Kerana Janji
Bab 115
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
87

Bacaan






Balik dari kampung tadi agak lewat jugalah. Jalan sesak. Biasalah hujung minggu, masing- masing berlumba-lumba untuk ke destinasi yang dituju. Beriadah bersama keluarga, bersama kawan-kawan. Best sangat. Tapi aku, hujung minggu ke hari biasa ke sama je. Sebab hujung minggu pun melepak je dekat rumah. Nak keluar tak ada geng, tapi ada geng pun. Malas nak keluar. Terperap jelah di rumah.

Lepas maghrib, aku bersiap dan terus tunggu abang diluar. Abang janji dengan sahabat-sahabatnya nak jumpa, aku menyibuk jelah. Hihii.. Yang aku tahu mereka nak jumpa di Shah Alam. Area mana aku tak pasti, tak kisahlah janji aku berkepit dengan abang. Malam ni abang last, esok tengahari abang balik dah. Sedih!! Tapi taknak sedih depan abang, nanti dia susah hati pula. Aku kena kuat, kena tak nangis depan abang. Tapi boleh ke. Huhu...

" Jauhnya menung.. Dah jom!!" Tegur abang. Tak perasan pula abang dah dekat sebelah aku. Aku bangun dan terus berjalan ke pagar. Biasalah, buka pagar tutup pagar. Bilalah nak automatik pagar ni. Merepek je.

"Abang.. nak ke mana ni?!"

"Ikut jelah.." jawab abang. Hmm.. okeylah, aku layan perasaan sendiri jelah. Aku sandarkan kepala, pejam mata. Tidurlah.

" Oh Dik..!! Dah sampai dah ni.. Dik..!!" Aku buka mata perlahan-lahan. Berat pula mata ni. Tengok abang tersengeh pandang aku.

"Dah sampai mana ni?!" Tanyaku.

" London.. Dah jom!! Tidur sampai air liur basi keluar. Hahahaa.." gelak abang.

" Mana ada. Memandai je.." aku jeling abang. Aku keluarkan bedak compact dan lihat muka dekat cermin kecil. Kut-kut betul ke abang cakap. Aku juga yang malu. Okey, clear. Hahaha.. Muka pun tak adalah macam orang bangun tidur. Aku simpan semula bedak compact dalam beg dan keluar kereta.

Abang dah tunggu di pintu masuk mall. Aku pandang kanan kiri dan melintas, masih terpinga-pinga tak tahu dekat mall mana ni. Jadi blurr pula aku. Muncul Zahwan bersalaman dengan abang. Aku menghampiri mereka. Tetap segak dan bergaya si Zahwan ni. Semakin hensem pula aku tengok dia ni. Tapi tulah, tak ada jodoh. Diam-diam sudah. Dia pandang aku, lain macam pula renungan dia ni. Aku membalas senyuman.

" Haii cute!! Apa khabar, dah sihat?!" Alamak dia ni, panggilan tu juga dia panggil. Buat aku teringat zaman dulu-dulu.

" Alhamdulilah. Semakin sihat.." jawabku bersahaja. Abang senyum.

"Syukurlah.. Jom!!" Kami terus masuk ke dalam mall. Ramai orang, aku masih tertanya-tanya dimanakah tempat ni. Rasa tak pernah pergi lagi kut. Arhh!! Biarlah. Entah kenapalah mereka ni nak jumpa dekat sini. Tak ada privasi langsung. Tapi okey jugalah, agak-agak aku bosan nanti, boleh juga aku cuci mata. Manalah tahu ada barang yang berkenan.

Mereka masuk Restoran Teh Tarik Place. Okeylah tak ramai orang. Baru je nak duduk, Faliq sampai. Seronok betul tiga sahabat ni berjumpa. Aku duduk disebelah abang dan berhadapan Faliq. Mula-mula Zahwan yang nak duduk depan aku tapi tiba-tiba pula Faliq tukar. Hmm.. jelous lah tu. Aku senyum je. Manalah tak jelous, ex aku kan. Hahaha..

Baru je duduk, waiter datang dengan bawa menu. Aku membiarkan mereka memesan makanan dulu.

" Awak nak makan apa?!" Tanya Faliq. Aku melihat satu persatu menu.

" Nak nasi goreng kampung." Aku sengeh.

" Tak boleh.. Nasi goreng kampung kan pedas. Makan yang tak pedas ."  kata Faliq tegas.

" Tapi x pedas.. "

" Hmm.. itu boleh. Nasi goreng kampung tak pedas satu ya. Jangan letak sebiji pun cili ya.."
Aku angguk jelah. Tak boleh buat apa.

" Ha?! Hmm.. Okeylah. Dan air teh o ais limau ya. Thank you.." aku senyum pada waiter.

"Abang.. kalau pedas sikiiiittt je tak boleh ke?!"

"Kalau nak check in hospital lagi, makanlah.. Banyak-banyak pun boleh.." balas Abang. Cukup-cukup aku kena perli. Aku mencebik. Faliq gelak mengejek.

" Apa gelak?!" Aku menjeling.

" Dah tahu awak tu tak boleh makan pedas, lagi degil nak juga.." kata Faliq.

" Orang tanya je, bukan nak pun.." aku mencebik lagi.

" Eleehh..!! Kalau orang cakap tak boleh mesti nak juga kan.. kan..kan.."

" Tak pun.." jawab ku. Zahwah senyum je. Segan pula aku jadinya. Berani juga dia, boleh dia tenung aku macam tu padahal abang didepan dia dan Faliq disebelah dia. Aku tahu, Faliq sengaja gurau dengan aku. Abang senyum je.

" Wan.. Macam mana kerja kau dekat sini? Wan.. Ohh Wan...!!" Berkali-kali abang panggil nama Zahwan. Zahwan masih merenungku.

" Eh..!! Iya.. iya.. Kerja? Oh.. Kerja aku okey.." Zahwan seperti baru tersedar dari mimpi. Aku senyum. Faliq dan abang berpandangan. Berubah pula airmukanya.

Waiter datang membawa hidangan kami. Satu persatu hidangan diletak diatas meja. Bau nasi goreng kampung ni macam sedap tapi rasa tak tahulah sebab tak ada sebiji pun cili. Apalah makna nasi goreng kampung kalau tak pedas. Sedih! Faliq senyum tengok reaksi aku makan.
Abang dan Zahwan leka berborak. Faliq sibuk kacau aku. Kadang-kadang je menyampuk perbualan abang dan Zahwan.

" Alaaa abang..!!" Terpacul terus dari mulut aku.

" Kenapa?!" Berkerut abang.

" Tak sedap!! Faliq lah ni.."

" Aik!! Saya pula.."

" Makan jelah. Nangis nasi tu nanti.." Banyak complain pula aku ni.

" Bukan nasi je yang nangis, adik pun nangis juga sebab tak sedap..!" Kataku. Abang dan Faliq gelak kecil. Aku merungut.

" Habiskan.. !!" Faliq pula balas. Aku menyedut air. Dan menolak nasi goreng kampung itu dihadapan Faliq. Aku senyum.

" Awak sayang saya kan?! Apakata awak je habiskan nasi goreng yang tak berapa nak kampung ni ya.."

"Laa.. habis nasi saya ni.?"

" Tak kira.. Kalau tak, nanti nasi tu nangis, kasihan dia, kan abang..!! "Aku ulang semula apa yang abang cakap tadi. Abang gelak. Zahwan senyum.

" Habislah gemuk saya kang.." keluh Faliq.

" Kalau awak gemuk saya carilah orang lain. Tak susah kut.." jawabku selamba.

" Amboiii..!!! Tak sayang sayalah ye.."

"Kalau nak saya sayang, habiskan tu ye.." kataku lagi. Senyum.

" Ugut nampak.. Hmm.. Tengoklah adik kau ni Adil. Sabar jelah.!!" Adil gelak. Faliq menggeleng.

" Sorrylah Wan. Diaorang ni memang macam ni kalau jumpa. Hmm.. tak tahulah kalau dah kahwin kang macam mana.. "Kata Abang pada Zahwan. Mahu tersedak aku.

" Orang kata gurau-gurau manja.." sampuk Faliq pula. Gelak kecil.

"Okeylah tu. Yang penting bahagia.." kata Zahwan. Sempat mata Zahwan melirik pada aku. Aku faham maksud dia. Penuh makna.
Aku buat selamba je.

" Abang.. adik nak cari barang kejab ya.." pintaku. Rasa macam tak selesa pula dengan Zahwan macam tu. Apa kena dia malam ni entah. Cari nahas betul.

" Okey.. hati-hati ya.." Aku mengangguk. Dan terus melangkah keluar dari restoran. Sebenarnya aku pun tak tahu nak kemana tapi sengaja bagi alasan nak keluar. Jalan-jalan, pusing-pusing. Dapatlah sehelai dua pakaian.
Aku kembali ke restoran, mereka masih lagi duduk disitu. Tapi, abang dan Faliq tiada. Cuma Zahwan seorang. Mana mereka pergi? Zahwan senyum-senyum je nampak aku muncul. Aku nak elak dari tertembung dengan Zahwan kut. Tapi tak apalah.

" Abang dan Faliq mana?!" Tanyaku dan terus duduk dikerusi ku tadi.

"Faliq ke toilet , Adil tak pasti.."jawabnya. Aku mengangguk perlahan. Aku ambil handphone, main handphone.

"Aliaa.. Saya masih tak boleh lupakan awak, saya dah try tapi..."

"Jangan merepeklah Wan.." Aku potong cakap Wan. Malas nak dengar.

" Betul Aliaa. Saya tak tipu. Baru saya tahu sekarang, betapa sakitnya bila cinta tak berbalas.." Aku bosan pula nak dengar.

" Maaf kalau saya cakap, lepas jumpa awak di Seven E tempoh hari. Saya rasa macam, saya makin rindu awak, rasa makin sayang awak.."
Luahnya. Pula dah.

" Ha?? Jangan buat hal Wan. Cukuplah tu. Tak pasal-pasal awak kena belasah dengan Faliq kang.."kataku selamba.

"Saya tahu tapi saya tak tahu kenapa perasaan ni tiba-tiba jadi macam ni. Bila saya dengar hubungan awak dan Faliq dapat tentangan, saya rasa saya ada peluang untuk awak lagi.." sambungnya lagi. Menekup muka dengan tangan.

" Wan.. sepatutnya awak doakan yang baik untuk hubungan kami bukan dengan nak ambil kesempatan. Andai saya dan Faliq tiada jodoh pun, saya tak akan kembali pada awak. Cukuplah.."  Jelasku jujur.

"Iya saya tahu. Tapi.. entahlah Aliaa.. "

"Tolonglah Wan. Tolong buang perasaan tu jauh-jauh. Move on. Saya taknak persahabatan awak dan Faliq terjejas sebab saya. Cukuplah sebelum ni. Tolonglah.."kataku lagi.

" Sorry Aliaa.." jawabnya pendek. Aku terus main handphone, padahal tak buat apapun cuma takut kalau Faliq nampak aku borak dengan Zahwan, apa pula dia fikir. So, bila aku main handphone taklah nampak kami sedang berbual. Jelous dia nanti.

" Dah beli barang ke?!." Muncul abang dari belakang. Fuh!! Lega hatiku.

"Ni.. "Aku tunjuk beg kertas berisi pakaianku tadi pada Abang. Abang mengangguk perlahan.
Abang dan Zahwan sambung berbual manakala aku layan handphone jelah. Muncul Faliq si teman sehati sejiwa aku. Aku sengeh.

"Aku doakan semoga segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan.." ucap Zahwan pada abang.

" Thanks bro.. Kalau dapat tukar KL ni, mana tahu dapat satu office kita ke kan.. " balas abang.

" Iyalah kan.. Kira aku kena panggil kau boss lah ni.. " balas Zahwan.

" Tak ada makna boss.." mereka berdua gelak kecil. Faliq tumpang-tumpang gelak juga. Tak tahu menahu perbualan mereka. Lain jawatan. Hahaha..

"Faliq.. Kenapa awak diam je tak join abang dan Zahwan borak?!" Saja aku mengusik.

" Diaorang geng engineer saya geng melukis, tak sama. Jadi diam dan dengar jelah.." jawab Faliq. Merendah diri konon.

" Hahahaa.. Diaorang taknak geng dengan awaklah tu. Pergi main jauh-jauh.. Hahaa" Aku gelak. Saja kenakan dia.

" Kalau diorang taknak geng dengan saya, awak lah geng dengan saya. Kan.."

"Eeee.. Taknaklah. Saya taknak geng dengan kunyit.. " Selamba aku jawab.

"Adoii..  Agak-agaklah. Sado-sado macam ni kata kunyit. Sabar jelah.."Faliq ketuk dahi sendiri. Abang dan Zahwan gelak besar. Aku pun sekali join gelak. Saja gurau kenakan dia.

"Adik.. Jangan tak tahu, Faliq dah jadi boss butik sekarang ni. Arkitek dan Boss Butik. Salute lah bro. Aku pun tak mampu nak buat dua kerja dalam satu masa.. " Puji abang.

"Wah!! Tahniah bro..!! Butik apa Liq.."  Ucap Zahwan pula.

"Butik Pengantin kakak aku. Aku share nama je. Bab urusan butik Asnida dan kawan dia yang uruskan. Aku pantau je bro.." jelas Faliq. Bila masa pula Faliq join butik pengantin ni.

" Tapi okeylah tu. Kau bab-bab ni memang kau pro..." sambung abang lagi. Aku senyum je tak tahu cerita dan tak faham.

Setelah abang membayar bil makanan. Kami pun beredar. Lama juga kami lepak di restoran tu. Abang dan Zahwan bersalaman, pesan memesan antara satu sama lain. Seronok tengok keakraban mereka. Ceria dan mesra. Happy sentiasa. Sebelum berpisah, Zahwan pandang aku dan senyum. Dia menghampiri aku.

"Saya akan sentiasa merindui awak, bye!" Sebelum dia memulakan langkah sempat dia membisikkan sesuatu pada aku. Terkejut aku dengar. Terus aku menoleh pada Zahwan dan berkerut. Senyum je dia. Faliq  memandang Zahwan, berkerut dan terdiam. Abang pun sama. Tak sangka itu yang Zahwan ucapkan. Zahwan terus berlalu. Apa kena Zahwan ni. Risau pula aku. Jangan buat hal lagi sudahlah. Dahlah abang tak ada. Aku pun malas nak fikir dan buat selamba jelah. Aku taknak Faliq rasa lain dan fikir lain. Aku terus jalan diantara dia dan abang. Sambil-sambil bergurau. Ambil hati Faliq. Aku tahu ada perasaan jelous dalam diri dia ni bila tengok Zahwan dengan aku tadi. Lalu, kami terus melangkah ke parking kereta dan berpisah arah.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku