Kerana Janji
Bab 122
Genre: Cinta
Kategori: Novel
Paparan sejak 04 Disember 2017
Usah berjanji andai tidak mampu untuk tunaikan. Kerana janji yang tidak tertunai boleh buat seseorang menderita. Tapi bertindaklah dan buktikan kerana itu lebih baik dari menabur janji tinggal janji.
Penilaian Purata:

Senarai Bab :
84

Bacaan






Mereka sibuk mengemas butik. Segala yang bersepah disusun atur. Rasanya bertahun dah tidak kemas butik itu. Hanya mengharapkan pekerja saja. Ini pun dia kemas kerana terpaksa, kalau tidak sebab Faliq yang suruh, memang tak adanya dia nak kemas. Sama juga seperti Elly. Fokus dekat butik tapi bab kemas, memang malas. Semua suruh pekerja. Hmm... Sabar sajalah. Memang bertuah betul dua sahabat itu. Sama saja perangainya. Bila nampak butik bersepah, pandai mereka bising pada pekerja tapi sebenarnya bersepah pun diri sendiri yang buat. Tapi tak nak mengaku.

Bahagian depan selesai kemas, tersenyum sendiri. Puashati. Baju pengantin di patung pun sudah ditukar dengan design terkini. Mana yang design lama di simpan dibelakang. Kasut-kasut disusun disetiap tingkat rak almari kaca itu. Dilapik dan dihias dengan kain baldu dan ditabur mutiara yang berkilau indah. Kasut-kasut pengantin itu walaupun simple tapi cantik dan menarik sekali. Kemudian dia kembali duduk dikerusi kayu. Album-album gambar pelamin dan baju pengantin disusun diatas meja. Memyandarkan badan. Letih pula badannya. Elly sibuk mengemas di belakang bersama pekerja lain.

" Wah!! Hebat you kemas. Selama butik ni dibuka, inilah pertama kali i tengok you kemas tau. Ini pun kerana terpaksa kan.. hehe.." perli Elly terus duduk dihadapannya.

" Tak payahlah nak perli i. I kemas ni pun dah kira untung tau tak.." balas Asnida.

" Hmm.. Iyalah.." Elly terus bermain dengan handphone.

" Eh!! I ada cerita ni. You nak tahu tak?!"

" Hmm.. cerita apa?!"

" Tahu tak.. Sebahagian duit yang Faliq laburkan untuk butik ni ada duit Aliaa tau.." kata Asnida.

"Apa?? Ada duit Aliaa? Duit apa ni, i tak faham. Jelaskan detail boleh tak?!" Terbeliak mata Elly mendengar. Terus handphone diletakkan diatas meja. Fokus pandang wajah Asnida.

" Ya..!!"

" You.. You jangan main-main tau. Serius ke ni?!"

" You tengok muka i sekarang ni ada muka main-main ke?!" Asnida bengang. Menjeling pada Elly.

" Tapi macam mana boleh... Ish!! Tak mungkinlah. Atau Faliq saja kut nak kenakan you.." Elly betul-betul terkejut.

" I tak rasa dia nak kenakan i. Faliq tu tak pandai menipu. I kenal adik i tu.." jawab Asnida yakin.

"Tapi... I tak setujulah. I tak nak dia terlibat tau. Ni butik kita kut.."keluh Elly.

" Habis you ingat i setuju. I terkejut dengar tau masa Faliq info i. Tapi apa boleh buat, tak ada pilihan. Terrpaksa..!" Asnida mengangkat bahu. Pasrah!

"Kalau i tahu ada duit Aliaa, i sanggup lagi minta duit papa i untuk settle semua ni.." Rasa menyesal pula Elly. Mengeluh.

" Ni semua salah you lah. You serahkan semua pada i, padahal you tahu i dah miskin. Nak tak nak i terpaksa tebalkan muka pinjam Faliq. Mujur dia bagi. Tapi tak tahu pula sampai guna duit budak tu.."

" Tulah siapa suruh sombong sangat. Cakap you je betul. Elok-elok i boleh tolong jadi malas nak tolong. Tapi kan you, Faliq tu kan berkerjaya, setakat 30k, petik jari je kut. Kenapa guna duit Aliaa pula. Macam tak logik je.!" Berkerut dahi Elly.

" Dia nak simpan duit, nak kahwin katanya. Tension i tau. Tak habis- habis dengan budak tu.. Eee.. geram.. gerammm"Asnida pula mengeluh.

" So, memang confirm ke Faliq nak kahwin dengan Aliaa tu?!" Elly buat muka sedih.

" Iyalah kut. Parents i, kakak dan abang ipar i pun suka, kalau boleh nak diaorang kahwin cepat. Sakit betul hati i ni. Entah apa yang hebat sangat Aliaa tu, semua suka dia walaupun tak pernah jumpa langsung. Entah ilmu apa entah dia guna.."

" Iyalah kan. Beb..!! Kut-kut dia jumpa bomoh tak beb. Habislah Faliq.." memandai pula si Elly ni.

" You ni merepeklah. Mana datang bomoh-bomoh zaman sekarang ni. You ingat ni zaman tok kaduk ke.. Cubalah fikir moden sikit. Sengal..!" Berkerut Asnida.

" Iyalah. Cuba you fikir. Takkan lah family you boleh terus suka dia kut. Zaman moden sekarang nilah bomoh hebat tau. Melalui nama je pun boleh santau. Makin canggih smartphone makin mudah kerja bomoh tau.. Untung youuu!" Elly gelak kecil.


" I tak fikir Aliaa buat macam tu. I kenal Adil tu macam mana. Dia kuat agama kut. Takkan dia biarkan adik dia buat macam tu. Lainlah kalau you.. solat pun entah kemana." Asnida memerli. Bengang Elly.

"Elehh..!! Pandailah you cakap i kan. You tengok je i macam ni tapi di rumah i solat tau. Bila dengan you je i tak solat.." Elly menjeling.

" Apa kena-mengena solat you dengan i pula? Kubur masing-masing kut." Asnida mula menyirap.

"Iyalah. Dah you tak solat i pun terikutlah tak solat juga. Betul lah kata Aliaa dulu, you syaitan. So, i pun jadi syaitan lah juga sebab kawan dengan you.. Hehe..!!!" Selamba saja Elly cakap. Siap gelak perli lagi. Betul-betul buat Asnida angin.

"Kurang ajar you kan..!! Pergilah cari kawan lain, tak payah kawan dengan i.." Merah muka Asnida, marah. Menjeling tajam pada Elly. Elly masih tersengeh.

" Alalaaa janganlah sentap. Lain kali jangan cakap orang. Kalau diri sendiri pun tak betul. Tahu tak Asnida..!!" Elly masih memerli. Bengis muka Asnida.

" Hmm.. I ingat bila Faliq cakap dia join butik ni. Adalah peluang i nak rapat dengan dia, nak dekat nak pikat dia. Tapi hampeh!! Ada juga Aliaa tu. Kecewa lagi...!!" Elly mengeluh. Hampa.

" Tau tak apa. I pun terpaksa ikut cakap Faliq tu. Tak ada pilihan. Kalau i ada duit memang i nak bayar semua duit Aliaa. Bencilah dia tu.." kata Asnida pula.

" Banyak ke guna duit Aliaa tu?!" Tanya Elly pula.

" Tak pasti. Yang Faliq cakap setengah dari hutang butik dan kereta i.."

" Banyak tu. Boleh tahan. Kalau banyak tu, tak dapatlah i nak tolong. Jadi, nak taknak kena hadap jugalah. Terpaksa. Redha jelah you.." Asnida angkat bahu dan mencebikkan muka.

Asnida bangun dari kerusi kayu jati yang mewah itu. Lalu, berjalan menuju ke kaunter pula. Mengambil buku senarai tempahan set pelamin dan set pakaian pengantin. Disemak tarikh dan masa, sesekali memandang kalendar kecil diatas meja. Minggu ini ada tempahan
 Jadi, dia kena buat persiapan seawalnya. Takut nanti ada pula yang tertinggal. Sudah lama dia tidak uruskan sendiri. Selama ni hanya Elly dan pekerja saja yang uruskan. Jadi kekok pun ada. Dia menghubungi tukang jahit untuk memastikan baju pengantin sudah siap. Dan dia akan pastikan baju itu kemas dan cantik mengikut permintaan client. Biar client puashati.

Sebenarnya dia dan Elly boleh je desingn sendiri tapi disebabkan penyakit malasnya datang, memang tak boleh buat apalah. Bayar sajalah dekat tukang jahit. Tukang jahit pun dari kalangan mereka juga. Kawan mereka. Senang hidup mereka. Bulan ni saja baru ada tiga tempahan. Asnida mengeluh sendiri. Dia kena cari inisiatif lain untuk dapatkan client. Kalau tak capai target, nanti Faliq taknak bayarkan kereta dan tak bergajilah dia jawabnya. Dahlah kena makan gaji. Aduhai.. pening kepalanya.

Asnida kembali duduk dikerusi kayu itu. Elly sibuk bermain handphone. Senang hidup dia.

" You.. cuba you fikirkan something. Macam mana nak cari client. You tak risau ke makan gaji?!" Tanya Asnida pada Elly. Risau, runsing semua ada.

"Hmm.. sama je kut makan gaji pun. Janji dapat duit.."selamba saja Elly. Langsung tak pandang Asnida.

" Senanglah you  cakap. You ada sumber kewangan. I ni mana ada.. Hmm.. Tolonglah i. " Mengeluh dan merayu lagi. Mereka membincangkan sesuatu. Sambil berbual, perli-memerli,marah, semua ada. Macam-macam mereka ni. Memang patut pun mereka berkawan. Dua-dua perangai sama.

Sedang leka berbual, dengan tak perasan. Muncul Faliq dengan membawa sesuatu. Faliq terus masuk ke dalam butik. Elly terdiam.

" Amboi senangnya. Tak ada kerja dah ke..?!" Perli Faliq.

" Baru selesailah.."

"Iyalah Faliq. Kami baru je kemas ni. Penat pun tak habis lagi. Tu nampak baju patung pun i dah tukar tau. Cantik tak baju design terbaru tu. Cantik kan.. i lah yang reka tu..!!" Mulalah si Elly, pantang nampak Faliq. Gediknya datang.  Padahal Asnida yang tukar.

"Ambil ni dan pasang kaunter.." Faliq memberikan bungkusan kotak kepada Elly. Elly mengambilnya dan terpinga-pinga.

"Apa ni?!" Tanya Elly.

" Ini mesin punch card. Mulai esok guna mesin ni okey. Tolong info dekat staff lain..."

"Apa?? Kena punch card??" Asmida dan Elly sangat terkejut dan dua-dua cakap serentak. Faliq hampir saja nak gelak tapi ditahannya. Muka serius konon.

"Yup!! Punch card ya. Siapa lewat masuk kerja dan awal keluar waktu kerja. Akan dipotong gaji. Harap maklum!!" Kata Faliq tegas.

"Alang.. Takkan kami pun nak kena punch card juga. Mengarutlah.." Asnida mengeluh. Bengang.

"No excuse!! Semua.!! Ulang sekali lagi, semua kena punch card. Kecuali Alang.. Faham?!" Tepat mata Faliq pandang Asnida dan Elly. Tiada sedikit pun senyuman.

" Alang ni kan.. Eeee.. tension lah macam ni.." Sakitnya hati Asnida.

" Hmm.. Okeylah Faliq. Demi you i sanggup buat apa je. Yang penting i dapat jumpa you. Dah cukup baik dah tu.." Faliq berkerut. Elly melirik manja pada Faliq dan terus ke kaunter. 

Bengang betul Asnida. Tak pasal-pasal kena disiplinkan diri. Dahlah dia paling tak suka kerja ikut masa, ni terpaksalah. Asnida masih lagi mencuka. Faliq senyum sinis. Dia melihat setiap sudut butik. Menganggukkan kepala. Kemas dan tersusun rapi. Barulah seronok tengok. Tak seperti sebelum ini, bersepah.  Naik serabut dia.

Jam ditangan ditengoknya. Tidak lama kemudian dia meminta izin untuk keluar. Mahu sambung kerjanya. Sebelum keluar dari butik, sempat lagi Faliq warning Asnida dan Elly. Mereka hanya mengangguk. Asnida diam membisu. Terpaksa ikut juga walau dalam hati memberontak tidak setuju. Apa boleh buat. Nasiblah Asnida. Redha sajalah. 



Klik di sini jika bacaan spam!
Senarai Bab :
Bab 1 | Bab 2 | Bab 3 | Bab 4 | Bab 5 | Bab 6 | Bab 7 | Bab 8 | Bab 9 | Bab 10 | Bab 11 | Bab 12 | Bab 13 | Bab 14 | Bab 15 | Bab 16 | Bab 17 | Bab 18 | Bab 19 | Bab 20 | Bab 21 | Bab 22 | Bab 23 | Bab 24 | Bab 25 | Bab 26 | Bab 27 | Bab 28 | Bab 29 | Bab 30 | Bab 31 | Bab 32 | Bab 33 | Bab 34 | Bab 35 | Bab 36 | Bab 37 | Bab 38 | Bab 39 | Bab 40 | Bab 41 | Bab 42 | Bab 43 | Bab 44 | Bab 45 | Bab 46 | Bab 47 | Bab 48 | Bab 49 | Bab 50 | Bab 51 | Bab 52 | Bab 53 | Bab 54 | Bab 55 | Bab 56 | Bab 57 | Bab 58 | Bab 59 | Bab 60 | Bab 61 | Bab 62 | Bab 63 | Bab 64 | Bab 65 | Bab 66 | Bab 67 | Bab 68 | Bab 69 | Bab 70 | Bab 71 | Bab 72 | Bab 73 | Bab 74 | Bab 75 | Bab 76 | Bab 77 | Bab 78 | Bab 79 | Bab 80 | Bab 81 | Bab 82 | Bab 83 | Bab 84 | Bab 85 | Bab 86 | Bab 87 | Bab 88 | Bab 89 | Bab 90 | Bab 91 | Bab 92 | Bab 93 | Bab 94 | Bab 95 | Bab 96 | Bab 97 | Bab 98 | Bab 99 | Bab 100 | Bab 101 | Bab 102 | Bab 103 | Bab 104 | Bab 105 | Bab 106 | Bab 107 | Bab 108 | Bab 109 | Bab 110 | Bab 111 | Bab 112 | Bab 113 | Bab 114 | Bab 115 | Bab 116 | Bab 117 | Bab 118 | Bab 119 | Bab 120 | Bab 121 | Bab 122 | Bab 123 | Bab 124 | Bab 125 | Bab 126 | Bab 127 | Bab 128 | Bab 129 | Bab 130 | Bab 131 | Bab 132 | Bab 133 | Bab 134 | Bab 135 | Bab 136 | Bab 137 | Bab 138 | Bab 139 | Bab 140 | Bab 141 | Bab 142 | Bab 143 | Bab 144 | Bab 145 | Bab 146 | Bab 147 | Bab 148 | Bab 149 | Bab 150 | Bab 151 | Bab 152 | Bab 153 | Bab 154 | Bab 155 | Bab 156 | Bab 157 | Bab 158 | Bab 159 | Bab 160 | Bab 161 | Bab 162 | Bab 163 | Bab 164 | Bab 165 | Bab 166 | Bab 167 | Bab 168 | Bab 169 | Bab 170 | Bab 171 | Bab 172 | Bab 173 | Bab 174 | Bab 175 | Bab 176 | Bab 177 | Bab 178 | Bab 179 | Bab 180 | Bab 181 | Bab 182 | Bab 183 | Bab 184 | Bab 185 | Bab 186 | Bab 187 | Bab 188 | Bab 189 | Bab 190 | Bab 191 | Bab 192 | Bab 193 | Bab 194 | Bab 195 | Bab 196 | Bab 197 | Bab 198 | Bab 199 | Bab 200 | Bab 201 | Bab 202 |

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

  Terhangat di Grup Buku