Kerana Janji
Bab 118
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
84

Bacaan






Sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Faliq senyum saja. Pasang lagu dan menyanyi. Happy sentiasa. Kadang-kadang gelak sendiri bila teringat akan gelagat si kekasih hati tadi. Mencuit hatinya. Membuatkan dirinya sentiasa tersenyum bahagia. Berseri wajah, ceria hidup. Bagi Faliq, teman sehati sejiwanya itulah teman dikala suka, duka, sedih, bahagia. Dan, teman gaduhnya. Tak meriah kalau tak menyakat dan kalau tak gaduh dengannya. Penyeri hidup katanya.

Hari ni Ahad, butik pun tutup. Dua hari dia tak tanya mengenai butik pada Asnida. Tak tahu apa yang berlaku di butik. Entah Asnida masuk butik entah tidak. Dia kena ambil tahu, dia taknak Asnida lepas tangan. Mentang-mentang Faliq yang keluar modal banyak, nanti Asnida buat kerja asal boleh saja. Tapi profit dia nak. Mana boleh jadi, adik beradik tak adik beradik. Dalam bisness itu semua tak kira. Biarlah Asnida cakap dia kedekut ke, berkira ke yang penting baginya bisness adalah bisness. Tak boleh campur aduk dengan personal. Faliq memang kena tegas sebab dia tahu Asnida macam mana.  Kalau dibiarkan, mahu bungkuslah butik itu.

Dia nak butik itu naik dengan maju lagi. Memang butik sudah dikenali tapi nak maintainkan reputasi butik itu bukan mudah kalau pemilik butik macam Asnida. Hmm.. Memang parah. Pengalaman dah ada. Kena berhati-hati saja. Kena pantau dan kena tegas.

Masuk ke perkarangan rumah. Tersenyum dia melihat kereta Amiza ada dihalaman rumah. Lama benar dia tidak jumpa dengan kakak sulungnya itu. Rindu sangat. Susah betul nak jumpa dengan kakaknya itu. Cepat-cepat Faliq mematikan enjin kereta dan terus meluru masuk ke dalam rumah. Dari pintu sudah dengar riuh rendah suara dua orang anak buahnya yang keletah. Ika dan Adam.

"Assalammualaikum.."

" Pak Laang..!! " Ika dan Adam menjerit serentak dan berlari menuju ke arah Faliq. Dua-dua berpelukkan dengan Faliq. Faliq cium kedua-dua anak buahnya. Rindu yang teramat. Adam didukungnya dan terus jalan ke ruang tamu. Puan Asmah dan Amiza hanya senyum. Adam diturunkan. Terus saja Faliq menyalami Amiza dan mencium tangan Amiza.

" Along apa khabar, sihat tak? Lama tak jumpa Along, rindu sangat.." Faliq duduk disebelah Amiza.

" Bertambah sihat Along ni. Dah gemuk dah ni Alang. Along busy sikit, nak balik hujung minggu tapi Ika dan Adam ada kelas taekwando.." jelas Amiza.

" Senang hati. Mana tak gemuk kan ma.." perli Faliq.

" Mama.. Kakak nak main dekat luar ye.."

" Okey tapi jangan main dekat pagar tau.."

" Okey ma..!!" Terus berlari Ika dan Adam.

" Alang pun nampak berisi dah sekarang. Makin hensem makin berseri muka tu Along tengok.."

" Hahaha.. Iya ke Long. Sama jelah.." Faliq gelak.

" Kalau Alang ni. Faham-faham jelah Long. Siapa lagi yang buat dia ceria, bahagia kalau tak Aliaa.. " Puan Asmah bersuara.

" Iyalah ma. Orang tengah mabuk bercinta, macam tulah kan.. Merata potret Aliaa ni ha.." Amiza memuncungkan mulut ke arah potret Aliaa yang tergantung indah.

"Hahaha.. Itu Alang gantung ada sebab.."

" Sebab apa?!" Tanya Amiza.

" Kalau Along nak tahu, kena tanya mama.."

" Macam seronok je ni.. Hmm.. So, bila Alang nak bawa Aliaa jumpa Along ni. Along pun nak jumpa juga dengan bakal adik ipar.."

" Hahaha.. Nanti-nantilah ye.."

" Hmm.. Memang itu jawapan Alang. Mama dah tahu dah.."

" Habis ma.. Dah tuan badan kata nanti-nanti. So, Alang pun kata nanti-nantilah juga. Hehe.." Senyum ke telinga Faliq. Seronok dan bersemangat dia kalau bercerita pasal Aliaa.

" Jangan lama-lama Alang. Nanti kecewa.."

" Along.. kalau ikut hati Alang ni. Dah lama dah Alang nak meminang dia tu tapi tulah. Ada je halangannya. Dia pun jadi takut, jadi serba salah.." terang Faliq.

" Sabarlah Alang. Mesti ada hikmah semua ni. Along dengar mama cerita pun Along rasa macam.. entahlah.. Sedih sebenarnya, simpati dengan Aliaa dengan Alang. Tak sangka boleh jadi sampai macam ni. Dan tak sangka, Angah boleh buat macam tu.. " Faliq senyum saja.

" Tak apa Along. Ni dugaan untuk kami. Mujurlah Adil boleh terima Alang semula, kalau tak, Alang pun tak tahulah nak cakap macam mana. Terjun kondo kut.. Hahaha.."


Faliq gelak.

" Tengok ma. Sampai nak terjun Kondo pula. Jangan macam-macam Alang.."

" Hahaha.. Tak ada Long. Insha Allah masih ingat Allah lagi.."

" Baguslah. Apapun yang berlaku adalah ketentuan Allah. Jangan sampai lakukan perkara yang bertentangan.." nasihat Amiza.

" Insha Allah.  Thanks Along. Semua nasihat Along, mama dan papa , akan Alang simpan dalam hati.." Faliq senyum. Tangan kakaknya digenggam.

" Ma.. Angah mana?!" Tanya Faliq pada mamanya.

" Angah keluar tadi, kata pergi kedai kejab.." Faliq mengangguk.

"Mama ke dapur dulu ya." Faliq dan Amiza mengangguk dan senyum. Puan Asmah terus berlalu ke dapur.

" Mama cakap, Alang dah ambil alih butik Angah? Betul ke?!" Tanya Amiza lagi. Banyak perkara yang berlaku di rumah ni tanpa pengetahuan dia. Faliq senyum. Dipandang wajah Amiza. Dia cerita semuanya pada Amiza dari awal hingga akhir. Tiada sedikit pun yang disembunyikan. Meluahkan segalanya. Amiza mendengar dengan baik. Setelah dengar Amiza beri pendapat dan nasihat pula pada Faliq.

Ika dan Adam berlari masuk ke dalam rumah, bola berwarna biru diambil. Kemudian berlari pula ke dapur, minum air dan berlari semula ke luar rumah. Berlari dengan gurauan dua beradik itu. Gelak tawa bersama. Senangnya hidup mereka, sentiasa ceria, bahagia dan gembira. Tiada apa yang difikirkan kecuali keseronokkan bermain. Bahagianya hidup andai   dapat hidup seperti kehidupan kanak-kanak. Tak perlu fikir itu dan ini. Oh bahagianya!!

"Tapi sejak Angah berpisah dengan Lokman, makin macam-macam dia buat hal.." Faliq mengangguk, setuju sangat dengan apa yang Amiza cakapkan.

" Itulah Long. Kalau dia nak buat hal, buatlah hal sendiri tapi ni sampai melibatkan Adil dan Aliaa. Tak habis dengan dendam. Sampai Alang dan Aliaa kena berpisah. Selamat kejab je. Kejab pun rasa macam nyawa dihujung tanduk je. Sedih Long.." Faliq terus mengadu.

" Alaa kasihannya adik Along ni. Sabarlah ye.." Amiza memujuk.

" Sabarlah ni Long. Kalau tak sabar dah lama dah heret Angah masuk lokap. Padan muka dia!! Tapi Adil pula tak bagi.. Dia pun cakap sabar, sabar. So, sabar jelah.." sambung Faliq.

" Adil nak bagi peluang dekat Angah untuk berubah kut.."teka Amiza.

" Iya.. Memang itu yang dia cakapkan. Ni Along berapa hari dekat sini?!" Tanya Faliq.

" Malam ni Along balik. Esok kan sekolah. Ni balik pun sebab Abang Long ada kerja.." jelas Amiza.

" Laa.. iyeke?! Ingat bermalam dekat sini?!"
Faliq menyandarkan badan disofa.

" Tak.. Cuti sekolah nanti Along balik lagi. Alang datanglah rumah, bawa Aliaa sekali. KL Melaka tak jauh pun.." cadang Amiza.

" Iya juga kan. Insha Allah, nanti free Alang ajak Aliaa.." Faliq senyum. Bagus juga cadangan Amiza, boleh berjalan di Bandar Melaka. Cuti-cuti Malaysia, kelmarin ke Melaka atas urusan kerja. Kali ni nak pergi nak bawa teman sehati sejiwa berjalan. Mesti Aliaa suka. Kasihan dia duduk rumah saja. Faliq senyum.
Asnida muncul dengan membawa beberapa beg plastik. Diletakkan diatas meja kopi. Lalu, terus duduk di sofa. Faliq dan Amiza memerhati saja.

" Alang.. Esok Angah nak duit lebih sikit. Angah nak jumpa kawan.." pinta Asnida. Mata terus menonton tv.

" Sorry!! Alang dah cakap kut. Sebulan dua ni Alang bagi duit cukup-cukup untuk duit minyak dan makan. Untuk lain, sorry..!!" Kata Faliq tegas.

"Takkan lebih sikit pun tak boleh. Minyak tu pun dah merah dah.." berkerut dahi Asnida.

" Cukuplah tu. Esok isi untuk seminggu. Kalau tak cukup, pandai-pandai Angahlah.." balas Faliq.

"Itu untuk pergi balik kerja je kut. Habis keluar makan Alang tak kira pula..."

" Rasanya berhampiran butik tu melambak restoran, makan dekat situ jelah. Tak pun, bawa bekal, makan dekat butik. Boleh kan?!" Amiza senyum saja. Bagus idea Faliq buat macam tu pada Asnida.

"Alang ni kan.. Kedekut. Dengan adik-beradik pun nak berkira.." Asnida merungut.

" Untung Alang bagi duit minyak dan duit makan. Kalau Alang tak bagi langsung macam mana?! Ni pun Alang tak masukkan dalam akaun butik tau. Tu pun tak bersyukur. Tapi mula minggu ni, Alang kena kira semua tu. Alang pun nak simpan duit nak kahwin.." kata Faliq. 


" Hmm.. Nak kahwin konon. Buat apa simpan duit banyak-banyak untuk Aliaa tu. Menghabiskan duit adalah." selamba saja Asnida. Sakit betul hatinya bila dengar nama Aliaa.

" Untuk pengetahuan Angah. Duit yang Alang guna untuk bayar hutang kereta Angah dan hutang butik tu bukan duit Alang semua tau. Setengah duit Aliaa. Alang tak ada duit sebanyak tu nak settle semua. Kalau tak kerana Aliaa, butik tu dah kena lelong dah. Kereta Angah pun dah kena tarik.. Tahu tak?!" Terkejut Asnida dengar. Tapi dikawal dengan wajah selamba. Faliq mengenyitkan mata pada Amiza. Amiza memahami maksudnya itu.

" Jangan nak menipulah Alang?!"

" Tak percaya sudah. Sebenarnya dia tak bagi Alang info Angah atau sesiapa tapi terlepas cakap pula."

" Kalau Angah tahu, ada sesen duit Aliaa. Angah lebih rela butik dilelong dan kereta ditarik.." Asnida menoleh pada Faliq dengan buat muka bengang.

" Sudahlah Angah. Jangan nak berlagak sangat cakap tu. Baru dapat panggilan dari bank suruh bayar pun Angah dah macam cacing kepanasan. Dah macam orang hilang akal. Aliaa dah tolong pun taknak berterima kasih.." perli Faliq. Muka selamba saja.

" Iyalah time tu Angah stress kut. Tak apa, nanti Angah bayar semua duit Aliaa dan minta Aliaa tak join dalam butik Angah. Harap maklum!!" Berkeras.

" Tapi masalahnya, butik tu sekarang Alang punya. Kalau Angah nak. Angah kena bayar semua duit Alang dan duit Aliaa dalam masa dua bulan. Boleh?! Lepas tu bolehlah kami bersanding.." Mengelabah Asnida.

" Dua bulan?! Mana Angah nak cari duit banyak tu dalam masa singkat macam tu. Kalau dua tahun bolehlah.."

"Kalau tak boleh, follow jelah pendapat dan aturan Alang. Simple kan. Tak payah nak bantah..!!" Tegas.

" Angah.. Dah dalam kesusahan ni pun Angah masih dengan ego tu. Sudah-sudah lah tu Ngah. Ini pengingatan dan pengajaran untuk Angah dari Allah. Nak Angah berubah dan bertaubat.." Amiza menasihati. Asnida diam.

" Entah tu.. Umur dah tua, tapi perangai mengalahkan budak. Bila nak bertaubat entah.." Faliq sengaja buat Asnida bengang.

" Belum dapat seru.." jawab Asnida ringkas.

" Hmm.. Iyalah tu Angah. Ni Alang nak buat pengakuan jujur ni. Dengar baik-baik. Tapi jangan sentap pula.."

" Pengakuan apa pula? Mengada-ngadalah.." Asnida berkerut. Malas dengar. Amiza hanya dengar. Senyum.

"Dengar ni.. Pandang muka Alang ni, Alang nak cakap.."

" Apa dia.. Megacau jelah.." Asnida menoleh pada Faliq. Pandang muka Faliq. Muka bosan.

" Angah tahu tak. Angah pakai makeup 10inci macam ni, muka Angah nampak lebih tua dari mak nenek tau. Kalau Angah jalan dengan mama, mama tu lagi nampak muda dari Angah. Muka Angah makeup ni, dah macam langsuir tau.. Buruk sangat.. Takut Alang tengok.." selamba saja Faliq. Amiza gelak kecil.

" Alang sengaja cari pasal kan. Nak kutuk Angah?!" Menyirap hati Asnida dengar. Menjeling.

" Hey!! Alang tak kutuk. Ni pengakuan jujur ni Ngah. Lagi satu, rambut tu. Angah tahu nenek kebayan tak?! Macam tulah rambut Angah.."
Faliq sambung lagi.

" Alaaang..!! " Geram betul Asnida pada Faliq.

" Angah dengar dulu.. Kalau Angah pakai tudung, makeup simple, pakai yang menutup aurat, Angah lagi cantik dari sekarang ni tau. 10 kali ganda Angah cantik.. Jujur ni Ngah. Alang tak tipu. Ada je kang anak Dato' terpikat dekat Angah.. Betul kan Long kan..!!" Kata Faliq senyum.

"Yup!! Along setuju sangat. Apakata Angah tukar penampilan. Along boleh tolong. Lepas tu boleh beli baju dekat Along.. Support bisness online Along.." Amiza pula menambah. Sengeh.

"Ha!! Bagus tu.. Macam mana Angah. Okey kan?!" Faliq mengenyit mata pada Amiza.

" Along pun sama juga. Malaslah layan korang ni. Masuk bilik, buat taik mata lagi baik.. Alang lah ni punca.." Asnida bengang. Bantal sofa dicampak pada Faliq. Faliq gelak kuat. Amiza pun gelak juga.

" Aik!! Alang cakap jujur kut nak Angah jadi cantik. Kan Angah ala-ala retis gitu kan. Kut-kut tukar penampilan terus dapat tawaran berlakon ke kan. Tak untung namanya.." perli lagi.

" Tak payah nak berlakon sangatlah. Dah lah, bosanlah.."

" Nak kekalkan jadi nenek kebayan ke tu?!" Faliq masih lagi menyakat.


" Biarlah.. Sibuk je.." Asnida terus bangun dan terus naik ke atas. Mulut membebel-bebel sendiri. Bengang dikata nenek kebayan. Faliq gelak kuat.

" Alang ni saja buat Angah tu marah .."

" Biarkan dia. Orang cakap baik-baik tak jalan. Marah pun tak jalan. Kut-kut kena perli baru jalan ke kan.. Hahaha..!!" Faliq sambung gelak.

" Tulah kan..."

Faliq masih senyum. Sesekali kenakan kakaknya yang degil tu, seronok pula dia. Lagi pula ada Amiza, dah lama tak bergurau dengan mereka. Nak berkumpul macam ni memang payah. Ini pun kebetulan Amiza balik dan kebetulan Asnida ada. Kalau tak, memang tak dapatlah duduk bergurau. Walaupun sekejab tapi ia sangat berharga. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku