Kerana Janji
Bab 119
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
81

Bacaan






Hidangan sudah tersusun di atas meja. Banyak lauk-pauk mereka malam itu. Sesekali dapat berkumpul bersama. Suara riuh-rendah Ika dan Adam memeriahkan lagi suasana rumah. Memang seronok. Puan Asmah menyenduk nasi ke dalam pinggan, Amira pula menuang air sirap ke dalam gelas, manakala Asnida menunggu nasi terhidang didepan mata. Yang lain berbual mesra diselangi dengan gelak tawa.
Bahagia keluarga itu. Sebelum memulakan makan, Adam dipinta oleh atoknya membaca doa. Lantang sungguh suaranya. Yang lain mengaminkan. Setelah doa habis dibaca, memulakan makan. Lengkap semua anak-beranak, gembira Puan Asmah. Tersenyum sejak tadi. Tak kurang juga Faliq. Jika ada Aliaa kan bagus, bertambah meriah, bisik hatinya. Lalu, tersenyum berseri.

"Eh!! Tu potret siapa?!" Tanya Rashid, suami Amiza.

" Laa.. Abang baru perasan ke potret tu?!" Tanya Amiza semula pada suaminya.

" Iya.. Potret siapa? " Tanya Rashid lagi. Tersipu malu pula Faliq.

" Tu potret bakal isteri Alang. Cantik tak?!"

" Iyeke.!! Cantik..!! Alang lukis?" Tanya pada Faliq pula. Faliq mengangguk.

" Apa kata, Alang lukiskan potret kami sekeluarga. Boleh?!" Pinta Rashid.

"Abang Long punya pasal, boleh je..!!"

"Oraite..! Nanti minta Along gambar ye. Nak tukar gambar lama yang dekat rumah tu.."

" Bagus juga tu. Saya pun tak terfikir yang Alang ni pandai melukis.."kata Amiza.

" Jadi, tak lama lagilah ni Papa dan Mama nak terima menantu ye.." Asnida diam membisu. Berubah betul airmuka dia.

" Insha Allah. Kami ni sedia menerima bila-bila pun. Tapi tulah, yang tuan badannya senyap je kami pun senyap jugalah.." En. Kamaruddin membalas. Melirik pada Faliq.

"Apalagi Alang, Papa on je tu. Family kita ni pun dah lama tak buat majlis besar-besaran kan. Kutlah Wedding of the year ke.." semangat Rashid. Asnida tersedak batuk mendengar kata-kata Rashid. Amiza dan Puan Asmah gelak kecil.

" Betul tu Alang. Nanti pelamin, baju pengantin, hantaran Angah boleh buat special untuk Alang dan Aliaa. Kan Angah kan..!! Angah kan hebat bab design. Mesti gempak punyalah.. Kalah artis.. Wah!! Bestnyaaa..!!" Tambah Amiza.

" Amboii Along. Excited pula dia.. Hahaha.." perli Faliq. Lawak dengan gelagat Amiza.

" Mestilah excited, Alang kan satu-satunya anak lelaki mama, mestilah nak buat majlis yang gempak.. Betul tak ma?!"

" Betul sangat. Mama dan Papa, ikut je mana yang baik. Tapi seeloknya majlis gempak macam mana sekalipun jangan ada pembaziran sudah.." Puan Asmah pula bersuara dan menasihati.

" Itu Alang setuju.." Asnida langsung tidak bersuara. Geramnya hati dia. Kenapalah semua orang suka sangat pada Aliaa tu, jumpa pun tak lagi. Bisik hatinya sendiri. Bertambah-tambah sakit hatinya. Amiza sempat menjeling pada Asnida. Tersengeh dia melihat reaksi muka Asnida yang mencuka itu. Memang Amiza sengaja, mahu tengok penerimaan Asnida akan cadangannya tapi hambar. Asnida langsung tidak memberi sebarang komen. Amiza menggeleng perlahan.

Selesai makan, mereka duduk bersembang kosong sementara menunggu Ika dan Adam mengangkat beg pakaian masing-masing bawa ke kereta. Amiza sekeluarga sudah siap mahu pulang ke Melaka. Rashid melangkah ke kereta dan menyusun beg-beg pakaian di bonet. Ika dan Adam berlari mendapatkan atok dan neneknya. Berlari riang. Berebut-rebut mahu salam, peluk dan cium. Kemudian, berlari pula kearah Faliq dan Asnida. Dua-dua anak buahnya mereka dipeluk dan dicium. Penghibur hati mereka. Sakan dengan keletah dua beradik itu. En. Kamaruddin , Puan Asmah , Asnida dan Faliq menghantar Amiza ke kereta. Mereka bersalam-salaman.

" Alang.. kalau nak datang rumah bagitahu Along awal-awal tau. Nanti Along boleh set masa. Kirim salam pada Aliaa ye.." pesan Amiza.

" Insha Allah.. Hati-hati Long.. " balas Faliq.

" Along balik dulu ya ma.. Mama papa jaga diri baik-baik tau. Cuti sekolah nanti baru Along balik.. " En. Kamaruddin dan Puan Asmah mengangguk. Pesan-memesan antara satu sama lain.

"Angah.. nanti Along balik lagi, Along bawakan jubah untuk Angah ya.. " Amiza mengusik Asnida.

" Along ni.. sama je dengan Alang.. " Asnida menjeling. Geram. 


Amiza gelak. Sengaja menyakat. Sesekali jumpa  seronok menyakat. Amiza terus masuk ke dalam kereta, Ika dan Adam melambai-lambaikan tangan. Apabila kereta sudah hilang dari pandangan, Asnida terus masuk ke dalam rumah. Faliq bersama kedua ibubapanya duduk di kerusi. Sambung bersembang. Mengambil udara malam.

" Alang.. Ni mama nak tanya ni.."

" Tanya apa ma?!"

"Betul ke Alang ada guna duit Aliaa untuk butik Angah?!" Terus saja Faliq gelak kuat. Puan Asmah pelik.

" Gelak pula. Betul ke apa yang mama cakap tu. Alang guna duit Aliaa?!" Tanya En. Kamaruddin pula. Berkerut.

" Taklah ma, pa.. "

" Habis, Angah bagitahu tadi, dia cakap Alang guna duit Aliaa untuk butik.."

"Betul ma. Alang tak guna duit Aliaa pun. Alang saja je cakap macam tu dekat Angah supaya Angah ada segan dan rasa bersalah dekat Aliaa. Sekurang-kurangnya kalau dia ada rasa macam tu, dia tak buat Aliaa lagi.. Itu je.." jelas Faliq.

"Alang tak tipu mama dan papa?!" Tanya Puan Asmah lagi. Risau dia.

" Iya ma, pa.. Demi Allah, Alang tak tipu. Kalau mama dan papa tak percaya, mama dan papa boleh tanya Aliaa sendiri. Lagipun, Aliaa tak tahu pun semua ni.." Faliq terus meyakinkan mereka.

" Baguslah kalau macam tu. Biar susah macam mana sekalipun, jangan sampai guna duit Aliaa. Papa taknak nanti jadi terbiasa sampai dah kahwin. Ingat tu. Papa tak suka. Kita lelaki, kita yang kena bagi pada mereka bukan minta. Kecuali kalau terdesak dan ikhlas Aliaa nak bagi. Tapi kalau dah jadi suami isteri. Ingat tu Alang..! " Peringatan dari En. Kamaruddin.

" Iya pa. Insha Allah Alang ingat. Semua duit tu, duit Alang sendiri. Mama dan papa jangan risau ya.."Puan Asmah dan En. Kamaruddin berasa lega. Mengangguk tanda faham. Faliq senyum.

Faliq meminta izin untuk naik ke biliknya. Perlahan dia berjalan sambil bernyanyi-nyanyi kecil. Pintu bilik dibuka, dia masuk dan tutup semula. Terus mengambil handphone yang terletak diatas meja tulisnya. Duduk dikerusi. Mahu menghubungi Aliaa. Lantas,nombor telefon Aliaa didailnya. Lalu dia bangun dan duduk pula dikatil.

" Assalammualaikum.." suara lembut Aliaa ditalian. Tersenyum lebar Faliq.

" Waalaikumsalam.. Tengah buat apa ni?!"

"Makan keropok, tengok tv, minum nescafe, besarkan badan.." jawab Aliaa.

" Hahaha.. Tak takut gemuk ke?! "Faliq gelak.

" Hmm.. Sesekali kut. Hari ni makan puas-puas esok tak payah makan.." katanya sambil mulut mengunyah.

" Kang tak makan, lain pula jadinya Cik Sayang oii. Nak check in hospital lagi ke?!" Perli Faliq.

" Maksud saya.. makan keropok nilah. Nak habiskan stok malam ni, esok-esok tak makan dah.. Faham tak En. Arkitek oiii..."jawab Aliaa. Faliq senyum.

" Hahahahaa.. Okey faham!! Esok nak saya ambil tak?!"

"Eh!!  Tak payah.. Tak payah..!! Ada dua buah kereta ni ha, pilih je mana saya nak bawa. Tak payah menyusahkan diri sendiri ya.."

" Untuk awak Cik Sayang, tak ada istilah menyusahkan pun.."

" Hmm.. Iyalah.. Okeylah, saya nak sambung tengok tv. Dah mula cerita ni.."

" Tengok cerita apa tu?!"

" Larva.. Hehe..!!"

" Kartun Larva tu ke?!"

" Iya.."

" Hahaahahaaa... Aduhai Cik Sayang oii..!!" Faliq gelak kuat.

"Dah kenapa gelak. Salah ke saya tengok cerita ni. Best tau..!!"

" Taklah salah tapi lawaklah. Dah tua tengok cerita budak-budak. Hahahaha.." Sengaja menyakat.

" Tak apalah. Dah suka nak buat macam mana. Awak try lah tengok cerita ni, best tau. Terhibur!!" Cadang Aliaa.

" Taknak lah saya. Lebih baik tidur. Dapat juga mimpikan awak.."

" Elehh..!! Dah sudah, pergi tidur sana. Tengok!!  Kan dah habis episod ni, awak punya pasal lah ni. Okey.. Okey bye!!"marah Aliaa. Hahaha..

" Eh.. Eh!!! Kejab-kejab.."

"Apa lagi En. Faliq..?!"

" I miss you.. I love you. !!" Ucap Faliq.

" Hmm.. Iyalah. Okey bye!!" Terus talian dimatikan. Tercenggang Faliq. Garu kepala.

"Laa.. iyalah aje dia jawab. Bertuah punya teman sehati sejiwa aku ni. Hahaha.. Hai lah Sayangku Aliaa, memang gila-gila.. " Faliq gelak sendiri. Handphone diletakkan semula diatas meja tulis. Lalu, bangun mencari walletnya. Mengeluarkan wang kertas berjumlah Rm200. Wallet diletak semula.


Dia membuka pintu bilik dan menuju ke bilik Asnida. Pintu diketuk beberapa kali, tak lama Asnida membuka pintu  dengan muka yang selebet, rambut yang serabai. Faliq gelak kecil.

" Nak apa?! Angah ngantuk ni..!" Kata Asnida.

" Nah ni..!! Untuk minyak dan untuk makan Isnin sampai Sabtu.." Faliq menghulurkan wang kertas tadi pada Asnida. Membulat mata Asnida nampak duit. Terus tersenyum.

" Nampak duit je hilang ngantuk..!!" Perli Faliq.

" Rm200 je?? Alang.. bagilah lebih sikit. Mana cukup ni.." mengeluh Asnida.

" Apa pula tak cukup. Sebelum ni okey je! Tu pun dah kira banyak dah tu. Kalau Alang bagi Rm100 je. Nak??! Bak sini Rm100 balikk...!!"
Faliq cuba mengambil duit dari tangan Asnida tapi ditepis Asnida.

"Ish!! Dah bagi nak minta balik. Buruk siku.." Asnida merungut.

" Habis tu, dah dibagi tak bersyukur. Dibagi peha nak betis pula. Banyak bunyi. Terima kasih pun tak!!"

" Okeylah.. Terima kasih..!!" Asnida menjeling. Tak puashati.

"Sama-sama. Kalau tak cukup, Alang tak tahu ye. Pandai-pandailah Angah. Esok Alang datang butik tapi kalau Angah dan Elly tak ada. Siap!!" Kata Faliq. Tegas.

" Nak buat apa datang butik?!" Tanya Asnida .

" Sukahati Alang lah, butik Alang kut. Ingat ye! Kalau Angah dan Elly tak ada, Alang potong gaji. Faham?!" Amaran dari Faliq.

" Tu butik kami juga kut. Kenapa nak potong gaji pula?!" Tanya Asnida. Geram.

 " Dah lupa ke perjanjian. Tiga bulan pertama, Angah dan Elly hanya terima gaji je sama dengan pekerja lain. Capaikan target butik dulu, selagi tak capai target selagi tu Angah dan Elly makan gaji je. Faham?!"terang Faliq semula.

" Ish!! Alang ni kan. Mengalahkan company besar je dibuatnya. Butik je kut.." merungut lagi.

"Butik biasa pun telan berpuluh ribu. Ingat senang cari duit. Tak fikir?! Dah, Alang taknak dengar apa-apa alasan lagi dari Angah lepas ni.."

" Hmm.. iyalah.! So, dah habis dah. Angah nak tidurlah. Esok pagi lambat masuk butik. Kena pecat pula.." Asnida memerli pada Faliq pula.

" Tahu tak apa. Lagi satu, start esok duit yang Alang bagi tiap minggu masuk akaun  termasuk yang ini..."

" Hmm.. Dahlah. Good nite!!" Terus pintu ditutup kuat. Bengang. Faliq senyum. Sengaja. Kena tegas dengan Asnida sekarang. Dan, Asnida pun tiada pilihan. Masa nilah Faliq boleh bagi arahan pada Asnida. Kalau tidak, dengar cakap pun tak. Berlagak memanjang. Dah terjatuh baru sedar. Tapi sedar kerana terpaksa. Okeylah tu. Moga-moga akan ada kesedaran seterusnya. Perlahan-lahan dia akan usaha untuk bagi kesedaran pada kakaknya yang hati batu itu. Dahlah hati batu, keras dalam kepala pun ada batu juga. Segalanya keras.

Faliq gelak kecil dan menggelengkan kepala. Angah.. Angah..!! Katanya perlahan. Lalu, masuk semula kedalam bilik. Mahu tidur, mahu mimpikan teman sehati sejiwa yang sedang seronok tengok kartun Larva. Hahaha..!!

 Aliaa oh Aliaa... Kaulah penghibur hati aku. Katanya lagi. Senyum dan senyum.



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku