Kerana Janji
Bab 112
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
80

Bacaan






Bermula hari itu, Asnida kena masuk butik dan uruskan butik bersama Elly. Tidak terkecuali. Arahan Faliq. Nak taknak Asnida terpaksa ikut kerana sudah berjanji dengan Faliq. Dia betul-betul terpaksa kena lupakan egonya kali ini. Akur. Kalau tidak kerana terpaksa minta tolong Faliq untuk pertahankan butik yang hampir lingkup, belum tentu dia mahu ikut kata Faliq. Tak pasal-pasal dia juga kena berkerja. Semalam Faliq hanya bayarkan kereta dia untuk tiga bulan sahaja. Lagi dua bulan dia kena kerja macam pekerja lain, mengikut waktu yang telah ditetapkan oleh Faliq dan kena mencari pelanggan untuk cover bayar kereta dia. Asnida tiada pilihan. Dia memang langsung tiada duit sekarang ni. Susah benar hidupnya kini.

Faliq memang tegas. Lagi-lagi bab duit. Dia faham sangat perangai kakaknya ini. Pantang nampak duit. Dan, Faliq juga ada cakap. Jika Asnida buat hal, bila-bila masa Asnida boleh dikeluarkan dari rakan kongsi perniagaan. Kerana Faliq adalah pemegang terbesar butik. Bukan lagi Asnida. Kecut perut Asnida dibuatnya.

" You.. jom makan. I laparlah. Tapi you payung i  tau, i tengah miskin ni.." ajak Asnida.

" Hahahahaa.. I tak pernah dengar you cakap 'miskin' okey.. Lawaklah you ni.." Elly gelak kuat.

"Apa yang lawaknya. Dah memang i tengah miskin sekarang ni. Tak ada duit.." jujur Asnida. Serius.

"Aik!! You kata pinjam kekasih i tu. Mana duitnya.." tanya Elly.

"Pada mula memang nak pinjam 20k. Bila tolak butik dan kereta, ada lagi balance. Bolehlah i buat enjoy sikit. Tapi tak sangka pula dia yang bayar semua. Jadi, satu sen pun i tak dapat apa-apa. Hmm.. nasib i lah.." keluh Asnida. Buat muka kasihan. Elly duduk di hadapannya.

" Kasihan you kan. Tapi tulah, silap you juga, kuat sangat enjoy. Eh! You kata you tak ada duit langsung tapi you isi minyak kereta macam mana. Guna air?!" Elly perli.

"Amboii..!! Perli i nampak. Duit minyak Faliq lah bagi. Tu pun cukup-cukup je untuk seminggu. Jadi, i tak boleh keluarlah. Sedih..!!"

"Ha?!! Alaa kasihannya you.. "Elly bersimpati konon.

"  You tahu tak, dia bagi i duit makan cuma rm10 je you. Eee... teruk kan!!. Nak makan apa dengan rm10 tu youu. Nak bayar air pun tak cukup kut. Pagi dia suruh i breakfast dekat rumah atau bawa bekal. Rm10 ni untuk lunch,  petang makan dekat rumah. Stress i tau.." Asnida meluah dan meluah rasa ketidakpuasan hatinya. Elly jadi pendengar setia.

" Teruk.. teruk.. teruk..!! Tak patut dia buat you macam tu. You kakak dia kut. Ish!! Sampai hati dia kan. Jadinya, kalau rm10 sehari dia bagi you. Hmm.. you kena makan di gerai tepi jalanlah, nasi putih, lauk ayam goreng, sayur dan air . Cukup lah tu.. Okey lah tu.. " cadang Elly. Terbeliak mata Asnida bila dengar makan di gerai.

" I makan di gerai?! You... Hey!! Please lah. Low class kut. I rela tak makan tau. I taknak lah.."

" Wow!! Dah miskin pun nak berlagak kan you ni. Tak sedar dirilah you ni. Tapi kalau i pun, i tak relalah.. Tak apalah you, i payung you okey, you pun selalu dah payung i kan. Iyalah, hari ni hari you miskin, manalah tahu, tahun depan i pula miskin. Tapi tak mungkin i miskin, parents i kan ada.. kan you kan.. hehe..!!" Dua-dua berlagak dan sombong. Memang sesuai sangat mereka berkawan.

" Hmm.. iyalah. You anak Dato', anak kesayangan Dato', senanglah hidup you kan.." Asnida senyum sinis.

" You carilah anak Dato' , confirm hidup you bahagia tau. Bahagia sebab berduit..."

"Betul juga cakap you kan. You tak ada kawan ke. Kenal-kenalkan lah pada i. Atau Dato' ke? Dapat pangkat Datin i nanti. Wah! Bestnya.!!"

" Kan.. nantilah i tanya kalau diaorang naklah janda macam you ni. Anak-anak Dato' ni kalau janda.. hmm.." Elly senyum sinis.

" Janda-janda i pun still meletop tau!"

"Ha.. iyalah. Meletop menghabiskan duit je kan. Dahlah, jom!! I pun lapar dah ni.."

" Lepas tu i nak terus balik" kata Asnida.

" Aik!! Masuk jam 11.00 pagi keluar jam3.00 petang?? Lebih baik tak payah datang. Kalau i info Faliq, mesti you kena kan.."

" Hari ni dia tak ada, pergi Melaka. Confirm lah balik lewat kan. Esok baru i start kerja betul-betul.."

Asnida mengenyitkan mata pada Elly.

"Sukahati you lah. I tak campur, sebab yang kena pun you, bukan i. Dahlah, dah lewat dah ni. Perut i dah pedih dah ni.."

" Makan dekat mana?" Tanya Asnida.

" Sunway Piramid jom. I nak shopping sikit.."

" Taknaklah. I tak ada duitlah. Takkan you shopping, i nak tengok je. Eee.. tak kuasalah.." 

" Nah!! Nak duit cakap jelah. Ingat ni!! Bukan bagi tapi pinjam.."Elly menghulurkan duit kertas berjumlah rm500 kepada Asnida.

" Betul ke ni?! Pinjam pun pinjamlah janji i dapat shopping.. Sayang you..!!" Punyalah happy Asnida, terasa hidupnya kembali ceria apabila mendapat duit. Senyum ke telinga.

" Dapat duit je baru sayang i lah, apalah. Kalau tak asyik nak marah je, asyik cakap i sengal je. Kawan yang sengal nilah yang selalu dengan you susah senang tahu tak!"

"Janganlah marah, i gurau je kut. Dahlah, jom!! "

Mereka melangkah. Masing-masing memandu kereta sendiri ke arah destinasi yang sama.
Cuaca cerah, secerah hati Asnida. Dapat rm500 pun dah cukup membahagiakan hidupnya. Bernyanyi-nyanyi dia sendirian. Rasa happy sangat. Apa lagi dia nak fikir, walaupun duit tak ada tapi sekurang-kurangnya dia tak perlu risau nak fikir mencari duit untuk settle semua hutang. Baginya, itu dah cukup. Ditambah pula dapat duit dari Elly, lagilah seronok. Dia yakin masalah kewangannya akan kembali okey, paling-paling pun sebulan dua saja. Buat masa ni dia kena berlakon jadi baik depan keluarganya. Depan Faliq. Itu yang penting. Dia ada plan sendiri.  Sungguh yakin!

Selepas makan, mereka bergembira gelak tawa shopping. Walaupun Asnida sudah diberi wang tapi masih juga pau Elly. Si Elly ni pun punyalah baik, bagi saja. Bijak betul Asnida pergunakan Elly. Elly pantang dipuji confirm nya cair, cakap lemah-lembut dengannya pasti dapat apa saja. Lagi pula, Elly baru saja dapat duit belanja dari papanya, lagilah seronok Asnida.  Elly oh Elly!! Kasihan sungguh.

Sedang asyik tekun mencuba kasut, mata Elly terpandang seseorang lelaki sedang berbual menerusi handphone. Tersenyum tak putus. Elly mengamati gerak-geri lelaki tersebut. Lalu, menjerit-jerit memanggil Asnida yang leka di depan cermin menggayakan kasut.

" Ash.. Ash.. sini cepat!! Cepatlah..." Asnida berkerut. Dan menghampiri Elly yang masih memandang lelaki itu.

"Apasal.?!" Tanya Asnida.

" Cepatlah..! You tengok tu.." Elly menarik tangan Asnida dekat kepadanya.

"Tengok apa?!" Elly memuncungkan bibirnya.

"Eh!! Itukan Adil. Dengan siapa?!"

" Ha lah.. Sorang je kut. Eh..Eh!! Ada Aliaa lah. Tapi orang tua tu siapa pula? Oooh! Mak dia kut.."teka Elly.

"Bukanlah. Parents dia dah meninggal, sebab tulah i tak dapat kahwin dengan dia. Dia sibuk nak jaga adik kesayangannya tu. Geram betul i.." Asnida geram sendiri.

" Bahagianya dia kan.. Tiba-tiba i rasa jelous pula.."

" Pelik. Buat apa nak jelous dengan diaorang tu.."Marah.

" Iyalah. Cuba you tengok, adik-beradik tu sweer je. Rapat. Sayang menyayangi. Tak macam i, ada abang ada kakak tapi semua buat hal sendiri. Sedih tau youu..!!" Sempat lagi Elly meluah perasaannya.

" You.. tak payah nak meluah, ini bukan masanya. Jom.. jom..!!" Asnida terus menarik tangan Elly mengekori Adil dan Aliaa.

" Nak pergi mana?! I nak beli kasutlah. Cantik tu..!!"

"Next time lah. I nak follow diaorang tu.." Tak ada kerja pula Asnida ni.

" You ni kan. I dah bagi duit, you dah pau i macam-macam, bila turn i nak shopping you taknak teman pula. Teruk betul lah perangai. Buat apa nak follow diaorang, bukan ada faedah pun.."

" Bagi you memang tak ada faedah tapi bagi i banyak faedahnya. Dah cepatlah.." Asnida terus meninggalkan Elly. Nak taknak Elly terpaksa follow Asnida.

Mereka dah macam pengintip. Bila Adil berhenti, mereka berhenti. Bila Adil jalan mereka pun jalan. Apa motif Asnida pun tak tahulah. Geram hatinya melihat Aliaa. Sentiasa senyum dan gelak. Seperti mengejek dirinya sendiri. Perasaan dia sendiri. Masih tak serik. Masih ada perasaan dendam. Mata Asnida fokus pada Adil dan Aliaa. Tidak berkelip. Siapa wanita tua itu? Kenapa mereka terlalu mesra? Kata Asnida dalam hati.

" You.. you ada fikir tak. Kalau Faliq dan Aliaa jadi kahwin, dah tentu Faliq suruh Aliaa yang uruskan butik. Kan.."

" Hmm... Tapi tak mungkin i akan setuju. Tak mungkin sama sekali.."

" Segalanya mungkin sebab butik kita tu milik Faliq juga, dia ada hak. Dan mungkin, dia akan tukar nama dia kepada nama Aliaa. So, memandangkan Faliq pemegang saham terrbesar butik. Jadi, Aliaa pun samalah. Oh my good!! Aliaa boss kita beb.. Oh! No.. No.. Noo..!!" Terang Elly.

" Betul juga kan. I pun tak rela. Tapi tak apa. Apapun terjadi, i tak akan benarkan butik kita ada Aliaa atau dalam family i ada Aliaa..." kata Asnida.

" Confident betul you kan.."

" Yup!! Confident kena ada. I ada plan.."

" Hmm.. tak habis-habis dengan plan. Plan A lah, plan B lah, plan C lah. Tapi semua tak berjaya. Ha.. ni plan apa pula? Plan Z?!" Perli Elly.

" Adalah.. Tapi ambil masa sikit. Tunggu dan lihat je.." Asnida senyum sinis.

" Whatever lah Ash!!  Dah lah.. I nak cari kasut i tadi, harap-harap tak diambil orang lagi.  You follow lah dia sampai London. Bye..!!"

" Hey..!! Tunggulah kejab..!!"

" Byeeee..!!"

Elly terus meninggalkan Asnida sendirian. Asnida panggil pun dia tak hiraukan. Yang dia fikir, mahu beli kasut yang dia pilih tadi. Kalau tak beli pastinya akan mimpi-mimpi malam ini.
Asnida masih lagi memerhatikan Adil, Aliaa dan wanita tua itu yang leka memilih pakaian. Semakin dia memerhatikan mereka, semakin kuat dendamnya. Semakin membara dendamnya. Kali ini, dia sendiri yang akan uruskan plan dendam dia pada Aliaa. Tidak mahu mengupah orang lagi. Duit habis, kerja hancur. Tak ada satu pun yang berjaya. Sendiri buat sendiri puashati.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku