Kerana Janji
Bab 117
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
88

Bacaan






Abang nak pergi dah. Sedihnya!! Aku taknak nangis, taknak sedih depan abang. Aku nak senyum dan happy je. Tapi boleh ke?! Tarik nafas dalam-dalam, tenang. Dengan perasaan yang sedih tapi buat-buat happy, senyum dalam kesedihan, aku melangkah ke luar. Abang masih bersiap lagi kut, tak nampak lagi. Yang nampak tu ha, si Faliq. Awal benar dia sampai. Duduk sorang-sorang, menyanyi-nyanyi kecil. Amboi.. senangnya hati dia. Aku jalan perlahan-lahan menghampirinya. Dia langsung tak perasan kehadiran aku. Aku diam-diam, dengar lagu apa yang dia nyanyi tu. Dah agak dah, kalau bukan lagu Mewangi, Akim & The Majistret memang tak sah. Aku menahan gelak. Fokus betul dengan nyanyian yang sumbang tu.

" Haaaaa!!!!!"

"Oiii makkkkk!!!" Aku cucuk pinggang dia. Bukan terkejut beruk lagi dah, segala terkejut cipan jadinya. Melompat terus. Aku gelak sekuat-kuatnya. Sampai sakit perut dibuatnya.

" Apa mak? Mak siapa awak panggil? Tersedak mak..!!" Aku sambung lagi gelak dan gelak. Hahahaa.. Memang lawak tengok dia terkejut. Adoiii!!!

" Sukanya dia kan. Kalau saya ada sakit jantung, dah mati terkajung dah dekat sini tau.. " Aku masih lagi gelak. Makin kuat gelak.
Hahahaa..!!! Jeling konon.

" Sakit perut gelak. Mahu terburai perut ni ha.. Hahahaa.." Aku duduk. Masih lagi gelak. Faliq senyum je. Pandang aku tak berkelip.

" Ni gelak-gelak kang nangis. Tawa dalam tangisan pula nanti ni.." sempat pula dia perli aku.

" Tak..!! "

" Iyalah tu. Biasalah perempuan, mula-mula gelak lepas tu nangis. Hmm.. Faham sangat dah.." kata Faliq.

" Saya tak.."

" Iya..!!"

" Tak..!!"

" Iya..!!"

" Iya.. Tak.. Iya.. Tak..!! Sampai bila nak habis ni. Hahahaa" kami gelak sama. Hari ni hari gelak aku kut. Aduhaii!!

" Mama kirim salam. Dia tanya, bilalah nak bawa bakal menantu ke rumah.." kata Faliq. Aku gelak lagi.

"Insha Allah. Nantilah ye.."

" Dah agak dah jawapan tu.."

" Iyalah. Nanti-nanti ye. Belum bersedia. Lagipun, hmm.. Nantilah ye.." Jawabku ringkas.

" Iyalah sayang. Saya faham maksud awak tu. Sebab kakak saya kan.." Faliq senyum.  Aku mengangguk. Terima kasih Faliq memahami aku. Sayang awak!! Ucap dalam hati je. Hehehe! Tiba-tiba aku rasa sayu hati. Betul lah kata Faliq, tawa dalam tangisan. Abang nak pergi dah. Faliq merenung wajahku. Senyum. Aku balas senyuman tapi senyuman sedih.

" Janganlah sedih. Nanti abang pun sedih juga nak pergi.." katanya.

" Taklah.." aku tetap menafikan. Walaupun dari wajah aku pun dah terbukti kesedihanku.

"Hmm.. iyalah tu tak. Awak kan kuat semangat, jadi, awak kena kuat hadapi ni. Pejam celik pejam celik, kejab je tu. Kang tiba-tiba, tengok abang awak dah balik.. So, anggap je dia ada dekat JB. Tak dapat balik sebab busy kerja. Sama je kan.. kan.. kan.." Faliq terus memujuk aku.

" Tapi tak sama kut. Kalau dekat JB, boleh call, boleh whatsapp. Dekat sana, susah abang cakap.." aku mengadu. Mencebik muka sedih.

"Iya saya tahu. Tulah saya cakap, anggap dia busy kerja. Tu je.. Tapi jangan lupa doa untuk dia, semoga selamat pergi selamat pulang. Semoga semuanya berjalan lancar. Doa yang baik-baik, jangan fikir tak elok pula.." Faliq terus dan terus bagi semangat. Aku senyum dan angguk. Betul apa yang dia cakapkan tu. Aku kena kuat. Yup!!

" Insha Allah..!!" Balasku.

" Macam tulah. Kan manis senyuman tu. Abang awak tengok pun tenang hati nak pergi. Nak cari rezeki halal, untuk masa depan dia dan untuk adiknya yang banyak bunyi ni.."

" Banyak bunyi? Maknanya cerewetlah ye awak nak cakap tu.."

" Aik!!"Saya tak cakap ye. Awak yang cakap sendiri. Kira betullah tu. Memang cerewet macam mak nenek, tok nenek, moyang nenek semua neneklah.." Hahaha.. sambung gelak lagi.

" Kalau dah tahu saya cerewet macam semua nenek, kenapa cari saya? Pergi cari orang yang tak banyak bunyi. Sunyi je.." aku saja mengusik.

" Taknaklah. Saya nak awak juga. Kalau yang sunyi tak bestlah. Sunyi sepi je rumah. Dahlah saya jenis macam ni.." balasnya.

" Awak jenis macam ni tu macam mana? Explain sikit. Nak tahu juga awak tu macam mana??!" Aku sengaja pancing. Nak kenakan dia.


" Iyalah. Kan kita lebih kurang sama, gila-gila macam awak. Suka menyakat, suka gelak, awak suka cari pasal dengan saya. Suka menyibuk, suka memerli, suka sentap. Tapi saya tak garang macam singa maaaacam awak. Saya baik.."

" Perasan lebih.. "

"Amboi seronoknya adik abang ni..." Abang muncul dengan bawa bagasi besarnya. Aduhai.. makin sayu hati aku. Aku senyum.

"Jaga diri baik-baik, jaga kesihatan ya. Ubat jangan lupa makan, makan kena jaga tau. Jangan makan maggie je, rajin-rajin masak. Jangan makan pedas.." Start dah abang ni, detail dia pesan. Dah macam budak kecil je.

"Iya abang.. Insha Allah. Abang janganlah risau, adik kan dah besar. Tahulah adik jaga diri.." aku senyum.

" Memang dah besar tapi perangai budak-budak lagi. Kalau tak dicakap, tak buat, kan.." kena sebiji.

" Tu namanya degil.. " Faliq menyampuk. Hampeh betul!!

" Kalau rasa tak sihat, terus pergi hospital. Minta tolong Faliq hantar. Jangan dah sakit teruk baru nak pergi. Appointment hari Selasa kan. Jangan lupa..!!" Sambung abang lagi. Iyalah kan! Memang aku lupalah. Selamat abang ingatkan.

"Liq.. Tolong ya tengok adik aku. Jagakan dia sebaik-baiknya. Kalau boleh kau sayangilah dia ni macam kau sayang diri kau sendiri. Ni jelah harta yang aku ada Liq. Dialah nyawa aku hidup aku.." Terharunya aku. Abang buat aku sedih. Aku cuba tahan airmata.

" Insha Allah. Jangan risau. Aku akan jaga dia,   akan sayang dia sepenuh hati. Jangan susah hati ya.." Abang senyum. Aku tahu, berat hati abang nak tinggalkan aku. Aku lagilah sedih sangat nak jauh dengan abang.

Suasana sayu seketika, Faliq senyum pandang aku. Aku diam seribu bahasa. Aku masih cuba untuk tidak menangis. Agak-agak berjaya tak ni. Sebuah kereta Honda CR-V berwarna hitam berhenti betul-betul dihadapan rumah. Kawan abang dah sampai.

Abang terus mengangkat bagasi ke kereta kawannya. Faliq juga membantu. Mereka berkenalan dan bersalaman. Agak berusia kawan abang ni. Senior dia kut. Suka-suka je aku meneka. Barang-barang abang semua dah masuk dalam kereta. Abang kenalkan aku dengan kawannya. Aku senyum je dan hanya berdiri memerhati mereka. Abang kembali kepada aku. Berdiri betul-betul depan aku.

" Adik jaga diri baik-baik ya.." pesan abang lagi. Aku renung wajah abang. Sayu dan sedih je. Aku mengangguk perlahan.

" Abang.. Adik minta maaf. Adik selalu buat abang marah, adik tak dengar cakap abang. Adik minta maaf.."Aku cium tangan abang. Abang terus peluk aku erat. Aku kalah. Airmata jatuh juga. Abang cium dahi aku. Aku perasan, abang pun menitis airmata. Aku rasai kasih sayang seorang abang pada adiknya. Betapa sayang abang pada aku.

" Abang sayang adik tau. Adik jaga kesihatan elok-elok. Abang taknak sesuatu terjadi dekat adik. Info Faliq kalau ada apa-apa yang mencurigakan, apa-apapun semua info Faliq ya.." pesan abang lagi.

"Dahlah. Jangan nangis lagi ya.." Abang kesat airmata aku dengan tangannya. Abang senyum. Aku pun senyum. Kawan abang memerhatikan aku dan abang. Dia pun senyum.

" Aliq.. Jagakan adik aku ni ya. Kau jelah harapan aku.." pesan Abang pada Faliq juga.

" Insha Allah bro. Jangan risau. Kau kerja elok-elok, jaga diri jaga kesihatan. Pasal Aliaa kau jangan risau.." Mereka berpelukan. Abang mengangguk.

"Abang pergi dulu ya.." Aku mengangguk. Tak ada sepatah kata pun dari mulutku. Tak mampu nak cakap apa-apa. Sangat sedih!!

" Abang jaga diri. Jangan lupa adik tau..!!" Itu je yang mampu aku cakapkan.

" Iya sayang.. Bye!! Assalammualaikum..!!" Ciuman akhir didahiku.

"Waalaikumsalam.." jawabku perlahan.

Aku senyum pada abang. Abang terus masuk dalam kereta. Kenapa berat hati ni nak jauh dengan abang. Aku tak pernah jauh dengan abang kut. Jauh pun KL JB je. Ni jauh amat, Malaysia Sudan tu. Lama pula tu. Huwaa!!!
Aku memeluk tubuh sendiri. Membiarkan airmata menitis. Faliq disebelahku. Bila kereta kawan abang sudah hilang dari pandangan. Aku terus mengelap airmata sendiri.

" Doakan untuk dia. Eh.. Eh!! Tadikan, ada orang tu cakap. Dia taknak nangis, tapi kenapa dia nangis pula ye.. Hmm... "perli Faliq. Senyum dan melirik pada aku. Aku tengah sedih boleh pula dia melawak.

" Tak payahlah nak perli-perli. Orang tengah sedih kut.." aku menjeling tajam padanya. Lalu, terus masuk ke dalam. Duduk di kerusi.

" Janganlah marah. Gurau je..!! Senyum sikit! Nah ni..!! makan gula-gula ni. Nanti mesti tak sedih lagi dah." Faliq pujuk aku. Pujuk dengan gula-gula. Sabar jelah.

" Ingat saya budak kecil ke. Pujuk dengan gula-gula. Nak satu.." Konon nak merajuk lama-lama sikit tapi memang tak boleh pun.

" Hahaha. Nak juga. Tak payahlah nak merajuk, dah tua dah pun.." dia perli lagi menghulurkan gula-gula mentos mint padaku.

" Mana ada merajuk, orang sedih je.." aku mencebik.

" Hahaha.. iyalah tu.." gelak kecil.

" Okeylah, saya nak masuk dalam. Nak tidur.." kataku.

" Baiklah sayangku. Nak saya belikan makanan tak?!" Tanya Faliq.

" Tak apa terima kasih. Abang dah masak kan tadi.." aku tolak dengan baik.

" Okeylah. Jangan sedih-sedih ya. Saya nak tengok awak sentiasa happy dan sentiasa senyum. Boleh?!" Faliq senyum.

" Iyalah Encik Faliq Alfie bin Kamaruddin.." aku senyum.

" Amboii.. fullname nampak.."

" Hehe.. Awak tahu fullname saya tak?!" Tanyaku lagi.

" Mestilah saya tahu. Dari mula-mula jumpa lagi dah tahu dah. Ehem.. ehem..!! Aku terima nikahnya Aliaa Sofea binti Abdul Hadi dengan mas kahwinnya rm300 tunai.. Sah??!" Boleh pula dia bergurau macam tu ek. Hahaha.. Aku pun tak tahulah betul ke tak ayat tu.

" Hahahahahahaaa.. Tak sah!!" Balasku. Sakit perut gelak.

" Aik!! Kenapa tak sah? Kecewalah saya.. Hahaha.."

" Tak payah nak kecewa saaaangat ye. Dahlah, pergi balik. Saya nak masuk ni. Kalau layan awak jawabnya sampai esoklah saya tak tidur.."

" Tak bagi saya masuk ke?!" Katanya mengenyit mata dekat aku. Aku berkerut.

" Nak masuk?! Nak ambil niii..." dapat cubitan padu aku. Menggedik pula dia. Kan dah kena.

" Adoii.. sakitlah.."

" Padan muka. Hahaha.. " aku gelak kan.

" Okey sayang..!! Kalau ada apa-apa terus call saya ya.." aku mengangguk. Aku terus tutup pintu pagar dan mengunci. Dan, melambaikan tangan pada Faliq. Tanpa berlengah terus berjalan masuk ke dalam rumah pula. Sampai je aku dipintu rumah, Faliq  terus berlalu. Aku masuk ke dalam dan mengunci pintu. Aku duduk disofa. Pandang kanan kiri, remote tv dan remote astro ku ambil. Tengok tv jelah. Aku melabuhkan badan di sofa. Tengok drama.

Hari ni hari sedih tapi sedih aku diceriakan dengan gurau senda Faliq. Pandai dia ambil hati aku dan pandai buat aku happy. Aku gelak sendiri. Alhamdulilah, ditemukan dengan mamat perasan ni. Hahaha..

Aku tak putus berdoa, semoga hubungan ini kekal ke akhirnya. Harap tiada lagi tentangan dari kakaknya. Bila fikirkan pasal Asnida, sebenarnya risau. Tapi entahlah. Aku harap Faliq bolehlah kawal kakaknya tu dari melakukan sesuatu pada aku lagi. Aku nak hidup bahagia dengan Faliq. Aku tahu, hanya Faliq je boleh buat aku happy. Abang pun restukan hubungan kami. Mama dan Papa Faliq pun restui hubungan kami. Cuma kakaknya Asnida je yang tak suka. Bagi aku, kalau Mama Papa Faliq dan wali aku dah restu, itu dah cukup baik dan insha Allah hubungan diberkati atas doa mereka. So, aku tak perlu risau kalau Asnida tak suka. So, biarkan dia. Fokus pada hubungan aku dan Faliq je. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku