Asmah.

"Mama pujuklah papa. Kalau tak dapat duit tu, matilah Angah..!!"

" Apa yang kecoh-kecoh sangat ni, sampai dari luar dengar. Apasal Angah.." muncul Faliq tiba-tiba.

" Tak ada apalah. Tak payah nak menyibuk.."

" Alang tanya baik-baik macam tu pula jawabnya.." perlahan saja Faliq cakap.

" Cakaplah.. Angah tanya tu.." Geram pula Puan Asnida dengan Asnida. Degil.

" Lain kali kalau nak minta tolong tu, cakap sendiri tak payah suruh mama yang cakap. Lepas tu bila tak dapat nak mengamuk pula. Elok ke perangai macam tu.." Tepat Faliq memandang Asnida. Asnida tetap buat muka degilnya.

"Angah tak minta tolong Alang pun.." Asnida menjeling pada Faliq. Puan Asmah menggeleng kepala.

" Okey!! Taknak Alang tolong kan. Baguslah tak habis duit Alang. Ma, Alang naik atas dulu ya.."
Baru saja Faliq mahu melangkah. Asnida panggil dia. Faliq senyum sinis.

" Alang.. Alang..!! Angah nak pinjam duit.. Please?! Angah terdesak..!!" Buat muka kasihan.

" Lain kali jangan nak berlagak sangat.." Puan Asmah senyum mengejek Asnida.

"Nak bagi ke taknak?! Tak payahlah nak perli-perli.." jawabnya.

"Jom.. Pergi butik.. " ajak Faliq.

"Nak buat apa pula pergi butik.."

" Alang nak tengok akaun butik Angah, Alang takkan bagi duit bulat-bulat pada Angah.." kata Faliq, tegas.

" Apa?! Ingat Angah nak buat enjoy ke?! "

"Yup!! Sebab Angah tak boleh dipercayai bab duit. Dah cepat, nak pergi ke taknak?!" Arah Faliq.

" Ishhh..!!" Terus saja Asnida melangkah. Sebelum pergi, sempat Faliq meneguk air suam dulu. Dahaga tekaknya. Kemudian, meninggalkan Puan Asmah yang sedang membancuh tepung.

Sepanjang perjalanan ke butik, Asnida langsung tidak bersuara. Senyap seribu bahasa. Faliq pun malas mahu layan. Layan perasaan sendiri lagi baik. Menoleh pada Asnida yang panjang muncungnya itu. Mesti dia bengang. Tak ditolong kasihan, ditolong makin lemak. Sebab dah banyak kali dah Asnida pinjam duit dia, kata untuk cover butik tapi buat enjoy. Itu yang buat Faliq sakit hati dan langsung tak percaya pada Asnida. Sebab tu dia mahu tengok sendiri akaun butik. Biar dia sendiri yang kira dan bayar. Tak boleh bagi duit depan mata Asnida, lain yang nak dibayar lain pula digunakannya nanti.


Dan, kalau diikutkan jumlah wang yang Asnida pinjam untuk butiknya yang tak berbayar itu sebenarnya memang banyak dan dia ada kuasa dalam butik itu.

"Eh..!! Haiii Faliq.. You datang sini sebab rindu i ye! Lamanya tak jumpa you. Kenapa makin hensem?!" Masuk ke Faliq ke dalam butik terus Elly tergedik-gedik menghampirinya. Tapi diabaikan oleh Faliq. Asnida hanya berdiam. Terus ke kaunter, menunjukkan akaun butik pada Faliq. Elly tercenggang. Tak tahu menahu kehadiran Faliq. Yang penting muka Asnida memang mencuka.

" You.. buat apa tu?!" Tanya Elly pada Asnida yang baru duduk.

"Tengok akaun lah.."jawab Asnida.

" Untuk apa?!"

"I nak pinjam duit dialah..."

"Tapi kenapa dia nak tengok akaun pula?!"

" Eeee... you ni, boleh diam tak. Bisinglah.. Memekak je.."  Marah Asnida pada Elly.

" Salah ke i tanya? I ada hak untuk tahu jugalah.." Elly mencebik.

Faliq menggeleng melihat mereka berdua. Asyik bergaduh saja. Hmm..

" Dah you kata, turn i kan. So, you diam je boleh tak, tahulah i nak settlekan semua.."

" Hmm.. settle lah sangat..." Elly menjeling.

"Korang ni kan. Macam anjing dengan kucing, bergaduh je.." Faliq menghampiri mereka.

"Tulah. Tapi i kucing, dia tu anjing.."Elly menjeling pada Asnida.

" You cari pasal dengan i?!" Menyirap darah Asnida.

"Sudah-sudahlah. Dengar ni. Disebabkan korang ada pinjam duit saya dan masih tak bayar pun. Dan bila dikira semua, hampir 40% tau. Banyak! Nak tunggu korang bayar semua memang taklah. Jadi, secara automatik saya ada hak keatas butik ni. Tengok ni. Banyak keuntungan butik ni sebenarnya, tapi disalahgunakan sebab tu setiap tahun sangkut. Macam mana korang ni!!" Mereka melihat statement butik. Terdiam.

"Ash lah ni.." tuduh Elly.

" Jangan nak salahkan i je ye. You pun sama jugalah.."

" Mulai bulan ni, segala urusan akaun biar saya uruskan semua. Korang jalankan butik ni macam biasa. Faham ?!" Kata Faliq tegas.

" Jadi maknanya you Boss la ni.." tanya Elly.

" Yup!! Saya juga adalah share partner korang. Ni belum lagi termasuk yang korang nak guna ni. Campur tolak bahagi darab, memang saya bos lah. Setuju ke x? Klu tak setuju tak apa. Pandai-pandai korang cari duit atau bungkus jelah butik ni. Lagi senang..!!" Sambung Faliq lagi.

" Eh!! Okey.. Okey!! Kami setuju. Tenang sikit kepala, tak payah nak fikir pasal akaun, tiap bulan asyik kena topup sendiri je, ada share partner pun tak guna.."  Elly tetap cari pasal.

" Tak payah nak perli-perli i lah.. Berapa income dapat?!"

" You ni kan, income je fikir. Butik ni dapat bertahan pun dah cukup baik dah. Kan Faliq kan.."

" Income belakang cerita. Yang penting sekarang ni settle kan hutang yang melambak ni. Lepas ni, segala duit keluar masuk, tempahan, atau apa-apa sahaja mengenai butik ni kena info saya. Jangan nak suka-suka buat keputusan sendiri dan guna untuk personal. Faham?! Angah faham ke tak?!"

" Iyalah."

" Bagus! Esok Alang akan buat surat perjanjian rakan kongsi. Dalam minggu ni juga kita uruskan semua.." Elly hanya mengangguk tanda setuju. Asnida dari riak wajah sebenarnya tak setuju tapi dia tiada pilihan. Terpaksa. Kalau tidak, memang akan tutuplah butik ni, tak sanggup dia, lagipun nama butik ni dah terkenal dan ramai customer suka dengan perkhidmatan mereka. Dan, bukan senang nak naik seperti ini. Kerana kesilapan dia sendiri, butik hampir lingkup dek kerana hutang yang banyak. Kalau dulu, tak cukup duit boleh minta Lokman, sebab tu rasa senang saja hidupnya. Lokman pun tak pernah minta dibayar semula, tapi sekarang. Baru tahu langit tu tinggi ke rendah. Asnida betul-betul rasa tertekan.

Faliq mengajak Asnida pergi ke bank pula. Untuk bayar segala hutang dan bayar keretanya. Asnida hanya ikut sahaja. Tak pasal-pasal Faliq terjoin rakan kongsi butik. Dia tak boleh terlalu berlembut, dia kena bertegas. Kalau fikir malas nak campur, pandai-pandailah mereka uruskan tapi memandangkan butik itu memang boleh menapak, dan banyak dah duit dia untuk butik ni walaupun Asnida kata pinjam tapi bayar pun tak. Jadi, dia fikir elok dia masuk dalam rakan kongsi mereka dan dia adalah pemegang besar butik. 


Dia hanya uruskan akaun dan segala urusan tempahan atau urusan seharian butik adalah tugas mereka. Tak terkecuali, Asnida juga kena uruskan sama. Tiada istilah bos antara mereka. Sebab sekarang Faliq yang bos. Asnida terpaksa turunkan egonya. Terpaksa menurut perintah. Seperti lembu kena cucuk hidung. Dalam kepalanya hanya fikir duit saja. Tak dapat dah nak shopping sakan lagi. Nasiblah..

Dari bidang arkitek ke bidang perniagaan pula. Walaupun tak banyak tapi sedikit pengalaman untuk perniagaan adalah juga tapi bab akaun dia tak ada masalah. Kalau dia tak mampu nak uruskan, dia akan beri pada Aliaa. Biar Aliaa yang uruskan. Boleh juga dapat side income. Aliaa pun bijak uruskan kewangan. Wow!! Makin tercabarlah Asnida. Boleh ke dia bekerjasama dengan Aliaa? Dan macam mana layanannya pada Aliaa nanti. Ish!! Sudahlah Asnida bermusuhan dengan Aliaa, ini pula nak Aliaa uruskan. Biar betul Faliq ni. Sudahlah mereka tiada lagi ikatan yang sah, kalau sudah berkahwin okeylah. Itu mudah diuruskan. Dia yakin.

Faliq fikir masa depan. Fikir untuk Aliaa. Bila dia dan Aliaa sudah berumahtangga nanti, dia tidak mahu Aliaa bekerja lagi tapi mahu Aliaa uruskan butik bersama Elly dan Asnida. Jalankan perniagaan bersama-sama. Dia juga akan turun padang. Itu yang dia fikir. Tapi tak tahulah penerimaan Asnida dan Elly terhadap Aliaa macam mana. Tak apa, pandailah Faliq mahu uruskan. Kalau dia tidak bertindak begini, pasti Asnida akan lebih besar kepala. Biar Asnida ada rasa segan sikit padanya dan pada Aliaa. Boleh ke?! Orang ego dan keras kepala macam Asnida ni ada ke perasaan segan. Hmm.. tengokkan sajalah. Mungkin boleh dan kemungkinan besar tidak. Tapi.. Mahu kah Aliaa? Tunggu je jawapan Aliaa...



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku