Kerana Janji
Bab 120
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
98

Bacaan






Yeah!! Hari ni aku masuk office. Seronoknya. Rasa macam bertahun-tahun tak kerja. Rindu dekat bilik aku. Rindu pada mereka. Disebabkan  hari ni aku kembali kerja. So, aku ambil keputusan datang awal pagi. Hari ni aku nak pau breakfast siapa ek?! Hmm.. Okey!! Dapat idea. Plan awal-awal, nanti senang. Kikiki.!

Aku memandu laju terus ke office. Jalanraya tak sesak pagi ni, syok je memandu. Aku menyanyi-nyanyi layan perasaan. Happy je. Sampailah ke office. Aku parking kereta dan terus berjalan perlahan. Hari ni aku pakai baju kurung Pahang warna peach dan tudung bawal wrna coklat gelap. Aku senyum tak putus. Pada semua orang yang terserempak dengan aku, aku sedekahkan senyuman. Senyuman itukan sedekah. Mulakan hari pun dengan senyuman. Insha Allah semoga hari ni menjadi hari yang ceria untuk aku sendiri dan sekeliling aku. Aku mendaki anak-anak tangga. Perlahan-lahan je takut tersalah langkah, mahu jatuh aku. Almaklumlah, pakai kasut tinggi. Tak pakai kasut tinggi terasa sangatlah rendah bila berdiri sebelah Faliq ke, Naim ke ataupun berdiri sebelah En. Zack. Betapa rendahnya aku. Hehe..

Tak kisahlah rendah ke tinggi ke yang penting, hari ini hari happy aku. Yeah!! Aku menekan butang liff. Ting!! Pintu liff terbuka, cepat-cepat aku masuk ke dalam liff dan menekan butang 11. Aku sorang je dalam liff. Tenang!.
Tak lama kemudian, liff berhenti, aku keluar dengan semangat sekali. Melangkah masuk ke dalam office. Lebar senyuman aku. Aku terus menuju ke bilik.

"Amboii..!! Meluru je nak masuk bilik dia ye, tak pandang kanan kiri pun ek. Senyum sorang-sorang pula tu. Happy nya dia.." Langkahku terhenti. Aku menoleh ke kanan. Kak Intan senyum sinis padaku. Aku gelak kecil.

" Laa.. saya ingat sayalah yang paling awal sampai. Tu yang terus nak masuk bilik.." jelasku. Menghampiri Kak Intan. Aku bersalaman dan berpelukkan dengan Kak Intan.

" Awalnya akak sampai?!" Tanyaku.

" Suami akak nak ke office  awal. Ada meeting. Jadi, nak taknak terpaksalah akak pun masuk office awal.. " terang Kak Intan. Aku mengangguk tanda faham.

" Kau macam mana?! Dah sihat?"

" Alhamdulilah, dah sihat dah kak. Tak sabar nak masuk office, rindu kat semua.." aku senyum.

" Baguslah. Encik Zack tu pun serabut je akak tengok.."

" Serabut kenapa pula?!" Aku tanya. Pelik.

" Serabutlah.. P.A tak ada. Kelam-kabut dia sorang-sorang. Ni kau dah masuk office, confirm senyum lebar dia nanti.." jelas Kak Intan lagi.

" Laa.. tak dapat lagi ke P.A dia. Aduhai kak..!! Saya taknak P.A lagi. Kang saya pula yang serabut.." Aku merungut. Buat muka.

" Dia memang nak kau jadi P.A dia pun. Okeylah tu Aliaa, sekurang-kurangnya bila kau jadi P.A dia. Taklah dia mencuka je muka. Kami pun tak stress kerja tau..!" Kata Kak Intan. Aku gelak.

"Okeylah Kak.. Saya masuk dulu. Rindu sangat dekat bilik saya tu.. Minta diri dulu ya.." Kak Intan angguk. Aku terus melangkah ke bilik.
Pintu bilik kubuka, senyum dan senyum. Terus duduk di kerusi. Aku pandang disetiap sudut bilik. Dan mataku tertumpu pada frame gambar, potret lukisan wajahku, di meja yang dihadiahkan oleh sayangku, Faliq. Hahaha..

Aku ambil frame itu dan meneliti setiap inci potret. Cun juga aku kan, hahaha.. Perasan!!
Aku letakkan semula. Teringat kata-kata Mira. Menurut Mira, Faliq letak potret aku didalam bilik officenya. Siap ada bunga mawar lagi. Hai lah, teman sehati sejiwaku. Sampai macam tu sekali. Patutlah rakan officenya kenal aku. Sabar jelah. Aku gelak sendiri. Lawak pun ada. Macam-macam Faliq ni.

"Beeeebbbb!!! Kau dah masuk office beb. Hahahaa!!" Fuh!! Naim ni kalau tak terkejutkan aku memang tak sah. Gelak besar dia. Terus duduk dihadapanku.

" Kau dah kenapa ni? Gelak bagai nak rak.. " Aku sengeh.

"Happy lah aku beb kau dah masuk office. Maknanya kau dah sihat, dah boleh kerja, dah boleh membebel, dah boleh...."

" Dah.. dah.. kau tak payah nak membodek aku ye. Disebabkan hari ni aku dah masuk office. Sooo, aku nak pau kau belanja aku breakfast. Okey?!" Aku potong cakap Naim. Mangsa pertama aku, Naim. Hahaha...

" Hmm.. Dah agak dah. Boleh je. Jom sekarang!!" Ajak Naim. Aku senyum.

" Ish!! Ni awal lagi. Kejab-kejab lagilah ek.."

" Okey!! Eh Aliaa.. Kau dengan Faliq dah okey ke?! Abang kau macam mana, dah tak halang ke?!" Tiba-tiba Naim tanya. Iyalah, dia cuma tahu aku dengan Faliq terpaksa berpisah tempoh hari. Cerita selanjutnya dia tak tahu lagi.

" Alhamdulilah. Semuanya okey... " jawabku ringkas.

" Macam mana boleh okey?! Ceritalah beb. Aku tak sabar nak tahu ni. Hari tu dekat hospital aku nak tanya tapi tak sedaplah pula sebab semua ada.. So, sekarang ni aku memang nak tahu. Ceritalah beb..!!" Amboii.. excited betul dia nak tahu cerita hot aku ni. Hahaha..!!

" Alkisahnya.. Macam ni.." Aku pun memulakanlah cerita dari awal. Tapi...

" Aliaa.. masuk bilik saya sekarang..!" Encik Zack pula ketuk pintu minta aku masuk biliknya nya. Jadinya, bersambunglah ceritaku. Aku pandang Naim dan mengangkat bahu. Naim mengeluh. Lalu, aku dan Naim keluar. Naim masuk ke biliknya dan aku terus masuk bilik Encik Zack.

" Assalammualaikum.. Morning Encik Boss..!!"

" Waalaikumsalam.. " jawabnya lembut. Aku melemparkan senyuman dan terus duduk di hadapannya tanpa disuruh. Selamba je.

" Dah betul-betul sihat?!" Tanyanya.

" Alhamdulilah. Setakat ni sihat walafiat.."

" Baguslah. Saya pun memang tunggu awak masuk office ni. Serabut kerja saya.." keluhnya.

"Aik!! Kenapa pula?!" Saja aku bertanya, padahal dah tahu dah.

" Iyalah. Nak settlekan kerja ni ha nampak,  nak uruskan appointment bagai, nak itu nak ini. Banyak kerja.." Encik Zack menunjukkan kerjanya yang tak siap. Bertimbun tu. Confirmlah aku yang kena settlekan.

" Laa kenapa tak cari P.A je, yang pergi tunggu saya masuk office ni kenapa. Kalau saya duduk hospital setahun, jadi setahunlah Encik Boss tunggu saya ek.." aku mula membebel. Pelik juga boss aku sorang ni.

" Saya dah cari dah tapi tak sesuai. Awak je yang sesuai kerja dengan saya.." jawabnya dan menyandarkan badan dikerusinya.

" Iyalah tu tak sesuai konon. Encik Boss sengaja kan nak saya terus jadi P.A encik. Mengaku cepat, mengaku..!!" Aku senyum sinis padanya.

" Dah memang tak ada yang sesuai. Semua yang saya interview tak kena dengan kepala saya.."

" Tipu?! Tak baik menipu, berdosa tau!! Tak kira, betul kan Encik Boss sengaja, mengaku sekarang. Cepat.. Kalau tak..!!" Selagi aku tak dapat jawapan dari mulut dia. Selagi tu aku akan tanya.

" Kalau tak, kenapa?! Pandai nak ugut saya ek.."

" Kalau tak, saya taknak kawan dengan Encik Boss sampai bila-bila. P.A semua ni bagai, sorry saya tak layan.." kataku tegas.

"Amboii.. Boleh tahan banyak songeh awak ni ek. Hmm... iyalah, saya mengaku memang saya tak cari orang pun. Ada sekali je, lepas tu dia buat hal. Saya pecat dia dan saya tetap nak awak terus jadi P.A saya. Puashati tak Cik Aliaa.."  jelasnya terang lagi nyata. Aku buat muka bosan.

" Jadi, saya memang tak ada pilihanlah ni. Memang kena jadi P.A Encik Boss lah ni.." Encik Zack mengangguk. Serius. Aku pun serius juga.

" Hmm.. Boleh!! Tapi dengan satu syarat.." Aku senyum dan mengangkat kening.

"Syarat lagi? Hmm.. Apa syaratnya?" Aku sengeh.

" Saya taknak Encik Boss ni terlalu serius sangat dengan kerja. Sampai senyum pun tak boleh. Kena jadi majikan yang mesra dengan semua pekerja. Baru kami kerja pun tak stress. Ni muka ketat sangat-sangat, mencuka manjang, nak sentap je. Ingat hensem buat macam tu. Buat kami tension adalah.." Aku terus-terang padanya. Berkerut dahinya dengar.

" Oo awak kutuk sayalah ni.."

" Tak kutuk tapi kenyataan kut. So, macam mana? Setuju dengan syarat saya tak?! Kalau tak setuju, alhamdulilah..."

" Tapi saya dah jenis macam ni kut..."

" Oh...!! Model semua memang macam Encik Boss ek?! Berlagak je semua. Macam tu ek?!" Aku menjeling.

" Hmm.. Okeylah saya setuju.."

" Betul?! Tak tipu?!"

" Iya.. "

" Macam tulah, baru namanya pejabatku rumahku, pejabatku syurgaku.."

" Ada-ada je awak ni kan. Jadi, mulai sekarang ni, saya kena sentiasa senyumlah ni ye.."

" Yup Encik Boss. Senyum itukan sedekah. Bertambah pahala Encik Boss senyum pada kami. Tapi senyum ikhlas tau jangan paksa pula. Bila ada kemesraan, kerja pun syok je.."

Kataku senyum. Encik Zack menggeleng-geleng kepala. Dan senyum. Susah nak tengok dia ni senyum tau. Tapi pelik, boleh pula jadi model sementara. Bukan model kena sentiasa senyum je ke atau mereka ni dipaksa senyum kut. Pelik!

" So, Encik Boss ada apa-apa lagi tak ni?! " Tanyaku.

" Allahuakhbar..!! Tengok, sampai saya lupa nak bagitahu. Awak punya pasal lah ni.." Encik Zack ketuk dahi. Aku gelak kecil. Dia memberikan aku beberapa fail yang perlu aku semak. Dan, buku appoinment untuk aku rujuk. Banyak pula kerja ni.

" Habis dah?! Lagi-lagi.." aku perli.

"Setakat ni, itu saja.." jawabnya.

" Laa.. ni je. Hmm.. kata banyak saangat..!! " Aku buat muka. Sinis.

" Aik!! Perli saya nampak.." Hahaha aku gelak lagi. Faham pun. Dia hanya pandang.

" Oh ya!! Satu lagi. Bagitahu semua, lepas lunch ada meeting ya. Boss besar nak datang.."

" Boss besar?! Dato'?!" Aku berkerut.

" Iyalah. Siapa lagi.. " Aku mengangguk.

" Okey Boss!! Saya keluar dulu, nak breakfast. Lapar sangat dah ni.. byee!!" Aku terus bangun bawa fail dan buku nota Encik Zack. Baru nak buka pintu Encik Zack panggil lagi.

" Aliaa.. kejab-kejab..!!" Langkahku terhenti. Apa lagilah Encik Boss ni. Aku menoleh padanya.

" Iya Encik Boss. Ada apa lagi.."

" Saya join..!"

" Ha? Apa? Tak dengar, cakap kuat sikit.." Aku sengaja menyakat.

" Saya nak join awak breakfast.." ulangnya lagi.

" Ooo nak join breakfast. Tapi saya breakfast dengan Naim dan Kak Intan. Encik Boss okey ke?!"

" Okey je..! Boleh ke tak ni saya join.." tanya pula padaku. Aku senyum lagi.

" Boleh.. boleh.. Sangat dialu-alukan.. Saya tunggu luar ek.." Aku terus membuka pintu.
Lalu terus masuk ke bilik, letak fail diatas meja. Mengeluarkan handphone dari handbag. Duduk sebentar, layan whatsapp dari Faliq. Aku senyum lebar.

"Morning sayang..!!
Dah breakfast tak?"

"Morning..!
Nak turun cafe ni,
breakfast dengan diaorang.." balasku.

"Okey.. Hari ni saya keluar side,
kalau sempat nanti kita lunch sama ek.."

" Tapi saya tak janji tau,
sebab tengahari nanti Dato' nak masuk office.
Apa-apa nanti saya info awak ye.."

" Okey!! Love u..!!"

" Okey!!"

 Aku senyum sendiri. Seronok hari ni. Harap hari-hari mendatang pun akan macam ni juga. Masa kerjalah paling best, jumpa semua kawan, bergurau senda, gelak tawa, berkongsi cerita. Dekat rumah dah sah aku sorang-sorang. Kesunyian, sendirian, tiada teman berbual. Sebab tu bila cuti kerja je. Mulalah aku akan rasa lama sangat nak masuk office, padahal cuti Sabtu Ahad je, hujung minggu. Orang lain syok hujung minggu keluar jalan-jalan bersama family, bersama kawan-kawan tapi aku duduk terperap je dekat rumah. Entahlah.. nak keluar malas. Kawan pun tak ada. Nasiblah hidup aku. Kadang, ada juga Faliq ajak keluar tapi iyalah aku kan, ikut mood. Kalau dah malas nak keluar, pujuklah macam mana sekalipun memang tak layanlah. Ni pula Faliq dah start busy dengan kerjanya. Harap aku pun busy jugalah. Ceh!! Iya-iya je. Kalau dibagi kerja lebih nanti, aku merungut. Hahaha..!! Biasalah manusia.

Okey!! Sekarang ni aku nak turun makan. Mesti diaorang dah tunggu aku. Encik Zack entah dah keluar entah belum. Bagus jugalah dia nak join breakfast, biar mesra sikit dengan Kak Intan da Naim. Asyik nak mencuka je mukanya. Tahulah hensem. Tak payahlah nak poyo sangat. Satu office kut. Elehh.. dia nak poyo dengan aku. Memang tak boleh punyalah. Sekarang ni, aku nak dia lebih mesra dengan pekerja. Bila Boss okey, pekerja lagilah bertambah-tambah okey. Buat kerja pun semangat je. Satu office satu family. Kan best tu..!!



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku