Kerana Janji
Bab 113
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
84

Bacaan






Selepas solat Jumaat tadi, abang ajak aku dan Mak Long jalan-jalan tapi tak jalan kemana pun. Jalan ke Sunway Piramid je. Abang nak shopping. Iyalah, lusa nak baik JB dah. Abang kalau dah balik JB bukan rajin nak jalan atau shopping bagai. Tak ada masa katanya dan kalau nak shopping mesti di KL ajak aku, nak beli baju ke, kasut ke, jam tangan ke boleh dikatakan semuanya mesti minta pendapat aku. Nak minta pendapat siapa lagi kan, kekasih tak ada tapi yang ada ni si adiknya nilah. Tapi abang jarang shopping, biasalah lelaki. Selagi baju tak lusuh selagi tu tak berganti. Dan, sekali shopping memang sakan. Buat stok untuk setahun. Hahaha.. Yang penting bagi abang, biar mahal tapi berkualiti dan tahan lama. Iyalah abang!!!

Dari satu kedai ke satu kedai kami masuk, aku tak tahu nak beli apa sebenarnya. Nak beli baju tapi tak ada pula yang berkenan. Temankan abang jelah, lelaki shopping mengalahkan perempuan. Nak pilih sehelai baju pun berjam, mana taknya, sehelai baju tu diteliti kekemasan jahitannya, jenis kainnya,tebal nipis,macam-macam, cerewet abang ni, minta pendapat aku dan minta pendapat Mak Long. Sampai bising Mak Long. Aku gelakkan je. Aku yang perempuan ni pun tak macam abang kalau bab pilih baju, bagi aku pula, yang penting , selesa, cantik mata memandang dan murah. Ambil. Simple.

Seronok jalan dengan Mak Long, Mak Long sporting, walaupun banyak kedai kami keluar masuk, turun naik tapi Mak Long cool je. Tak ada kata penat ke, letih ke. Dia layan je anak buah dia ni. Memang hebatlah Mak Long.

" Abang dah beli barang abang. Adik tak nak beli apa-apa ke?!" Tanya abang pada aku.

" Tak kut. Tak ada apa yang berkenan.."

" Betul ni?! Tak menyesal? Abang offer ni.. "

" Iya abang..!! Abang belilah keperluan abang, abang kan nak pergi dah. Lama pula tu. Adik kat sini bila-bila masa boleh beli.." jawabku. Senyum.

"Alahai.. Adik abang ni!! Terima kasih memahami abang. Sayang adik!!" Abang memicit hidung aku. Mak Long senyum je melihat kami.

" Mak Long nak makan tak?!" Tanya abang.

" Taknak lah. Kenyang lagi perut ni.." jawab Mak Long.

"Adik lapar tak?!" Abang tanya aku pula.

" Tak.. Kenyang lagi. Tapi adik nak tu.." Aku memuncungkan bibir ke arah Auntie Anne's Pretzel.

" Ok jom..!!" Aku terus memaut lengan Mak Long. Jalan bersama, bergurau senda. Tidak lama kemudian, abang datang bawa bungkusan pretzel. Sedap baunya.

" Nak pergi mana lagi ni?!"

" Baliklah bang.."

" Okey..!!"

Memandangkan abang pun dah habis shopping, dan aku pun dah bosan. So, balik jelah kut. Tapi tak tahulah abang ni, kata je balik nanti mesti nak menyinggah mana-mana. Tanpa berlengah kami pun teruslah sambung berjalan. Jalan punya jalan, tiba-tiba, dua orang wanita dengan lenggang-lenggok tersenyum sinis menghampiri kami. Macam mana boleh terserempak dengan dua gedik ni. Bila mereka senyum sinis, aku lagi double senyum sinis. Aku sempat pandang abang, tenang je.

" Eh!! Adil.. Aliaa.. Apa khabar, sihat?  Tak sangka pula terserempak dekat sini kan.." tegur Asnida. Asnida dan Elly bersalaman dengan Mak Long dan aku. Buang tebiat agaknya mereka ni. Ke dah bertaubat.

" Kami sihat je.." jawab aku.

Apa khabar, makcik?!" Tanya Elly pada Mak Long.

"Alhamdulilah, Sihat.." jawab Mak Long.

" Wah!! Banyak shopping. Lama tak jumpa kan, Aliaa. Dah sihat ke?!" tanya Elly.

" Oh! Yeke?! Bukan Rabu hari tu awak melawat saya ke di hospital. Ooo mungkin saya salah orang kut. Sebab orang tu dia tertinggal barang dekat bawah katil.." jawabku perli spontan. Terperanjat Elly. Terus merah muka. Asnida pun sama juga. Cuaklah tu.

"Hmm.. Adil, i dengar cerita you nak ke Sudan ye?! Berapa lama?!" Tanya Asnida lagi pada abang. Abang tak respon.

" Wow!! Macam mana awak boleh tahu ek?! Setahu saya, yang tahu abang nak pergi cuma saya, adik kesayangan . Sahabat dia dan family kami je. Ke awak pasang spy ni ek! Tahu semua pasal kami.."Aku senyum pada mereka.

" Adik.. Apa cakap macam tu!" Abang tarik aku ke sebelahnya. Memang aku sengaja pun cakap macam tu. Biar padan muka mereka.

" I kan glamour, dah tentulah i tahu.." jawab Asnida pula.

Aku tahu Asnida marah dengan aku, riak wajahnya pun aku dapat agak. Merah padam menahan marah. Aku senyum sinis je.

" Hahaha.. Glamour lah sangat! Okeylah.. kami minta diri dulu ya. Bye..!" Terdiam Asnida. Baru beberapa langkah, aku berpatah balik pada mereka yang masih memerhatikan kami.

" Oh ya.. Cik Elly..! Barang awak tu ada pada saya tau, rasanya dah cukup buat bukti untuk awak check in hotel 10 bintang kut.. Memang best tau hotel tu, hanya layak untuk awak dan awak je. Okeylah byeee!!" Aku senyum pandang pada Elly dan Asnida. Terkejut Elly. Dan, aku sempat mengenyitkan mata.

"Adikkkk.. Sudahlah tu..!!" Abang terus tarik aku. Mak Long hanya pandang menyaksikan drama kami.

Muka mereka memang nampak cuak sangat. Ketakutan pun ada. Aku dah tak takut dah. Sikit pun tak. Selama ni aku diam je kan, jangan ingat orang diam ni tak berbisa. Lagi berbisa dari mereka. Abang je yang diam, tak nak melawan. Malas nak panjang cerita tapi aku, sorry..!! Sekali dua mereka buat aku, okey aku diam. Sebab abang je, tapi disebabkan mereka melampau sangat. So, aku akan pertahankan diri aku sendiri. Kali ini aku sendiri yang ugut mereka pula. Padahal, barang Elly yang tertinggal tu adalah pisau lipat yang dicampaknya di bawah katil hospital tempoh hari. Pisau tu pun tak ada pada aku sebenarnya, ada pada Faliq. Dia yang simpan.

Abang memandu laju. Kami berbual kosong. Langsung tak berbual mengenai Asnida dan Elly,  kami tak nak Mak Long tahu. Nanti bertambah risau dia.  Dipertengahan jalan, baru abang teringat. Belum beli barang dapur lagi. Sakan shopping barang dia, boleh pula abang lupa. Aku pun lupa. Hehe.. Okey! Kemudian abang singgah ke Tesco pula. Hari ni hari shopping je. Mak Long pun seronok, bukan selalu dapat jalan macam ni. Aku tengok Mak Long ni memang tak penat pun tapi yang rasa penat adalah aku.

Sampai di Tesco, abang terus ambil troli. Aku serah pada Mak Long untuk pilih barang, aku ikut je. Yang bayar semestinya abang.

" Adik.. kenapa cakap macam tu dekat Asnida dan Elly tadi?!" Tanya abang perlahan. Takut Mak Long dengar.

" Biarlah. Benda betul kut" jawabku.

" Nampak tak perubahan muka mereka tadi. Muka marah tau tak?! Risau pula abang.."

" Marah tak marah. Padanlah muka mereka, ingat adik takut ke?! Abang tak payah risau ya, tahulah adik jaga diri.." penuh yakin.

" Jangan macam tu dik. Kalau mereka makin marah, makin dendam. Macam mana?! Fikir keselamatan adik tu. Jangan main cakap je dekat mereka tu.." Ada nada marah.

" Habis.. takkan nak berdiam je, nak ikut je kehendak mereka. Naik lemaklah mereka, sebab tu makin berani dia buat adik. Abang tu berdiam je. Sampai bila abang oii! " kataku.

" Entahlah."ringkas je abang jawab.

" Eeeee... Abang ni, bagilah respon yang positif. Asyik entah manjang. Sepatutnya Asnida tu takut dengan abang tapi ni abang pula yang takut dekat dia.. Pelik! " aku jeling pada abang.

Abang gelak kecil. Tak komen apa-apa pun.  Mak Long sibuk memilih barang dapur, diambil, dan dimasukkan dalam troli kemudian jalan lagi dan lagi. Kami ikut je.

" Abang.. tiba-tiba rasa laparlah.."

"Aik!! Dah makan pretzel habis, sampai abang pun dia tak bagi. Lapar lagi. Gemuklah kang tu dik.. Lari pula si Faliq tu kang.." abang perli.

" Habis nak buat macam mana, dah lapar. Karang tak makan, kata adik tak jaga kesihatan. Ni nak makan, abang perli-perli pula..." aku merungut.

" Hahahaa.. Iyalah, nanti kita makan. Tunggu boss tu pilih barang dulu ye.." Abang gelakkan aku. Aku mengangguk perlahan.

Dari satu lorong ke satu lorong kami jalan. Barang dalam troli pun dah hampir penuh. Banyak betul Mak Long shopping ni, itu pun mengikut arahan abang. Senang buat stok sekali dua bulan untuk barang asas saja. Ikutkan jelah. Penuhlah dapur aku nanti dengan barang ni. Kut-kut abang balik nanti barang-barang masih ada. Aku nak masak, ikut kerajinan. Kalau malas senang je, tapau nasi. Hehe.. Kerja mudah kan. Almaklumlah.. Duduk sorang, lainlah kalau ada family. Baru syok masak macam-macam.

Esok abang dan Mak Long nak balik dah. Tinggallah aku sorang-sorang lagi seperti biasa.


Selesai memilih barang, kami pun menolak troli yang penuh itu ke kaunter pula. Aku dan Mak Long tunggu abang yang mahu membuat bayaran. Sementara tunggu abang, aku dan Mak Long berbual.

" Adik.. Siapa budak rambut sabut tadi tu. Lain macam je Mak Long tengok.." tiba-tiba Mak Long tanya.

" Hahaha.. Sabut ye. Itu kawan abang.." aku gelak kecil.

" Kawan abang..?!" Berkerut dahi Mak Long.

" Iya.. Kawan belajar dulu..." jawabku lagi.
Mak Long hanya mengangguk. Aku tersengeh. Nak cakap itu kakak Faliq. Ish!! Nantilah dulu. Belum masa lagi kut.

 Setelah selesai abang bayar, abang menolak troli ke arah kami. Kami berjalan pula ke foodcourt, perut aku ni pun dah berbunyi. Selepas pembedahan apendiks hari tu, entah kenapa asyik lapar je perut ni. Nafsu makan menjadi-jadi pula. Mungkin duduk rumah je kut, tak buat apa-apa. Tu yang mengada-ngada perut ni, minta diisi je. Bila dah kearja nanti, sampai malas nak makan. Macam-macam hal je. Kejab je masa berlalu. Abang nak pergi dah, sebenarnya aku sedih sangat nak berjauhan yang memang jauh lepas ni dengan abang. Bila renung muka abang, automatik jadi sayu hati. Abang nak tinggalkan aku sendiri. Mesti aku akan rindu abang sangat-sangat. Kalau boleh macam nak ikut abang je. Tapi mana boleh , masing-masing ada komitmen dengan kerja.

Harap-harap kerja abang cepatlah siap. Biar abang cepat balik, biar abang dekat dengan aku. Abang ada cakap, lepas selesai kerja di Sudan tu, abang ada mohon untuk tukar di KL, permohonan abang akan diluluskan jika projek disana selesai tanpa sebarang  masalah. So, sekarang ni abang cakap, abang kena fokus pada kerjanya dan teamwork nya. Kena kerja keras. Abang suruh doakan untuk dia dan teamwork semoga semuanya berjalan dengan lancar. Dan, abang suruh aku banyak bersabar. Okey abang. Insha Allah. Adik doakan untuk abang.. Sayang abang dunia akhirat. Abanglah abang aku yang paling baik di dunia ni. Abanglah bapa, abangnya ibu, abanglah sahabat dan abanglah abang adik. Peace abang!!!



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku