Kerana Janji
Bab 111
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
77

Bacaan






Selepas makan malam tadi, aku terus je ke ruang tamu. Temankan Mak Long tengok tv dan borak-borak. Abang keluar beli tepung dan ikan bilis, esok aku minta Mak Long buatkan sarapan cucur bilis. Wah!! Sedapnya. Cicah pula dengan sambal ikan bilis. Fuh!! Memang layanlah. Pada mula abang malas nak keluar tapi aku suruh juga. Teringin nak makan cucur bilis, nak taknak terpaksa juga abang keluar ke kedai semata-mata nak melayan adiknya ni. Abang kan baik, apa aku nak seboleh-bolehnya dia akan turutkan juga. Tapi aku pun taklah melampau minta yang bukan-bukan. Aku minta pun sama-sama makan. Lagipun bila abang dah pergi kerja jauh, abang dah tak dapat makan masakkan Mak Long. Kasihan abang.

"Mak Long duduklah sini terus temankan adik.." pintaku.

" Mana boleh dik. Kalau ada orang minta tolong masak macam mana? Minggu ni pun ada juga tapi Mak Long tolak sebab adik.." jelas Mak Long. Tak lama abang balik, abang letak barang dekat dapur dan duduk bersama kami.

"Nah ni.." Abang memberikan aku dua bungkus keropok. Melompat aku happy. Terus aku duduk.
Sambil layan tv sambil layan keropok. Makan dengan abang. Kalau macam ni lah hidup, confirm gemuk.

" Adik jelah balik kampung. Duduk terus dekat kampung.." Mahu tercekik keropok dibuatnya.

" Taknak Mak Long. Kerja adik macam mana?" jawab aku. Terus mengunyah.

" Kerjalah dekat kampung. Banyak benda boleh buat dekat kampung tu. Bisness, silap haribulan pendapatan bisness lagi banyak dari pendapatan adik kerja dekat sini tau.." cadang Mak Long.

" Adik bukannya reti nak bisness pun Mak Long.." Kataku beri alasan. Mata tertumpu di tv.

" Kalau tak reti, kan boleh belajar. Ataupun tolong Pak Long uruskan kebun dia tu ha.."

" Ish!! Taknaklah..."

" Mana boleh adik duduk kampung Mak Long. Nanti susah hati putera kayangan dia tu. Tak tengok sehari pun dah macam orang mati bini, ini kan pula lama. Memang matilah. Hahaha.." abang perli aku. Aku menjeling manja.

" Kalau dah macam tu. Suruhlah dia hantar meminang. Kan senang.."

"Ishh!! Mak Long ni. Nanti-nantilah. Adik tak fikir lagi pun.." Abang gelak kecil. Sengaja abang nak kenakan aku.

" Nak fikir apa lagi dik. Dah orang tu berkenan, baik pula tu orangnya, Mak Long pun dah berkenan. Langsungkan jelah. Tak pun tunang.." cadang Mak Long lagi. Aku dengar tak dengar je. Mengunyah je.

" Betul tu Mak Long. Ha.. Dik, apa kata sebelum abang pergi Sudan, adik bertunanglah dengan Faliq. Okey tak?!" Cadang abang pula.

" Abang... Jangan nak merepek ek!"

" Laa.. merepek kenapa? Betul lah abang cakap. Kan Mak Long kan.."

" Abang nak pergi Isnin kan. Ahad abang dah balik JB, esok Jumaat. Jadi, bertunangnya bila?! Sabtu? Entah apa-apa entah.." Aku mencebik.

" Iyalah kan.. Hahaha.. Eh! Oklah tu, bertunang express. Beli cincin je, jumpa Mak Long dan Pak Long. Settle..?!" Aku berkerut.

" Eee.. Mengarut betul. Adik nak ikut step by step tau. Mula-mula merisik, bertunang dua, tiga tahun. Lepas tu baru buat majlis perkahwinan. Ha..! Baru betul..! Kan Mak Long kan.." Mak Long mengangguk tanda setuju. Aku tersengeh.

"Kenapa nak bertunang sampai dua tiga tahun pula..?!" Tanya abang.

" Iyalah.. dua tiga tahun untuk simpan duit. Untuk kenali hati masing-masing.."

" Tak payah nak lama-lama sangat bertunang. Bertunang enam bulan je cukup. Bab duit, majlis semua tak payah risau, tanggungjawab abang.."

" Ish!! Abang ni.. Takkan semua abang nak tanggung kut.."

" Adik je satu-satunya tanggungjawab abang. Bila adik dah kahwin dah bertukar tanggungjawab dah. Abang nilah abang adik, ibu adik, ayah adik tau. Siapa lagi yang nak tanggung kalau tak abang yang hensem ni.."

" Hahaha.. Iyalah abang. Sayang abaaaangg!!" Aku meletakkan kepala di bahu abang. Kemudian, sambung mengunyah.

" Betul tu adik. Jadi, bila nak bertunangnya ni..?!"

" Hahahaa.. Nanti-nanti ye Mak Long. Mak Long pula excited ye.." Aku gelak.

" Nanti-nanti. Hmm.. kalau umur tu makin muda tak apa. Adik.. Adik!!"

" Tulah.. umur makin tua, dah level anak dara tua dah ni, kang lambat-lambat lagi jadi anak dara tak laku. Padan muka..!!"

"Abang...!!! Jahat tau mulut tu.."

" Dahlah.. Mak Long nak tidur dulu ye. Adik, nanti sebelum tidur fikir baik-baik. Jangan nanti-nanti, nanti tak laku. Baru padan muka.." Aku tercengang. Abang terus ketawa besar. Tak ingat dunia punya ketawa. Aku pun tak tahan tengok, sudahnya aku join sekali. Sabarlah wahai hati..

" Aduhaii..! Sakit perut abang. Hahaha.."

" Sukanya abang ye kenakan adik.." aku menjeling. Keropok aku masukan dalam plastik dan ikat ketat-ketat. Esok boleh mengunyah lagi.

"Abang.. tadi abang pergi mana dengan Faliq?!" Tanyaku ingin tahu.

" Jumpa papa Faliq.." jawab Abang.

" Kenapa?!"

"Bincang pasal Asnida.."

" Bincang apa? Tak fahamlah. Tolong explain.."pintaku.

" Papa dia, minta abang buat report polis pasal ugutan tu.."

" Jadi? Abang report tak?!" Abang menggeleng. Aku mengeluh. Dah agak dah.

" Adik tak fahamlah abang ni. Asnida dah buat macam-macam dekat adik tapi abang boleh relax je. Macam tak sayang adik je.." luahku. Jujur sejujur-jujurnya.

" Bukan macam tu. Entahlah dik, abang tak fikir lagi. Lagipun, parents dia baik kut. Faliq pun baik.."

" Serba salah, kan?!" Aku menoleh pada abang.

"Abang.. Untuk apa abang rasa serba salah. Sedangkan family dia sendiri yang suruh abang report. Melibatkan nyawa adik ni kut . Adik abang ni tau!. Abang nak ke, tiba-tiba dapat berita yang adik abang ni dah koma ke apa ke. Dan, bila abang balik, yang tinggal jasad yang diselimuti kain putih. Nak ke?!" Kataku. Abang senyap seribu bahasa. Aku tak tahu macam mana nak bagi abang ni keras hati sikit. Terlalu kasihan sangat dekat orang tapi dekat adik sendiri macam tak kasihan je. Sedih pula aku.

" Abang ni..!! Hmm.. sukahati lah. Kalau terjadi apa-apa dekat adik, jangan menyesal sudah.." Sengaja je aku cakap macam tu. Biarkan abang ni.

"Ish!! Janganlah cakap macam tu.." Tahu cuak.
Aku buat muka.

" Okey macam ni. Kita bagi Asnida peluang sekali je lagi. Maksudnya kalau dia buat sesuatu dekat adik lagi. Baru buat report. Kalau abang tak ada, adik pergi dengan Faliq. Macam mana okey tak?!" Boleh pula abang bagi cadangan macam tu.

" Yang sekali lagi nilah antara hidup dan mati tau.."

" Janganlah negatif, cuba fikir positif sikit.." Aik! Aku pula kena.

" Hmm.. Sukahati abanglah. Penat dah cakap. Adik dah cakap, Faliq dah, papa Faliq dah, nak tunggu atok Faliq cakap kut baru abang buka mata tu.."

"Hahahaa.. Abang nak tunggu moyang Faliq cakap pula.." Aku sinis pada abang. Gurau.

" Gelak pula. Orang serius ni.." aku buat muka marahlah konon.

" Alaaa.. gurau sikit pun tak boleh. Patutlah Faliq cakap awak tu singa. Singa betina ke Singa jantan ni.." abang masih bergurau.

"Singa pondan.." Makin kuat gelaknya. Aku senyum jelah.

Aku dah menguap beberapa kali. Nak masuk tidur tapi syok pula layan drama melayu ni. Jarang aku tengok drama melayu, tapi bila dah mula tengok. Seronok pula. Abang pun terpaksa layan juga.

"Dah pergi masuk tidur sana. Menguap tak habis-habis, mata ngantuk ditahan. Bagi abang ngadap pula. Dia je dari tadi.." Abang terus ambil remote astro, channel ditukar.

"Ish!! Abang ni.. Orang tengah layan drama ni kut"

"Sorry..!! Abang nak tengok bola.." Abang sengeh. Bertuah punya Abang.

" Merajuklah macam ni. Bye..!!"Aku merungut.

" Merajuklah.. Suruh Faliq pujuk ye.. Hahaha.." Gelak kecil. Aku menjeling abang dan terus masuk bilik.

Macam biasa, sebelum tidur mesti tengok handphone dan macam biasa juga whatsapp dari Faliq.

" Haiii teman sehati sejiwa..
Hari ni kesihatan macam mana? "

"Okey..!!" Tu je aku balas.

Kemudian aku letak handphone semula. Baring melayan perasaan. Esok baru Jumaat, Tak sabar nak tunggu Isnin, masuk office. Isnin tu juga Mak Long nak balik kampung. Katanya, aku dah kerja. Dia taknak duduk sorang-sorang dekat rumah. Tak ada apa nak buat katanya. Okeylah Mak Long..!!

Baru je nak lelap, teringat pula belum makan ubat. Aku bangkit semula, buka laci meja dan keluarkan berkilo ubat yang dibekalkan doktor. Kena habiskan ubat. Telan jelah. Untuk kesihatan aku juga. Pahitnya.. jangan cakaplah. Kemudian, aku baring semula. Handphone bergetar. Okey! Whatsapp masuk.

Pantas je tangan ni ambil handphone. Semangat. Senyum. Biasalah, tengah dilamun cintan kan. Dengar je bunyi handphone confirm nya berseri muka. Automatik gila sekejab. Haha..

"Syukurlah.
Jaga kesihatan baik-baik tau.
Kalau awak sakit lagi,
nanti saya pun join sakit juga.."

" Kenapa awak join pula?
Yang sakit saya kut."

" Iyalah..
Dah awak sakit kan,
Hati dan fikiran saya pun sakitlah juga,
Tak tenang, risau, runsing, sedih semualah.."
Aku senyum. Fahamlah maksud dia tu.

" Oh! Macam tu ek?!"

" Dah makan ubat tak ni?!" balasnya.

" Dah.. Baru lepas.."

" Esok saya tak dapat jumpa awak,
saya ke Melaka.
Mesti akan merindu nanti, kan..!"

" Hmm.. iya ke?! Entah..!"

" Hahaha..
Jual mahal ek..
Tak apalah..!"

" Hehe..
Okeylah! Nak tidur dah ni.."

" Okey sayang..!!
Bawa saya dalam mimpi awak ya.
Love you soooooo much!! Muahh!!"

" K..!!"

 Simple je aku balas. Mesti dia bengang. Aku bukannya reti nak bagi ayat-ayat jiwang. Kalau terrrrrbagi tu pun ambil dari lirik lagu yang kebetulan aku dengar. Copy paste je. Hehe.. Nasiblah. Selamatlah si teman sehati sejiwa aku ni sporting dan gila-gila macam aku juga. Yang penting dia memahami perangai aku. Terima kasih Faliq..!! Senyum dalam lena,  tidur.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku