Kerana Janji
Bab 114
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
77

Bacaan






Aku duduk termenung sekejab dihujung katil sekejab. Apa aku fikir pun aku tak tahulah. Ubat diatas meja solek, ku ambil. Telan dan telan. Bilalah nak habis ubat ni, aku rasa makin aku makan makin tak habis- habis pula. Aduhai.. Sengsara hidup menghadap ubat. Nak nangis je rasa. Aku bangun dan jalan perlahan ke ruang tamu. Abang dan Mak Long tengah berbual. Apa yang mereka bualkan pun aku tak tahulah. Aku terus duduk sebelah abang. Aku nak manja-manja dengan abang. Lusa abang nak balik dah.

" Kenapa monyok je muka ni? Gaduh dengan Faliq ye.." Abang saja mengusik. Aku diam je.

" Mana ada.." jawabku perlahan.

"Habis tu, kenapa?!" Aku menggeleng.  Aku tengok tv. Mak Long pun diam je.

" Assalammualaikum..."

"Waalaikumsalam.. Ha! Tu. Putera kayangan adik dah sampai.. " kata abang. Kami menjawab salam serentak. Aku diamkan je. Senyum pun tak.

" Biar Mak Long buka pintu, nak pergi dapur buat air ya.." Mak Long terus bangun. Aku masih lagi disisi abang, meletakkan kepala dekat bahu abang. Taknak berpisah dengan abang. Nanti aku mesti rindu abang.

" Sorry lah bro, lambat sikit.." kata Faliq, terus duduk.

" Kau baru sampai ke?!"

"Taklah, jam6.00 petang dah sampai dah tapi aku pergi butik kejab. Ada hal.. Tu dah kenapa tu, bad mood je muka.." Faliq pandang aku, aku diam lagi dan lagi.

" Ini kes sedihlah ni aku nak pergi dah. Hehe.." Tahu pun abang, abang memang faham hati aku.

" Alalalaaa.. Mengalahkan budak kecil pula." Perli Faliq.

"Biarlah.. Sibuk je.." Aku menjeling pada Faliq. Dia senyum dan gelakkan aku. Hampeh betul.

" Buat apa nak sedih. Bukan abang awak tak balik pun. Kejab je dia pergi. Lagipun, saya kan ada.. " Aku berkerut lagi. Cuba memujuklah tu konon.

" Mana sama awak dengan abang. Kan abang..!" jawabku perlahan.

" Iyalah.. Cuba senyum sikit. Macam ni abang nak pergi pun jadi susah hati.." kata abang.

Muncul Mak Long dengan membawa air dalam dulang. Dulang diletakkan diatas meja, lalu menuang air teh o ke dalam cawan. Sepiring puding jagung dihidangkan sama. Puding jagung yang memang sedap. Petang tadi, balik dari shopping terus Mak Long buat.

" Minum ni Faliq.."

"Terim kasih Mak Long.."Faliq senyum.

" Bro.. Esok nak gerak jam berapa?!"tanya Faliq pada abang.

" Awal pagilah, dalam jam 8.00pagi kut. Macam mana Mak Long. Okey tak?!" Aku terpinga-pinga. Tak memahami perbualan mereka.

"Okeylah tu..."

" Awal pagi?! Nak kemana abang?!" Tanya aku ingin tahu.

" Adik.. esok Mak Long kena balik, adik Pak Long kemalangan, koma katanya. Mak Long terpaksa balik.." Aku mengangguk. Baru ku tahu.

"Esok kita hantar Mak Long ya. Adik nak ziarah kubur ibu ayah kan, esok kita singgah sekali.." Aku mengangguk lagi. Takkan nak jawab tak kut. Cuma bertambah sedihlah. Mak Long balik esok lepas tu lusa abang pula. Huwaaa..!!!
Aku bangun dan menuju ke dapur. Nak ambil keropok, nak kunyah-kunyah. Aku cari diatas kabinet. Alaa.. Mana pula perginya ni. Abang dah habiskan kut. Teka aku. Aku berdiri menggaru kepala. Aku terpandang balang tupperware berwarna hijau. Lalu ku terus buka balang tersebut. Tersenyum lebar aku. Ni mesti Mak Long yang letak. Aku bawa ke ruang tamu. Tersengeh-sengeh. Abang dan Faliq berbual mesra dengan Mak Long. Aku terus duduk disebelah abang.

"Siap dengan balang sekali dibawanya, Letaklah dalam bekas lain. Tak malu dengan Faliq ya.." tegur Mak Long. Faliq senyum je.

" Dia memang macam tu Mak Long. Selamba je.." jawab Faliq.

" Macam manalah kalau bakal mak mertua nampak, mesti dia pun pelik tengok adik ni.."

" Alaa Mak Long ni. Tak apalah. Sekurang-kurangnya dia tahu perangai adik sebenar, jujur itu kan bagus.." aku senyum pada Mak Long.

" Hmm.. iyalah tu. Ada je jawapannya kalau dicakap. Ni ha, Faliq.. Kalau ada perangai adik ni yang pelik-pelik, kau tegur je dia. Dia ni degil sikit.." Amboi Mak Long bagi green light pula dekat Faliq ni. Abang hanya senyum.

" Hahahaa.. Betul-betul memang degil.." Faliq gelak.

" Alaa orang degil pun ada sebab bukan suka-suka degil. Faliq ni Mak Long selalu cari pasal dengan adik.." sengaja aku mengadu pada Mak Long.

" Aik!! Saya pula kena.."

" Iyalah.. Selalu cari pasal kan.."

"Kalau tak cari pasal dengan awak, rasa macam tak best.. " jawab Faliq.

" Kalau Singa dah mengamuk baru kau tahu bro.." abang pula sambung.

" Sebab Singa tulah aku makin suka cari pasal. Singa-singa pun manja juga. Kalah juga. Kan Aliaa kan.." Abang dan Faliq gelak. Suka Faliq kenakan aku. Aku menjeling.

"Singa pula dah. Hmm.. Mak Long masuk tidur lah dulu ye.. Makan puding tu Faliq, habiskan.."

"Okey Mak Long...!!" Mak Long terus berlalu pergi. Tinggal kami bertiga.

"Ahad kau balik JB macam mana? Nak aku hantar tak?!"

" Tak apa. Aku tumpang kawan aku. Kau nak hantar lepas tu nak balik, Isnin pula kerja. Letih kau nanti.."

" Alaa kau ni. Aku tak kisahlah.."

" Tak apa Liq. Kau tolong tengokkan buah hati aku ni je pun dah cukup baik dah. Aku harap tak ada gangguan dekat dia lepas ni. Risau aku.."

"Abang..!! Janganlah risau. Tahulah adik jaga diri. Adik dah biasa dan dah besar kut.."

"Iyalah memang dah besar tapi bagi abang awak ni macam budak kecil lagi tahu tak adikkk!!" Abang mencubit pipi aku. Aduh!! Sakitnya.

" Betul ..betul.. betul.. Kejab marah, kejab merajuk.." Faliq menyampuk. Start dah batu api dia.

"Nak buat macam mana. Dah namanya pun perempuan. Memanglah kejab merajuk, kejab marah, kejab sedih, kejab happy. Kena belajar banyak pasal perempuan tahu tak!"

" Tulah orang cakap, perempuan ni complicated. Emosi tak menentu.." Ada je dia nak cari pasal. Kita tengok siapa yang kalah.

"Ha..!! Walaupun emosi perempuan tak menentu tapi hati perempuan lebih kuat dari lelaki. Betul tak abang ?!"

" Hahahaa... No komen..!! " Abang dah kalah dah.

" Tak juga.." jawab Faliq lagi.

" Okey..!! Nak saya bagi contoh tak?! " Aku mengangkat kening dan sinis.

"Hahahaaa.. tak payah.. tak payah. Okeylah awak menang.." Akhirnya..

" Tahu takut. Kalah juga kan.."

"Bukan takut tapi kalau cakap dengan perempuan memang dia tak akan nak mengalah. Sentiasa nak menang. Jadi, ambillah menang tu. Lelaki ni baik hati, mengalah jelah. Baru gentleman..."

"Eleehhh... Dah kalah, cakap jelah kalah. Tak nak ngaku.."

" Iyalah.. iyalah.. saya ngaku saya kalah.."

" Redha jelah broo..."  Hahahaha... Kami gelak bersama. Gamat rumah jadinya dengan gelak tawa kami. Habis satu bungkus keropok, aku makan satu keropok lagi. Mengunyah je kerja aku.

"Bro.. esok malam jadi ke jumpa Wan?!"

"Jadi kut. Nanti aku confirm semula dengan Wan.." jawab abang.

" Nak ikut.." aku menyampuk.

" Eee sibuk je. Mana boleh ikut, ni meeting orang lelaki je lah.." Cepat je Faliq jawab.

"Alaaa.. nak ikut juga. Abang.. adik nak ikut.."
Aku mencebik pada abang minta simpati. Abang gelak kecil.

" Mana abang pergi adik nak ikut juga. Bila lagi nak dengan abang, nanti abang dah pergi.." sambung ku lagi.

"Iyalah adikku sayang.."

" Tengok.. abang bagi ikut. Awak je yang tak bagi ikut kan.. " Aku menjeling Faliq. Sengaja.

" Hahahaa.." Faliq gelak lagi. Aku menyandarkan kepala dibahu abang. Sambil tu mata tertumpu pada tv. Abang dan Faliq terus berbual. Mengenai Asnida, mengenai butik, mengenai kerja abang dan macam-macam mereka bualkan. Aku layan kepala sendiri je. Taknak ganggu mereka. Yang penting aku nak habiskan masa dengan abang. Entah kenapa, aku rasa berat hati sangat nak berjauhan dengan abang. Memang dah biasa berjauhan dengan abang, tapi tiap dua minggu atau tiap bulan walaupun abang balik kejab tapi nampak muka abang pun dah cukup happy. Tapi kali ni, abang kerja jauh,  tak dapat balik tak dapat tengok muka abang. Nak call pun memang payah, lagilah sedih aku. Nasiblah Aliaa. Aku tahu abang lagi risau nak tinggalkan aku. Dengan kesihatan aku yang kejab okey kejab tak okey ni. Dengan ancaman lagi, lagi tak tenang hati abang. Apa boleh buat, abang ada tangungjawab yang perlu dia selesaikan.

Nilah kehidupan aku. Hidup tanpa ibu ayah, yang ada seorang abang yang juga sibuk memanjang. Jadinya, akulah sendiri hidup terkontang-kanting di Bandar Metropolitan ini. Hidup sendiri. Berdikari. Apapun, Alhamdulilah. Aku besyukur sangat. Walaupun hidup sendiri. Berdikari. Sekurang-kurangnya aku tak menyusahkan sesiapa. Iya ke tak? Faliq? Hahaha.. Itu dia yang menyusahkan dirinya sendiri. Bukan salah aku. Faliq nilah teman mesra aku dan teman sehati sejiwa aku. Yang buat aku happy dan yang pandai buat aku tersenyum. 


Esok balik kampung dan hantar Mak Long. Nak pergi ziarah rumah arwah ibu dan arwah ayah. Rindu sangat. Jika mereka masih ada. Mesti hidup aku akan lebih ceria tapi semua sudah ditentukan oleh Allah Taala. Redha jelah..



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku