Kerana Janji
Bab 121
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
86

Bacaan






Mataku liar mencari Naim dan Kak Intan. Mana pula mereka ni. Dibilik Naim pun tak ada. Takkan mereka dah tinggalkan aku kut. Aku dengan berlenggang tanpa bawa apa-apa terus melangkah keluar pintu office. Mereka dah tunggu aku dekat liff rupanya. Rancak benar mereka berdua ni berborak.

" Laa.. kat sini rupanya.."

" Dari tadi kami tunggu kau. Dah jom..!!" Jawab Naim.

" Eh!! Kejab. Tunggu Encik Boss, dia nak join kita breakfast.."

"Ha?? Dia nak join kita breakfast? Kau biar betul beb.."

" Iyalah. Biar betul kau Aliaa.!!" Sudah kuduga, mereka ni memang terkejut beruk bila aku cakap Encik Zack nak join. Aku gelak besar. Lawak!

"Betul lah pun.." Mereka terpinga-pinga. Tak percaya. Mana mungkin Encik Zack yang berlagak tu boleh nak duduk semeja dengan mereka. Mestilah mereka pelik. Sedangkan selama ni Encik Zack asyik mencuka je muka. Senyum pun payah. Nak join dengan mereka yang gila-gila. Pelik memang pelik. Aku gelak je. Tidak lama kemudian, muncullah Encik Zack.

" Cepatlah Encik Boss, saya dah lapar dah ni.."

" Sorry.. Sorry..!! Ada kerja sikit. So, boleh saya join ke ni?!" Tanya Encik Zack pada Naim dan Kak Intan. Senyum.

"Boleh.. Boleh..!!" Mereka jawab serentak. Aku gelak je. Bila pintu liff terbuka, kami cepat-cepat masuk. Aku masih gelak. Lawak tengok gelagat Naim dan Kak Intan. Muka cuak je masing-masing.

Kami terus melangkah masuk ke cafe. Tak ramai sangat. Tenang sikit. Aku melihat makanan, tak tahu nak makan apa. Dua tiga kali aku pusing-pusing dekat meja tu. Hmm.. Nak makan nasi lemak, sambalnya pedas. Nak makan mee goreng pun pedas juga. Akhirnya, ambil nasi goreng jelah. Sesenduk je aku isi dalam pinggan. Ni pun tak tahulah pedas ke tak. Kemudian aku ke tempat kuih-muih pula. Aku ambik kuih serimuka, keria keledek dan kuih bingka tepung. Air macam biasalah, nescafe suam. Aku jalan ke meja. Diikuti Kak Intan. Naim dan Encik Zack masih memilih makanan. Kak Intan duduk disebelah aku.

" Aliaa.. macam mana Encik Zack nak pula breakfast dengan kita ni?!" Tanya Kak Intan.  Hahaha.. aku gelak je. Aku tak jawab pun.

" Aik!! Sikit je makan. Kata lapar sangat.." Encik Zack duduk di depanku.

" Dah ini je yang saya boleh makan. Lain semua pedas..."jawabku. Dia mengangguk. Perhh!! Banyak betul Encik Zack ni makan. Boleh tahan orang tua ni. Bisikku sendiri. Kami menikmati makanan masing-masing. Selamatlah nasi goreng ni tak pedas. Lega! Kejab je aku dah habiskan. Aku orang pertama yang selesai makan. Mereka masih lagi mengunyah. Berselera sungguh mereka makan. Sambil-sambil makan kami berbual kosong. Seronok pula berbual macam ni. Dah lama tak duduk semeja dengan mereka. Semua aku rasa lama. Hahaha..

" Kak Intan, Naim.. Nanti lepas lunch meeting tau. Boss besar sangat nak datang. Boss besar rindu dekat kita. Kan Encik Boss kan.." kataku.

"Yup!!" Jawab Encik Zack ringkas. Kemudian, meneguk air teh tarik. Air kesukaan dialah tu.

" Aliaa.. apasal kau panggil Encik Zack ni Encik Boss.." tanya Naim. Diaorang pelik kut aku panggil Encik Zack dengan panggilan tu.

"Ha.. Itulah, saya pun pelik. Dia je masalahnya yang panggil saya tu.." Aku gelak je. Nak terus terang ke taknak ni ek!.

" Itu panggilan special untuk Encik Boss." Kataku. Aku masih sengeh.

" Cuba cerita. Kenapa awak panggil saya Encik Boss..?!" Dia nak tahu juga. Aku gelak. Mereka berkerut pandang aku.

" Encik Boss tahu tak cerita Animasi Boboiboy?!" Aku tanya Encik Zack.

"Cerita kartun tu ke?!"

"Yup!! Kau tengok tak Naim.."

"Ish!! Tak layan aku cerita budak-budak ni.."

" Betul tu. Dari tengok cerita budak-budak lebih baik tidur..." sampuk Encik Zack. Aku gelak.

" Akak ada jugalah tengok. Anak-anak akak suka tengok kartun tu.." Kak Intan pula bersuara.

" Hahaha.. Akak tahu tak Adudu. Yang kepala empat segi tu, warna hijau? "Aku tanya Kak Intan. Kak Intan angguk. Naim dan Encik Zack mendengar je. Aku senyum.

" Adudu tu kan garang. Asyik nak marah Probe je.."

"Probe tu tak silap robot purple tu kan..?!" Kak Intan pula tanya. Semangat aku bercerita.

" Ha betul tu. Kasihan dia kan. Asyik kena marah je dengan Adudu. Probe tu kan panggil Adudu tu Encik Boss. Jadi, saya panggil Encik Zack pun Encik Boss lah." terangku selamba.

" Tapi apa kena mengena Adudu dengan Encik Zack?!" Tanya Naim pula. Aku pandang Kak Intan dan kami gelak serentak. Naim garu kepala. Naim dan Encik Zack tak faham apa yang aku cakap. Muka masing-masing pelik je.

" Macam ni. Adudu tu garang , macam Encik Zack. Adudu tu tak reti senyum, mencuka je muka, pun macam Encik Zack. Sama kan.. So, saya panggil lah Encik Zack dengan panggilan Encik Boss. Kan Encik Boss kan.." Aku senyum dan gelak kecil.

" Oo jadi awak samakan saya dengan Adudu kepala empat segi tu?!"

" Hahaha.. Rasanya kepala Encik Boss ni bulat tak empat segi. Yang sama kegarangan tu. Hahaha.. Jangan marah ya Encik Boss, gurau-gurau kasar je.."kataku. Kak Intan dan Naim gelak kecil.

" Kalaulah saya ada 10pekerja macam awak ni Aliaa. Mahu gila saya jadinya.. Aliaa.. Aliaa.. " Buat pertama kalinya Encik Zack gelak sekali dengan kami. Geleng kepala.

"Hehe.. Jadi, kalau taknak saya panggil dengan panggilan Encik Boss si kepala empat segi tu. Encik Zack kena sentiasa senyum. Kalau mencuka muka tu saya tetap panggil Encik Zack dengan  panggilan Encik Boss.. Macam mana?!" Selamba je aku ni. Entah kenapalah aku seberani itu. Rasa selesa bergurau dengan Encik Zack ni.

" Korang tengok ni. Saya pula yang di warning nya. Tak pernah sorang pun pekerja saya berani macam awak ni tau tak Aliaa.. !" Encik Zack senyum. Tak boleh cakap apa.

" Hahaha.. Untuk pengetahuan Encik Boss.. Opsss!! Encik Zack, Aliaa ni terlebih gila-gila sebab tu jadi pekerja kesayangan Dato'. Dengan Dato' pun dia macam ni juga.." Hahaha!! Boleh pula Naim tersasul.

Senyum je Encik Zack. Lain pula renungan dia dekat aku. Aku gelak jelah. Seronok berbual. Nampaknya Naim dan Kak Intan pun dah tak rasa segan dan cuak depan Encik Zack. Dah boleh berbual. Hahaha.. Lawak!

Selesai makan, kami terus naik ke office. Selamat duit Naim, Encik Zack yang belanja kami breakfast. Berterima kasih tak sudah. Perut dah kenyang. Hati pun senang. So, mulakanlah kerja dengan Bismillah. Aku siapkan semua kerja yang diberi oleh Encik Zack tadi. Macam biasa, buat kerja sambil menyanyi.  Hari ni kerja relax, cuma fokus dekat laptop je. Tak ada apa-apa appointment. Lagi pula, ada meeting petang ni. So, masing-masing sibukkan diri dekat office jelah.

Tok..tok..!!

Pintu diketuk. Muncul Mira dengan senyuman. Memberikan sejambak bunga mawar merah padaku.

" Untuk Cik Aliaa dari si kekasih hati.." kata Mira. Senyum lebar dia.

" Terima kasih Mira.." ucapku. Aku menghidu bunga mawar merah, harumnya.

"Sama-sama. Cik Aliaa dan En. Faliq ni memang sweet couple. Seronok tengok.." Puji Mira. Aku gelak kecil.

"Sweetlah sangat.."

" Betul Cik Aliaa. Suka saya tengok. Sentiasa happy je.." Amboii Mira ni, pandai dia membodek aku . Hihii..

" Happy ye!! Awak tak tahu yang Faliq tu suka sangat menyakat saya..." kataku.

" Itu yang happy tu Cik Aliaa. Orang kata, kalau dalam hubungan suka sakat-menyakat, usik-mengusik, bergurau-senda, bahagia hubungan. Saya doakan semoga hubungan sweet couple ni akan kekal ke jannah. Aaminn..." Aku senyum lebar.

" Aaminn. Doakan banyak-banyak untuk saya ya. Dan, saya pun doakan semoga awak suami isteri pun akan kekal ke jannah dan dikurniakan anak yang ramai.." Kami mengaminkan serentak. Pandai Mira ambil hati aku. Kemudian, dia keluar dengan senyuman. Aku mengambil bunga tadi diatas meja. Ku keluarkan kad kecil yang terselit dicelah kuntuman bunga. Apalah yang Faliq tulis ni. Mesti ucapan jiwang. Tenang je hati aku.

" Haiii cute..!!
Semoga awak ceria selalu.
I miss you!!"

Ha??? Aku terkedu, terkejut, segala terrr lah. Berkerut sejuta dahi aku. Pula dah. Mati-mati aku ingat Faliq yang bagi bunga ni tapi rupanya Zahwan. Oh my god!! Dah kenapa dia ni. Aduh!!
Kalaulah teman sehati sejiwa aku ni tahu. Mahu meletop gunung Everest. Aku terus letak bunga dan kad tu diatas meja. Menarik nafas dalam. Takut pula aku nak pegang bunga ni. Nak hidu pun jadi gerun. 


Aduhai.. Zahwan oh Zahwan!! Janganlah macam-macam. Risau aku. Mira hanya tahu bunga ni dari Faliq, kalaulah dia terrcerita dekat Nizam dan Nizam terrcerita pula dekat Faliq. Sedangkan bukan Faliq yang bagi. Mati aku. Apa aku nak jawab. Orang office ni semua memang dah tahu dah, kalau ada orang hantar bunga, memang bukan untuk orang lainlah. Memang bunga untuk aku hanya dari Faliq. Tapi ni bukan dari Faliq. Tapi dari seseorang yang pernah hadir dalam hati aku. Fuh!! Naya beb naya!!. Aku bersandar dikerusi. Macam mana nak jauhkan diri dari Zahwan. Mana boleh, sedangkan dia ada di KL ni dan mesti selalu akan jumpa atau terrrjumpa. Pening pula kepala. Huhu..

Aku terkejut bila dengar bunyi handphone. Jauh juga aku berfikir. Aku ambil handphone. Aduhai.. dia call pula!! Nak jawab ke taknak ni. Dua hati dah ni. Tak apalah, jawab jelah.

" Waalaikumsalam.." jawabku.

" Busy ke?!" Tanya Zahwan.

" Ha.. iya, busy sangat hari ni. Baru masuk office kan.." jawabku malas.

" Sorrylah ganggu. Awak dah terima bunga?!"

" Bunga?! Oh!! Dah sudah. Terima kasih.."

" Sama-sama kasih. Saya tahu awak suka bunga mawar kan. Special untuk awak. Harap awak sudi terima.."

" Ha.. iyalah. Terkejut juga awak bagi bunga tu,  saya ingat Faliq yang bagi. Sebab memang Faliq akan bagi bunga mawar tiga, empat kali seminggu. Sampai orang office pun dah tahu." Aku sengaja cakap macam tu. Dengan harapan dia memahami.

" Oh iya ka?! Kalau macam tu, saya kena bagi awak bunga setiap harilah. Okey kan Aliaa?!" Ish!! Gila meroyan ke Zahwan ni.

" Eh.. Eh!! Tak apa.. Tak apa. Tak payah buang duit awak tu. Cukuplah Faliq je sorang yang bagi. Awak simpan je duit awak tu atau sedekahkan je dekat masjid. Dapat juga awak pahala, kan.." kataku selamba.

" Hahaha.. Macam tu ye.. " dia gelak pula. Aku serius kut.

" Okeylah ye. Saya banyak kerja ni. Takut tak siap pula.. Apapun, terima kasih banyak-banyak. Assalmmualaikum.." Aku terus matikan talian. Nasib dialah.

Aduhai...!! Aku mengeluh kecil. Handphone, ku letak semula dimeja. Kenapa Zahwan masih ganggu aku lagi. Kan dia dah tahu, aku dengan Faliq. Faliq dah bagi warning kut. Abang pun dah cakap dekat dia masa di Kundasang dulu. Tak kan dia tak faham. Cari nahaslah Zahwan ni. Ke dia nak kena smackdown dengan Faliq. Dah kena penumbuk kanan kiri dulu tu. Mungkin tak puas kena kut. Hmm.. Puncalah Zahwan ni.

Kenapalah kau hadir lagi dalam hidup aku. Aku baru nak bahagia dengan kekasih hati pengarang jantung aku tu. Dah kau muncul lagi Zahwan oii. Ke kau sengaja nak hancurkan hubungan aku dengan sahabat kau. Tolonglah Zahwan...!! Pergilah jauh dari hidup aku. Dulu aku nak kau, aku tunggu kau, aku tunggu janji kau, kau buat tak tahu je. Dari aku muda remaja sampai hampir tua dah ni tunggu kau, kau lupakan aku. Sekarang ni, kau meroyan nak aku balik. Maaflah semaaf- maafnya. Hati aku hanya untuk Faliq Alfie je. Lagi sekali aku cakap. Hanya untuk Faliq Alfie je..!! 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku